Wangsa (Jawi: وڠسا serapan Sanskrit: वंश, rumi: vaṃśa sekembar bangsa[1]) atau dinasti merujuk pada satu turutan para pemerintah yang berasal daripada keluarga yang sama,[2] biasanya dalam konteks sebuah sistem feudal atau beraja tetapi kadang kala juga digunakan dalam sistem republik terpilih. Keluarga atau keturunan dinasti mungkin dikenali sebagai "kerabat";[3] yang mana digayakan dengan nama gelaran "raja", "putera", "count", dsb., berdasarkan ketua atau gelaran yang digunakan oleh para anggotanya. Para sejarawan mengumpulkan tempoh-tempoh kebanyakan negara-negara berdaulat seperti Mesir Purba, Empayar Caroling dan Maharaja China, menggunakan sistem dinasti pewarisan. Oleh itu, istilah "dinasti" mungkin digunakan untuk menghadkan era di mana sesebuah keluarga memerintah atau menggambarkan peristiwa, trend, dan artifak pada zaman tersebut (contohnya sebuah pasu "dinasti Ming"). Perkataan "dinasti" itu sendiri digugurkan daripada rujukan adjektif ("sebuah pasu Ming").

Charles I dari England dan anak lelaki beliau, James II

Di Malaysia pun banyak Dinasti seperti (Dinasti Diraja Bugis Luwu) dan (Dinasti Kesultanan Melaka), (Dinasti Bendahara Johor) dan (Dinasti Temenggong Johor) dan (Dinasti Diraja Jambu Pattani), (Dinasti Mahawangsa) dan (Dinasti Jamalullail), (Dinasti Diraja Pagarruyung) dan banyak lagi.

(Dinasti Diraja Bugis Luwu) pada Kesultanan Selangor di Malaysia dan Yang Di-Pertuan Muda Riau dan Kesultanan Luwu/Kerajaan Luwu di Indonesia.

(Dinasti Kesultanan Melaka) pada Kesultanan Perak di Malaysia.

(Dinasti Bendahara Johor) pada Kesultanan Pahang Moden dan Kesultanan Terengganu di Malaysia.

(Dinasti Temenggong Johor) pada Kesultanan Johor Moden di Malaysia.

(Dinasti Diraja Jambu Pattani) pada Kesultanan Kelantan Moden di Malaysia.

(Dinasti Mahawangsa/Mahawangsa Islam) pada Kesultanan Kedah di Malaysia.

(Dinasti Jamalullail) pada Kerajaan Perlis di Malaysia.

(Dinasti Diraja Pagarruyung) pada Kerajaan Negeri Sembilan di Malaysia.


Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 910. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini (PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 21, 193. ISBN 979-459-416-4.[pautan mati kekal]
  2. ^ Oxford English Dictionary, 1st ed. "dynasty, n." Oxford University Press (Oxford), 1897.
  3. ^ Oxford English Dictionary, 3rd ed. "house, n.¹ and int, 10. b." Oxford University Press (Oxford), 2011.