16 Disember
tarikh
<< | Disember | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2024 |
16 Disember merupakan hari ke-350 (hari ke-351 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 15 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kebangsaan di Bahrain (1971);
- Hari Kemenangan di Bangladesh dan India (1971);
- Hari Kemerdekaan di Kazakhstan (1991).
Peristiwa
sunting- 755 – Jeneral An Lushan memulakan Pemberontakan Anshi menentang pemerintahan Maharaja Xuanzong di Dinasti Tang China.
- 1598 - Angkatan laut Korea di bawah Laksamana Yi Sun-sin menewaskan armada Jepun dalam Pertempuran Noryang, pertempuran laut terakhir dalam Perang Tujuh Tahun.
- 1653 - Negeri Naungan: Oliver Cromwell (gambar) menjadi Lord Protector Komanwel England, Scotland dan Ireland.
- 1689 - Parlimen England menerima akta Perakuan Hak, yang menyatakan hak awam dan politik orang Inggeris.
- 1707 - Letusan terakhir Gunung Fuji Jepun (gambar) melepaskan sekitar 800 juta m3 abu gunung berapi.
- 1773 - Bagi menghalang pemunggahan teh yang dicukai tanpa persetujuan mereka, sekumpulan kolonis membuang tong-tong teh dari tiga kapal Syarikat Hindia Timur Inggeris ke dalam laut (gambar).
- 1838 - Perjalanan Dura Besar: Lebih 450 Voortrekker pimpinan Andries Pretorius menewaskan serangan sekitar 10,000 Zulu, di KwaZulu-Natal, Afrika Selatan kini.
- 1899 - AC Milan, salah satu daripada kelab bola sepak di Italia, diasaskan.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Wehrmacht Jerman Nazi melancarkan serangan terakhir di medan barat, Pertempuran Bulge.
- 1971 - Angkatan tentera Pakistan di Pakistan Timur menyerah kalah, menamatkan Perang India-Pakistan dan Perang Pembebasan Bangladesh.
- 1989 - Revolusi Romania bermula sebagai satu bantahan di bandar raya Timisoara terhadap percubaan kerajaan untuk mengusir Laszlo Tokes, seorang paderi penentang. Rusuhan menyusul.
- 1998 - Amerika Syarikat dan United Kingdom melancarkan kempen pengeboman besar selama empat hari terhadap Iraq.
- 2012 - Abe Shinzo terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun apabila partinya mendapat majoriti mutlak Dewan Perwakilan.
Kelahiran
sunting- 1775 - Jane Austen, penulis Inggeris (meninggal 1817)
- 1790 - Leopold I, Raja Belgium