Selangor

negeri Malaysia di Semenanjung Melayu

Selangor Darul Ehsan atau nama pendeknya Selangor merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.[7] Negeri ini juga bersempadan dengan Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Selangor
Selangor Darul Ehsan
سلاڠور دار الإحسان
Transkripsi lain
 • Tulisan Jawiسلاڠور‎
 • Tulisan Cina雪兰莪 (mudah)
雪蘭莪 (tradisional)
 • Tulisan Tamilசிலாங்கூர்
Cogan kata: Dipelihara Allah
Lagu: Duli Yang Maha Mulia
   Selangor di    Malaysia
Koordinat: 3°20′N 101°30′E / 3.333°N 101.500°E / 3.333; 101.500Koordinat: 3°20′N 101°30′E / 3.333°N 101.500°E / 3.333; 101.500
Ibu negeriShah Alam
Bandar dirajaKlang
Kerajaan
 • JenisRaja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen
 • SultanSultan Sharafuddin Idris Shah
 • Menteri BesarAmirudin Shari (PH-PKR)
Keluasan
 • Jumlah8,104 km2 (3,129 batu persegi)
Penduduk
 • Estimate 
(2020)
6,994,423
DemonimOrang Selangor
Indeks Pembangunan Manusia
 • IPM (2018)0.855 (sangat tinggi) (ke-2)
Penubuhan
 • Pembentukan Kesultanan Selangor1743
 • Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu1895
 • Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu1948
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
4xxxx, 55100 (Pandan), 63xxx (Cyberjaya), 64000 (KLIA), 53100 dan 68xxx(Gombak)[3]
Kod panggilan03[4]
Kod ISO 3166KP (MY-10, 41–44)[5]
Pendaftaran kenderaanB[6]
Laman sesawangwww.selangor.gov.my

Selangor merupakan sebuah negeri yang beriklim khatulistiwa. Kawasan tanah tingginya merupakan sebahagian daripada sistem pergunungan Banjaran Titiwangsa, dengan Gunung Semangkok sebagai puncak tertinggi.

Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan bandar raya pertama di negeri ini. Bandar diraja negeri ini ialah Klang. Bandar utama yang lain ialah Petaling Jaya, yang mendapat status sebagai bandar raya kedua di negeri ini pada 20 Jun 2006. Petaling Jaya merupakan sebuah bandar satelit untuk Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1952. Statusnya sebagai sebuah bandar pertama yang mempunyai perancangan dan kedudukan strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang telah membuka banyak peluang pembangunan. Selangor merupakan satu daripada empat buah negeri yang mempunyai lebih daripada satu bandar raya, selain daripada Johor, Pulau Pinang dan Sarawak. Selangor juga mempunyai pembangunan yang pesat, kesan daripada pemodenan di kawasan Lembah Klang.

Negeri ini mengamalkan sistem raja berperlembagaan sejak turun-temurun dan kini di bawah naungan Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Sejak 10 Mac 2008, Pakatan Rakyat (PR) telah mengambil alih negeri ini daripada pemerintahan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar terkini ialah Amirudin Shari yang dilantik sejak 18 Jun 2018.

Selangor juga merupakan negeri yang paling kaya di Malaysia berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita. Negeri ini juga merupakan negeri yang paling maju di Malaysia. Hal ini kerana dengan adanya infrastruktur yang terbaik seperti lebuh raya dan pengangkutan awam yang menghubungkan bandar-bandar di Selangor dengan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, pusat pemerintahan kerajaan pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Cyberjaya. Selain itu, negeri ini juga dilihat mempunyai ciri kemajuan yang terbaik, dengan pembinaan pasaraya PKNS, Plaza Alam Sentral, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan masjid rasmi negeri Selangor, dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah kerana Baginda mahu melihat satu mercu tanda yang melambangkan Islam di negeri Selangor dapat direalisasikan dan berdiri megah di Shah Alam serta kempen 'Go Green' atau negeri tanpa plastik bagi menggalakkan rakyatnya membawa beg sendiri.

Bilangan penduduk di negeri ini juga merupakan yang paling ramai di Malaysia dengan taraf hidup yang sangat tinggi dan kadar kemiskinan di negeri ini adalah yang paling rendah di Malaysia. Selangor juga telah menyumbang lebih daripada 23% dalam sektor ekonomi di Malaysia, ini menjadikan ia sebagai negeri paling banyak memperoleh hasil di Malaysia.[perlu rujukan]

Etimologi sunting

Nama negeri ini diambil daripada sebuah perkampungan di muara sungai Selangor yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor.[8] Namun begitu, asal usul nama negeri ini tidak jelas kerana tiada perkataan yang seumpamanya wujud dalam bahasa Melayu. Para pengkaji beranggapan perkataan "Selangor" mungkin merupakan singkatan, gabungan atau perubahan yang berlaku terhadap perkataan asal menerusi peredaran masa.[8] Pelbagai teori telah dikemukakan berkenaan hal ini.

