Negara Palestin
Negara Palestin (Arab: دولة فلسطين, rumi: Dawlah filasṭin ), atau hanya Palestin (Arab: فلسطين, rumi: Filasṭin ) ialah sebuah negara yang berdaulat[17] [18] di Timur Tengah di antara Laut Tengah dan Sungai Jordan, merangkumi Tebing Barat dan Genting Gaza[2] dengan baitulmaqdis sebagai ibu negara, walau bagaimanapun pusat pentadbirannya kini terletak di Ramallah. Keseluruhan wilayah yang dijadikan sebagai Negara Palestin telah diduduki sejak 1948, oleh Mesir, Jordan dan Israel selepas Perang Enam Hari pada tahun 1967[19].
Palestin | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: "فدائي " "Fida'i"[1] "My Redemption" | |||||
Wilayah yang dituntut sebagai Negara Palestin (hijau)[2] Wilayah yang dituntut juga oleh Israel (hijau cair) | |||||
Status | Negara separa diiktiraf, Negara pemerhati PBB Diiktiraf 138 negara anggota PBB | ||||
Ibu negara | Baitulmuqaddis | ||||
Pusat pentadbiran | Ramallah | ||||
Bandar terbesar | Kota Gaza | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Arab | ||||
Kerajaan | Republik Kesatuan Separa Presiden[3] | ||||
• Presiden | Mahmoud Abbasa | ||||
Mohammad Shtayyeh | |||||
Salim Zanoun | |||||
Badan perundangan | Majlis Kebangsaan (Parlimen) | ||||
Pembentukan | |||||
15 November 1988 | |||||
29 November 2012 | |||||
Sedang berlangsungb[iii][4][5] | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 6,020[6] km2 (2,320 bt2) (163rd) | ||||
3.5[7] | |||||
5,655 km2 | |||||
365 km2[8] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2020 | 5,051,953[9] (121st) | ||||
731/km2 (1,893.3/sq mi) | |||||
KDNK (PPP) | 2018 | ||||
• Jumlah | $26.479 billion[10] | ||||
$5,795[11] | |||||
KDNK (nominal) | 2018 | ||||
• Jumlah | $14.616 billion[12] | ||||
$3,199[13] | |||||
Gini (2009) | 35.5[14] sederhana | ||||
HDI (2018) | ▲ 0.690[15] sederhana · 119th | ||||
Mata wang |
| ||||
Zon waktu | Palestine Standard Time (UTC+2) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 (Palestine Summer Time) | ||||
Format tarikh | dd/mm/yyyy | ||||
Bahagian memandu | kanan | ||||
Kod panggilan | +970 | ||||
Kod ISO 3166 | PS | ||||
DPT internet | .ps | ||||
|
Selepas Perang Dunia Kedua, pada 1947, PBB menggunakan Pelan Pembahagian untuk Mandat Palestin yang mengesyorkan penubuhan sebuah negara Arab dan sebuah negara Yahudi dan mengantarabangsakan Kota Baitulmaqdis [20]. Pelan pembahagian ini diterima oleh Yahudi-Zionis tetapi ditolak oleh Arab.[21][22][23], negara Arab yang berjiran serta masyarakat Palestin telah memprotes dan bertempur dengan pasukan Israhell[24][25]. Ia dinamakan Peristiwa an-Nakbah.
Kemudiannya, Kerajaan Seluruh Palestin telah ditubuhkan oleh Liga Arab pada 22 September 1948 untuk mentadbir kawasan kepungan yang dikawal Mesir di Gaza. Ia kemudiannya diiktiraf oleh semua negara anggota Liga Arab kecuali Transjordan. Walaupun bidang kuasa Kerajaan tersebut dinyatakan meliputi seluruh kawasan bekas mandat British atas Palestin, hakikatnya bidang kuasanya hanya terkesan di Genting Gaza. Israel kemudiannya menawan Genting Gaza dan Semenanjung Sinai daripada Mesir, Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur daripada Jordan dan Bukit Golan daripada Syria pada Jun 1967 dalam Perang Enam Hari.
