Sultan Selangor
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor merupakan gelaran raja berperlembagaan di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Sultan Selangor merupakan ketua agama Islam di negeri baginda. Baginda juga merupakan Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Sultan Selangor سلطان سلاڠور | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
![]() | |
Penjawat kini | |
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj sejak 22 November 2001 | |
kemahkotaan 8 Mac 2003 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta | Tengku Amir Shah |
Raja pertama | Sultan Salahuddin Shah @ Raja Lumu Ibni Al-Marhum Yang Dipertuan Muda Riau Kedua Opu Daeng Chelak.
|
Pembentukan | 1743 |
Persemayaman | Istana Alam Shah, Klang |
Laman sesawang | www |


Bangsawan Diraja Bugis Luwu Di Sulawesi Selatan Sunting
Sultan Selangor yang pertama (Raja Lumu) adalah dari keturunan Melayu Bugis, yang mengaku keturunan dari penguasa Luwu di bahagian selatan Sulawesi. Bangsawan dari keturunan ini terlibat dalam perselisihan Kesultanan Johor-Riau pada awal abad ke-18, akhirnya meletakkan sokongan penuh mereka kepada Sultan Abdul Jalil dari wangsa Bendahara terhadap penuntut yang mengaku waris dari keturunan Malaka-Johor, iaitu Raja Kecil. Untuk alasan ini, para penguasa Bendahara Johor-Riau menjalin hubungan erat dengan para bangsawan Bugis, memberikan mereka gelaran dan kawalan ke atas banyak daerah di dalam kerajaan, termasuk Selangor. Putera Daeng Chelak, Raja Lumu tiba di Selangor dan menubuhkan kerajaan baru di Kuala Selangor di tahun 1766. Ia dinobatkan oleh Sultan Perak sebagai Sultan Salehuddin Shah, dan menjadi Sultan pertama dari Selangor.
Senarai Sultan Selangor Sunting
Berikut merupakan senarai sultan Selangor dari permulaan Kesultanan Selangor sehingga kini :
Bilangan | Yang Dipertuan Besar | Pemerintahan |
---|---|---|
1 | Raja Lumu ibni Almarhum Daeng Chelak | 1743 - 1766 |
Bilangan | Sultan | Pemerintahan |
---|---|---|
1 | Sultan Salahuddin Shah (Raja Lumu) | 1766 - 1782 |
2 | Sultan Ibrahim Shah ibni al-Marhum Sultan Salehuddin Shah | 1782 - 1826 |
3 | Sultan Muhammad Shah ibni al-Marhum Sultan Ibrahim Shah | 1826 - 1857 |
4 | Sultan Sir Abdul Sammad Shah ibni al-Marhum Raja Abdullah | 1857 - 1898 |
5 | Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa | 1898 - 1938 |
6 | Sultan Hisamuddin Alam Shah | 1938 - 1942 (kemahkotaan pertama) 1945 - 1960 (kemahkotaan kedua) |
7 | Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah | 1942 - 1945 |
8 | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | 1960 - 2001 |
9 | Sultan Sharafuddin Idris Shah | 2001 - kini |
Lihat juga Sunting
Rujukan Sunting
- J.M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9679948102.
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
Nota kaki Sunting
- ^ http://www.worldstatesmen.org/Malay_states.htm#Johor
- ^ JM Gullick, 2004, ms 225