Satu pendapat mengatakan bahawa nama "Selangor" mungkin berasal dari perkataan ‘Sarang Lang’, atau dalam bahasa Melayu moden, sarang helang.[9] Pendapat lain pula mengatakan bahawa perkataan "Selangor" berasal daripada sebutan perkataan seekor langau, sejenis binatang merupai lalat berwarna hijau.[10] Nama ini diambil daripada cerita dongeng tempatan yang menceritakan kononya bahawa terdapat seorang pendekar yang datang dari Selatan berehat seketika dibawah sepohon pokok cukup diganggu oleh seekor langau.[10] Beliau cuba untuk memukul lalat tersebut beberapa kali tetapi gagal. Terdetik di dalam hati pendekar itu bagaimana seorang yang handal sepertinya tetap gagal menumpaskan seekor langau.[11] Selepas dikalahkan oleh seekor langau, beliau berhasrat untuk menetap di tempat tersebut dan menamakannya se-langau yang kemudiannya ditukarkan kepada Selangor.[8][12]

Pendapat lain pula mengatakan bahawa nama Selangor berasal daripada tumbuhan paya bakau yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai mentangau yang memenui perkampungan Kuala Selangor.[11] Terdapat beberapa versi cerita ini tetapi semuanya berakhir dengan menamakan perkampungan yang kini dikenali sebagai Kuala Selangor sebagai Kuala Mentangau. Antara versi cerita ini ialah kisah ratusan kayu mentangau yang menyekat bahtera tentera laut Kedah daripada menakluki Selangor di muara sebuah sungai. Hal ini menyebabkan tentera Kedah tidak dapat menakluki Kuala Selangor dan menamakan sungai tersebut sebagai sungai mentangau.[10] Versi lain pula mengatakan bahawa pohon mentangau yang banyak terdapat di situ sering kali dijadikan panduan kepada pelayar ke kawasan itu. Para pelayar menggelar kawasan ini sebagai kuala mentangau.[8][11] Menerusi peredaran masa sebutan kuala mentangau berubah menjadi Kuala Selangor, tempat berakhirnya aliran Sungai Selangor.[10]

Pendapat lain pula mengatakan bahawa nama Selangor adalah berasal daripada perkataan salang dan jemur.[8] Nama ini diambil daripada satu tempat di Sungai Selangor yang dahulunya dijadikan tempat mendenda penderhaka dengan hukuman salang (palang kayu) dan kemudiannya dijemur dibawah terik matahari.[10] Hukuman “salang dan di jemur” kemudian diberikan kepada kawasan itu dengan sebutan Salang Ur yang memiliki sebutan yang hampir dengan nama Selangor.[11][12]

Di dalam bahasa Tamil, tempat ini dinamakan Salang-ur yang bererti kampung orang salang. Pendapat ini juga boleh dipadankan dengan nama asal Singapura, yang berasal dari singgah-pura atau "bandar singgah" dalam bahasa Hindu tua.[10]

Sejarah sunting

Sejarah awal Selangor sunting

Berdasarkan kajian terutama menerusi penemuan arkeologi, perkembangan awal sejarah dan warisan budaya Selangor boleh dilihat seawal zaman Hoabinhian. Ia kemudiannya terus berkembang pada zaman Neolitik, zaman Logam dan Protosejarah.[11] Pada tahap ini, perhubungan ekonomi dan budaya masyarakat tempatannya dengan dunia luar semakin berkembang. Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak seperti gendang gangsa Dong Son di Kampung Sungai Lang, Kuala Langat dan Bukit Kuda, Klang serta tiga loceng gangsa di Klang.[11]

Rekod bertulis terawal Selangor wujud sejak abad ke-14. Menerusi Sejarah Melayu, tercatat peristiwa kunjungan Tun Jana Khatib dan tuan jajahan Buguran dan Selangor menemui Paduka Seri Maharaja, pemerintah Singapura pada abad ke-14. Laksamana Cheng Ho turut mencatatkan kedudukan Selangor dan juga Klang di dalam peta pelayarannya. Nama Klang juga disebut dalam puisi Nagara Kertagama hasil tulisan Prapanca, seorang pujangga kerajaan Majapahit pada 1365. Ini membuktikan bahawa Selangor telah dikenali ketika itu dengan Klang yang berfungsi sebagai pusat perdagangan utamanya.[11]

Selain Klang, beberapa petempatan seperti Jeram dan Jugra juga wujud setakat abad ke-15, di bawah Kesultanan Melaka.[13][11] Sebelum pengasasan kesultanan Selangor, sudah ada pemerintah yang mentadbir Selangor. Tun Perak, anak bendahara Melaka Tun Perpatih Sedang, dilantik oleh Sultan Muzaffar Shah (1446-1459) pada 1446 sebagai penghulu Klang. Jeram pula pernah ditadbir oleh Paduka Mamat, putera Sultan Mansur Shah (1459-1477).[11]