Pada 15 November 1988 di Algiers, Yasser Arafat selaku Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin telah mengisytiharkan penubuhan negara Palestin. Selepas setahun menandatangani Perjanjian Oslo 1993, Pihak Berkuasa Palestin dibentuk untuk memerintah kawasan A dan B Tebing Barat dan Genting Gaza. Gaza akhirnya pada 2007 ditadbir sepenuhnya oleh Hamas, dua tahun selepas pembebasan Gaza dari Israel.
Negara Palestin diiktiraf oleh 138 negara anggota PBB dan sejak tahun 2012, ia merupakan negara pemerhati bukan anggota di Perhimpunan Agung PBB[26][27]. Palestin merupakan negara anggota bagi Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan 77, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan lain-lain badan antarabangsa.
SejarahSunting
Status politiknya masih dalam perdebatan. Sebahagian besar negara di dunia termasuk negara-negara anggota OIC, Liga Arab, NAM, dan ASEAN telah mengakui kewujudan Negara Palestin. Wilayah Palestin saat ini terbahagi kepada dua entiti politik, iaitu Wilayah Pendudukan Israel dan Pihak Berkuasa Palestin. Deklarasi Kemerdekaan Palestin dinyatakan pada 15 November 1988 di Algiers oleh Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). [28] [29] .
Sidang Kemuncak Liga Arab 1974 menunjuk PLO sebagai "wakil sah tunggal rakyat Palestin dan menegaskan kembali hak mereka untuk mendirikan negara merdeka yang mendesak." PLO telah mempunyai status pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) sebagai "entiti non-negara" sejak 22 November 1974, yang memberikan hak untuk bercakap di Perhimpunan umum PBB tetapi tidak mempunyai hak suara. Selepas Deklarasi Kemerdekaan, Majelis Umum PBB secara rasmi "mengakui" proklamasi dan memilih untuk menggunakan sebutan "Palestin" bukan "Organisasi Pembebasan Palestin" ketika merujuk pada pemerhati kekal Palestin. Dalam keputusan ini, PLO tidak mengambil bahagian di PBB dalam kapasitinya sebagai pemerintah Negara Palestin. Sejak tahun 1998, PLO diatur untuk duduk di Perhimpunan Agung PBB segera setelah negara non-ahli dan sebelum semua pemerhati lain.
Pada tahun 1993, dalam Persetujuan Oslo, Israel mengakui pasukan perundingan PLO sebagai "mewakili rakyat Palestin", dengan ganjaran PLO mengakui hak Israel untuk wujud dalam damai, penerimaan resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 dan 338, dan keengganan terhadap "kekerasan dan keganasan". Sementara Israel menduduki wilayah Palestin, sebagai hasil dari Perjanjian Oslo, PLO mendirikan sebuah badan pentadbiran sementara: Pihak Berkuasa Palestin (PNA atau PA), yang mempunyai beberapa fungsi pemerintahan di bahagian Tebing Barat dan Jalur Gaza . Pengambilalihan Semenanjung Gaza oleh Hamas membahagikan wilayah Palestin secara politik, dengan Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas menguasai Tebing Barat dan diakui secara antarabangsa sebagai Pihak Berkuasa Palestin rasmi, sementara Hamas telah menjamin kekuasaannya atas Jalur Gaza . Pada bulan April 2011, kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian perdamaian, tetapi pelaksanaannya masih terbengkalai.
