Oberkommando der Marine

(Dilencongkan dari OKM)

Oberkommando der Marine (Terjemahan literal: Markas Tinggi Tentera Laut; singkatan OKM) adalah markas besar Tentera Laut Jerman dan juga pusat pentadbiran tertinggi Kriegsmarine. Ianya secara rasmi ditubuhkan dari Marineleitung (Markas Tentera Laut) Reichsmarine pada 11 Januari 1936. Pada tahun 1937 ia telah digabungkan dengan Seekriegsleitung (SKL) yang baru dibentuk. Terdapat dua penyusunan besar semula, pada November 1939 dan Mei 1944.

Oberkommando der Marine (OKM)
Markas Besar Tentera Laut
War Ensign of Germany (1938–1945).svg
Panji-panji Perang Tentera Laut Jerman
Aktif11 Januari 1936 – 22 Jun 1945
NegaraJerman Nazi Jerman Nazi
KesetiaanDer Fuhrer Adolf Hitler
JenisMarkas Besar
PerananPengawasan dan Pertahanan Maritim
Sebahagian daripadaMarkas Besar Angkatan Tentera (Oberkommando der Wehrmacht)
PangkalanShell-Haus
Nama samaranOKM
Komander
Pemerintah Tertinggi Angkatan TenteraAdolf Hitler
Panglima Tentera LautErich Raeder
Ketua StafOtto Schniewind
Komander
terkenal
Karl Donitz
Hans-Georg von Friedeburg

OrganisasiSunting

OKM telah dibahagikan secara meluas kepada beberapa bahagian:
1) Stab des Oberkommando der Marine (M) - Staf Markas Besar Tentera Laut mengandungi:

  • Pejabat Pertahanan Tentera Laut (Marinewehramt)(Mwehr)
  • Pejabat Pentadbiran Tentera Laut (Marine-Verwaltungsamt)(C)
  • Cawangan Propaganda Tentera Laut ((Abteilung fur Marinepropaganda)(M.Pr)
  • Cawangan Belanjawan Tentera Laut (Marinehaushaltsabteilung)(E)
  • Cawangan Kejuruteraan Kapal (Abteilung für Schiffsmaschinenbetrieb)(Ing.)
  • Cawangan Perubatan Tentera Laut (Marine-Medizin-Abteilung)(G)
  • Cawangan Sains Tentera (Kriegswissenschaftliche Abteilung)(KA)

2) Seekriegsleitung (SKL) - Markas Peperangan Laut telah ditubuhkan pada 1 April 1937. Pada asalnya berkait rapat dengan OBdM dan Marinekommandoamt, kerana Panglima Tertinggi (OBdM) juga Ketua SKL dan Ketua Marinekommandoamt juga sebagai Ketua Staf SKL. Semenjak 23 Ogos 1939 pejabat-pejabat tersebut telah berpecah dan Marinekommandoamt menjadi organisasi bawahan kepada SKL dengan Ketua dan stafnya sendiri. SKL memimpin perancangan dan pelaksanaan peperangan laut dan mengarah pembahagian angkatan-angkatan laut,tetapi semasa perang kuasanya dibataskan pada kawasan-kawasan laut yang bukan domestik,dan pada Februari 1943 apabila Donitz dilantik OBdM ia juga hilang kawalan keatas operasi-operasi U-bot. Pada Mei 1944 jawatan Ketua Staf SKL telah direka semula sebagai Ketua SKL (Chef der Seekriegsleitung). Jabatan tersebut kemudian ditugaskan mengarah unit-unit armada beroperasi sebagai kapal pengangkutan,kapal pengepungan,kruiser bantuan dan kapal bekalan. Jabatan ini setaraf dengan Staf Am Tentera Darat dan Staf Am Tentera Udara.

  • Cawangan Operasi (Operationsabteilung)(1/SKL)
  • Cawangan Perisikan Tentera Laut (Abteilung Marinenachrichtendienst)(2/SKL)
  • Cawangan Pemerintahan Kapal Selam (Unterseebootsfuhrungsabteilung)(2/SKL B.d.U.op)