Pemerintahan awal dan pengasasan kesultanan sunting

Selepas kejatuhan Empayar Melaka ke tangan Portugis pada 1511, kesetiaan pemerintahan jajahan Selangor beralih kepada Johor yang mana Sultan Mahmud dan pengikut setianya menubuhkan kerajaan dalam buangan di Kepulauan Bintan di Riau.[11]

𝖯𝖺𝖽𝖺 zaman pemerintahan Sultan Alauddin Shah, sultan pertama Johor Lama, Kelang telah mempunyai pemerintah yang dikenali dengan gelaran Mandulika. Kemudian Dato’ Engku Kelang, anak Puteri Mayang Selida bersama salah seorang ahli keluarga Bendahara Johor dihantar ke Selangor untuk mentadbir di sini.[11]

Sekitar tahun 1700, Dato’ Engku Kelang  selaku wakil kerajaan Johor, melantik Arung Pasarai yang berketurunan Bugis sebagai pemerintah Selangor dengan gelaran Yamtuan. Arung Pasarai kemudian diganti oleh Raja Siti dan seterusnya digantikan oleh Raja Lumu.[11]

Dengan ketibaan lima orang putera Opu Tendri Borong Daeng Rilekkek bin La Madusalat yang digelar Bugis Lima Bersaudara ke dalam kancah pemerintahan Johor-Riau, ia membawa perubahan drastik terhadap rupa dan perjalanan [[[14]]] Selangor.[11]

Mereka yang terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi, mempunyai darah bangsawan serta memiliki kemahiran yang tinggi dalam pelayaran dan taktik peperangan.[11]

Raja Lumu, putera kepada Daeng Chelak tiba di Selangor sekitar 1730-an dan kemudiannya meneruskan pemerintahan Selangor selepas kemangkatan Raja Siti dengan gelaran Tuanku Raja Selangor.[11]

Kedudukan ini walau bagaimanapun tidak memberikan beliau kuasa mutlak terhadap kawasan yang kini dikenali sebagai Selangor, tetapi sekadar sebagai pemerintah di sekitar kawasan sungai Selangor. Malah, kerajaan Johor pada ketika itu masih menganggap Selangor masih di bawah jajahannya.[11]

Pada 1756, sultan Johor ketika itu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mengunjungi Melaka bagi menunjukkan penghargaan kepada Belanda yang membantu Sultan Mahmud menewaskan Raja Alam di Siak. Beliau juga menandatangani perjanjian yang memberikan hak kepada Belanda ke atas bijih timah di Selangor (Kuala Selangor), Klang dan Linggi.[11]

Sultan Sulaiman mengutus surat kepada Daeng Kemboja di Linggi, Raja Tua di Klang dan Raja Lumu di Kuala Selangor supaya mereka menerima perjanjian yang telah dibuat dengan Belanda. Ketiga-tiga pemerintah tidak mengiktiraf perjanjian itu.[11]

Berikutan itu, Raja Lumu cuba mendapatkan pengiktirafan dari Kesultanan Perak bagi membebaskan Selangor dari sebarang tuntutan dari kerajaan Johor. Pada 1766, Raja Lumu ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Selangor oleh sultan Perak, Sultan Mahmud (atau Raja Kimas) di Kota Lumut dengan gelaran Sultan Salehuddin dan menamakan jajahan takluk pemerintahannya Selangor. Baginda dianugerahkan nobat dan cap mohor oleh Sultan Perak dan bermulalah sejarah baru buat Selangor sebagai sebuah kerajaan berdaulat.[11]

Zaman kolonial sunting

Sejak dari peringkat awal penubuhannya, Negeri Selangor telah berkembang  sebagai pusat perdagangan dan pengeluaran bijih timah di bawah pemerintahan Kesultanan Selangor. Kuala Selangor memainkan peranan penting ketika itu sebagai pelabuhan utama pengeksportan bijih timah kepada pedagang barat.[11]

Aktiviti perlombongan bijih timah merupakan antara aktiviti ekonomi terawal dijalankan di Selangor sejak dari awal penubuhannya lagi dan ia terus berkembang sebagai pusat perdagangan dan pengeluaran bijih timah.[11]

Kedatangan kuasa British ke Tanah Melayu dan pengenalan Sistem Residen telah membatasi kuasa Sultan dan pemerintah-pemerintah negeri.[11]

Semasa pentadbiran British, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan pada tahun 1877 dengan dianggotai oleh Sultan, Residen Inggeris dan pembesar Negeri. Sultan Selangor ketika itu, Sultan Abdul Samad membentuk Majlis Mesyuarat Negeri berdasarkan kaedah barat dan mengikut panduan Residen Inggeris pada masa itu, Bloomfield Douglas.[11]

Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negeri yang pertama ialah Tengku Kudin dengan ahli-ahlinya seperti berikut:[11]

1. Kapten Bloomfield Douglas (Residen)

2. Raja Kahar, putera Sultan Abdul Samad (Raja yang menjaga Kajang)

3. Raja Berkat Tengku Panglima Raja (Raja yang menjaga Kanchong)

4. James Innes (Pemungut cukai tanah dan Majistret Langat)

5. Taukeh Yap Ah Loy (Kapitan Cina di Kuala Lumpur)

6. Saiyid Zain (Wakil dan Pengurus Kebun-kebun Tengku Kudin)

Majlis Mesyuarat Negeri bersidang buat pertama kalinya di Klang pada 11 Jun 1877 dan persidangan kali kedua telah diadakan pada 25 Jun 1877.

