Perlis

negeri Malaysia di Semenanjung Melayu

Perlis (Jawi: ڤرليس‎, Bahasa Thai: ปะลิส Pâlit, ปลิศ Palit atau เปอร์ลิศ Perlis)[nota 1] merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Wilayah Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat setelah kerajaan Siam melantik Raja Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis.[4]

Perlis
ڤرليس
Nama panggilan: Indera Kayangan
Lagu: Amin Amin Ya Rabaljalil
   Perlis di    Malaysia
Koordinat: 6°30′N 100°15′E / 6.500°N 100.250°E / 6.500; 100.250Koordinat: 6°30′N 100°15′E / 6.500°N 100.250°E / 6.500; 100.250
Ibu negeriKangar
Bandar dirajaArau
Kerajaan
 • JenisParlimen Raja berperlembagaan
 • RajaTuanku Syed Sirajuddin
 • Menteri BesarMohd Shukri Ramli
Keluasan
 • Jumlah819 km2 (316 batu persegi)
Aras tertinggi733 m (2,405 ft)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah284,885
 • Kepadatan350/km2 (900/batu persegi)
Bahasa
 • Bahasa RasmiBahasa Melayu Standard
 • Bahasa pertuturanBahasa Melayu Kedah, Hokkien, Thai, Mandarin
Penubuhan
 • Penubuhan Kota Sena sebagai ibu negeri Kedah1653
 • Negeri Vasal Siam diperintah oleh Raja Long Krok1839
 • Kerajaan terbentuk apabila Syed Hussain dilantik sebagai Raja oleh Siam20 April 1843
 • Dimasukkan di dalam Persekutuan Tanah Melayu1 Februari 1948
 • Kemerdekaan sebagai sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu31 Ogos 1957
Poskod
01xxx sehingga 02xxx
Kod panggilan04
Pendaftaran kenderaanR
IPM (2019)0.805 (sangat tinggi) (ke-9)
Laman sesawangwww.perlis.gov.my www.perlisroyalty.gov.my
rekaan Terkini Bendera Negeri Perlis, yang diguna pakai sejak Tahun 1870

Perlis mempunyai keluasan sebanyak 821 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Pada tahun 2020, jumlah penduduknya dianggarkan seramai 284,885 orang dengan majoritinya merupakan bumiputera iaitu 88.8 peratus dari jumlah penduduk.[2]

Penamaan sunting

Sejarah mengenai asal-usul nama negeri Perlis adalah kurang jelas. Terdapat banyak kisah atau andaian yang menceritakan tentang asal-usul nama Perlis. Berikut merupakan beberapa andaian atau kisah yang diketahui[5]:-

  • Menurut seorang tokoh sejarawan Malaysia iaitu Haji Buyong Adil, terdapat beberapa cerita yang mengisahkan kononnya nama Perlis itu berasal daripada perkataan Siam iaitu “Phrau Loi” (Maphrau Loi มะพร้าวลอย) yang bermaksud kelapa hanyut. Perkataan tersebut telah dipelat dan dipendekkan bunyinya oleh orang Melayu lalu menjadi ‘pereleh’ atau Perlis.
  • Sumber kedua menyatakan bahawa kononnya nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘peroleh’ yang membawa maksud kurnia daripada kerajaan Kedah. Perkataan itu disingkatkan lalu menjadi Perlis.
  • Sumber yang ketiga pula menyebut negeri Perlis mendapat namanya daripada nama sebuah kubur di Bukit Mengulang iaitu kubur Tok Perlis. Kubur tersebut adalah milik seorang tokoh ulama yang terkemuka di Nusantara iaitu Tok Perlis.
  • Sumber yang keempat mengatakan nama negeri Perlis berasal daripada perkataan ‘perlus’. Kebanyakan tanah dalam di Perlis ialah tanah sawah. Pada musim kemarau, tanah sawah akan merekah. Sesiapa yang berjalan akan ‘terperlus’. Dari perkataan ‘perlus’ itulah, Perlis mendapat namanya.
  • Menurut sebuah buku yang ditulis oleh Ahmad Ismail dan Yazid Mat, dipercayai bahawa nama negeri Perlis berasal daripada nama sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok perlis yang pernah wujud tumbuh dengan begitu banyak di negeri tersebut terutama sekali di kawasan pinggir sungai namun telah pun pupus. Ia turut disokong kebanyakan sejarawan setempat.

