Kelompok etnik

(Dilencongkan dari Etnik)

Kelompok etnik (Tulisan Jawi: کلومڤوق ايتنيک) ialah kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan diri melalui sesuatu warisan sepupunya, baik warisan yang benar maupun yang dianggap.[1][2] Identiti etnik dipupuk dengan membedakan kelompok diri daripada kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa, agama, dan tingkah laku.[3] Proses yang melahirkan pengenalpastian sebegini dikenali sebagai etnogenesis.

Desa orang asli Bushman di Namibia, Afrika.

Keetnikan ialah satu cara yang penting bagi manusia mengaitkan diri. Menurut sidang "Cabaran Mengukur Sebuah Dunia Etnik: Sains, Politik, dan Kenyataan[4] yang dianjurkan bersama-sama oleh Statistik Kanada dan Biro Banci Amerika Syarikat (1-3 April 1992), "Keetnikan ialah faktor asas dalam kehidupan manusia: ia merupakan fenomena yang sebati dalam pengalaman manusia".[5]

Bagaimanapun, banyak ahli sains sosial seperti ahli antropologi Fredrik Barth dan Eric Wolf tidak menganggap identiti etnik sebagai sejagat. Sebaliknya, mereka mendakwa bahawa keetnikan merupakan satu hasil daripada jenis interaksi antara kelompok yang tertentu, bukan satu sifat sebati yang asas dalam kelompok manusia.[6] Pada keseluruhannya, anggota sesebuah kelompok etnik mendakwa kesinambungan budaya melalui masa. Sungguhpun demikian, ahli sejarah dan ahli antropologi budaya telah memerhati bahawa seringnya, banyak daripada nilai, amalan, dan norma yang dikatakan membayangkan kesinambungan dengan zaman lampau sebenarnya merupakan suatu rekaan yang agak baru.[7][8]

Perdebatan kajian keetnikan sunting

Sehingga baru-baru ini, menurut Thomas Hylland Eriksen, kajian keetnikan dikuasai oleh dua jenis perdebatan:

  • "Primordialisme" lwn "Instrumentalisme": Daripada sudut pandangan penyokong primodialisme, peserta menganggap ikatan etnik secara kolektif sebagai sesuatu yang diberikan dari luar, malahan ikatan sosial yang terpaksa.[9] Sebaliknya, pendekatan para penyokong instrumentalisme memperlakukan keetnikan, terutamanya, sebagai suatu unsur ad-hoc strategi politik yang dipergunakan oleh kelompok sekepentingan untuk mencapai matlamat sekunder, misalnya penambahan kekayaan, kuasa, atau status.[10][11] Perdebatan ini masih merupakan titik rujukan yang penting dalam bidang sains politik, walaupun kebanyakan pendekatan jatuh antara kedua-dua pendapat yang bertentangan itu.[12]
  • "Konstruktivisme" lwn "Esensialisme": Penyokong konstruktivisme memperlihatkan identiti negara dan identiti etnik sebagai hasil daripada pengaruh sejarah, seringnya pengaruh yang baru-baru ini, walau jika identiti itu dikemukakan sebagai identiti lama.[13][14] Sebaliknya, para penyokong esensialisme memperlihatkan identiti sebegini sebagai kategori ontologi yang menentukan pelaku sosial, dan bukan pada dirinya hasil daripada tindakan sosial.[15][16]

Menurut Eriksen lagi, perdebatan tersebut telah digantikan dengan percubaan sarjana, khususnya dalam bidang antropologi, untuk membalas terhadap bentuk swaperlambangan yang semakin dipolitikkan oleh anggota-anggota kelompok etnik dan negara. Perkembangan ini adalah dalam konteks perdebatan tentang faham pelbagai budaya di negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada yang mempunyai banyak pendatang daripada budaya yang berbeza, serta juga dalam konteks pascakolonialisme di Caribbean dan Asia Selatan.[17]

Rujukan sunting

  1. ^ Smith 1987Templat:Page number
  2. ^ Marcus Banks, Ethnicity: Anthropological Constructions (1996), p. 151 "'ethnic groups' invariably stress common ancestry or endogamy".
  3. ^ T.H. Eriksen, Small places, large issues. An introduction to social and cultural anthropology (second edition, London 2001), 261 ff.
  4. ^ "Challenges of Measuring an Ethnic World: Science, politics, and reality"
  5. ^ Statistics Canada[pautan mati kekal]
  6. ^ Fredrik Barth ed. 1969 Ethnic Groups and Boundaries: The Social Organization of Cultural Difference; Eric Wolf 1982 Europe and the People Without History p. 381
  7. ^ Hobsbawm and Ranger (1983), The Invention of Tradition, Sider 1993 Lumbee Indian Histories.
  8. ^ Seidner,(1982), Ethnicity, Language, and Power from a Psycholinguistic Perspective, pp. 2-3
  9. ^ Geertz, Clifford, ed. (1967) Old Societies and New States: The Quest for Modernity in Africa and Asia. New York: The Free Press.
  10. ^ Cohen, Abner (1969) Custom and Politics in Urban Africa: A Study of Hausa Migrants in a Yoruba Town. London: Routledge & Kegan Paul.
  11. ^ Abner Cohen (1974) Two-Dimensional Man: An essay on power and symbolism in complex society. London: Routledge & Kegan Paul.
  12. ^ J. Hutchinson & A.D. Smith (eds.), Oxford readers: Ethnicity (Oxford 1996), "Introduction", 8-9
  13. ^ Gellner, Ernest (1983) Nations and Nationalism. Oxford: Blackwell.
  14. ^ Ernest Gellner (1997) Nationalism. London: Weidenfeld & Nicolson.
  15. ^ Smith, Anthony D. (1986) The Ethnic Origins of Nations. Oxford: Blackwell.
  16. ^ Anthony Smith (1991) National Identity. Harmondsworth: Penguin.
  17. ^ T.H. Eriksen "Ethnic identity, national identity and intergroup conflict: The significance of personal experiences" in Ashmore, Jussim, Wilder (eds.): Social identity, intergroup conflict, and conflict reduction, pp. 42–70. Oxford: Oxford University Press'. 2001

Pautan luar sunting