Hingga 18 Januari 2012, 129 (66.8%) daripada 193 negara anggota PBB telah mengakui Negara Palestin. Banyak negara yang tidak mengakui Negara Palestin tetap mengakui PLO sebagai "wakil rakyat Palestin". Selain itu, jawatankuasa eksekutif PLO diberi kuasa oleh PNC untuk melakukan fungsi kerajaan Negara Palestin [30]
Negara Palestin merupakan sebuah republik semi-presiden yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin. Ketua negara Palestin sekarang ialah Mahmoud Abbas selaku Presiden Palestin ke-2 selepas Yasser Arafat. Ketua kerajaan Palestin pula ialah de-facto Dr. Salam Fayyad manakala Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza. Ini membuktikan bahawa Palestin mempunyai 2 perdana menteri.
Pemerintah dan politikSunting
Palestin ditadbir oleh sebuah pihak berkuasa bernama Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin atau Pihak Berkuasa Palestin (PNA). PNA mempunyai beberapa kaitan dengan entiti lain seperti Presiden, Majlis Perundangan Palestin dan Kabinet Palestin.
Dokumen penubuhan negara Palestin ialah Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin, dan ia perlu dibezakan dengan[3] Piagam Negara Palestin milik PLO dan Undang-undang Asas Palestin yang digubal untuk bidang tugas PNA.
Badan PemerintahSunting
Pihak Berkuasa Palestin (PNA) ditubuhkan hasil daripada Perjanjian Oslo 1994. Ia bertanggungjawab untuk keselamatan dan hal ehwal masyarakat di pusat penduduk Palestin. Presiden PNA (atau juga Presiden Palestin) juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dan beliau bertanggungjawab untuk menetapkan dasar. PNA juga mempunyai Perdana Menteri, yang bertanggungjawab untuk hal ehwal pengurusan dan pengoperasian pemerintah dan berkhidmat di bawah arahan Presiden.
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) diiktiraf sebagai wakil rakyat Palestin di peringkat antarabangsa dan diurus oleh sebuah Jawatankuasa Eksekutif[31][32].
Badan PerundanganSunting
Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) merupakan badan perundangan di bawah PLO yang mempunyai 669 perwakilan daripada kumpulan politik di Palestin, terdiri daripada 88 orang anggota Majlis Perundangan Palestin (PLC), 98 orang wakil penduduk di Tebing Barat dan Gaza dan selebihnya wakil penduduk Palestin di luar negara. Yang Dipertua PNC kini ialah Salim al-Za'nun Abu Al-Adib.
Majlis Perundangan Palestin (PLC) pula merupakan sebuah badan perundangan (sama seperti Parlimen) di Palestin. Ia terdiri daripada 132 anggota yang dipilih melalui pilihan raya di 16 wilayah mengundi di Tebing Barat dan Gaza, Palestin.
Statistik mengenai keanggotaan PLC[33]
Bil | Perkara | Jumlah | Catatan |
---|---|---|---|
1 | Jumlah Anggota | 132 | Tebing Barat (84), Gaza (48) |
2 | Perwakilan Wanita | 17 | Tebing Barat (10), Gaza (7) |
3 | Bilangan Menjadi Tahanan | 10 | Semua dari Tebing Barat |
4 | Bilangan yang telah meninggal dunia | 4 | Tebing Barat (2), Gaza (2) |
5 | Jumlah Anggota Semasa | 128 | Tebing Barat |
Perwakilan Politik dalam kalangan anggota PLC[33]
Bil | Nama Blok Politik | Jumlah Perwakilan di Tebing Barat | Jumlah Perwakilan di Genting Gaza | Jumlah Asal Perwakilan | Jumlah Semasa Perwakilan | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Perwakilan Parti | Perwakilan Kawasan | Perwakilan Parti | Perwakilan Kawasan | ||||
1 | Hamas (Gerakan Ubah dan Reformasi) | 17 (3) | 30 (-1) | 12 (3) | 15 | 74 (6) (-1) | 73 |
47 (3) (-1) | 27 (3) | ||||||
2 | Fatah | 18 (5) (-1) | 11 (-2) | 10 (3) | 6 | 45 (8) (-3) | 42 |
29 (5) (-3) | 16 (3) | ||||||
3 | PFLP - senarai Abu Ali Mustafa | 2 | 1 | 3 (1) | 3 | ||
4 | Gabungan Alternatif (Al-Badeel)
- DFLP, PPP, PDU dan Bebas |
2 | 0 | 2 | 2 | ||
6 | Palestin Merdeka
- PNI dan Bebas |
1 (1) | 1 | 2 (1) | 2 | ||
5 | Hala Ketiga | 2 (1) | 0 | 2 (1) | 2 | ||
7 | Bebas | 1 | 3 | 4 | 4 | ||
Jumlah Keseluruhan | 84 (10) (-4) | 48 (6) | 132 (17) (-4) | 128 |
Nota: Nombor dalam Kurungan ialah jumlah perwakilan wanita. Nombor negatif dalam kurungan ialah jumlah perwakilan yang telah meninggal dunia.