Gelaran Indera Kayangan diberikan oleh Tuanku Raja Syed Hussin Jamalullail (1843-1873) diilhamkan dari bandar Indera Kayangan II, kota diraja negeri tersebut dari 1797 sehingga 1813 yang pernah terletak di Kampung Langgar, Kayang.[6] Namun demikian, gelaran ini menjadi kurang digalakkan berikutan suatu titah Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada tahun 2015 yang menurutnya tidak selari penamaan rasmi termaktub malah mengelakkan konotasi berkaitan dewa tertentu (yakni seperti Indra yang hampir bersebutan nama sama).[3]

Sejarah sunting

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah, hal ini turut tercermin kepada gelaran yang diberikan kepada Sultan Kedah suatu ketika dahulu iaitu "Raja Muda Perlis dan Kedah".[7] Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Buddha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

Perlis juga pernah menjadi pusat pentadbiran Kesultanan Kedah apabila Kota Sena mula dijadikan pusat pentadbiran sehingga tahun 1661 yang diasaskan oleh Sultan Muhyiddin Mansor Shah, Sultan Kedah ke-14 (1653-1661). Pada tahun 1661 hingga 1687, pusat pentadbiran telah dipindahkan dari Kota Sena ke Kota Indera Kayangan Pertama yang terletak di tepi Sungai Perlis. Pemerintahan yang berpusat di jajahan Perlis ketika itu berakhir dengan kemangkatan Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah pada tahun 1687.[8]

Salasilah Diraja Perlis bermula apabila Syed Harun Jamalullail, ayahanda kepada Raja Perlis pertama mengasaskan Mukim Arau bersama pengikutnya. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II telah menganugerahkan Mukim Arau untuk ditadbir oleh Syed Harun Jamalullail dan keturunannya sebagai penghulu selepas perkahwinannya dengan puteri baginda. Namun perkahwinan mereka berdua tidak menghasilkan zuriat. Syed Harun Jamalullail kemudiannya berkahwin dengan cucu salah seorang pembesar Sultan Kedah lalu dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Syed Hussein Jamalluail pada tahun 1805. Syed Harun Jamalullail telah meninggal dunia pada tahun 1825 dan digantikan dengan anaknya, Syed Hussein Jamalullail sebagai Penghulu Mukim Arau yang kedua.[9]

Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis. Hal ini merisaukan pihak British yang terasa diancam kedudukan mereka di Perak, maka Perjanjian Burney dimeteraikan mengakui tuntutan Siam ke atas negeri-negeri utara Perak yang turut menidakkan kedudukan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II,[10] hal ini mencetuskan berlakunya Perang Musuh Bisik selama 12 tahun dari 1830 hingga 1842 oleh baginda sultan dan para pengikutnya.[11]

Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussein Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.[12] Raja Long Krok mangkat setelah empat bulan dilantik sebagai Gabenor Perlis. Selepas kemangkatan Raja Long Krok, Syed Hussein Jamalullail telah dilantik oleh Siam sebagai Gabenor Negeri Perlis menggantikan Raja Long Krok. Pada tahun 1843, Raja Syed Hussein Jamalullail telah ditabal menjadi Raja Negeri Perlis. Baginda ditabal oleh Raja Rama III, Raja Siam dengan gelaran Phya Songkram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Polit atau disingkatkan sebagai Phya Polit.[13]

Kerajaan sunting

 
Dewan Undangan Negeri Perlis

Negeri Perlis ditadbir oleh Keluarga Diraja Jamalullail yang digelar sebagai "Raja" tidak seperti negeri Melayu lain yang menggunakan gelaran "Sultan".