Pada Mac 1880, pemerintahan Negeri Selangor telah berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur. Pemindahan ini juga menyaksikan kuasa pentadbiran pembesar-pembesar Melayu diambil alih oleh pegawai-pegawai Inggeris khasnya Residen Inggeris di Selangor.[11]

Tengku Kudin mengambil tindakan meletak jawatan sebagai Yang DiPertua kerana menyedari bahawa kuasa beliau semakin berkurangan. Jawatannya telah digantikan oleh Raja Muda Musa (putera Sultan Abdul Samad), manakala Inggeris menguasai sepenuhnya pentadbiran Negeri Selangor. Selepas kemangkatan Raja Muda Musa pada tahun 1884, Sultan Abdul Samad telah mengambil alih jawatan Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negeri.[11]

Pada 1 Julai 1896, Negeri Selangor bersama-sama Perak, Negeri Sembilan dan Pahang diletakkan di bawah pentadbiran seorang Residen General dan dinamakan Negeri-negeri Melayu Bersekutu melalui Perjanjian Persekutuan yang dimeterai setahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Negeri masih terus berjalan di keempat-empat Negeri tersebut.[11]

Perubahan seterusnya berlaku pada tahun 1909 dengan penubuhan Majlis Persekutuan yang dianggotai oleh keempat-empat Sultan Negeri tersebut, empat Residen Negeri, empat anggota tidak rasmi dan Residen General. Dalam Majlis ini, Sultan tidak memiliki sebarang kuasa melainkan hanya memberi nasihat kepada pegawai pentadbir Inggeris khususnya dalam perkara-perkara tertentu berhubung dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam.[11]

Pada 1927, Sultan Selangor dan Sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang lain telah keluar dari Majlis Mesyuarat Persekutuan. Berikutan itu, pihak Inggeris telah mengambil langkah menambah lagi kuasa Majlis Mesyuarat Negeri dalam bidang pentadbiran dan menambah anggota tempatan.[11]

Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini berterusan sehingga ke tahun 1941 apabila Jepun menyerang Tanah Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah, Selangor diletakkan di bawah pemerintahan British Military Administration (BMA) dari September 1945 hingga awal 1946.[11]

Pihak Inggeris telah mengemukakan gagasan Malayan Union yang menerima tentangan hebat daripada orang-orang Melayu. Ia kemudiannya dimansuhkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Ia terdiri daripada sembilan buah Negeri Melayu (Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang,  Perlis, Kedah, Johor, Terengganu, Kelantan) dan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura). Pembentukan ini merupakan langkah pertama kepada kemerdekaan.[11]

Pascakemerdekaan sunting

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan mula dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 ini berasaskan kepada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.[11]

Pada 31 Ogos 1957, perisytiharan kemerdekaan dan penurunan bendera Union Jack telah dilangsungkan di Padang Kelab Selangor. Pada hari bersejarah ini juga, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama sementara Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.[11]

Negeri Selangor Darul Ehsan menjadi negeri di bawah Persekutuan Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Ketua Negeri dengan dibantu oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyelaras pentadbiran negeri. DYMM Sultan Selangor adalah menjadi ahli bagi Majlis Raja-Raja yang turut dianggotai oleh Raja-Raja Negeri-negeri Persekutuan Malaysia dan yang Dipertuan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.[11] Negeri Selangor Darul Ehsan mempunyai peranan yang amat penting dalam sejarah pembentukan dan perkembangan Negara Malaysia. Kuala Lumpur telah menjadi pusat pentadbiran bagi Persekutuan Tanah Melayu dan pusat kegiatan perdagangan, perniagaan dan perbankan. Pada 1 Februari 1974, satu perjanjian antara Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dengan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani bagi penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.[11] Berikutan dengan itu, sebuah kawasan yang terletak kira-kira 25 km ke arah barat daya Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Sungai Renggam dikenal pasti sebagai lokasi sesuai untuk dijadikan ibu negeri yang baru untuk Selangor bagi menggantikan Kuala Lumpur. Ia turut meliputi kawasan Batu Tiga yang telah pun menjadi pusat perladangan tanaman kelapa sawit dan getah sejak sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Sultan Selangor Ketika itu, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menamakannya Shah Alam sempena nama Almarhum ayahanda baginda, DYMM Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.[11]

Kini Shah Alam sebagai sebuah bandar raya terancang dan moden, menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Negeri yang meliputi kawasan perumahan, kemudahan riadah, kawasan perindustrian serta pusat bandar dan komersial yang lengkap, indah dan menarik.[11]

