Imam Tirmidzi
Imam Al-Tarmidzi atau Al-Tirmidzi atau Al-Turmudzi, nama asalnya adalah Abu Isa Muhammad bin Isa bin Surah Al-Turmudzi (Arab: أبو عيسى محمد الترمذي ) ialah seorang perawi hadis dari Parsi yang terkenal. Beliau pernah belajar hadis dari Imam Bukhari.
Cendekiawan Islam Zaman Kegemilangan Islam | |
---|---|
Nama: | Abū Īsā Muhammad ibn Īsā as-Sulamī at-Tirmidhī |
Gelaran: | Imam Tirmidhī |
Lahir: | 824 M (209 H) |
Wafat: | 892 M (13 Rajab 279 H) |
Mazhab: | Shafi'i |
Rantau: | Parsi |
Bidang: | Hadis |
Karya: | Sunan al-Tirmidhi/Jami' at-Tirmizi |
Beliau menyusun kitab "Sunan Al-Turmudzi" dan "Al Ilal". Beliau mengatakan bahawa dia sudah pernah menunjukkan kitab Sunannya kepada ulama-ulama Hijaz, Iraq dan Khurasan dan mereka semuanya setuju dengan isi kitab itu. Karyanya yang masyhur ialah Kitab Al-Jami’ (Jami' at-Tirmizi/Sunan al-Tirmidhi). Ia juga tergolong salah satu "Sunan Sittah" (Enam Kitab Utama Bidang Hadis) dan ensiklopedia hadis terkenal.