Khalifah (bahasa Arab: خليفة) (bahasa Inggeris: Caliph) secara harfiyah bermakna "pengganti" atau "wakil" yakni pemimpin umat Islam setelah Muhammad wafat/meninggal dunia. Mereka digelar sebagai khalifah Allah (perwakilan Allah) dan khalifah Rasulullah (pengganti utusan Allah).

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Muhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang

Gelaran khalifah ini juga dikenali sebagai Amīr al-Mu'minīn (أمير المؤمنين) yang bermakna "pemimpin orang yang beriman".

SejarahSunting

Selepas kewafatan Nabi Allah yang bernama Muhammad, Abu Bakar dipilih untuk menjadi pengganti untuk kepimpinan Muhammad dengan gelaran "Khalifah Rasulullah". Pada asalnya Khalifah dipilih melalui Majlis Syura, yaitu Musyawarah, perbincangan dan penentuan daripada para sahabat Muhammad. Dalam Ahlusunnah Waljamaah, mengiktiraf empat khalifah pertama (yaitu Khulafa' ArRasyidin): Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Ali. Dalam Syiah pula, menganggap gelar Khalifah hanya layak diberikan kepada Ali. Muhammad berkata (melalui hadis shahih) bahawa Khulafa' ArRasyidin juga dikenali sebagai Khilafah 'ala Minhaj Nubuwwah (Khilafah mengikut aturan Kenabian).

Abu Bakar adalah khalifah Islam yang pertama dengan gelarannya sebagai "Khalifah Rasulullah", dia dipilih sebagai Khalifah setelah melalui proses perbincangan dan majoriti para sahabat meyakini bahawa Abu Bakar lebih layak kerana Muhammad memilih Abu Bakar menjadi pengganti "Imam Sholat" menjelang kewafatannya, pada 632. Pada awalnya, Abu Bakar menyebarkan islam secara berhati-hati kerana AlQuran belum ditulis pada satu kitab tetapi berselerak di merata tempat, maka beliau berfikir untuk mengumpulkan ayat AlQuran dengan menulis semula pada satu kitab melalui hafalan AlQuran para sahabat dan tulisan AlQuran (yang ditulis di batu, tulang, daun dan sebagainya) sehingga kewafatannya. Abu Bakar juga berwasiat kepada Umar untuk menyambung tugasnya dalam penulisan kitab AlQuran.

Kemudian digantikan Umar sebagai Khalifah Islam yang kedua, AlQuran hampir disempurnakan sebagai sebuah kitab (buku), penyebaran tentang Agama Allah dan Rasulullah (Islam) mulai diutamakan tapi ramai pula yang menentang perkembangan Islam seperti empayar Byzantine, Rumawi. Maka, peperangan berlaku antara Rumawi dan Madinah untuk menghancurkan Agama Islam, walaupun jumlah tentera islam hanya ribuan berbanding Tentera Rumawi yang berpuluh ribu, namun atas kebijaksanaan Tentera Islam dalam strategi, Umar akhirnya mendapat kemenangan, selepas itu, Umar berusaha keras untuk menyebarkan islam ke seluruh wilayah Byzantine di Syam, juga membebaskan Baitul Maqdis di Palestin dan Persia. Pada zaman Umar, Islam berkembang pesat di Syam, Palestin, dan Mesir. Pemimpin-pemimpin di seluruh wilayah juga digantikan dengan pemimpin islam. Umar dibunuh ketika sedang sholat subuh berjemaah.

Kemudian digantikan Uthman sebagai Khalifah Islam yang ketiga, 644-656. Beliau adalah anggota keluarga Bani Umayyah. Pada zaman Uthman, AlQuran mulai dicetak dengan banyak, kitab-kitab AlQuran kemudian disebarkan kepada pemimpin-pemimpin di seluruh wilayah Islam, supaya undang-undang islam dapat diperkukuhkan serta disebarkan kepada rakyat masing-masing. Disebabkan itu, AlQuran juga digelar Mushaf Uthmani kerana Uthman adalah orang pertama yang menyebarkannya melalui tulisan. Menjelang kewafatannya, pemberontak memfitnah Uthman melakukan kezaliman dan kesesatan, akhirnya dia dibunuh oleh puak pemberontak yang bergelar "Khawarij" (gelaran kumpulan yang melampaui batas). Kewafatan Uthman yang tidak terbela telah mencetuskan kemarahan Keluarga Bani Umayyah.

