Najman Mohamed (lahir 1970) merupakan seorang penyampai radio Malaysia, terkenal sebagai penyampai radio Era (1998-2004) dan Sinar (2004-2014).[1]

KerjayaSunting

Najman memulakan kerjaya awalnya sebagai guru. Pada tahun 1989, beliau memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio Best 104, seterusnya diserap sebagai penyampai tetap pada 1991. Beliau menyertai Era pada 1 Ogos 1998 bersama barisan penyampai terawal Era termasuk Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Linda Onn, David Low, Seelan Paul, Nadira Azizan, Kudsia Kahar, Subarma Mokhtaruddin dan Jamal Jamaluddin. Pada tahun 2004, beliau (bersama-sama dengan Suby, David dan Jamal) berpindah ke Sinar FM yang memulakan siarannya pada 1 Mac. Bersama Sinar, beliau mengendalikan rancangan Senandung Malam.

Selain kerjaya sebagai penyampai radio, Najman juga aktif menyumbangkan suaranya untuk beberapa iklan televisyen dan rancangan dokumentari. Beliau dipecat dari Sinar berkuatkasa 11 Julai 2014, dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia, Najman menyatakan antara sebab pemecatannya ialah tidak popular berbanding penyampai radio Sinar yang lain dan dikatakan tidak memenuhi syarat Sinar: "Benar, saya sudah diberhentikan pada 11 Julai lalu dan saya tidak tahu punca sebenar mereka bertindak begitu. Alasan yang diberikan kononnya saya tidak memberi khidmat cemerlang sepanjang bersama bersama Sinar FM,".[2][3][4]

Kehidupan peribadiSunting

Najman berkahwin dengan Hawa Atan pada 8 Ogos 2009.[5]

RujukanSunting

  1. ^ "Zaidi, Najman gamatkan petang pendengar!". Sinar Harian. 17 April 2012. Dicapai pada 11 Ogos 2012.
  2. ^ Ifqdar Rahman (18 Julai 2014). "Najman Sinar FM reda dipecat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Ogos 2014.
  3. ^ "Sebab tidak popular, Najman dipecat daripada Sinar FM". Kosmo!. 19 Julai 2014. Dicapai pada 11 Ogos 2014.
  4. ^ Feride Hikmet Atak (18 Julai 2014). "Deejay Sinar FM, Najman Dipecat". mStar Online. Dicapai pada 11 Ogos 2014.
  5. ^ Noor Fazrina Kamal (20 Ogos 2011). "'Tak sangka Najman deejay'". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Ogos 2012.

Pautan luarSunting