Mazhab Hanafi ialah salah satu mazhab fiqh dalam Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mazhab ini telah diasaskan oleh Imam Abu Hanifah (ابو حنيفه) atau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit (نعمان ن ثابت). Mazhab ini dikenali sebagai mazhab yang paling terbuka kepada idea moden. Mazhab ini diamalkan di kalangan orang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah Mesir, Turki, sub-benua India,Tajikistan,Iraq, sebahagian Afrika Barat dan negara-negara lain. Mazhab ini juga merupakan mazhab tertua dan terbesar dengan 30% pengikut.

Mujathid Mazhab Hanafi; Imam Abu Yusuf Ya’qub bin Ibrahim Al-Anshari dan Abu Abdillah Muhammad bin Al-Hasan Asy-Syaibani lebih dikenali sebagai Imam Muhammad, Abu Ja’far Al-Warraq Ath-Thahawi lebih dikenali sebagai Imam Tahawi, Imam Abu Mansur Al-Maturidi pengasas Mazhab Aqidah Matrudi dan lain-lain.

Hubungan dengan mazhab yang lainSunting

Kehadiran mazhab-mazhab ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan mutlak seperti dalam Kristian (Prostestan dan Katolik) dan beberapa agama lain. Sebaliknya ini merupakan perbezaan sihat melalui pendapat logik dan idea dalam memahami Islam. Perkara pokok seperti akidah atau tauhid masih sama dan tidak berubah.

 
Map of the Muslim world. Hanafi (grass green) is the Sunni school predominant in Turkey, the Northern Middle East, parts of Egypt, Central Asia and most of the Indian subcontinent

Sejarah Imam Abu Hanifah RahimahullahSunting

Nama sebenar beliau ialah Nukman bin Thabit yang berketurunan Parsi. Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bersamaan 699 Masihi di Kufah. Beliau dibesarkan dalam keluarga berada(berkemampuan) dan mendapat Kemudahan menuntut ilmu pengetahuan. Beliau mewarisi perniagaan bapanya yang bergiat cergas dalam perniagaan. Beliau merupakan seorang yang berilmu,berpegang teguh pada agama dan kuat beribadat.

Sumbangan Kepada Tamadun IslamSunting

Beliau banyak menghabiskan masa dengan mengajarkan ilmu kepada orang ramai. Merupakan ulama pertama yang menyusun kitab fikah secara tersusun mengikut bab dan Faisal tertentu. Menghasilkan kitab Fikah Al-Akbar dan Kitab Al-Faraid.

Pengaruh Mazhab HanafiSunting

Mazhab ini sangat berpengaruh di Iraq, dan menjadi mazhab rasmi kerajaan Uthmaniah. Mazhab ini juga dianuti oleh penduduk Mesir,Syria,dan Bosnia. Sementara di Turki pula mazhab ini berpengaruh dalam ibadat.

RujukanSunting

Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4