Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut.[1]

Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai seorang wira, dia perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk kepahlawanan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran dan dapat membuktikan kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

Ciri-ciri sastera epik sunting

  1. Wiranya merupakan tokoh yang agung dalam sejarah bangsanya dan dianggap sebagai lambang kemegahan di peringkat antarabangsa.
  2. Epik mempunyai latar tempat yang luas dan melibatkan latar masa yang panjang untuk menyediakan ruang kepada wira membuktikan kepahlawanannya.
  3. Epik menonjolkan sifat kepahlawanan wiranya.
  4. Di dalamnya terdapat unsur-unsur ghaib (supernatural) yang melibatkan kesaktian dan campur tangan kuasa bukan manusia (non-human).
  5. Pengarangnya memberikan gambaran yang bersifat objektif. Semasa menggambarkan sesuatu peristiwa, pengarang tidak campur tangan dan tidak menyelebahi mana-mana pihak.

Contoh epik sunting

Yunani sunting

Antara karya agung dalam genre epik ialah hasil karya Homer, Dante serta Milton. Homer adalah penulis berasal dari Yunani Purba yang telah menghasilkan puisi Iliad dan Odyssey.

Melayu sunting

India sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Hashim Awang (1986) Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.