Muzaffar Shah dari Melaka
Sultan Muzaffar Syah (سلطان مظفر شاه) atau nama sebenarnya Raja Kassim ialah Sultan Melaka ke-5. Baginda memerintah dari 1445 hingga 1459.
Sultan Muzaffar Shah | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sultan Melaka Darul Islam ke 5 | |||||||||||||
Fail:- | |||||||||||||
Sultan Melaka ke Lima | |||||||||||||
Pemerintahan | 1445 - 1459 | ||||||||||||
Kemahkotaan | ogos 1445 | ||||||||||||
Didahului oleh | Muhammad Shah dari Melaka | ||||||||||||
Diikuti oleh | Mansur Shah dari Melaka | ||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||
Keputeraan | - - - | ||||||||||||
Kemangkatan | - - | ||||||||||||
Pemakaman | - - | ||||||||||||
Pasangan | 9 | ||||||||||||
Isteri |
| ||||||||||||
Anakanda | - | ||||||||||||
| |||||||||||||
Kerabat | - | ||||||||||||
Wangsa | - | ||||||||||||
Ayahanda | - | ||||||||||||
Bonda | - | ||||||||||||
Agama | islam | ||||||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||||||
Tandatangan | Tandatangan Sultan Muzaffar Shah |
Sultan Muzaffar Syah : Pemerintah Kelima Melaka
suntingRaja Kassim, anakanda Kepada Sultan Muhammad Syah bersama Tun Wati, telah ditabalkan sebagai pemerintah kelima Melaka setelah kemangkatan Sultan Abu Syahid. Baginda bergelar Sultan Muzaffar Syah. Setelah pertabalan baginda sebagai pemerintah Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah mengarahkan pegawai kanannya untuk melaksanakan segala adat istiadat, tradisi dan larangan yang diperkenalkan oleh almarhum ayahandanya. Sultan Muzaffar Syah mengahwini anak Seri Amar Diraja, iaitu Perdana Menteri ketika itu dan dikurniakan seorang putera bernama Raja Abdullah. Sultan Muzaffar membebaskan kekuasaannya daripada Empayar Ayuthia.
Apabila Bendahara Seri Wak Raja (I) meninggal dunia, Sultan telah melantik Tun Perpatih Serdang, anak kepada Allahyarham Bendahara, sebagai Bendahara Melaka dan diberi gelaran Seri Wak Raja (II). Akan tetapi, Seri Wak Raja (II) telah mengambil nyawanya sendiri dengan meminum racun apabila beliau tersalah anggap yang Sultan telah murka kepadanya. Beliau meninggalkan seorang anak perempuan, Tun Kudu dan dua anak lelaki, Tun Perak dan Tun Perpatih Putih. Sultan Muzaffar Syah kemudiannya mengahwini Tun Kudu. Tun Perak yang pada ketika itu tidak memegang sebarang jawatan di Melaka telah dihantar oleh Sultan Muzaffar Syah untuk menjadi ketua di Kelang. Seri Nara Diraja pula memegang jawatan sebagai Bendahara Melaka.
Di bawah pemerintahan Sultan Rijaluddin, Empayar Ayuthia telah melancarkan serangan ke atas Melaka melalui jalan darat pada tahun 1445. Tun Perak membawa orang-orangnya dari Kelang ke Melaka untuk menangkis serangan Siam. Daya pertimbangan dan kepimpinan beliau yang hebat telah menarik perhatian Sultan. Baginda yang mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat Melaka terus berkembang maju, telah melantik Tun Perak sebagai Bendahara.
Peningkatan Tun Perak di persada politik telah mencetuskan ketegangan di antara beliau dan Tun Ali. Melihat persengketaan di antara dua pemimpin kesayangannya ini boleh membawa kepada perpecahan di kalangan penduduk Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah mengadakan perbincangan dengan Tun Ali, yang merupakan seorang duda yang telah berumur pada ketika itu. Tun Ali bersetuju untuk meneruskan peranannya dengan syarat beliau dibenarkan untuk mengahwini Tun Kudu, yang merupakan salah seorang isteri Sultan. Sultan Muzaffar Syah berkenan untuk menceraikan isterinya itu demi kestabilan politik dan Tun Kudu juga telah bersetuju untuk berkahwin dengan Tun Ali, demi kesejahteraan negara. Pengorbanan Sultan Muzaffar Syah dan Tun Kudu tidak sia-sia. Tun Ali dan Tun Perak menjadi sahabat karib dan sentiasa berkerjasama dalam membangunkan Melaka. Tidak lama kemudian, Tun Ali sendiri memohon kepada Sultan untuk melantik Tun Perak sebagai Bendahara. Justeru, Sultan telah melantik Tun Perak sebagai Bendahara dengan gelaran Paduka Raja di sekitar tahun 1456.
Empayar Ayuthia berazam untuk menakluki Melaka walaupun serangan mereka sebelum ini melalui jalan darat telah berakhir dengan kekalahan di pihak mereka. Pada tahun 1456, sewaktu pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Siam telah membuat rancangan untuk menyerang Melaka melalui laut. Apabila Kesultanan Melayu Melaka mengetahui tentang rancangan ini, ia telah mempersiapkan angkatan lautnya dan membuat keputusan untuk mematahkan serangan Siam di Batu Pahat. Angkatan tersebut diketuai oleh Tun Perak dan dibantu oleh Tun Hamzah, seorang pahlawan yang digelar Datuk Bongkok. Satu pertempuran sengit telah berlaku di antara kedua belah pihak dan ini merupakan peperangan yang pertama bagi Melaka. Namun demikian, Melaka yang mempunyai kelebihan dari segi kemahiran dan pengetahuan telah berjaya menghalau angkatan Siam hingga ke Singapura dan seterusnya memaksa mereka pulang. Kemenangan Melaka dalam peperangan ini telah menyuntik semangat baharu dalam menyusun strategi untuk mengembangkan pengaruhnya di Kepulauan Melayu. Kemenangan ke atas Siam juga telah membawa kepada kestabilan politik di Melaka dan mengukuhkan lagi reputasinya di Asia Tenggara. Namun demikian, Sultan Muzaffar Syah telah mangkat selepas serangan dari Siam itu pada tahun 1459.
- Sultan Muzaffar Shah (1445 - 1459) ialah raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan.
- Baginda telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan pembesar Melaka iaitu antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali, iaitu bapa saudara baginda. Perbalahan ini terdiri daripada orang Melayu dan India Muslim.
- Baginda berpendapat Tun Perak merupakan calon yang lebih layak untuk menyandang jawatan Bendahara.
- Untuk menyatukan kedua-dua belah pihak yang berpecah, baginda memujuk Tun Ali supaya meletakkan jawatan sebagai Bendahara.
- Sebagai balasan baginda berkorban menceraikan permaisurinya Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Tun Ali.
- Langkah ini ternyata dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak kerana Tun Kudu adalah kakak kepada Bendahara Tun Perak.
- Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam iaitu dengan menghantar Tun Perak untuk mematahkan serangan tersebut dan strategi baginda baginda berjaya.
- Baginda juga mengadakan hubungan diplomatik dengan China yang menyebabkan kedudukan Melaka bertambah kuat dan diiktiraf oleh negara China dan negara lain.
Isteri
sunting- Tun Kudu (diceraikan untuk dikahwinkan dengan Tun Ali)
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Ibrahim Abu Syahid |
Sultan Melaka 1446-1459 |
Diikuti oleh: Mansur Shah |