Negeri Selangor sentiasa di hadapan dalam pelbagai bidang. Ia menjadi pusat perdagangan, kewangan, pembinaan, pengangkutan dan pembuatan yang menyumbang kepada pendapatan utama negara. Selangor turut menyumbang di dalam sektor pertanian dan perikanan.[11]

Salah satu faktor yang menjadikan negeri ini sebagai pemangkin kemajuan negara adalah kerana pemusatan kegiatan ekonomi di Lembah Klang yang juga terletaknya Kuala Lumpur di tengah-tengah Negeri Selangor.[11]

Kini Putrajaya pula telah menjadi pusat pentadbiran negara dan telah menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 2001. Pembangunan Wilayah Persekutuan Putrajaya bakal membangunkan kawasan pinggiran Putrajaya dan hasilnya akan turut dirasai oleh rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.[11] Pada 27 Ogos 2005, kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan Selangor sebagai negeri berstatus maju yang pertama di Malaysia. Sesuai dengan kedudukan Negeri Selangor yang sering memainkan peranan sebagai penentu rentak pelbagai dimensi pembangunan Malaysia, maka pengisytiharan ini menandakan Selangor sebagai produk pertama Wawasan 2020.[11] Sebagai tanda simbolik pengisytiharan Selangor Maju ini, Kerajaan Negeri telah mengadakan Majlis Pelancaran Taman Warisan Selangor dan Pelancaran Tapak Perpustakaan Selangor Maju. Taman Warisan Selangor telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Taman Rekreasi Empangan Klang Gate, Ampang, Hulu Klang, manakala Pelancaran Tapak Perpustakaan Selangor Maju telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor.[11]

Geografi sunting

 
Daerah-daerah di negeri Selangor Darul Ehsan
 
Pemandangan bandar Batang Kali dan Banjaran Titiwangsa.
 
Muara Sungai Langat dan perairan Selat Melaka dilihat dari Jugra.

Topografi Selangor secara umumnya adalah landai di sebelah barat, dan bergunung-ganang di sebelah timur dan tenggara, disebabkan kedudukannya yang terletak antara Banjaran Titiwangsa dan Selat Melaka. Banjaran Titiwangsa bertindak sebagai sempadan semulajadi yang memisahkan negeri tersebut dengan negeri Pahang di timur dan sebahagian Negeri Sembilan, terutamanya daerah Jelebu di tenggara. Dari banjaran itu terbitnya empat batang sungai utama di negeri tersebut, iaitu Sungai Bernam di sepanjang sempadan dengan Perak, Sungai Selangor di daerah-daerah Hulu Selangor dan Kuala Selangor, Sungai Klang di sekitar Lembah Klang dan Sungai Langat di daerah-daerah Hulu Langat dan Kuala Langat. Sungai Sepang membentuk sempadan semulajadi antara negeri tersebut dengan Negeri Sembilan, terutamanya daerah Port Dickson.

Daerah dan mukim sunting

Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu :-

Daerah Mukim
Gombak ڭومبق Batu باتو
Hulu Kelang هولو كلڠ
Rawang راوڠ
Setapak ستاڤق
Hulu Langat هولو لاڠت Beranang برانڠ
Cheras چراس
Ampang امڨڠ
Hulu Langat هولو لاڠت
Hulu Semenyih هولو سمڽيه
Kajang كاجڠ
Semenyih سمڽيه
Hulu Selangor هولو سلاڠور Batang Kali باتڠ كالي
Buloh Telor بولوه تلور
Ampang Pechah امڤڠ ڤچه
Hulu Bernam هولو برڽم
Hulu Yam هولو يام
Kalumpang کالومڤڠ
Kerling کرليڠ
Kuala Kalumpang کوالا کالومڤڠ
Peretak ڤرتاق
Rasa راس
Serendah سرنده
Sungai Gumut سوڠاي ݢوموت
Sungai Tinggi سوڠاي تيڠݢي
Kuala Langat كوالا لاڠت Bandar بندر
Batu باتو
Jugra جوݢرا
Kelanang کلانڠ
Morib موريب
Tanjong Duabelas تنجوڠ دوابلس
Telok Panglima Garang تلوق ڨڠليما ڭارڠ
Daerah Mukim
Klang كلڠ Kapar كاڨر
Klang كلڠ
Kuala Selangor كوالا سلاڠور Api-Api اڨي-اڨي
Ujong Permatang اوجوڠ ڤرماتڠ
Hulu Tinggi اولو تيڠݢي
Ijok ايجوق
Jeram جرام
Kuala Selangor كوالا سلاڠور
Pasangan ڤاسڠن
Tanjong Karang تنجوڠ كارڠ
Bestari Jaya بستاري جاي
Petaling ڨتاليڠ Bukit Raja بوکيت راج
Damansara دمنسارا
Petaling ڤتاليڠ
Sungai Buloh سوڠاي بولوه
Sabak Bernam سابق برنم Bagan Nakhoda Omar باڭن ناخودا عومر
Panchang Bedena ڨنچڠ بدنا
Pasir Panjang ڨاسير ڨنجڠ
Sabak سابق
Sungai Panjang سوڠاي ڤنجڠ
Sepang سڨڠ Dengkil دڠكيل
Labu لابو
Sepang سڤڠ

