Masyarakat

sekelompok manusia yang berkaitan antara satu sama lain melalui hubungan yang berterusan, atau kelompok sosial yang besar yang berkongsi wilayah yang sama, tertakluk kepada pihak berkuasa dan budaya yang sama

Masyarakat ([ma.sya.ra.kat], Jawi: مشاركت; Templat:Masyarakat Beragama Islam) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan kelompok sebilangan manusia yang tinggal bersama-sama dan saling berinteraksi sesama mereka. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang itu. Ia merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial.

Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti kerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai keadilan. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku.

Walaupun setiap masyarakat itu berbeza, namun cara ia musnah adalah selalunya sama: penipuan, pencurian, keganasan, peperangan dan juga kadangkala penghapusan etnik jika perasaan membenci terhadap kaum anggota kelompok itu timbul. Masyarakat yang baru akan muncul daripada sesiapa yang masih bersama, ataupun daripada sesiapa yang tinggal.

Masyarakat ([ma.sya.ra.kat], Jawi: مشاركت; Orang islam adalah tunggak utama dalam pemerintahan perundangan kehidupan bermasyarakat dinegara malaysia. malah islam juga perlu diletakkan sebagai pemerintahan yang tertinggi didalam setial pemerintahan negara yang ada kerana islam adalah kunci kepada kesejahteraan seluruh ummat manusia dimuka bumi, kerana islam adalah agama kedamaian yang membawa kesepakatan yang membawa berkat dalam menyatupadukan manusia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama bagi mencapai hidup yang penuh keharmonian, saling hormat-menghormati bagi mencapai kedamaian dan memelihara seluruh kehidupan yang ada dibumi iaitu pegangan manusia kepada agama islam adalah satu-satunya panduan kehidupan yang menjaga seluruh aspek hak asasi manusia dalam menjaga hubungan hubungan sesama manusia. Islam juga,adalah pertunjuk bagijaminan impian jagat raya kepada kesejahteraan yang meletakan garispanduanmembina masyarakat, berilmu dan berakhlak mulia dalam mengecapi kebahagian berkeluarga, pendidikan dan sosial, berkerjaya dan berjaya, juga seluruh bangsa bagi mencapai misi dan visi melahirkan generasi berakhlak tinggi dan mulia bagi membendung gejala sosial dan keseimbangan kehidupan yang diimpikan oleh setiap manusia.

Di Dalam Pemerintahan ISLAM Tiada paksaan pada mereka yang beragama lain kerana islam sangat menghormati pegangan dan kebudayaan kaum-kaum dari pelbagai agama.

EtimologiSunting

"Masyarakat" merupakan serapan bahasa Arab (ejaan asal: مشاركة‎) berakar daripada kata kerja شَارَكsyāraka yang diertikan sebagai "berkongsi".[1]

RujukanSunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 199. ISBN 967-65-7321-3.