Lelaki (Jawi: للاكي, dalam bahasa lama: laki-laki, Jawi: لاكي-لاكي‎ atau لاكي٢‎) atau peria[1]:II (Jawi: ڤريا‎, juga pria) ialah salah satu daripada dua jantina manusia selain perempuan.

Lelaki
للاكي
Dari kiri ke kanan bermula dari atas: Hafez · David · Ban Ki-moon · Chinua Achebe · Aryabhata · Händel · Kongzi · Kofi Annan · Hinmatóow Yalahtq̓it · Plato · Ronaldo · Albert Einstein · Errol Flynn · Mohandas Gandhi · Ole Henrik Magga · seorang petani dari AS · Adam · Manusia Vitruvius · Lelaki dengan anak · Herakles dengan Telephos

Genom seorang lelaki mewarisi satu kromosom X dari belah ibu dan satu kromosom Y dari belah bapa, sifat kelelakian ini diwarisi dari kandungan androgen yang lebih tinggi dari estrogen semasa berkembang dalam janin lalu berbeza dari fisiologi lagi-lagi semasa akli baligh; hal tersebut ada pengecualian dalam kondisi transgenderisme mahupun khunsa.

Peristilahan

sunting

Perkataan "lelaki" atau "laki-laki" dalam bahasa lama adalah hasil gandaan separa kata akar Austronesia *laki.[2] Perkataan peria pula diserap dari bahasa Sanskrit प्रिय priya bermaksud "kekasih";[3] ia kurang digunakan di negara-negara Nusantara lain melainkan di Indonesia yang lebih mengeja sebagai pria.

Penggunaan istilah "lelaki" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; jantina sama dalam kalangan haiwan diungkapkan dengan istilah jantan.

Umur 18

sunting

Lelaki dewasa merupakan tempoh atau rencana hidup seorang lelaki selepas dia berubah daripada lelaki kanak-kanak. Kebanyakan budaya mempunyai upacara adat resam untuk manandakan permulaan kedewasaan seseorang lelaki, umpamanya "Chrismation" dalam beberapa cabang agama Kristian, "B'nai Mitzvah" dalam agama Yahudi, ataupun hanya perayaan hari jadi kelapan belas atau kedua puluh satu. Hari bersejarah bagi khatan adalah hari dimana putik kepala iaitu sedikit kulit akan dipotong dengan alatan tajam atau menggunakan teknologi terkini seperti laser dan pemotong berasaskan elektrik.

Biologi dan jantina

sunting

Kaum lelaki mempunyai pelbagai ciri jantina yang membezakan mereka daripada perempuan. Serupa dengan perempuan, organ seks mereka merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan yang terdirinya daripada zakar, testikel, vas deferens serta korda spermatik yang lain, dan kelenjar prostrat. Sistem pembiakan lelaki ditujui semata-mata untuk penghasilan dan pemancutan air mani yang membawa sperma dan maklumat genetik. Oleh sebab sperma memasuki uterus perempuan dan kemudiannya salur falopia untuk mensenyawakan telur yang akan berkembang menjadi fetus ataupun anak, sistem pembiakan lelaki tidak bermain sebarang peranan sewaktu gestasi. Konsep kebapaan dan keluarga terwujud di setiap masyarakat manusia.

Ciri-ciri jantina sekunder seperti bulu roma dan pertumbuhan otot dipergunakan untuk menarik perhatian pasangan atau untuk menewaskan pesaing. Bagaimanapun, kesemua ciri sekunder itu seringnya berkaitan dengan pembiakan. Berbeza dengan perempuan, kebanyakan daripada organ seks lelaki terdiri daripada bahagian-bahagian luar, walaupun terdapat juga bahagian dalaman, umpamanya kelenjar prostrat. Penyelidikan pembiakan lelaki dan organ-organ berkait digelarkan andrologi. Kebanyakan walaupun bukan kesemua lelaki mempunyai kariotip 46/XY.

Secara amnya, lelaki mengalami banyak penyakit yang serupa dengan perempuan. Bagaimanapun, terdapatnya sebahagian penyakit seks yang terjadi hanya, atau lebih kerap kali, pada lelaki sahaja. Umpamanya, lelaki lebih kerap mengalami autisme dan kebutaan warna, berbanding perempuan. Sebahagian penyakit-penyakit berkait umur, seperti penyakit Alzheimer, kelihatannya lebih lazim di kalangan lelaki, walaupun tidak pasti adakah ini disebabkan oleh kejadian yang benar-benar lebih banyak ataupun kerana lelaki mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding perempuan.