PresidenSunting
Presiden Palestin[34] merupakan Pengerusi bagi PLO. Ia dilantik oleh Majlis Pusat Palestin (PCC)[35] yang merupakan institusi di bawah PLO. Keanggotaan PCC pula dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif PLO.
Jawatankuasa Eksekutif PLO terdiri daripada 18 orang anggota yang dipilih oleh Majlis Kebangsaan Palestin (PNC).
Ahli Jawatankuasa Eksekutif PLO pada 2018[36].
Bil | Nama | Parti | Jawatan | Catatan |
---|---|---|---|---|
1. | Mahmoud Abbas | Fatah | Ketua
Pegurus Kewangan Negara |
|
2. | Kosong[37] | Fatah | Setiausaha Agung
Ketua Jabatan Hal Ehwal Rundingan |
|
3. | Azzam Al-Ahmad | Fatah | Ketua Jabatan Hal Ehwal Arab dan Parlimen | |
4. | Tayseer Khaled | DFLP | ||
5. | Bassam Salhi | PPP | Ketua Jabatan Hal Ehwal Sosial | |
6. | Ahmed Majdalani | PPSF | Ketua Jabatan Perniagaan dan Perancangan | |
7. | Faisal Kamel Aranki | ALF | Ketua Jabatan Pembangunan Manusia | |
8. | Saleh Raafat | FIDA | Ketua Jabatan Ketenteraan dan Keselamatan | |
9. | Wasel Abu Yousef | PLF | Ketua Jabatan Organisasi Popular | |
10. | Hanan Ashrawi | PNI | Ketua Jabatan Diplomasi dan Dasar Awam | |
11. | Ziad Abu Amr | Bebas | Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa | |
12. | Ali Abu Zuhri | Bebas | Ketua Jabatan Pendidikan | |
13. | Adnan Al-Husseini | Bebas | Ketua Jabatan Hal Ehwal Yerusalem | |
14. | Ahmed Bayoud Al-Tamimi | Bebas | Ketua Jabatan Hak Asasi Manusia dan Masyarakat Sivil | |
15. | Ahmed Abu Holly | Bebas | Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelarian | |
16 | Kosong | |||
17 | Kosong | |||
18 | Kosong |
Perdana MenteriSunting
Perdana Menteri Palestin dilantik oleh Presiden. Anggota Kabinet Palestin yang bertanggungjawab untuk hal ehwal pengurusan dan pengoperasian PNA.
Anggota Kabinet Palestin sejak 2019.