Pentadbiran sunting

Negeri Selangor ditadbir dan dikelola oleh

  1. Majlis Perbandaran Selayang
  2. Majlis Perbandaran Sepang
  3. Majlis Perbandaran Hulu Selangor
  4. Majlis Perbandaran Kajang
  5. Majlis Perbandaran Kuala Langat
  6. Majlis Perbandaran Kuala Selangor
  7. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  8. Majlis Bandaraya Shah Alam
  9. Majlis Bandaraya Diraja Klang
  10. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  11. Majlis Bandaraya Subang Jaya
  12. Majlis Daerah Sabak Bernam

Demografi sunting

Selangor ialah negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia; disumbangkan oleh bandar gabungan terbesar negara, Lembah Klang. Kedudukan geografi Selangor di tengah Semenanjung Malaysia menyumbang kepada pembangunan pesat negeri sebagai pusat ekonomi dan pengangkutan Malaysia. Pembangunan yang pesat ini menyumbang kepada penciptaan jutaan pekerjaan, menarik pekerja migran daripada negeri lain dan juga daripada negara-negara berdekatan seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan China. Negeri Selangor juga telah menerima kemasukan banyak pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja sebagai tenaga buruh di Malaysia.

Populasi Selangor semakin meningkat dengan kadar yang pesat dalam beberapa tahun, disebabkan oleh pembangunan pesat yang berlaku di Lembah Klang. Mengikut statistik daripada Jabatan Statistik Malaysia, jumlah penduduk di negeri Selangor adalah 6.39 juta orang pada tahun 2017[15], menjadikan negeri paling tinggi taburan penduduk di Malaysia dimana 19.9% penduduk Malaysia tinggal di dalam negeri Selangor [16]. Mengikut statistik yang sama, populasi Selangor meningkat pada kadar 1.4% pada tahun 2016 - 2017[17]. Pada tahun 2016, net migrasi Selangor telah diunjurkan kepada 19,400 orang, menjadikan negeri Selangor negeri pilihan migran antaranegeri[18]. Secara purata, Selangor mempunyai 674 penduduk setiap km², menjadikannya negeri ketiga terpadat di Malaysia, selepas Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang [17].

Kaum/ Etnik Populasi
2010[19] 2020[20]
Bumiputera 2,887,254 52.48% 3,895,880 60.6%
Cina 1,441,774 28.6% 1,756,181 27.3%
India 679,130 13.5% 726,017 11.3%
Lain-lain 42,163 0.8% 52,357 0.8%
Jumlah Warganegara 5,040,321 92.20% 6,430,435 91.9%
Bukan Warganegara 421,820 7.80% 563,988 8.1%
Jumlah 5,482,141 100.00% 6,994,423 100.00%

Pada tahun 2016, kadar kelahiran penduduk Selangor adalah 16.6 orang lahir setiap 1,000 orang dan kadar kematian penduduk Selangor adalah 4.1 kematian setiap 1,000 orang. Kadar kelahiran telah menurun sejak tahun 2014 iaitu 18.0 (2014) kepada 16.6 (2016) setiap 1,000 orang. Kadar kematian pula telah dicatatkan meningkat sejak tahun 2013 iaitu 3.7 (2013) kepada 4.1 (201) setiap 1,000 orang. Jumlah kadar kesuburan di Selangor kekal dibawah tahap mampan pada 1.7 bayi pada tahun 2016. Kadar ini telah menurun 0.1 berbanding tahun lepas[15].

Populasi Selangor tertumpu di Lembah Klang dimana majoriti penduduk Selangor tinggal. Hampir 91.4 peratus penduduk tinggal di bandar.[15] Shah Alam merupakan ibu negeri dan bandaraya kedua terbesar di Selangor selepas Petaling Jaya dengan jumlah penduduk sebanyak 541,306 penduduk [21]. Bandaraya Klang dengan jumlah penduduk sebanyak 276,729 orang pula dijadikan bandar diraja Selangor dimana Istana Alam Shah terletak [21].

Agama sunting

Kepercayaan Masyarakat Selangor - Bancian 2020 [20]
Agama Peratusan
Islam
  
61.1%
Buddha
  
21.6%
Hinduisme
  
10.3%
Kristian
  
4.9%
Tidak diketahui
  
0.8%
Lain-lain
  
1.2%

Mengikut bancian tahun 2020, peratusan jumlah penganut agama di negeri Selangor adalah 61.1% Islam, 21.6% Buddha, 10.3% Hindu, 4.9% Kristian, 0.8% kepercayaan tidak diketahui dan 1.2% beragama lain.[20]

Kerajaan sunting

Negeri Selangor mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Sultan negeri ini merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Sejak tahun 2001, gelaran Sultan telah dipegang oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dimiliki oleh Dewan Negeri Selangor. Dewan ini melantik ahli Dewan untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim (dan kemudian Mohamed Azmin Ali) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 10 Mac 2008, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