Kemudian digantikan Ali sebagai khalifah Islam yang keempat, 656-661. Beliau adalah sepupu Muhammad dan berkahwin dengan anak perempuan Muhammad bernama Fatimah Binti Muhammad Az-Zahra. Beliau juga adalah Khalifah Islam yang pertama diiktiraf oleh Syiah. Walaupun Ali mengikuti kepimpinan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai khalifah yang terdahulu, tetapi pemilihan Ali sebagai Khalifah keempat dibangkang Muawiyah dan Aisyah. Aisyah dihasut oleh puak "Khawarij". Muawiyah pula menganggap Ali tidak layak menjadi Khalifah kerana Ali tidak membela kewafatan Uthman yang juga ahli Keluarga Bani Umayyah. Akhirnya berlaku peperangan antara golongan Muawiyah dan Ali, dan Ali terbunuh kerana difitnah.

Kemudian digantikan anaknya, Hassan Bin Ali sebagai Khalifah Islam tanpa pengetahuan Muawiyah, namun hanya selama 6 bulan sahaja. Kemudian Hassan berselisih dengan Muawiyah sehingga menyebabkan perpecahan wilayah Islam. Demi persaudaraan Islam, akhirnya Hassan menyerahkan Khilafah kepada Muawiyah dan menyeru seluruh penduduk Madinah supaya berbaiat kepada Muawiyah. Tidak lama kemudian, saudara kembarnya yang bernama Hussein Bin Ali pula difitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, dan dibunuh dalam pertempuran Kerbala pada tahun 680.

Kemudian digantikan Muawiyah sebagai Khalifah Islam yang kelima (selepas kewafatan Ali), beliau memindahkan ibukota Khilafah dari Madinah ke Damsyik dan ahli keluarga Bani Umayyah berkuasa sebagai khalifah sehingga tahun 750, Khilafah Bani Umayyah berperang dengan ahli keluarga Bani Abbas yang menganggap lebih layak menjadi Khalifah, tetapi malangnya tidak menyebelahi Bani Umayyah, akhirnya kemenangan diberikan kepada Bani Abbas (keturunan yang bersambung dengan Bani Hasyim, juga moyang Muhammad), Kemudian menjadi Khalifah dalam Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad. Kerajaan Abbasiyah menjadi Khalifah yang rasmi kerana menguasai Baitul Maqdis, Makkah, dan Madinah.

Sejak kalah berperang, Bani Umayyah berpindah ke Sepanyol, di mana mereka membentukkan Kerajaan dan menyebarkan Islam di barat. Syiah juga mengasaskan Kerajaan Fathimiyah di Mesir. Beberapa ratus tahun kemudian, Tentera Tatar dan Mongol keluar dari Timur Jauh Kemudian memusnahkan khalifah Abbasiyah di Baghdad pada tahun 1258. Selanjutnya, ibu Kota Khalifah Abbasiyah berpindah ke Kaherah, Mesir. Beberapa keturunan Abbasiyah di Kaherah cuba mengekalkan gelaran khalifah islam dengan menguasai Makkah dan Madinah, tetapi tidak ada kekuatan yang nyata untuk menyebarkan islam. Dalam waktu yang sama, Orang Kristian pula memusnahkan kekuasaan Islam di Baitul Maqdis pada tahun 1492. Tidak lama kemudian, Kerajaan Uthmaniyah mulai mendapat kekuatan dengan menakluki Baitul Maqdis, Konstantinopel dan Kaherah 1517.

Selepas Kerajaan Uthmaniyah menakluki Mesir, Kerajaan Uthmaniyah mendapatkan jawatan Khalifah daripada Khalifah Abbasiyah. Khalifah Uthmaniyah sangat terkenal sebagai Pusat Ilmu Manusia pada zaman kegelapan Eropah. Ramai tokoh-tokoh Ilmuwan islam telah meengajarkan ilmu kepada orang Eropah. Khalifah Uthmaniyah juga terkenal di seluruh dunia Islam kerana menjaga Baitul Maqdis, Makkah dan Madinah. Sebab itu, Semua pemimpin-pemimpin islam bernaung dibawah Empayar Uthmaniyah.[1]

Pada tahun 1923 Kerajaan Uthmaniyah memimpin seperti Negara Republik. Walaupun Abd-ul-Mejid II kemudian mengekalkan gelar khalifah, tetapi tidak lagi Sultan, dan dia tidak mempunyai kuasa kedaulatan. Akhirnya, Kemal Atatürk menghapuskan Kerajaan khalifah pada 3 Mac 1924.[2]

Ramai yang berjuang untuk menegakkan Pemerintahan Khalifah Islam. Tetapi pada tahun 1926, Kongres Antarabangsa umat Islam di Kaherah memutuskan bahawa jawatan khalifah tetap terbuka sehingga semua orang Islam boleh mengambil bahagian dalam penubuhan khalifah yang baru.[1]

Pada akhir bulan Jun 2014, Abu Bakr al-Baghdadi, pemimpin ISIS, mengisytiharkan ISIS yang memerintah di sebagian wilayah Iraq dan Syria sebagai khalifah yang baru, selepas mendapat sokongan daripada pengikut-pengikutnya sendiri. Tetapi dibangkang oleh majoriti Umat Islam di seluruh dunia kerana ISIS dikenali sebagai puak "Khawarij" (kumpulan yang melampaui batas).

