Kromosom X

Kromosom X adalah satu daripada dua kromosom penentu jantina (alosom) dalam kebanyakan spesies haiwan, termasuk mamalia (yang satu lagi ialah kromosom Y), malah terdapat dalam kedua-dua jantan dan betina. Ia menganggotai sistem penentuan jantina XY dan X0. Kromosom X dinamai sempena sifat-sifat uniknya oleh para penyelidik dahulu kala, dan oleh itu turut dinamai padanannya iaitu kromosom Y sempena huruf abjad yang seterusnya setelah ia ditemui selanjutnya.[1]

Skema kromatid X. Rujuk lokus untuk tatatanda.

Kromosom X dalam manusia merentasi lebih daripada 153 juta pasangan bes (bahan pembentukan DNA). Ia mewakili kira-kira 2000 daripada 20,000 - 25,000 gen. Setiap orang biasanya mempunyai sepasang kromosom seks dalam setiap sel. Perempuan mempunyai dua kromosom X sementara lelaki mempunyai satu kromosom X dengan satu kromosom Y. Kedua-dua jantina mewarisi satu kromosom X dari ibu mereka, sementara perempuan mendapat kromosom X keduanya daripada bapanya. Memandangkan si bapa mewarisi kromosom X dari ibunya, maka seorang perempuan mempunyai satu kromosom X dari nenek sebelah bapanya, dan satu kromosom X dari ibunya.

RujukanSunting

  1. ^ Angier, Natalie (2007-05-01). "For Motherly X Chromosome, Gender Is Only the Beginning". New York Times. Dicapai pada 2007-05-01.