Agensi kerajaan negeri sunting

  1. Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor
  2. Pejabat Tanah dan Galian Selangor
  3. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor
  4. Perbendaharaan Negeri Selangor
  5. Jabatan Agama Islam Selangor
  6. Jabatan Mufti Negeri Selangor
  7. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
  8. Jabatan Perhutanan Selangor
  9. Jabatan Pertanian Selangor
  10. Jabatan Kerja Raya Selangor
  11. Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor
  12. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor
  13. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor
  1. Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor
  2. Lembaga Muzium Selangor
  3. Lembaga Urus Air Selangor
  4. Lembaga Zakat Selangor
  5. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
  6. Majlis Agama Islam Selangor
  7. Majlis Sukan Negeri Selangor
  8. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
  9. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
  10. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
  11. Selcat

Ekonomi sunting

Pada 27 Ogos 2005, kerajaan Negeri Selangor mengisytiharkan Selangor sebagai negeri berstatus maju yang pertama di Malaysia.[22][23] Negeri Selangor memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan KDNK (keluaran dalam negara kasar) per kapita (PPP) yang tertinggi di Malaysia iaitu sekitar USD33,147 pada tahun 2008, setanding dengan nilai per kapita negara Eropah Barat dan Hong Kong. Bidang eksport, perindustrian, pertanian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi negeri Selangor.

Perindustrian dan perdagangan sunting

 
Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan di Shah Alam.

Sektor perindustian merupakan penyumbang utama terhadap kerancakan ekonomi negeri iaitu menyumbang lebih 58% dalam KDNK negeri pada tahun 2008, malah ia merupakan nadi ekonomi Negara. Selangor mempunyai sektor pembuatan seperti elektronik, bahan kimia dan kenderaan automotif yang terbesar di Malaysia, seperti kereta Proton dan Perodua. Kereta import juga beroperasi di negeri ini seperti Toyota, Nissan, Volkswagen, Ford, Volvo, BMW dan banyak lagi. Banyak kilang-kilang dari luar negara yang bertapak di negeri ini antaranya Panasonic dari Jepun, Procter & Gamble dari Amerika Syarikat, Unilever dari Belanda, Nokia dari Sweden dan banyak lagi. Antara kawasan perindustrian yang terkenal ialah di Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Kajang, Rawang, Selayang, Ampang Jaya dan Petaling Jaya.

Pelabuhan Klang yang merupakan faktor utama kemajuan perindustrian di Selangor, pelabuhan ini juga merupakan pelabuhan yang tersibuk dan terpenting di Malaysia. Negeri Selangor juga menjadi tarikan utama pelabur asing dari luar negara.

Pertanian sunting

Selain terkenal dengan perindustrian dan pelabuhan, bidang pertanian juga semakin berkembang maju walaupun hanya menyumbang 3.1% kepada KDNK negeri. Antara kejayaan yang telah dikecapi adalah seperti Selangor Fruit Valley merupakan pengeluar buah-buahan tropika terbesar dunia seperti belimbing, betik dan pisang. Begitu juga dengan sawah padi di Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang diurus secara estet dengan kaedah pengairan serta penanaman moden, berjaya mengeluarkan hasil purata sehektar tertinggi di negara ini iaitu lebih 7 tan sehektar. Aktiviti pertanian kelapa sawit dan getah juga dijalankan di negeri ini.

Perkhidmatan sunting

Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang kedua terbesar terhadap KDNK negeri iaitu sebanyak 38%.

Makanan sunting

Masakan di Selangor kebanyakannya daripada masakan Melayu yang selalu didengari oleh penduduk Malaysia. Oleh kerana pembangunan yang pesat di sini, banyak kedai makanan yang menghidangkan masakan Melayu mengikut negeri masing-masing 𝗒𝖺𝗇𝗀 terdapat di sini seperti masakan Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan bermacam-macam lagi. [Masakan tradisional Melayu di Selangor telah menerima pengaruh dari Bugis, Jawa dan Minangkabau. Namun sedemikian, makanan-makanan ini tidak seberapa pengaruh di sini. 𝖭𝖺𝗆𝗎𝗇, ia hanya berpengaruh di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Rojak Klang, lontong Klang dan mi bandung Selangor pula berasal dari Klang dan Shah Alam. Hidangan lain yang terkenal termasuklah Mee Jawa, Sate Kajang, Nasi Ambeng, Laksa Selangor, Soto (Soto Nasi Himpit dan Mee Soto), Sambal Tahun, Ikan Bakar Bakso, Ketam Darul Ehsan, Ikan Masak Asam Pedas, Ayam Masak Kicap, Sayur Masak Rebung dan Mentarang Bakar.