Bil | Nama | Jawatan |
---|---|---|
1 | Dr. Mohammad Ibrahim Mohammad Shtayyeh | Perdana Menteri
Menteri Dalam Negeri Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama |
2 | Dr. Ziad Mohammed Husein Abu Amr | Timbalan Perdana Menteri |
3 | Nabil George Audah Abu Rudeineh | Timbalan Perdana Menteri
Menteri Penerangan |
4 | Dr Riyadh Al-Maliki | Menteri Ekspatriat dan Hal Ehwal Luar Negara |
5 | Shukri Bisharah | Menteri Kewangan |
6 | Dr Mohammad Fahhad Sabri Abdulrahman Al-Shalaldeh | Menteri Kehakiman |
7 | Dr Ahmad Abdulsalam Hassan Majdalani | Menteri Pembangunan Sosial |
8 | Rula Maayah | Menteri Pelancongan dan Warisan |
9 | Fadi Arafat Salim Al-Hadmi | Menteri Hal Ehwal Baitulmuqaddis |
10 | Ir. Ishaq Muhammad Syarif Abdulhayy Sidr | Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat |
11 | Amal Taufiq Abdulhadi Hamad | Menteri Hal Ehwal Wanita |
12 | Khalid Zuheir Khalid Al-Esseily | Menteri Ekonomi Negara |
13 | Riyadh Mohammed Yusuf Attari | Menteri Pertanian |
14 | Assem Ghalib Hafiz Salem | Menteri Pengangkutan dan Perhubungan |
15 | Dr Atef Talal Ibrahim Abu Saif | Menteri Kebudayaan |
16 | Ir Majdi Hafiz Abdullah Al-Saleh | Menteri Kerajaan Tempatan |
17 | Dr. Mohamed Mohamed Salim Ziarah | Menteri Kerja Raya dan Perumahan |
18 | Dr Mahmoud Musa Ahmad Abu Muwais | Menteri Pengajian Tinggi dan Penyelidikan Saintifik |
19 | Dr Marwan Mas'ud Mohammad Awartani | Menteri Pendidikan |
20 | Dr Mai Salem Hana Al-Kailah | Menteri Kesihatan |
21 | Nasri Khalil Salem Abu Jaish | Menteri Pekerja |
22 | Osama Hassan Saad Al-Saadawi | Menteri Negeri bagi Pemberdayaan dan Keusahawanan |
– | Dr. Amjed Mahmoud Mohammad Ghanim | Setiausaha Majlis Kabinet |
– | Ibrahim Mulhim | Jurucakap Kerajaan |
DemografiSunting
Menurut Biro Perangkaan Pusat Palestin, Negara Palestin mempunyai penduduk sebanyak 4,420,549 orang pada 2013.[38] Dalam kawasan seluas 6,020 kilometer persegi (2,320 batu persegi), kepadatan penduduk adalah bernilai sekitar 827 orang per kilometer persegi.[39] Peratusan celik huruf Palestin ialah 96.3% menurut laporan rasmi 2014 oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; ini adalah nilai yang tinggi mengikut standard antarabangsa. Terdapat perbezaan jantina dalam populasi berusia di atas 15 tahun dengan 5.9% penduduk wanita dianggap buta huruf berbanding 1.6% penduduk lelaki.[40] Peratusan buta huruf di kalangan wanita telah menurun dari 20.3% pada tahun 1997 kepada kurang daripada 6% pada tahun 2014.[40]
93% penduduk Palestin adalah beragama Islam,[41] sebahagian besar daripadanya menuruti aliran Sunni, dengan minoriti kecil Ahmadiyyah,[42] dan 15% pula tidak bermazhab.[43] Kristian Palestin mewakili minoriti dengan peratusan 6%, diikuti oleh komuniti agama yang lebih kecil, termasuk golongan Duruzi dan orang Samaria.[44]
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ "Palestine" (includes audio). nationalanthems.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
- ^ a b "Ban sends Palestinian application for UN membership to Security Council". United Nations News Centre. 23 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2015. Dicapai pada 11 September 2015.
- ^ a b "Declaration of Independence (1988) (UN Doc)". State of Palestine Permanent Observer Mission to the United Nations. United Nations. 18 November 1988. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
- ^ Miskin, Maayana (5 December 2012). "PA Weighs 'State of Palestine' Passport". israelnationalnews.com. Arutz Sheva. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2012. Dicapai pada 8 June 2014.
