Era (stesen radio)
Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (Mac 2022) |
ERA (dahulu dikenali sebagai ERA FM)[1] ialah sebuah stesen radio nombor satu di Malaysia dengan jumlah 4.8 juta pendengar pada tahun 2012 (dahulu jumlah 4.5 juta pendengar ERA pada tahun 2008). Stesen radio ini pernah menjadi stesen radio nombor 1 di Malaysia sehingga 2008, tetapi pada tahun 2012, ERA kembali menjadi stesen radio nombor 1 di Malaysia dengan hampir 5 juta pendengar. Stesen radio nombor 1 sebelum 2012 itu disandang oleh Hot FM dan Sinar FM. ERA merupakan stesen radio milik Astro Radio Sdn Bhd, anak syarikat Astro All Asia Networks dipancarkan dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Antara slot yang mempunyai jumlah pendengar yang tinggi adalah Carta ERA (kini dinamakan Carta ERA 40) dan Pagi di ERA (kini dinamakan 3 Pagi ERA).
Bandar | Kuala Lumpur |
---|---|
Kawasan penyiaran | Malaysia dan Singapura |
Slogan | Rentak Muzik Terkini (1998-2009) Muzik Terkini (2009-2011) Kini Hanya Memainkan Muzik Hit Yang Terbaik (2011-2012) Muzik Hit Terbaik (2012-2022) Muzik Hit Terkini (2022-Kini) |
Tarikh siaran pertama | 1 Jun 1996 1 Januari 1997 (Classic Rock) 1 Ogos 1998 (Era Semenanjung Malaysia) 25 Oktober 2010 (Era Sarawak) 1 Disember 2010 (Era Sabah) 26 April 2017 (Era Sabah secara rasminya mula bersiaran 24 jam sehari) 24 Januari 2018 (Era Sarawak secara rasminya mula bersiaran 24 jam sehari) | (Saluran Astro 856)
Bahasa | Melayu |
Pengenal terdahulu | Era FM (1 Ogos 1998 - 31 Disember 2017) |
Pemilik | Astro Radio (Maestra Broadcast Sdn Bhd) |
Saluran kembar | |
Siaran web | audio1 |
Tapak web | era |
ERA bermula secara rasminya pada 1 Ogos 1998, selepas membuat siaran percubaan selama dua bulan, bermula pada Jun tahun yang sama. Stesen radio ini menggunakan frekuensi asal stesen radio Classic Rock, yang muncul di gelombang FM Malaysia pada 1 Januari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro. Stesen radio tersebut diteruskan di ASTRO, selepas slot FM digantikan oleh ERA fm. Stesen radio ini adalah stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Melayu, dan juga stesen radio pertama yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya. Lagu pertama yang diputarkan ialah dari Zainal Abidin iaitu "Hijau". Kini ERA fm menyiarkan lagu dalam pelbagai bahasa yang hit.
ERA adalah radio yang pertama mencatat rekod dalam "The Malaysia Book Of Records" sebanyak 3 kali sejak 1998 hingga 2012. Pada 2010, ERA telah melebarkan sayap ke Kuching dan Kota Kinabalu, dengan studio dan penyampai yang berasal dari sana. Era FM Sabah akan menjadi tempatan sepenuhnya pada 24 April 2017, yang mana sejak itu semua kandungan radio yang disiarkan dalam versi Sabah akan berbeza sama sekali daripada Era FM Semenanjung Malaysia.[perlu rujukan]
Pada 1 Januari 2018, Era FM telah dijenamakan semula kepada ERA sebagai langkah oleh Astro Radio untuk mengintegrasikan pelbagai platform di bawah jenama tersebut. Logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula. Era Sarawak menjadi tempatan sepenuhnya pada 22 Januari 2018, yang mana sejak itu semua kandungan yang disiarkan dalam versi Sarawak akan berbeza sama sekali daripada Semenanjung Malaysia.
Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Hit Terbaik" sehingga 16 Januari 2022, sebelum ditukar ke "Muzik Hit Terkini" pada 17 Januari 2022.
