Wilayah bersejarah Syam (Arab: الشام ash-Shām), atau kini dinamakan negara Syria (Hieroglifik Luwian: Sura/i; Yunani: Συρία; penulisan moden menggelarnya Syria Raya atau Syria Besar (Arab: سوريّة الكبرى), Syria-Palestin, bahasa Inggeris: Levant) terletak di rantau Timur Dekat bersempadan dengan timur Laut Mediterranean.

Etimologi dan penamaan sunting

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa nama "Sham" itu merujuk kepada "langit" - bahasa Ibrani sham (שָׁמַ) diturunkan daripada kata bahasa Akkadia šamû yang mempunyai erti sama.[1]

Ada juga sumber yang menyatakan bahawa ia bermaksud "tanah tangan kiri" di mana arah tersebut dirujuk kepada kedudukan seseorang di Hijaz menghadap ke arah timur di maan arah utara itu di sebelah kiri pemerhati (lihat juga nama Yaman (اَلْـيَـمَـن, al-Yaman) yang bermaksud "[sebelah] kanan").[2] Malah, perkataan sham ini pula berakar daripada binaan huruf syinhamzahmim ش ء م yang merujuk kepada "nasib malang" atau "bala" - berkait kuat dengan bahagian kiri -, seperti mana yang tampak pada ejaan berbeza yang lain seperti شأم dan شآم.

Nama Syam itu sendirinya boleh merujuk kepada Damsyik,[3] sebuah kota yang dilihat sebagai suatu pusat perdagangan yang penting di rantau Tanah Arab.

Dalam sejarah Islam sunting

Di zaman bermulanya tersebar Islam, ramai kafilah perniagaan daripada Makkah dan Madinah berulang alik untuk berniaga di Syam. Antaranya termasuklah tokoh perniagaan Khadijah binti Khuwailid yang kemudian berkahwin dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Perang Siffin (Mei-Julai 657) juga berlaku di sini iaitu di tebing Sungai Furat, Syam (Syria). Ia terjadi apabila Muawiyah bin Abu Sufyan Gabenor Syria memberontak terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib yang lambat menghukum pembunuh bekas khalifah Uthman bin Affan.

Sila lihat sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Caplice, Richard I.; Snell, Daniel C. (1988). Introduction to Akkadian. Gregorian Biblical BookShop. m/s. 6. ISBN 9788876535666. Dicapai pada 14 Ogos 2017.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Bosworth, Clifford Edomond (1997). "AL-SHĀM"". Encyclopaedia of Islam. 9. m/s. 261.
  3. ^ Tardif, P. (17 September 2017). "'I won't give up': Syrian woman creates doll to help kids raised in conflict". CBC News. Dicapai pada 6 Mac 2018.