Kuasa perundangan negeri ini dilaksanakan oleh Dewan Undangan Negeri Perlis di mana semua 15 kerusi dipilih daripada kawasan pilihan raya ahli tunggal. Gabungan Perikatan Nasional telah memegang 14 daripada 15 kerusi dewan sejak Pilihan Raya Umum 2022.

Raja melantik Menteri Besar (Ketua Menteri) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan (sama dengan Kabinet). Secara amnya, ketua menteri ialah ahli dewan undangan yang boleh mendapat majoriti di peringkat dewan. Perlis telah memilih tiga ahli Dewan Rakyat Persekutuan, iaitu kawasan Arau, Kangar dan Padang Besar. Semua kerusi ini kini disandang oleh ahli Perikatan Nasional sejak Pilihan Raya Umum 2022. Perlis juga mempunyai dua senator persekutuan yang dilantik melalui undian Dewan Undangan Negeri.

Geografi sunting

 
Sungai Perlis

Perlis merupakan sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia bersempadan dengan negara Thailand di utara, negeri Kedah di selatan dan Selat Melaka di barat. Perlis mempunyai keluasan sebanyak 819 kilometer persegi menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Gunung Perlis yang mempunyai ketinggian 733 meter menjadi titik tertinggi di negeri ini.

Di bahagian utara dan barat daya negeri ini, terbentangnya Banjaran Nakawan yang merupakan banjaran batu kapur terpanjang di Malaysia. Di banjaran ini terdapat bukit-bukit batu kapur yang sebahagian besarnya terdiri daripada Formasi Setul yang tertua di Malaysia yang dianggarkan berusia lebih 500 juta tahun. Di banjaran ini juga terletaknya Taman Negeri Perlis yang berkeluasan 4,379.81 hektar dan beberapa hutan simpan yang lain seperti Hutan Simpan Kekal Mata Ayer dan Hutan Simpan Kekal Wang Mu.[14]

Dianggarkan jumlah panjang sungai dan terusan di negeri Perlis ialah sepanjang 174.2 kilometer. Sungai Arau menjadi sungai terpanjang di negeri Perlis iaitu sepanjang 21.5 kilometer diikuti Sungai Korok dengan panjang 17 kilometer.[15]

Iklim sunting

Iklim di negeri Perlis ialah iklim khatulistiwa. Purata suhu ialah 28 °C (82.4 °F). Bulan April merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 29.1 °C (84.4 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.8 °C (80.2 °F).[16] Purata kerpasan di Perlis adalah 1954.4 milimeter pertahun. Bulan November merupakan bulan yang tinggi kerpasan dengan 262.5 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 29.8 milimeter.[16]

Data iklim untuk Perlis (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 27.3
(81.1)
28.1
(82.6)
29
(84)
29.1
(84.4)
28.7
(83.7)
28.4
(83.1)
27.9
(82.2)
28
(82)
27.6
(81.7)
27.4
(81.3)
27.2
(81.0)
26.8
(80.2)
28.0
(82.3)
Purata kerpasan, mm (inci) 40.9
(1.61)
29.8
(1.17)
88.8
(3.50)
160.5
(6.32)
214.7
(8.45)
142
(5.6)
173.5
(6.83)
194.3
(7.65)
227.3
(8.95)
238.6
(9.39)
262.5
(10.33)
181.4
(7.14)
1,954.3
(76.94)
Sumber: ClimateCharts[16]

Pembahagian pentadbiran sunting

 
Arau
 
Kuala Perlis

Disebabkan keluasan negeri Perlis yang amat kecil, tiada daerah di negeri Perlis. Oleh itu, negeri Perlis dibahagikan kepada 22 buah mukim.

