Artikel ini berkenaan dengan Khalifah al-Mu'tamid dari Baghdad. Untuk penyair Al-Andalus yang juga Sultan Banu Abbadi, silalah lihat Muhammad bin 'Abbad al-Mu'tamid

Abul 'Abbas Ahmad Al-Mu'tamid 'Alallah845 - Oktober 892) adalah seorang khalifah Bani Abbasiyah yang memerintah antara tahun 870-892.

Beliau merupakan satu-satunya anak al-Mutawakkil yang mempunyai jangka umur yang panjang jika dibandingkan dengan anak-anak al-Mutawakkil yang lain. Semasa pemerintahan al-Muhtadi, beliau telah dibuang negeri ke Samarrah dan kemudiannya dibebaskan setelah al-Muhtadi kehilangan kekuasaan.Al-Mu'tamid menjadi khalifah sewaktu beliau baru berusia 25 tahun.

Sewaktu pemerintahan beliau, beliau telah memindahkan ibu kota islam dari Samarra ke Baghdad, Iraq.

Al-Mu'tamid wafat secara tiba-tiba pada tahun 892 dan disyaki beliau telah diracun. Beliau telah memerintah selama 22 tahun, tetapi hanya pada nama sahaja.

Ulama-ulama sunting

Orang-orang penting yang meninggal dunia pada zamannya cukup banyak, diantaranya ialah:

Didahului oleh:
al-Muhtadi
Khalifah Bani Abbasiyah
(870892)
Digantikan oleh:
al-Mu'tadid