Pandangan Syiah Islam mengenai khalifahSunting

Shi orang Islam tidak mengenali Khilafah Selatan, dan biasanya tidak menggunakan istilah "Khalifah". Mereka mengatakan bahawa umat Islam harus dipimpin oleh imam, yang tidak akan dipilih oleh umat Islam. Sebaliknya, kepimpinan harus mewarisi dalam keluarga Nabi, dan Muhammad sepatutnya disusuli dengan segera selepas kematiannya oleh menantu Ali ibn Abi Talib sebagai imam. Tiga khalifah pertama (Abu Bakr, Umar, Uthman) dianggap oleh orang-orang Syiah sebagai penceroboh. Ali akhirnya mengambil alih sebagai imam / imam selepas Uthman, dan dikira oleh Muslim Sunni sebagai khalifah yang keempat dan terakhir. Walau bagaimanapun, selepas kematian Ali pada tahun 661, kaum Syiah enggan mengakui Khalifah Umayyah dan pengikutnya, seperti Sunnite. Shiaislam sebaliknya menegaskan pada baris imam yang berterusan dalam cara Muhammad melalui mangsa Ali yang selamat. Walau bagaimanapun, mereka tidak pernah mempunyai kedudukan kuasa duniawi, dan bertindak sebagai pembangkang agama di Kalifah Selatan.

Syarat-Syarat In’iqâd Seorang KhalifahSunting

Syekh Taqiyuddin An Nabhani dalam Kitab Nizamul Hukm Fil Islam menyebutkan tujuh syarat sehingga seseorang layak menjadi Khalifah, dimana syarat tersebut menjadi syarat sah untuk diangkat menjadi Khalifah atau disebut sebagai syarat in’iqâd. Jika ada satu saja kekurangan, maka akad pengangkatan Khalifah menjadi tidak sah. Adapun syarat tersebut adalah :

  1. Muslim
  2. Lelaki
  3. Baligh
  4. Berakal (Bukan Gila)
  5. Adil
  6. Merdeka (Bukan Hamba)
  7. Mempunyai Kemampuan Memimpin Negara (Daulah Islamiyah)

Syarat Perlantikan KhalifahSunting

Jika sekelompok kaum Muslim di suatu wilayah Islam membaiat seseorang, ia sah sebagai Khalifah asal memenuhi syarat berikut:

  1. Memenuhi syarat in‘iqâd seorang Khilafah.
  2. Ada wilayah yang jelas dan rakyatnya.
  3. Keamanan dan kekuasaan di wilayah itu berada di tangan kaum Muslim, bukan diuruskan oleh orang asing.
  4. Khalifah itu harus langsung menerapkan syariat Islam secara menyeluruh dan sekaligus, tidak ditunda ataupun bertahap-tahap.

Tanggungjawab Khalifah terhadap UmatSunting

[nyatakan menurut siapa?]

Pertama : Memelihara Keturunan.
Antara langkah-langkah praktiknya:

  1. Mensyariahkan nikah dan mengharamkan penzinaan;
  2. Tidak memberikan kebebasan dalam tingkah laku, berhubungan bebas, seks bebas dan sebagainya;
  3. Menetapkan berbagai hukuman terhadap mereka yang berzina.

Dalam sistem kehidupan sekular, tentunya perkara-perkara tersebut tidak dapat dilakukan kerana melanggar hak asasi manusia yang merupakan tunjang kepada sistem demokrasi.
Kedua : Memelihara Akal.
Islam telah menetapkan beberapa perkara antaranya;

  1. Mewajibkan seluruh warganegara menuntut ilmu dengan pembiayaan sepenuhnya oleh negara. Itulah yang dilakukan oleh Muhammad, para sahabat dan para khalifah;
  2. Mencegah dan melarang dengan tegas segala perkara yang merosakkan akal seperti minuman keras dan dadah;
  3. Menetapkan hukuman terhadap semua yang terlibat dengan barangan larangan tersebut.

Dalam sistem sekarang, minuman keras dianggap barang yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kerana cukai importnya. Maka, ianya hanya ‘diharamkan’ sekiranya tidak membayar cukai atau diseludup secara haram. Itu pun, hukumannya langsung tidak meninggalkan kesan terhadap pelakunya.
Ketiga : Memelihara Kehormatan.
Hal ini diatur dengan;

  1. Memberikan kebebasan untuk melakukan apa pun yang mubah selagi tidak keluar dari sempadan syariah;
  2. Melarang orang menuduh zina, jika tiada bukti, hukuman had al-qazaf iaitu disebat 80 kali akan dilaksanakan;
  3. Wanita dijadikan sebagai “kehormatan” yang mesti dipelihara, dan bukannya sebagai barangan murahan.

