Kosmo!

Akhbar harian Malaysia

Kosmo! ialah sebuah akhbar terbitan Kumpulan Utusan. Majlis pelancarannya dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 30 Ogos 2004. Kosmo! bercorak santai dan dalam bentuk yang paling mudah dibawa dan dibaca.

Kosmo!
JenisAkhbar harian
FormatTabloid
Diasaskan30 Ogos 2004
BahasaMelayu
Ibu pejabat
Level 4 (East) & 5,

Quattro West No. 4 Lorong Persiaran Barat 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Edaran187,967 (harian)
205,520 (Kosmo! Ahad)
*Sumber: Audit Bureau of Circulations, Malaysia - July to December 2015[1][2]
Pemilik
PenerbitMedia Mulia Sdn Bhd
Ketua pengarangMohamad Azlan Jaafar
PengarangWan Hasnan Wan Hasan
Timb. pengarangJamdi Nasir
Pengarang beritaMegat Ramli Megat Raof

Mustapa Lakawa
Turmadzi Madun
Atikah Dali
Suhana Md Yusop
Siti Kamilah Mustapha

Muhammad Firdaus Hassan
Pengarang sukanSopi Somaile
Laman sesawangwww.kosmo.com.my
Arkib dalam talian percuma
www.kosmo.com.my

Akhbar ini dijual di seluruh negara dengan harga 80 sen setiap hari kecuali Ahad yang berharga RM1 dengan nama Kosmo Ahad di awal penerbitannya. Namun sejak April 2007, akhbar ini berharga RM1 bagi setiap hari penerbitannya.[4] Kosmo! bersama-sama akhbar kembarnya, Utusan Malaysia menamatkan operasinya pada 9 Oktober 2019 selepas 15 tahun diterbitkan.[5][6]

Sembilan bulan kemudian pada 20 Julai 2020, Kosmo! sekali dengan Utusan Malaysia kembali di bawah pengurusan baharu.[7]

Sejarah sunting

 
Logo lama Kosmo! (2009-2019).

Pada 30 Ogos 2004,[3] Kumpulan Utusan pertama kali memperkenalkan pembaca akhbar harian Malaysia dengan akhbar bersaiz kompak KOSMO! yang mempunyai 64 halaman muka surat yang padat dengan pelbagai topik berita dan rencana selari dengan slogan "Suara Kontemporari" yang menyasarkan golongan generasi muda yang kontemporari, moden dan aktif dalam kehidupan seharian.

KOSMO! diterbitkan dalam bahasa Malaysia yang menampilkan konsep akhbar harian dan majalah dalam motonya "Bukan Sekadar Berita" adalah unggul untuk semua peringkat umur pembaca. Ia turut mesra pembaca apabila mudah dipegang dan praktikal tambahan pula dengan saiznya yang kecil.

KOSMO! kini mengambil langkah seperti akhbar tabloid apabila berusaha mengubah persepsi masyarakat bahawa pembaca KOSMO! bukan terdiri daripada lingkungan pembaca Melayu sahaja malah merangkumi pelbagai kaum di Malaysia termasuk Cina dan India. KOSMO! turut mahu digambarkan sebagai platform akhbar silang budaya dalam memajmukkan masyarakat Malaysia.

Selepas dua tahun, akhbar terbitan Kumpulan Utusan ini menunjukkan potensi yang positif dan mendapat sambutan hangat daripada pembaca (jualan semasa di Lembah Klang, Edisi Utara dan Edisi Selatan : 120,000 naskah), KOSMO! pada 4 dan 6 Oktober yang lalu telah menemui pembaca baru mereka di negeri Melaka dan Pahang.

KOSMO! kini telah diiktiraf sebagai salah sebuah akhbar yang paling aktif mendapat sambutan pembaca di Malaysia.

Walaupun masih baru dalam industri dan menerima saingan yang sengit daripada akhbar terkemuka tempatan seperti Berita Harian dan Harian Metro, KOSMO! tetap utuh memberikan pilihan terbaik kepada pembacanya. Langkah terbaru akhbar kompak itu bagi mengurangkan saingan adalah dengan rangka strategi menurunkan kadar harga daripada RM1.20 kepada RM0.80 untuk edaran harian dan KOSMO! Ahad pula daripada RM1.50 kepada RM1.00 pada 1 September 2005. Pada 1 Januari 2012, harga akhbar KOSMO! bagi hari Isnin hingga Sabtu bertukar kepada RM 1.20 dan pada hari Ahad pula harganya RM 1.30. Pada 1 November 2013, KOSMO! telah menghadiahkan pembacanya dengan menjual akhbar KOSMO! dengan harga RM1 setiap hari.

Serentak itu, untuk edaran dalam kampus dan universiti, KOSMO! diturunkan kepada RM0.40 dan RM0.50 untuk KOSMO! Ahad. Kemudian pada 1 Februari 2006, ditawarkan pula KOSMO! pada harga RM0.50 senaskah dan RM0.60 untuk KOSMO! Ahad kepada pasaran pembaca Institut Pengajian Tinggi (IPT). Namun pada 1 Februari 2007, ia dinaikkan harganya kepada RM0.70 senaskah dan RM1.00 untuk KOSMO! Ahad. Bagaimanapun, harga tersebut secara perbandingannya masih rendah berbanding harga pasaran di luar IPT.