A senior PA official revealed the plans in an interview with Al-Quds newspaper. The change to 'state' status is important because it shows that 'the state of Palestine is occupied,' he said.
- ^ "State of Palestine name change shows limitations". AP. 17 January 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2013.
Israel remains in charge of territories the world says should one day make up that state.
- ^ "Table 3, Population by sex, annual rate of population increase, surface area and density". Demographic Yearbook. United Nations Statistics Division. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2017. Dicapai pada 28 Januari 2018. Unknown parameter
|chapterurl=
ignored (bantuan) - ^ "The World Factbook: Middle East: West Bank". cia.gov. Central Intelligence Agency. 7 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 May 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
- ^ "The World Factbook: Middle East: Gaza Strip". cia.gov. Central Intelligence Agency. 12 May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
- ^ "State of Palestine Population". Worldometers. Worldometers. Dicapai pada 1 February 2020.
- ^ "World Bank, International Comparison Program database: GDP, PPP (current international $)" (PDF). Data World Bank. Dicapai pada 29 July 2020.
- ^ "GDP per capita, PPP (current international $) - West Bank and Gaza | Data". data.worldbank.org. Dicapai pada 2020-07-29.
- ^ "GDP (current US$) - West Bank and Gaza east bank [[:Templat:7]] Data". data.worldbank.org. Dicapai pada 2020-07-29. URL–wikilink conflict (bantuan)
- ^ "GDP per capita (current US$) - West Bank and Gaza | Data". data.worldbank.org. Dicapai pada 2020-07-29.
- ^ "GINI Index: West Bank and Gaza". The World Bank: Data. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
- ^ "Human Development Report 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 10 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-03-22. Dicapai pada 10 December 2019.
- ^ According to Article 4 of the 1994 Paris Protocol Diarkibkan 1 Oktober 2016 di Wayback Machine. The Protocol allows the Palestinian Authority to adopt multiple currencies. In the West Bank, the Israeli new sheqel and Jordanian dinar are widely accepted; while in the Gaza Strip, the Israeli new sheqel and Egyptian pound are widely accepted.
- ^ Al Zoughbi, Basheer (November 2011). "The de jure State of Palestine under Belligerent Occupation: Application for Admission to the United Nations" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 29 Ogos 2016. Dicapai pada 29 Julai 2016.
- ^ Falk, Palma (30 November 2012). "Is Palestine now a state?". CBS News. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2016. Dicapai pada 29 Julai 2016.
- ^ Tahhan, Zena. "The Naksa: How Israel occupied the whole of Palestine in 1967". www.aljazeera.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2018. Dicapai pada 28 Disember 2018.
- ^ "Resolution 181 (II). Future government of Palestine". United Nations. 29 November 1947. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2017. Dicapai pada 21 Mac 2017.
- ^ "Declaration of Establishment of State of Israel". Israel Ministry of Foreign Affairs. 14 Mei 1948. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2013. Dicapai pada 8 April 2012.
- ^ Brenner, Michael; Frisch, Shelley (April 2003). Zionism: A Brief History. Markus Wiener Publishers. m/s. 184.
- ^ "Zionist Leaders: David Ben-Gurion 1886–1973". Israel Ministry of Foreign Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2011. Dicapai pada 13 Julai 2011.
- ^ The Arab-Israeli War of 1948 (US Department of State, Office of the Historian) Diarkibkan 16 Jun 2017 di Wayback Machine"Arab forces joining the Palestinian Arabs in attacking territory in the former Palestinian mandate."
- ^ Yoav Gelber, Palestine 1948, 2006 – Chap. 8 "The Arab Regular Armies' Invasion of Palestine".
- ^ Charbonneau, Louis (29 November 2012). "Palestinians win implicit U.N. recognition of sovereign state". Reuters. Thomson Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2014. Dicapai pada 8 June 2014.
