Al-Walid bin Abdul Malik

(Dilencongkan daripada Al-Walid I)

Al-Walid bin Abdul Malik atau Al-Walid I (668-715) ialah anak lelaki tertua khalifah Abdul Malik b. Marwan. Beliau menggantikan bapanya untuk menjadi khalifah Bani Umaiyah yang keenam. Beliau terus mengembangkan empayar Islam dan meneruskan polisi ayahnya untuk menyebarkan ajaran Islam.

  • Al-Walid bin Abdul Malik
  • الوليد بن عبد الملك
Dinar emas al-Walid, ditempa di Damsyik, 707/08 M
Khalifah keenam Kerajaan Bani Umaiyah
Pemerintahan9 Oktober 705 – 23 Februari 715
Didahului olehAbdul Malik
Diikuti olehSulaiman
Keputeraans. 674
Madinah, Hijaz
Kemangkatan715 M
Dayr Murran, Damsyik, Syria
PemakamanBab al-Saghir atau Bab al-Faradis, Damsyik
Pasangan
  • Ummul Banin binti Abdul Aziz
  • Ummu ʿAbdallah binti ʿAbdallah bin ʿAmr bin Uthmān
  • ʿIzzah binti Abdul Aziz bin ʿAmr bin ʿUthman
  • Nafīsa binti Zayd bin al-Ḥaṣan
  • Zaynab binti al-Ḥaṣan bin al-Ḥaṣan
  • Aminah binti Saʾid bin al-ʿAs
  • Shah-i-Afrid binti Peroz III
  • Budayra
Anakanda
Nama penuh
Abu al-Abbas al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan
KerabatMarwan
WangsaUmaiyah
AyahandaAbdul Malīk
BondaWallada binti al-Abbas bin al-Jaz'
AgamaIslam

Awal kehidupan

sunting

Al-Walid telah dilahirkan di Madinah pada tahun 674, semasa pemerintahan khalifah pertama Umaiyah, Muawiyah. Bapanya ialah Abdul Malik bin Marwan manakala ibunya ialah Walladah binti al-Abbas. Semasa pemerintahan bapanya, beliau mengetuai operasi ketenteraan Islam menyerang Byzantium sekitar tahun 696 hingga 699 dan berjaya menakluk beberapa kawasan seperti Malatya dan al-Masissa.

Semasa pengakhiran pemerintahan bapanya, al-Hajjaj telah mencadangkan agar al-Walid dilantik sebagai pewaris khalifah, bertentangan dengan ketetapan yang diatur oleh Marwan yang ingin menjadikan Abdul Aziz sebagai pewaris khalifah. Namun pada awal tahun 705, Abdul Aziz telah meninggal dunia, menjadikan al-Walid satu-satunya pewaris khalifah yang dicadangkan. Setelah kematian Abdul Malik pada Oktober 705, al-Walid dilantik sebagai khalifah Umaiyah keenam.

Pemerintahan

sunting

Semasa pemerintahannya, Al-Walid sangat bergantung kepada Hajjaj ibn Yusuf dan membenarkannya berkuasa di kawasan timur kerajaan. Al-Hajjaj juga sangat mempengaruhi urusan dalaman al-Walid termasuklah dalam pelantikan dan pemecatan para pembesarnya. Beliau telah melantik kebanyakan gabenor dari kalangan anaknya terutamanya di kawasan ketenteraan Syria. Al-Walid juga memulakan pemerintahannya dengan mempergiat projek awam dan kebajikan sosial yang dibiayai sepenuhnya perbendaharaan kerajaan. Pelbagai kemajuan diwujudkan ketika pemerintahannya termasuklah pembinaan lampu jalan, pembukaan bandar baharu dan penambahbaikan laluan jemaah haji ke Mekah.

Al-Walid juga meminati bidang seni bina dan terlibat dalam usaha memperluas dan memperindah binaan Masjid an-Nabawi di Madinah. Tambahan pula, beliau membeli Gereja "Christian Basilica of St. John the Baptist" di Damsyik dan mengubahnya menjadi sebuah masjid iaitu Masjid Umaiyah. Beliau juga telah membina dan menyiapkan pembinaan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Operasi ketenteraan ketika zaman pemerintahan al-Walid bermula selepas beberapa siri penaklukan telah dijalankan di kawasan Transoxiana antara tahun 705 hingga 715 yang diketuai oleh Qutaibah ibn Muslim, menyaksikan kejatuhan kota Bukhara, Khwarazm, Samarkand dan Ferghana. Muhammad ibn Qassim pula berjaya menakluk Sindh antara tahun 708 hingga 709. Misi penaklukan juga diteruskan di bahagian barat apabila Musa bin Nusair, gabenor Ifrikiyah berjaya menakluk bandar sekitar Maghreb antara tahun 708 hingga 709. Pasukan tentera pimpinan Maslamah, gabenor al-Jazira pula melancarkan operasi terhadap Byzantium menyaksikan penaklukan kota Tyana dan pengukuhan kekuasaan Umaiyah di Cilicia dan kawasan timur Sungai Furat.

Al-Walid meninggal dunia akibat sakit di Dayr Murran pada Februari 715. Beliau dimakamkan di Damsyik. Beliau tidak berjaya untuk menamakan anaknya, Abdul Aziz sebagai penggantinya. Sulaiman telah dilantik sebagai khalifah seterusnya.

Al-Walid I
Tarikh keputeraan: c. 674 Tarikh kemangkatan: 23 Februari 715
Didahului oleh
Abdul Malik
Khalifah Islam
Kerajaan Bani Umaiyah

705 – 23 Februari 715
Diikuti oleh:
Sulaiman