Media sunting

Televisyen sunting

 
Media Prima

Saluran televisyen di Selangor terbahagi kepada tujuh stesen siaran percuma, satu rangkaian televisyen satelit dan dua perkhidmatan televisyen internet. Tiga daripada tujuh siaran percuma dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia, yang dimiliki oleh syarikat media kerajaan persekutuan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, manakala empat stesen komersial yang lain dimiliki oleh Media Prima, sebuah syarikat media bersepadu yang beribu pejabat di Bandar Utama, Selangor. Perkhidmatan televisyen satelit yang dimiliki oleh Astro All Asia Networks dan ia boleh didapati di seluruh negara. Sebuah perkhidmatan televisyen internet dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor.

Siaran percuma

Televisyen satelit

  • Astro (Astro Malaysia Holdings)
Televisyen internet

Radio sunting

Stesen radio di Selangor boleh didapati di frekuensi FM dan dihantar dari Gunung Ulu Kali, Selangor.

Stesen radio komersial yang terdapat di Selangor termasuklah Era (103.3), Sinar FM (96.7), Melody (103.0), Hot FM (97.6), Suria (105.3), Best FM (104.1), Hitz (92.9), Mix (94.5), Lite (105.7), Zayan (104.9), Fly FM (95.8), BFM (89.9), goXuan (88.9), 988 FM (98.8), MY (101.8), 8FM (88.1), Buletin FM (101.3) dan Raaga (99.3). Stesen radio komersial yang dikendalikan oleh beberapa buah syarikat media seperti Astro Radio, Star Media Radio Group, Media Prima Audio, Suara Johor Sdn Bhd dan BFM Media.

Stesen radio komuniti tempatan termasuk UFM (93.6) yang dikendalikan oleh Universiti Teknologi MARA (hanya terdapat di Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya), dan Putra FM (90.7) dikendalikan oleh Universiti Putra Malaysia (hanya terdapat di Serdang dan Seri Kembangan) yang mensasarkan pelajar universiti.

Sembilan buah rangkaian radio yang sedia ada Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti Klasik Nasional (98.3), Muzik FM (95.3), Ai FM (106.7), Traxx FM (100.1), Minnal FM (96.3), Asyik FM (102.5), Selangor FM (100.9), KLFM (97.2) dan Pahang FM (107.5). Terdapat tiga stesen radio khusus juga, iaitu IKIM.fm (91.5) dikendalikan oleh IKIM, Salam FM (102.5) dikendalikan oleh JAKIM, dan Radio24 (93.9) dikendalikan oleh BERNAMA. Daerah di Selangor yang bersempadan dengan negeri lain juga turut menerima dua buah stesen radio dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti; Perak FM (89.6 MHz/95.6 MHz; sempadan Selangor-Perak) dan Negeri FM (92.6 MHz; sempadan Selangor-Negeri Sembilan).

Akhbar sunting

 
Akhbar The Star

Akhbar-akhbar utama di Selangor ialah:

Penduduk terkenal sunting

Lihat juga sunting

Nota kaki sunting

  1. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
  2. ^ "General Information". Centre for public policies studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2015. Dicapai pada 30 October 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Selangor Postal Codes:Malaysia". Dicapai pada 30 October 2018. Text "worldpostalcode.com" ignored (bantuan)
  4. ^ "Selangor Area code". telcode.info. Dicapai pada 30 October 2018.
  5. ^ "State Code". Malaysian National Registration Department. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 May 2017. Dicapai pada 30 October 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Soon, Teh Wei (23 March 2015). "Some Little Known Facts On Malaysian Vehicle Registration Plates". Malaysian Digest. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2015. Dicapai pada 8 July 2015.
  7. ^ Peta negeri Selangor
  8. ^ a b c d e https://says.com/my/lifestyle/the-origins-of-state-names-in-malaysia
  9. ^ https://www.yellowpages.my/article/stately-etymology-origin-of-state-names-in-malaysia.html
  10. ^ a b c d e f http://www.mdks.gov.my/ms/pelawat/info-kuala-selangor/page/0/2
  11. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa ab ac ad ae af ag ah ai aj ak al am an ao ap https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/124
  12. ^ a b "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-06. Dicapai pada 2018-10-30.
  13. ^ Adil, Haji Buyong (1971). Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 4.
  14. ^ sosiopolitik
  15. ^ a b c https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cone&menu_id=eGUyTm9RcEVZSllmYW45dmpnZHh4dz09
  16. ^ https://selangorkini.my/en/2016/07/selangor-catat-peratusan-penduduk-tertinggi-negara/
  17. ^ a b https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/ctheme&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09&bul_id=MDMxdHZjWTk1SjFzTzNkRXYzcVZjdz09
  18. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=125&bul_id=RldLdXFnQUppeGM5Yk1HODlTMVl6UT09&menu_id=U3VPMldoYUxzVzFaYmNkWXZteGduZz09
  19. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. m/s. 94. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 February 2013.
  20. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 3 September 2022.
  21. ^ a b https://web.archive.org/web/20150205090002/http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/03ringkasan_kawasan_PBT_Jadual1.pdf
  22. ^ https://www.thestar.com.my/news/community/2005/08/19/briefing-on/
  23. ^ http://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/124

Pautan luar sunting