- ^ Lederer, Edith M (30 November 2012). "Live Stream: Palestine asks United Nations for a 'birth certificate' ahead of vote". www.3news.com. New Zealand: MediaWorks TV. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2013. Dicapai pada 8 Jun 2014.
- ^ Baroud in Page, 2004, hal. 161.
- ^ Bissio, 1995, hal. 433.
- ^ Sayigh, Yezid (1999). Armed Struggle and the Search for State: The Palestinian National Movement, 1949-1993 (ed. illustrated). Oxford University Press. m/s. 624. ISBN 0198296436, 9780198296430 Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan). Unknown parameter|kata-kata tambahan=
ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) "the Palestinian National Council also empowered the central council to form a government-in-exile when appropriate, and the executive committee to perform the functions of government until such such time as a government-in-exile was established. " - ^ Executive Board of UNESCO (12 Mei 1989). "Hundred and Thirty-First Session – Item 9.4 of the Provisional Agenda – Request for the Admission of the State of Palestine to UNESCO as a Member State" (PDF). UNESCO. m/s. 18, Annex II. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 28 Julai 2011. Dicapai pada 28 September 2011.
A government-in-exile, having no effective control in the territory and not having had previous control, ... .
- ^ "Palestinian National Council (PNC)". European Institute for Research on Mediterranean and Euro-Arab Cooperation. Medea Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 August 2011. Dicapai pada 16 June 2014.
The Palestinian National Council (PNC), Parliament in exile of the Palestinian people, is the most important institution of the Palestinian Liberation Organisation (PLO). The PNC elects the Executive Committee of the organization which makes up the leadership between sessions.
- ^ a b "PLC Members". Palestinian Legislative Council.
- ^ Government of the Dominican Republic (15 July 2009). "Comunicado Conjunto para Establecimiento Relaciones Diplomaticas entre la Republica Dominican y el Estado de Palestina" [Joint Communique on the Establishment of Diplomatic Relations between the Dominican Republic and the State of Palestine] (PDF) (dalam bahasa Spanish, English, dan Arabic). Dominican Republic Ministry of Foreign Affairs. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 August 2011. Dicapai pada 15 June 2014.
Presidente del Estado de Palestina [President of the State of Palestine].
CS1 maint: unrecognized language (link) - ^ PLO Body Elects Abbas 'President of Palestine' Diarkibkan 1 September 2017 di Wayback Machine 25 November 2008. Agence France-Presse (via MIFTAH). Retrieved 12 August 2017. "'I announce that the PLO Central Council has elected Mahmud Abbas president of the State of Palestine. He takes on this role from this day, November 23, 2008,' the body's chairman Salem al-Zaanun told reporters."
- ^ "أعضاء اللجنة التنفيذية لمنظمة التحرير". Palestine National Council.
- ^ Penyandang sebelum ini, Saeb Erekat meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19. Rujukan: AFP (10 November 2020). "Pejuang Palestin, Saeb Erekat meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 12 November 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Palestinian Central Bureau of Statistics". State of Palestine. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2015. Dicapai pada 22 September 2014.
- ^ "State of Palestine Population (2020) – Worldometer". www.worldometers.info.
- ^ a b "Education (2014)" (PDF). United Nations Development Programme. United Nations. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 11 March 2017. Dicapai pada 30 January 2017.
- ^ "Are all Palestinians Muslim?". Institute for Middle East Understanding. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2014. Dicapai pada 16 April 2014.
- ^ "PA's Moderate Muslims Face Threats". Israel National News. 31 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2014. Dicapai pada 26 April 2014.
- ^ "Religious Identity Among Muslims". Pewforum.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 December 2016. Dicapai pada 6 July 2016.
- ^ Louis J. Salome (2010). Violence, Veils and Bloodlines: Reporting from War Zones. McFarland. m/s. 77–. ISBN 978-0-7864-5584-3.