3) Marinekommandoamt (A) - Pejabat Pemerintahan Tentera Laut telah ditubuhkan bersama-sama OKM pada 11 Januari 1936,tetapi telah wujud lama dalam Marineleitung semenjak tahun 1920. Subordinat kepada OBdM,dari April 1937 Chef des Marinekommandoamt juga bertugas sebagai Ketua Staf SKL. Pada pertengahan tahun 1939 dua pejabat tersebut telah berpecah dan Marinekommandoamt menerima seorang Ketua baru yang menjadi pegawai bawahan kepada Ketua Staf SKL. Pada tahun 1942 pejabat tersebut juga dikenali sebagai Quartiermeisteramt (Pejabat Kuartermaster) dan dari 20 April 1943 jawatan Ketua digelar semula Admiralquartiermeister (Laksamana Kuartermaster). Pada 1 Mei 1944 pejabat tersebut secara rasminya direka semula sebagai Quartiermeisteramt. Selain daripada operasi-operasi laut Marinekommandoamt bertanggungjawab dalam keanggotaan,bekalan,risikan,latihan dan di pesisir pantai serta pertahanan udara.
4) Marinewaffenamt (W) - Pejabat Ordnans Tentera Laut telah ditubuhkan pada tahun 1934,dan telah dinamakan semula Marinewaffenhauptamt (Ibupejabat Ordnans Tentera Laut) pada tahun 1939,dan kepada Kriegsmarine-Rüstung (Persenjataan Tentera Laut) pada tahun 1944: ia menyelia pembangunan,ujian,pengeluaran senjata-senjata angkatan laut pelbagai jenis dan langkah balas elektronik serta komunikasi radio.
5) Allgemeine Marineamt (Allg) - Pejabat Perkhidmatan Am Tentera Laut telah diasaskan pada Januari 1936,dinamakan semula Allgemeine Marinehauptamt (AMA) (Ibupejabat Am Tentera Laut) pada November 1939,dan sekali lagi kepada Kriegsmarine-Wehr (Pertahanan Tentera Laut) pada tahun 1944: tugasnya lebih kepada hal ehwal pentadbiran; ia termasuk bahagian undang-undang,perubatan,ekonomi,pembinaan dan eksport.
6) Konstruktionamt (K) - Pejabat Pembinaan telah ditubuhkan pada tahun 1936,dinamakan semula Amt Kriegsschiffbau (Pejabat Pembinaan Kapal Perang) pada tahun 1939 dan kemudian kepada Hauptamt Kriegsschiffbau (Ibupejabat Pembinaan Kapal Perang) tetapi kembali semula ke jabatan sebelumnya pada tahun 1944. Fungsi-fungsinya ialah mengurus pembinaan kapal-kapal baru bagi tentera laut,berurusan dengan rekabentuk dan kejuruteraan kapal serta kapal selam,bekerja dengan pembekal dan limbungan serta berhubung dengan Kementerian Persenjataan dan Pengeluaran Perang.
7) Marinepersonalamt (MPA) - Pejabat Perkhidmatan Anggota Tentera Laut

Senarai panglimaSunting

Senarai Ketua OKM dan Panglima Tertinggi Tentera Laut (Chef des OKM und Oberbefehlshaber der Marine atau singkatan OBdM) adalah:

Senarai Ketua Staf Markas Peperangan Laut (Chef des Stabes der Seekriegsleitung) adalah:

  • Laksamana Madya Gunther Guse (1 Oktober 1937-31 Oktober 1938)
  • Laksamana Otto Schniewind (1 November 1938-10 Jun 1941)
  • Laksamana Kurt Fricke (11 Jun 1941-20 Februari 1943)
  • Laksamana Wilhelm Meisel memangkunya dari 21 Februari 1943 hingga 30 April 1944,kemudian jawatan ini direka semula kepada Ketua Markas Peperangan Laut (Chef der Seekriegsleitung)(ChefSKL) dan memegangnya dari 1 Mei 1944 hingga 22 Mei 1945.

Bendera PanglimaSunting

Pada 7 November 1935 satu dekri telah dikeluarkan oleh Werner von Blomberg, Reichskriegsminister dan Panglima Angkatan Tentera Jerman mengarahkan rekaan baru bendera untuk Panglima Kriegsmarine. Bendera itu berbentuk empat segi tepat berwarna putih dan terdapat sebuah lambang Iron Cross hitam yang besar. Diletakkan dibelakangnya dua pedang terhunus berbilah lurus berwarna kuning terang, bersilang pada sudut tepat antara satu sama lain. Bendera itu telah diubah suai apabila Erich Raeder naik ke pangkat Grossadmiral pada 1 April 1936. Bendera itu terus digunakan selepas Karl Dönitz dilantik ke jawatan ini pada 30 Januari 1943. Pedang telah digantikan oleh sepasang baton Grossadmiral yang bersilang pada sudut tepat. Ditindih atas kedua-dua baton bersilang dan Iron Cross ialah Wehrmachtsadler ("Helang Angkatan Tentera") yang berwarna emas dengan kepalanya memandang ke arah tiang kibar. Pada 30 Januari 1943 satu lagi bendera khas diperkenalkan untuk Großadmiral Raeder bagi mewakili jawatannya sebagai Admiralinspekteur Kriegsmarine. Ia menyerupai reka bentuk yang sama seperti Panglima Tentera Laut, tetapi dengan penambahan bingkai warna biru yang lebar.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting