The Star (Malaysia)

Media penyiaran & akhbar swasta

The Star merupakan akhbar harian berbahasa Inggeris di Malaysia yang terkenal sebagai surat khabar Bahasa Inggeris yang terbesar di Malaysia dari segi jumlah pembaca, iaitu kira-kira 290,000-300,000 pembaca, menurut Biro Audit Pengedaran, The Star ialah ahli Asia News Network.

The Star
JenisSurat khabar harian
FormatTabloid
Diasaskan9 September 1971; 52 tahun yang lalu (1971-09-09)
Pemihakan politikPro-kerajaan
BahasaInggeris
Ibu pejabatMenara Star,
15 Jalan 16/11,
46350 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia
Edaran309,029 (Harian)
318,957 (Ahad)
*Sumber: Audit Bureau of Circulations, Malaysia - 1 Julai 2005 - 31 Dis 2005
Akhbar saudaraMajoriti 7
PemilikStar Media Group Berhad
PenerbitAlex Yeow
PengarangEsther Ng
Laman sesawanghttps://www.thestar.com.my/
Logo lama.

Saham majoriti The Star dimiliki oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA), parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional. Saingannya ialah New Straits Times dan The Sun.

V.K Chin menjadi Ketua Pengarang The Star. C.C Liew menjadi Ketua Pengarang Sin Chew Daily.[1]

Edisi sunting

The Star (harian) dan Sunday Star diterbit dalam empat edisi – dua edisi merangkumi negeri-negeri utara Semenanjung iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak utara, manakala dua edisi lain merangkumi negeri-negeri lain.

Terdapat dua buah premis percetakan utama yang menerbitkan keempat-empat edisi The Star setiap hari. Edisi-edisi utara dicetak di Star Northern Hub di Bayan Lepas, Pulau Pinang, manakala edisi-edisi lain itu dicetak di Star Media Hub di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Ciri-ciri sunting

The Star dipakejkan sebagai akhbar 4-dalam-1, merangkumi Main Paper, StarBiz (dahulunya The Star Business), StarTwo (dahulunya Section Two) dan Star Metro.

  • Main Paper merangkumi berita tempatan dan antarabangsa terkini.
  • StarBiz menawarkan liputan menyeluruh perkembangan dunia niaga, trend pasaran, laporan kewangan dan kemas kini pasaran saham.
  • StarTwo bercirikan rencana gaya hidup, hiburan, kesihatan, penjagaan anak, peradaban sosial, sains, alam sekitar, fesyen, makanan dan banyak lagi, serta terletaknya jadual tayangan panggung wayang dan inti sari rancangan televisyen.
  • Star Metro berlainan kandungan mengikut edisi tempatan, memaparkan berita, hal ehwal dan kegiatan serantau.

Seksyen mingguan termasuk:

  • Star Maritime (setiap Isnin) – meliputi industri perkapalan dan perdagangan laut
  • Star-In.Tech (Selasa dan Khamis) – menumpu kepada komputer dan teknologi maklumat
  • Youth 2 (Khamis) – gaya hidup dan trend terkini remaja
  • StarWeekend – menggantikan StarTwo setiap hari Sabtu, menawarkan rencana hobi, percutian, istirahat dan kegiatan hujung minggu.
  • The Star BizWeek – majalah kewangan mingguan yang diterbit setiap Sabtu, menekankan hal-ehwal niaga, syarikat, personaliti, perkembangan, dan saham yang dijangka mengegarkan pasaran pada minggu akan datang.

Seksyen Sunday Star termasuk:

  • StarMag – memaparkan rencana gaya hidup, temubual personaliti, ulasan buku, ulasan kereta, surat dan sebagainya.
  • StarMag Fit4Life – rencana kesihatan, keselamatan dan khasiat
  • StarMag – hal-ehwal hiburan, ulasan fesyen (pemakaian selebriti), ulasan album muzik, sudut manga/anime OtakuZone, inti sari rancangan panggung wayang dan televisyen.
  • theStar Education – hal ehwal dan ulasan berkaitan pendidikan semua peringkat

Kolumnis sunting

Antara kolumnis utama yang bekerja di The Star ialah Marina Mahathir (anak sulung bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad) yang mengendali sudut Musings yang muncul sekali dalam dua minggu, serta Wong Chun Wai, Naib Editor akhbar ini, yang mengendali sudut Ahad bertajuk "On The Beat." Kolumnis lain ialah Tan Sri Lin See Yan, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Martin Khor (sejak 1978), bekas ketua Third World Network, Shad Saleem Faruqi profesor undang-undang, Karim Raslan dan Azmi Sharom.

mStar sunting

Pada 31 Oktober 2005 syarikat Star Publications turut memperkenalkan mStar, akhbar dalam talian berbahasa Melayu. Laman web Bahasa Melayu mStar telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi di pejabat beliau di Putrajaya.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting