Kosmo! Ahad

(Dilencongkan dari Kosmo Ahad)

Kosmo! Ahad merupakan akhbar edisi hari ahad bagi akhbar Kosmo!, dimiliki oleh Kumpulan Utusan, yang turut memiliki Utusan Malaysia, Kosmo! dan Mingguan Malaysia. Ia dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 30 Ogos 2004.

Kosmo! Ahad
JenisSurat khabar mingguan Ahad
FormatPencetakan
Diasaskan31 Ogos 2004; 15 tahun yang lalu (2004-08-31)
BahasaMelayu
Dihentikan penerbitan9 Oktober 2019; 8 bulan yang lalu (2019-10-09)
PemilikKumpulan Utusan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kumpulan Utusan mengumumkan bahawa mereka akan menaikkan harga Kosmo! Ahad dari RM1.00 hingga RM1.50 dan beralih kepada model perniagaan baru.[1][2][3]

Meskipun terdapat cubaan menyelamatkan Kosmo! Ahad dan tiga lagi akhbar terbitan Utusan, pengerusi eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir mengumumkan bahawa syarikat akhbar itu akan menamatkan penerbitan pada 10 Oktober 2019 berikutan aliran tunai yang lemah, hutang meningkat dan jualan yang menurun. Kakitangan diberi beberapa jam untuk mengemaskan barang-barang mereka daripada ibu pejabat Kumpulan Utusan. Empat akhbar Utusan dijangka akan diterbitkan semula pada 1 November 2019 di bawah pengurusan baru.[4][5][6] Aurora Mulia, syarikat yang dikaitkan dengan hartawan perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary, dilaporkan memperoleh 70 peratus anak syarikat milik penuh Utusan, Dilof Sdn Bhd. Namun, hanya sebahagian daripada 862 pekerja yang berlebihan akan diambil bekerja semula.[7][8]

RujukanSunting

  1. ^ Zainul, Emir (20 August 2019). "Utusan CEO says company not ceasing ops, Utusan Malaysia and Kosmo! to continue publishing". The Edge. Dicapai pada 21 August 2019.
  2. ^ "Utusan, Malaysia's oldest newspaper, and Kosmo! to cease publication". The Straits Times. 19 August 2019. Dicapai pada 20 August 2019.
  3. ^ Yunus, Arfa (20 August 2019). "Utusan no more?". New Straits Times. Dicapai pada 20 August 2019.
  4. ^ "Utusan Group ceases operations, staff told to vacate offices by 1pm Wednesday (Oct 9)". The Star. 9 October 2019. Diarkib daripada yang asal pada 9 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  5. ^ "End of the road for Utusan". Free Malaysia Today. 9 October 2019. Diarkib daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  6. ^ "Utusan Melayu henti operasi perniagaan". Utusan Malaysia. 9 October 2019. Dicapai pada 9 October 2019.
  7. ^ "Utusan ceases publication but may be back soon". The Star. 10 October 2019. Diarkib daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 10 October 2019.
  8. ^ Asyraf, Faisal. "Some of Utusan workers will be rehired by new company, says Dr M". Malaysiakini. Diarkib daripada yang asal pada 10 October 2019. Dicapai pada 10 October 2019.