15 Ogos
tarikh
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2022 |
15 Ogos merupakan hari ke-227 (hari ke-228 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 138 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemenangan ke atas Jepun (1945)
- Hari Pembebasan di Korea (1945)
- Hari Kemerdekaan di India (1947) dan Congo (1960)
- Pembanjiran Nil di Mesir.
- Perayaan Kenaikan/Perayaan Tidur dalam Kristian.
PeristiwaSunting
- 718 – Perang Arab–Byzantine: Pengepungan Constantinople oleh tentera Arab Umayyah selama hampir setahun berakhir dengan kegagalan.
- 778 - Tentera Frank yang diketuai Roland tewas kepada Basque, seperti yang diceritakan semula dalam epik Perancis Lama La Chanson de Roland.
- 1281 - Serangan Mongol terhadap Jepun: Armada Mongol Kublai Khan dihancurkan oleh "angin dewa" buat kali kedua.
- 1511 - Afonso de Albuquerque menawan Kesultanan Melayu Melaka, memberikan Portugal kawalan terhadap Selat Melaka, laluan penting perdagangan laut antara China dan India.
- 1534 - Ignatius dari Loyola (gambar) dan enam lagi mengangkat sumpah yang memulakan Societas Iesu di Montmartre, Paris.
- 1914 - Terusan Panama (gambar) dibuka untuk laluan, mewujudkan jalan pintas dari Lautan Pasifik ke Lautan Atlantik melalui Segenting Panama.
- 1945 - Gyokuon-hōsō tersiar di Jepun, mengisytiharkan penyerahan tanpa syarat tentera Jepun, mengakhiri Perang Dunia Kedua.
- 1947 - Raj British dibahagikan kepada dua negara berdaulat: Kesatuan India dan Dominion Pakistan.
- 1948 – Republik Korea ditubuhkan dengan Syngman Rhee sebagai presiden pertama.
- 1969 – Perayaan Muzik dan Kesenian Woodstock di Bethel, New York bermula.
- 1975 – Ketua pengasas Bangladesh Sheikh Mujibur Rahman dan kebanyakan keluarganya dibunuh dalam satu rampasan kuasa tentera.
- 2007 – Satu gempa bumi bermagnitud 8.0 di luar pantai Pasifik memusnahkan Ica dan wilayah lain di Peru.
- 2008 – Pemimpin Maois Prachanda dilantik sebagai Perdana Menteri Nepal.
- 2011 – Ahli astronomi mengumumkan yang TrES-2b memiliki albedo terendah diketahui antara semua planet, memantulkan kurang 1% cahaya yang jatuh padanya.
- 2013 – NASA menyatakan teleskop angkasa Kepler tidak dapat dibaiki, secara rasmi mengakhiri misi utamanya.
- 2013 – Institusi Smithsonian mengumumkan penemuan olinguito (gambar), spesies carnivora baharu pertama di Amerika sejak 35 tahun.
KelahiranSunting
- 1971 - Ine Sinthya, penyanyi dan pelakon Indonesia
- 1993 - Alex Oxlade-Chamberlain, pemain bola sepak Arsenal F.C.