Penyampai radio
Penyampai Harian
- Azad Jasmin
- Nabil Ahmad
- Radin Amir Affendy
- Munaabella
- Fazziq Muqris
- Isha Norsham
- Haniff Hamzah
- Ray
- Amira Husna (Era Terengganu)
- Chris (Kota Kinabalu)
- Ily (Kota Kinabalu)
- Beebey (Kota Kinabalu)
- Lopz Wala (Kota Kinabalu)
- Kim (Kota Kinabalu)
- Jay Jay (Kota Kinabalu)
- Osha (Kuching)
- Afick (Kuching)
- Chopie (Kuching)
- Syaz (Kuching)
- Fir Affandi (Kuching)
Penyampai Hujung Minggu
- Elly Mazlein
- Zahier Yusoff
- Dottie
- Isha Norsham
- Namie
- Safee Sali
- Fazziq Muqris
- Munaabella
- Hawa Rizwana
Bekas penyampai ERA fm (1998 - sekarang)
Stesen radio ini mempunyai jumlah bekas penyampai yang paling ramai dalam kategori stesen radio swasta.
1990an
- Halim Othman (1998-2006)
- Faizal Ismail (1998-2003; berpindah ke Zayan)
- Seelan Paul (1998-2005)
- Linda Onn (1998-2008)
- Khairil Rashid (1998-2007)
- David Low (1998-2003)
- Subarma "Subi" Mokhtaruddin (1998-2003)*
- Kudsia Kahar (1998-2008)
- Najman Mohamed (1998-2003)
- Jamal Jamaluddin (1998-2003; berpindah ke MyFriend.FM)
- Nadira Azizan (1998-2004)*
2000an
- Nila Kurnia (2002-2007)
- Kieran (2003-2008)
- Fara Fauzana (2003-2006; berpindah ke Hot FM)
- Zizi (2005-2007)
- Syarifah Nurdina Almashoor Binti Syed Sheikh Almashoor
- Nana Mahazan
- Burn Thevandran
- Cham
- Din Beramboi*
- Reza Mohamed
- AC Mizal
- Jimmy Shanley
- Rini
- Feeya Iskandar (berpindah ke Suria)
- Syasya Al-Khred
- Aznil Nawawi
- Aril
- Zahid Baharuddin
- Shac
- Rizal
- Ira
- Yasmin Hani
- Hasmin (Kuching)
- Shahrol Shiro
- Tauke Jambu
- Atu Zero
- Adi Fashla
- Jaa Suzuran
- Zooey
- Fad Bocey
- Hani Fadzil
- Alia (Era Terengganu) - Selepas kematian adiknya
- Dina Nadzir (berpindah ke Sinar)
- Nadia Hasnan
- Elly Arifin
- Johan (berpindah ke Hot FM)
- Shiha Zikir
- Danial Zaini
2010an
Syamimi* - Era Terengganu
Razif Abdul Roslin (Pak Pek)* Era Kelantan (1974-2019)
Erlinda* - Era Johor (2018–2020)
Nota: Telah meninggal dunia
Slot penyiaran
Isnin-Jumaat
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Muzik Hit Terkini | 00:00 - 06:00 | |
3 Pagi ERA | Azad Jasmin, Nabil & Radin | 06:00 - 10:00 |
ERAthon | Munaabella | 10:00 - 13:00 |
Gempak Hit ERA | Isha Norsham | 13:00 - 16:00 |
HOLOHARA ERA | Haniff, Ray, Halim Othman & Linda Onn | 16:00 - 20:00 |
PM 40 ERA | Fazziq Muqris | 20:00 - 00:00 |
Sabtu
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Muzik Hit Terkini | 00:00 - 07:00 | |
Sabtu Pagi ERA | Namie & Hawa Rizwana | 07:00 - 10:00 |
Super Safee ERA | Safee Sali | 10:00 - 11:00 |
#HujungMingguERA | N/A | 11:00 - 15:00 |
Carta ERA 40 | Elly Mazlein | 15:00 - 19:00 |
Nonstop ERA | N/A | 19:00 - 21:00 |
RIM CHART ERA | Isha Norsham | 21:00 - 22:00 |
