Faizal Ismail
Mohd Faizal Ismail (lahir 19 Mei 1976), lebih dikenali sebagai FBI, merupakan seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan penyampai radio Malaysia.[1] Beliau terkenal sebagai penyampai radio Era (1998–2003), Hot FM (2006–2013) dan Zayan (2023–kini).
Faizal Ismail | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Faizal bin Ismail 19 Mei 1976 |
Nama lain | FBI |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Nor Azlina Ahmad Din |
Anak-anak | 4 |
Ibu | Bidah |
Bapa | Ismail Ahmad |
Walaupun FBI sudah meninggalkan Hot FM, beliau sering dijemput ke konti radio swasta itu sebagai penyampai radio jemputan dalam segmen Hot FM Korner.
Kerjaya Sunting
Radio Sunting
Kerjaya pertamanya menjadi penyampai radio Era dari 1998 hingga 2003. Beliau merupakan antara barisan penyampai terawal Era termasuk Halim Othman, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Jamal Jamaluddin, Nadira Azizan, Kudsia Kahar, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed. Kemudian beliau menceburi radio di bawah Media Prima sebagai penyampai radio Hot FM pada tahun 2006 hingga 2013. Beliau digalaskan tugas yang agak berat iaitu sebagai penyampai radio rancangan pagi. Beliau merupakan suara pertama dalam radio Hot FM bersama Fara Fauzana dalam rancangan pagi Hot FM iaitu Hot FM AM Krew. Gandingan serasi mereka telah memberikan impak hebat di mana rancangan Hot FM AM Krew mencapai rating 3.8 juta pendengar purata mingguan sekali gus menjadikan rancangan ini sebagai rancangan terbaik radio. Kemudian mereka berdua digandingkan dengan AG dan Usop Wilcha dan kemudiannya digandingkan bertiga semula, Faizal, Fara Fauzana dan AG Selamat. Pada tahun 2013, Faizal Ismail telah menamatkan kerjaya penyampai radio di Hot FM.
Sejak 2017, beliau mengendalikan rancangan radio beliau di Facebook.[2]
Muzik Sunting
Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang nyanyian apabila beliau bergandingan bersama teman seangkatannya di Era, Khairil Rashid dan menubuhkan kumpulan Khafi dan mengeluarkan album pertama yang bertajuk Satu Jengkal pada 2006, dengan lagu-lagu hits seperti "Kisah Kau dan Aku", "Tiada Yang Kedua" dan "Fantasia Cinta".
Beliau juga berkolaberasi dalam album Hangatnya Raya Hot FM dengan lagu "Salam Lebaran" bersama penyanyi tanah air tersohor dan lagu raya berjudul "Tiba" bersama Shahir dan Faizal Tahir.
Televisyen dan filem Sunting
Bagi melengkapkan porrfolio kerjayanya, Faizal menceburi bidang lakonan dengan membintangi drama sitkom Pemanduku Jutawan arahan Aziz M. Osman yang bersiaran di TV3. Beliau membuat kemunculan filem pertama menerusi filem Mamak Cupcake lakonan Shaheizy Sam.
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | Mamak Cupcake | Raja Chal | Filem pertama |
2015 | Hantu Bungkus Ikat Tepi | Penampilan khas |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Pemanduku Jutawan | Mamat | TV3 | |
2012 | Friday I'm In Love | DJ FBI | TV9 | Pelakon undangan |
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007–2012 | Muzik Muzik | Pengacara | TV3 | |
2008 | Anugerah Juara Lagu ke-22 | bersama Fara Fauzana, Ally Iskandar dan Cheryl Samad | ||
2009 | Anugerah Juara Lagu ke-23 | bersama Cheryl Samad dan Ally Iskandar | ||
2010 | Anugerah Juara Lagu ke-24 | |||
2011 | Anugerah Juara Lagu ke-25 | |||
2011–2012 | Vokal... Bukan Sekadar Rupa | |||
2012 | Anugerah Juara Lagu ke-26 | bersama Cheryl Samad | ||
2013 | Anugerah Juara Lagu ke-27 | |||
2011–2014 | Apa Kata FBI | TV9 | ||
2013–2018 | Nasi Lemak Kopi O | |||
2014 | Fulus (Musim 2) | TV AlHijrah | ||
AF 2014 | Astro Ria | bersama Zizan Razak | ||
2015 | Karok La Kau | Astro Ria | ||
Projek Komedi Warna | Astro Warna | |||
AF 2015 | Astro Ria | bersama Zizan Razak | ||
Gelap Geli Tak | Astro Warna | |||
2016 | Masaklah Kau | Astro Prima | ||
Pencetus Ummah (Musim 4) | Astro Oasis | bersama PU Azman | ||
2017 | Sembang Sahur | TV3 | ||
2021 | La Tahzan | TV AlHijrah | bersama Abby Fana | |
2021–2022 | Hijrahkan Laguku | bersama Bell Ngasri | ||
2022–kini | Dakwah Live |
Radiografi Sunting
Radio Sunting
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
1998–2003 | Skuad Era | Era |
13 Februari 2006 – 15 November 2013 | Hot FM AM Krew | Hot FM |
16 Januari 2023 – kini | Zayan Pagi | Zayan |
Diskografi Sunting
- Satu Jengkal (2006) – album bersama Khafi
- Terima Kasih Allah (2022)