Walaupun laporan awal pada pertengahan Ogos 2019 bahawa Kumpulan Utusan akan menutup operasi akhbarnya termasuk Kosmo!, Kosmo! Ahad, Utusan Malaysia, dan Mingguan Malaysia, syarikat itu menarik balik keputusannya selepas menerima suntikan tunai RM1.6 juta dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.[8][9] Walau bagaimanapun, Kumpulan Utusan mengumumkan bahawa mereka akan menaikkan harga Kosmo! Ahad dari RM1.00 hingga RM1.50 dan beralih kepada model perniagaan baru.[10][11][12]

Walaupun cuba untuk menyelamatkan Kosmo! dan akhbar kembarnya, pengerusi eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengumumkan bahawa akhbar syarikat itu akan menamatkan penerbitan pada 10 Oktober 2019 berikutan aliran tunai yang lemah, hutang meningkat dan jualan yang menurun. Kakitangan diberi beberapa jam untuk membersihkan barang-barang mereka daripada ibu pejabat Kumpulan Utusan. Empat surat khabar Utusan dijangka akan diterbitkan semula pada 1 November 2019 di bawah pengurusan baru. Aurora Mulia, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan hartawan perniagaan, Syed Mokhtar Al-Bukhary, dilaporkan memperoleh 70 peratus daripada anak syarikat milik penuh Utusan, Dilof Sdn Bhd. Namun, hanya 862 pekerja yang dipecat akan diambil bekerja semula.[13][14]

Pada 10 Oktober 2019, tapak web KOSMO! tidak dapat dicapai.[15]

Pada 20 Julai 2020, Kosmo! bersama Utusan Malaysia kembali beroperasi di bawah syarikat Media Mulia Sdn. Bhd..[7]

Garis masa sunting

Berikut kronologi perkembangan akhbar kompak KOSMO!:

  • 3 Januari 2005 – KOSMO! AHAD dilancarkan seluruh negara.
  • 10 September 2005 – KOSMO! Pulau Pinang dan Kedah dilancarkan.
  • 15 Februari 2006 – KOSMO! Johor dilancarkan.
  • 25 Mac 2006 – KOSMO! Negeri Sembilan dilancarkan.
  • 26 April 2006 – KOSMO! Terengganu dilancarkan.
  • 1 Ogos 2006 – KOSMO! Edisi Utara kini merangkumi Perlis dan Perak.
  • 4 November 2006 – KOSMO! Melaka dilancarkan.
  • 6 November 2006 – KOSMO! Pahang dilancarkan.
  • 10 Oktober 2019 – KOSMO! dihentikan.
  • 20 Julai 2020 – KOSMO! dikembalikan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "CIRCULATION FIGURES : NEWSPAPERS - WEST & EAST MALAYSIA" (PDF). Abcm.org.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 September 2017. Dicapai pada 11 September 2017.
  2. ^ "CIRCULATION FIGURES : NEWSPAPERS - WEST & EAST MALAYSIA" (PDF). Abcm.org.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 September 2017. Dicapai pada 11 September 2017.
  3. ^ a b "About Utusan". Utusan Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-20. Dicapai pada 20 August 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "About Utusan" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ "Editorial". Utusangroup.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-20. Dicapai pada 11 September 2017.
  5. ^ "Utusan, Kosmo! online tidak boleh diakses". Sinar Harian Online. Dicapai pada 10 Oktober 2019.
  6. ^ "Utusan Melayu henti operasi perniagaan". Utusan Malaysia. 9 Oktober 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-09. Dicapai pada 9 Oktober 2019.
  7. ^ a b "Utusan kembali, ikrar amal laporan ertanggungjawab". Malaysiakini.com. 20 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2020. Dicapai pada 20 Julai 2020.
  8. ^ Buang, Shakira (20 August 2019). "Utusan gets RM1.6m reprieve from Umno". Malaysiakini. Dicapai pada 21 August 2019.
  9. ^ Habibu, Sira (20 August 2019). "Utusan not shuttering, price of paper to increase by 50 sen". The Star. Dicapai pada 21 August 2019.
  10. ^ Zainul, Emir (20 August 2019). "Utusan CEO says company not ceasing ops, Utusan Malaysia and Kosmo! to continue publishing". The Edge. Dicapai pada 21 August 2019.
  11. ^ "Utusan, Malaysia's oldest newspaper, and Kosmo! to cease publication". The Straits Times. 19 August 2019. Dicapai pada 20 August 2019.
  12. ^ Yunus, Arfa (20 August 2019). "Utusan no more?". New Straits Times. Dicapai pada 20 August 2019.
  13. ^ "Utusan ceases publication but may be back soon". The Star. 10 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 10 October 2019.
  14. ^ Asyraf, Faisal. "Some of Utusan workers will be rehired by new company, says Dr M". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 10 October 2019.
  15. ^ "Utusan dan Kosmo! Online tidak boleh diakses". Sinar Harian. 10 Oktober 2019. Dicapai pada 11 Mac 2020.

Pautan luar sunting