Flow ERA | Zahier | 22:00 - 23:00 |
Seram Sabtu ERA | MR E | 23:00 - 00:00 |
Ahad
Segmen | Penyampai | Masa |
---|---|---|
Muzik Hit Terkini | 00:00 - 06:00 | |
The Best of 3 Pagi ERA | N/A | 06:00 - 08:00 |
Carta ERA 40 (ulangan) | Elly Mazlein | 08:00 - 12:00 |
Throwbaek ERA | Fazziq Muqris | 12:00 - 13:00 |
Soundtrek ERA | N/A | 13:00 - 14:00 |
#HujungMingguERA | N/A | 14:00 - 18:00 |
Ulangan RIM CHART ERA | Isha Norsham | 18:00 - 19:00 |
Nonstop ERA | N/A | 19:00 - 22:00 |
Lagu Baru Nak Up ERA | Fazziq Muqris | 22:00 - 23:00 |
Hallyu ERA | Munabella | 22:00 - 23:00 |
Slot Carta ERA 40
Kedudukan Carta ERA 40
Pingat | Penyanyi | Lagu | Nota |
---|---|---|---|
Emas | Haqiem Rusli Floor 88 Siti Nordiana X-Pose |
Tergantung Sepi Zalikha Terus Mencintai Sandiwara |
Lagu Sandiwara nyanyian X-Pose menjadi sebagai juara ke dalam carta. |
Perak | X-Pose Siti Nordiana Khai Bahar |
Sandiwara Terus Mencintai Luluh |
|
Gangsa | Hael Husaini | Jampi |
Penyampai Hujung Minggu
- Radin
- Zahier Yusoff
- Munaabella
- Isha Norsham
- Ray
Frekuensi
Radio
Era Malaysia (1996-kini)
Frekuensi | Kawasan | Pemancar | Kuasa Pemancar |
---|---|---|---|
103.3 MHz | Lembah Klang | Gunung Ulu Kali | 2 kW |
Kota Bharu, Kelantan | Bukit Panau | 0.25 kW | |
103.6 MHz | Alor Setar, Kedah, Perlis | Gunung Jerai | 2 kW |
Pulau Pinang | |||
Seremban, Negeri Sembilan | Gunung Telapak Buruk | 2 kW | |
90.7 MHz | Langkawi, Kedah | Gunung Raya | 2 kW |
95.2 MHz | Taiping, Perak | Bukit Larut | 1 kW |
103.7 MHz | Ipoh, Perak | Gunung Kledang | 2 kW |
90.3 MHz | Melaka dan Johor Utara | Gunung Ledang | 2 kW |
104.5 MHz | Johor Bahru, Johor dan Singapura | Gunung Pulai | 2 kW |
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia | |||
98.0 MHz | Kuantan, Pahang | Bukit Pelindung | 1 kW |
102.8 MHz | Kuala Terengganu, Terengganu | Bukit Besar | 0.25 kW |
Televisyen
Platform TV | Saluran |
---|---|
Astro/NJOI | 856 |
Era Sarawak (2010-kini)
Frekuensi | Kawasan | Pemancar | Kuasa Pemancar |
---|---|---|---|
96.1 MHz | Kuching, Sarawak | Bukit Djin | 2 kW |
96.3 MHz | Sibu, Sarawak | Bukit Lima | 1 kW |
101.3 MHz | Miri, Sarawak | Bukit Lambir | 0.25 kW |
Era Sabah (2010-kini)
Frekuensi | Kawasan | Pemancar | Kuasa Pemancar |
---|---|---|---|
102.4 MHz | Kota Kinabalu, Sabah | Bukit Karatong | 2 kW |
103.0 MHz | Sandakan, Sabah | Bukit Trig | 0.25 kW |
Radio internet
Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK
Lihat juga
Rujukan
- ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.
Pautan luar
- Laman web rasmi
- Laman web AMP Radio
- Era di Facebook
- Era di Instagram
- Era di TikTok
- Era di Twitter
- Saluran Era di YouTube