Era dunia sekular sekarang tidak menjamin kehormatan seseorang. Acara-acara hiburan, ekploitasi ke atas wanita, malah aksi-aksi pornografi (lucah) dibiarkan berleluasa.
Keempat : Memelihara Jiwa (Nyawa) Manusia.
Dengan syariah Islam setiap warga daulah Islam walau apa pun bangsa dan agamanya, akan terpelihara dan dijamin keselamatan jiwanya.
Sebaliknya, tanpa syariah Islam, realiti hari ini menunjukkan bahawa setiap hari media ada melaporkan kes pembunuhan. Keluarga mangsa korban selalunya tak dilayan seadilnya. Berbeza dengan Islam yang menetapkan hukum qisas dan diyat.
Kelima : Memelihara Harta.
Dalam Islam, bukan hanya harta peribadi yang dilindungi, tetapi keperluan asas setiap individu juga terjamin. Harta milik umum seperti hasil galian, petroleum dan sebagainya hanya akan dikelolakan oleh negara dan dikembalikan bagi kesejahteraan rakyat.
Sebaliknya, dalam sistem sekular keperluan asas pun tidak dijamin, apatah lagi harta milik umum hanya dirasai segelintir orang kaya termasuklah rakyat asing.
Keenam : Memelihara Agama.
Islam mempunyai hukuman bunuh bagi orang yang murtad.
Dalam sistem sekular, agama ini sering diperlecehkan, aqidah umat juga tidak terpelihara untuk disesuaikan dengan prisip kebebasan beragama.
Ketujuh : Memelihara Keamanan.
Khalifah yang telah dibaiat, sudah tentu tidak akan membiarkan pihak asing menguasai kemanan daulah. Bahkan mereka yang merompak, merusuh dan membuat jenayah akan dibunuh, disalib dan diasingkan dari daulah (salah satu atau ketiga-tiganya). Bandingkan dengan situasi kini, penjenayah bebas keluar masuk penjara tanpa rasa kesal dan rakyat sentiasa rasa tidak aman dan selamat.
Kelapan : Memelihara Negara.
Dalam Islam, keutuhan daulah sentiasa dijaga. Pemberontak negara akan dihukum. Sebarang usaha untuk memecahbelahkan daulah akan dilumpuhkan. Bezanya kini, sistem sekular membiarkan negeri umat Islam berpecah menjadi serpihan kecil dan lemah.

KritikanSunting

Cendekiawan Mesir Ali Abdur Raziq menerbitkan buku 1925 nya Islam dan Asas Tadbir Urus. Hujah buku ini telah diringkaskan sebagai "Islam tidak menganjurkan bentuk kerajaan tertentu".[3] Dia menumpukan kritikannya kepada mereka yang menggunakan undang-undang agama sebagai proklamasi politik kontemporari dan sejarah raja-raja yang mengaku legitimasi oleh khalifah.[4] Raziq menulis bahawa penguasa-penguasa yang lalu menyebarkan pengertian pembenaran agama untuk khalifah "agar mereka dapat menggunakan agama sebagai perisai yang melindungi tahta mereka terhadap serangan pemberontak".[5]

Senarai khalifahSunting

Khulafa al-Rasyidin di MadinahSunting

Khilafah Bani Umayyah di DamsyikSunting

Khilafah Bani Abbasiyah di BaghdadSunting

Khilafah Bani Abbasiyah di KaherahSunting

Khilafah Uthmaniyah di Constantinople(Qunstatiniyah)(Istanbul)Sunting

Lihat jugaSunting

Nota kakiSunting

  1. ^ a b Henning Poulsen: Suuri maailmanhistoria, osa 13: Sodasta toiseen 1914-1945, s. 60. Suomentanut Matti Hossa. Koko kansan kirjakerho, 1982. ISBN 951-864-001-7.
  2. ^ Vuosisatamme kronikka, s. 320. Gummerus, 1986. ISBN 951-20-2893-X.
  3. ^ Elizabeth Suzanne Kassab. Contemporary Arab Thought: Cultural Critique in Comparative Perspective. Columbia University Press, 2010. ISBN 9780231144896 p.40
  4. ^ Bertrand Badie, Dirk Berg-Schlosser, Leonardo Morlino (eds). International Encyclopedia of Political Science, Volume 1. SAGE, 2011. ISBN 9781412959636 p.1350.
  5. ^ Kemal H. Karpat. The Politicization of Islam: Reconstructing Identity, State, Faith, and Community in the Late Ottoman State. Studies in Middle Eastern History. Oxford University Press, 2001 ISBN 9780195136180 pp.242-243.