Abu gunung berapi ialah tefra kecil, selalunya batu dan kaca kecil, yang terjadi akibat daripada letusan gunung berapi, bersaiz kurang 2 mm diameter.[1] Terdapat tiga mekanisme pembentukan abu gunung berapi: penyahmampatan gas oleh letusan magma; pengecutan terma daripada penyejukan menyebabkan letusan freatomagmatik, dan muntahan zarah ketika letusan stim menyebabkan letusan freatik.[2] Tindak balas yang ganas daripada letusan gunung berapi mengakibatkan magma dan batu pejal pecah menjadi zarah bersaiz pasir. Abu gunung berapi boleh menyebabkan masalah pernafasan dan kerosakan mesin.

Abu gunung berapi Mayon

RujukanSunting

  1. ^ United States Geological Survey. Tephra: Volcanic Rock and Glass Fragments. Dicapai pada 23 Jan 2008.
  2. ^ Heiken, G. & Wohletz, K. 1985. Volcanic Ash. University of California Press, Berkeley

Pautan luarSunting

Bacaan lanjutSunting

  • U.S. Department of the Interior. U.S. Geological Survey. (1991). 'First international symposium on volcanic ash and aviation safety : program and abstracts : Seattle, Washington, July 8-12, 1991 [U.S. Geological Survey Circular 1065]. Denver: author.