Faktor-faktor biologi biasanya tidak merupakan penentu tunggal untuk menganggapi adakah seseorang itu dikira lelaki atau tidak. Umpamanya, ramai lelaki dilahir tanpa fisiologi lelaki yang tipikal (anggarannya berbeza-beza di antara satu per-2,000, dan satu per-100,000), dan sesebahagian individu dengan kromosom XY boleh mempunyai perbezaan hormon ataupun perbezaan genetik (seperti sindrom ketidaksensitifan androgen), atau keadaan interseks yang lain; seseparuh orang interseks dan orang-orang lain yang mempunyai jantina tertentu sewaktu dilahir, kemudian menggantikan jantina mereka. (Lihat juga: Identiti jantina, #peranan jantina dan lelaki trans.)

Tambahan pula, 20% daripada lelaki-lelaki di Amerika Syarikat, Filipina, dan Korea Selatan, serta orang-orang yang beragama Yahudi dan Islam menjalani penyunatan yang merupakan suatu proses untuk mengubahkan keadaan zakar daripada keadaan asli melalui pembuangan kulit khatan.

Peranan jantina

sunting
 
David oleh Michelangelo dianggap secara meluas sebagai salah satu daripada penggambaran lelaki yang artistik dan teragung.

Perdebatan hebat di kalangan masyarakat-masyarakat Barat menumpukan kepada perbezaan persepsi dari segi sosial, intelektual, atau emosi antara lelaki dan perempuan. Perbezaan-perbezaan ini amat susah dijumlahkan disebabkan alasan-alasan sains dan politik. Beberapa tuntutan stereotaip lelaki yang kekadang dikemukakan untuk perbandingan dengan perempuan adalah seperti berikut:

  • Lebih bersikap agresif berbanding perempuan. Bagaimanapun, dalam hubungan interpersonal, kebanyakan penyelidikan mendapati bahawa keagresifan antara lelaki dan perempuan adalah serupa sahaja. Bagaimanapun, lelaki cenderung lebih agresif di luar rumah dan sebaliknya.
  • Lebih bersikap pertandingan, tetapi juga lebih keras kepala berbanding perempuan.
  • Mempunyai lebih keyakinan diri (malahpun kekadang sombong juga) dan mempertunjukkan kemahiran kepimpinan yang lebih baik berbanding perempuan.
  • Lebih dapat mengawal perasaan dan kurang beremosi.
  • Mempunyai lebih kemahiran teknikal dan pengurusan berbanding perempuan.
  • Lebih cenderung kepada pemikiran abstrak berbanding perempuan.
  • Kurang kemas (lebih kotor) berbanding perempuan.
  • Lebih gemar bercakap Diarkibkan 2006-09-20 di Wayback Machine dan lebih cenderung mencelah semasa orang sedang bercakap berbanding perempuan.
  • Lebih cenderung membuat perbezaan antara homoseksual dan lesbian.
  • Lebih cendurung menyindir dan menggunakan metafora dalam perbualan.

Sebahagian daripada perbezaan-perbezaan ini telah didukung oleh penyelidikan saintifik, tetapi terdapatnya juga yang tidak. Kesemua ini harus diterima dengan berhati-hati kerana terdapat kelainan yang amat besar di kalangan lelaki dan perempuan.

Sebilangan daripada stereotaip di atas tidak diperlihatkan dari segi yang sama dengan masa kini (iaitu, penggunaannya dalam aspek dan lingkungan penghidupan yang tertentu, seperti kerja berlawan rumah) sehingga abad ke-19, bermula dengan pengindustrian.

Dari segi rupa dan perawakan, tidak banyak lelaki dalam budaya Barat menggunakan kosmetik atau pakaian yang secara amnya terkait kepada perempuan. (Berbuat demikian dikenali sebagai pemakaian silang dan, secara amnya, dipandang hina.)

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "peria". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*laki: male, masculine, man". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 22 Mei 2021.
  3. ^ Risa Herdahita Putri (27 April 2018). "Peran Perempuan Jawa Kuno". Historia. Dicapai pada 27 Jun 2021. ...Pria berasal dari kata priyá. Artinya, yang tercinta, kekasih, yang disukai, yang diinginkan, dan sebagainya.

Bacaan tambahan

sunting
  • Airil Haimi Mohd Adnan (2008). Menjejak Sang NeoMaskulin. Shah Alam: Buku Prima..
  • Perchuk, Andrew; Watney, Simon; Hooks, Bell (1995). The Masculine Masquerade: Masculinity and Representation. MIT Press.
  • Bourdieu, Pierre (2001). Masculine Domination (ed. kulit lembut). Stanford University Press. Check |authorlink1= value (bantuan)
  • Connell, Robert W. (1995). Masculanities. Cambridge: Polity Press. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan); Check |authorlink1= value (bantuan)
  • Kimmel, Michael; Connell, Robert W. & Hearn, Jeff (penyunting); 2004. Handbook of Studies on Men and Masculinities, Sage Publications.