Buka menu utama

Wikipedia β

Jangan dikelirukan dengan Askar payung terjun atau Tentera persendirian.


Separa tentera ialah sebuah pasukan separuh tentera yang mempunyai struktur organisasi, taktik, latihan, subbudaya, dan (selalunya) fungsi adalah serupa dengan seperti tentera profesional, tetapi ia tidak termasuk sebagai sebahagian daripada angkatan tentera rasmi negara .[1]

Dibawah undang-undang perang, sebuah negara boleh menggabungkan organisasi separa tentera atau agensi bersenjata (seperti pasukan polis, pasukan sukarelawan militia) kedalam kombatan angkatan tentera. Pihak-pihak lain dalam konflik perlu diberitahu mengenainya. .[2]

Penggunaan istilah separa tentera boleh dibahaskan, tetapi telah disepakati sebagai pasukan kombatan atau organisasi, lebih kepada tentera daripada orang awam. Organisasi-organisasi yang telah digambarkan sebagai separa tentera adalah seperti Minutemen, Black Panthers, SS, kumpulan-kumpulan belia (dari Pergerakan Pengakap hingga Pergerakan Pioneer), dan juga sekolah berasrama yang berasaskan tentera.

Walaupun separa tentera bukanlah sebuah pasukan tentera, ia biasanya bersamaan dengan pasukan infantri ringan tentera dari segi kekuatan, kuasa tembakan dan struktur organisasi. Separa tentera juga boleh diletakkan dibawah pemerintahan angkatan tentera, walaupun tidak menjadi sebahagian daripadanya atau memainkan satu peranan membantu kepada pasukan tentera di masa perang.

Isi kandungan

Jenis-jenisSunting

Bergantung pada standard yang digunakan, "separa tentera" mungkin termasuk:

Contoh-contoh unit separa tentera:

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "paramilitary". Oxford English Dictionary (edisi 3rd). Oxford University Press. June 2011 [online edition; original published in June 2005]. Dicapai pada 2011-09-13. Designating, of, or relating to a force or unit whose function and organization are analogous or ancillary to those of a professional military force, but which is not regarded as having professional or legitimate status. 
  2. ^ "Customary IHL - Section B. Incorporation of paramilitary or armed law enforcement agencies into armed forces". Icrc.org. Dicapai pada 2013-07-27. 

Bacaan lanjutSunting

Pautan luarSunting