Wehrmacht Mengenai audio ini(listen)  ( Angkatan Pertahanan )—Jerman: wehren, "pertahanan", dan Macht, "kuasa, tenaga" atau secara harfiahnya "kuasa pertahanan") adalah nama bagi angkatan tentera bersatu negara Jerman dari tahun 1935 sehingga 1945. Ia meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu Heer (tentera darat), Kriegsmarine (tentera laut) dan Luftwaffe (tentera udara).

Wehrmacht
Angkatan Tentera Jerman Nazi
Palang lurus Balkenkreuz, satu versi bagi Iron Cross, lambang Wehrmacht.
Aktif1935–1945
NegaraJerman Nazi Jerman Nazi
KesetiaanDer Fuhrer Adolf Hitler
CawanganHeer
Kriegsmarine
Luftwaffe
JenisAngkatan tentera
PerananPengawasan dan Pertahanan Nasional
Saiz20,700,00 anggota (jumlah yang berkhidmat pada bila-bila masa) 2,200,000 anggota (1945)
Sebahagian daripadaEmpayar Jerman Raya
PangkalanMaybach 2, Zossen
PenaungAdolf Hitler
WarnaKelabu kehijauan
PertempuranPerang Saudara Sepanyol
Perang Dunia II
Komander
Ketua upacaraAdolf Hitler
Komander
terkenal
Adolf Hitler
Hermann Goering
Wilhelm Keitel
Alfred Jodl
Erich Raeder
Walther von Brauchitsch
Karl Donitz
Robert Ritter von Greim
Tanda kebesaran
Simbol
pengenalan
Balkenkreuz
Simbol
pengenalan
Swastika

Asal-usul dan penggunaan istilah

sunting

Istilah Wehrmacht secara generiknya menggambarkan Angkatan Tentera sesebuah negara, justeru itu, Britische Wehrmacht bermaksud "Angkatan Tentera British". Istilah Wehrmacht dalam Artikel 47 Perlembagaan Weimar 1919, membuktikan bahawa: Der Reichspräsident hat den Oberbefehl über die gesamte Wehrmacht des Reiches ("Presiden Reich adalah pemerintah tertinggi seluruh angkatan tentera Reich"). Dari tahun 1919, angkatan pertahanan Jerman dikenali sebagai Reichswehr, yang mana pada 16 Mac 1935 ia telah ditukarkan kepada Wehrmacht. Nama Wehrmacht di Jerman secara umumnya dianggap kata nama angkatan tentera 1935-45 yang betul, telah digantikan oleh perkataan "Streitkräfte" dalam makna asalnya; bagaimanapun, ia berlaku hanya beberapa dekad selepas tahun 1945. Dalam bahasa Inggeris perkataan Wehrmacht sering dirujuk secara khusus untuk tentera darat; bahasa Jerman yang betul untuk ini adalah Heer.

Pangkat-pangkat dalam Wehrmacht

sunting

Reichsmarschall ("Marsyal Empayar") adalah pangkat tentera yang paling tinggi dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan pangkat Jerman. Pangkat ini satu-satunya dipegang oleh Hermann Goering, pemimpin Nazi yang paling berkuasa di Jerman selepas Adolf Hitler. Goering juga berkhidmat sebagai ketua Luftwaffe dan telah bertanggungjawab keatas ekonomi perang Jerman. Pangkat ini bertaraf 6 bintang mengikut standard antarabangsa.

Pada tahun 1936, Hitler menghidupkan semula pangkat Fil Marsyal, pada asalnya hanya untuk Werner von Blomberg, iaitu Menteri Perang dan Panglima Angkatan Tentera. Kemudian pangkat fil marsyal ini berkembang pada Perang Dunia II dan seramai 25 orang telah dilantik dari kalangan Heer dan Luftwaffe. Pada tahun 1939, Hitler juga menghidupkan semula pangkat Laksamana Besar dan hanya 2 orang yang dilantik dari Kriegsmarine. Kedua-dua pangkat ini bersamaan dengan jeneral/laksamana 5 bintang mengikut standard antarabangsa.

Pangkat Generaloberst sering diterjemah sebagai Kolonel Jeneral, tetapi yang paling tepat adalah "Jeneral Kanan", pangkat ini bersamaan dengan jeneral 4 bintang sekarang. Pangkat Generaladmiral pula diterjemah sebagai Laksamana Jeneral atau "Laksamana Kanan" dan bersamaan dengan laksamana 4 bintang sekarang.

Pangkat General dan Admiral 3 bintang ini secara rasminya dikaitkan dengan Heer, Luftwaffe dan Kriegsmarine: sebagai tambahan kepada General der Kavallerie, General der Artillerie dan General der Infanterie yang telah lama wujud ini, Wehrmacht juga memperkenalkan General der Panzertruppe (Pasukan Armor), General der Gebirgstruppe (Pasukan Gunung), General der Pioniere (Kejuruteraan), General der Nachrichtentruppe (Pasukan Semboyan), General der Fallschirmtruppe (Pasukan Payung Terjun), General der Flieger (Juruterbang) dan General der Flakartillerie (Artileri Udara). Pangkat-pangkat ini setaraf dengan Leftenan Jeneral dan Laksamana Madya dalam dunia moden sekarang.

Generalleutnant (Leftenan Jeneral) Jerman yang berpangkat 2 bintang ini biasanya seorang panglima senior divisyen, setaraf dengan Vizeadmiral (Laksamana Madya) dari Kriegsmarine dan bersamaan dengan "Mejar Jeneral" dan "Laksamana Muda" sekarang.

Generalmajor (Mejar Jeneral) Jerman yang berpangkat 1 bintang ini biasanya seorang panglima junior divisyen atau briged begitu juga Konteradmiral (Laksamana Muda). Staf kor Wehrmacht, perubatan, veterinar, kehakiman dan paderi, menggunakan jawatan khas untuk para jeneral mereka, dengan Generalarzt, Generalveterinar, Generalrichter dan Feldbischof bersamaan dengan Generalmajor; Generalstabsarzt, Generalstabsveterinar dan Generalstabsrichter bersamaan dengan Generalleutnant; dan (yang unik) Generaloberstabsarzt, Generaloberstabsveterinar dan Generaloberstabsrichter bersamaan dengan General. Dengan pembentukan Luftwaffe, para jeneral tentera udara mula menggunakan pangkat yang sama seperti tentera darat. Lencana bahu adalah sama dengan yang dipakai oleh tentera darat, tetapi ditambah dengan pelapik kolar khas yang direka untuk jeneral-jeneral Luftwaffe.

Waffen-SS dan Wehrmacht

sunting

Waffen-SS (SS-Bersenjata), adalah pasukan tempur SS (pertubuhan separa tentera Parti Nazi), menjadi cabang de facto ke 4 Wehrmacht, berkembang dari 3 rejimen ke 38 divisyen menjelang tahun 1945. Walaupun SS berautonomi dan berdiri sama tinggi dengan Wehrmacht, unit-unit medan Waffen-SS diletakkan dibawah kawalan operasi Markas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht, OKW) atau Markas Besar Tentera Darat (Oberkommando des Heeres,OKH)
Kecekapan perjuangan organisasi terjejas dalam angkatan tentera Jerman, apabila OKW, OKH, OKL (Luftwaffe mempunyai tentera darat sendiri, termasuk divisyen-divisyen kereta kebal) dan Waffen-SS sering bekerja serentak dan bukan sebagai satu markas bersama.

Sejarah

sunting

Selepas Perang Dunia I berakhir dengan gencatan senjata pada 11 November 1918, angkatan tentera digelar Friedensheer (tentera keamanan) pada Januari 1919. Pada Mac 1919, persidangan parlimen meluluskan undang-undang penubuhan sebuah tentera permulaan yang berjumlah 420,000 askar sebagai Vorläufige Reichswehr. Syarat-syarat Persetiaan Versailles telah diumumkan pada bulan Mei, dan pada Jun, Jerman telah dipaksa menandatangani perjanjian tersebut yang mana, antara syarat-syarat lain,dikenakan kekangan yang teruk pada saiz angkatan tentera Jerman. Tentera darat telah dihadkan pada 100,000 orang dengan satu tambahan 15,000 orang dalam tentera laut. Armada laut adalah terdiri daripada 6 buah kapal tempur, 6 buah kapal kruiser, dan 12 buah kapal pembinasa. Kapal selam, kereta kebal, dan artileri berat telah dilarang dan tentera udara dibubarkan. Sebuah organisasi baru tentera (Reichswehr) telah ditubuhkan pada 23 Mac 1921. Pengerahan am telah dimansuhkan dibawah mandat satu lagi Persetiaan Versailles.

 
Wehrmachtsadler ("Helang Wehrmacht") adalah satu lambang yang dipasang pada helmet Wehrmacht (model 1942).

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  • Max Hastings, Overlord: D-Day and the Battle for Normandy 1944, 1985, reissued 1999, Pan, ISBN 0-330-39012-0
  • Max Hastings, Armageddon: The Battle for Germany 1945, 2004, Macmillan, ISBN 0-333-90836-8
  • Anthony A Evans, World War II: An Illustrated Miscellany, 2005, Worth Press, ISBN 1-84567-681-5
  • Geoffrey P. Megargee, War of Annihilation. Combat and Genocide on the Eastern Front, 1941, 2006, Rowman & Littelefield, ISBN 0-7425-4481
  • Geoffrey P. Megargee, Inside Hitler's High Command, 2000, University Press of Kansas, ISBN 978-0-7006-1187-4
  • W.J.K. Davies, German Army Handbook, 1973, Ian Allen Ltd., Shepperton, Surrey, ISBN 0-7110-0290-8
  • Fest, Joachim; Plotting Hitler's Death—The Story of the German Resistance, Henry Holt and Company, New York, 1996. ISBN 0-8050-4213-X
  • Former Waffen-SS soldiers, Wenn alle Brueder schweigen (When all our brothers are silent), Munin Verlag GmbH, Osnabrueck, 3rd revised edition 1981, ISBN 3-921242-21-5
  • Lubbeck, William; Hurt, David B. At Leningrad's Gates: The Story of a Soldier with Army Group North. Philadelphia, PA: Casemate, 2006 (hardcover, ISBN 1-932033-55-6).
  • U.S. National Archives, Captured German Records Microfilmed at Alexandria, Virginia, Microfilm publications T-77 and T-78, 2,680 rolls
  • U.S. War Department, Handbook on German Military Forces, 15 March 1945, Technical Manual TM-E 30-451

Pautan luar

sunting