 
Bil Mukim Keluasan
(km²)
Jumlah Penduduk
(2010)
1 Abi 5.25 2,084
2 Arau 33.87 22,274
3 Beseri 67.5 13,485
4 Chuping 102 12,779
5 Utan Aji 27.16 17,906
6 Jejawi 12.36 7,957
7 Kayang 36.68 10,672
8 Kechor 9.32 6,588
9 Kuala Perlis 26.71 20,277
10 Kurong Anai 49.58 15,967
11 Kurong Batang 41.73 3,266
12 Ngulang 6.27 3,149
13 Oran 8.62 3,684
14 Padang Pauh 7.24 4,185
15 Padang Siding 69.25 6,495
16 Paya 10.61 4,986
17 Sanglang 61.22 16,004
18 Sena 14.71 16,476
19 Seriab 10.47 7,713
20 Sungai Adam 5.02 1,861
21 Titi Tinggi 200 15,969
22 Wang Bintong 11.96 11,853

Bandar-bandar utama di Perlis termasuk :-

Pekan-pekan kecil pula termasuk :-

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970121,062—    
1980144,782+19.6%
1991183,824+27.0%
2000198,288+7.9%
2010225,630+13.8%
2020284,885+26.3%
Sumber:[2]
Kumpulan etnik warganegara (2020)[2]
Etnik Peratusan
Bumiputera
  
88.8%
Cina
  
7.4%
India
  
1.8%
Lain-lain
  
2.0%

Berdasarkan bancian penduduk Malaysia tahun 2020, jumlah penduduk di Perlis dianggarkan seramai 284,885 orang. Majoriti penduduk merupakan bumiputera iaitu 88.8 peratus dari jumlah penduduk. Selebihnya terdiri daripada penduduk beretnik Cina, India dan lain-lain etnik.[2]

Agama di Perlis - Banci 2020[2]
Agama Peratusan
Islam
  
87.8%
Buddha
  
9.2%
Hindu
  
1.3%
Kristian
  
0.6%
Lain-lain
  
0.2%
Tiada agama
tidak diketahui
  
1.0%

Agama sunting

Pada tahun 2020, majoriti penduduk Perlis beragama Islam iaitu 87.8 peratus dari jumlah penduduk diikuti agama Buddha yang dianuti 9.2 peratus penduduk. Antara agama lain yang dianuti penduduk Perlis termasuklah agama Hindu dengan 1.3 peratus dan agama Kristian dengan 0.6 peratus. Sebanyak satu peratus penduduk Perlis tidak beragama atau tidak diketahui status agamanya.

Bahasa sunting

Majoriti penduduk Perlis berbahasa Melayu Perlis iaitu subdialek Bahasa Melayu Kedah tetapi mempunyai sedikit perbezaan dalam beberapa perkataan. Terdapat juga penduduk yang berbahasa Hokkien, Cina, Tamil dan Malayalam. Penduduk Siam Malaysia di Perlis pula kebanyakannya berbahasa Thailand Selatan. Namun, majoriti penduduk Perlis menggunakan Bahasa Melayu Perlis dalam urusan kehidupan seharian.

Dianggarkan terdapat lebih 22 dialek Bahasa Melayu Perlis yang berlainan dalam segi sebutan beberapa perkataan yang lazimnya mengikut sesuatu kawasan atau mukim. Penduduk yang tinggal berdekatan sempadan Thailand menggunakan dialek yang berbaur Siam manakala penduduk yang tinggal berdekatan sempadan negeri Kedah lazimnya menggunakan dialek yang berbaur Melayu Kedah.[17]

Ekonomi sunting

Pada tahun 2018, ekonomi Perlis didominasi oleh sektor perkhidmatan iaitu sebanyak 66.2 peratus, diikuti dengan sektor pertanian iaitu sebanyak 21.7 peratus. Antara sektor lain yang menyumbang dalam ekonomi Perlis ialah sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian.[18]

Antara pendorong sektor perkhidmatan di Perlis ialah perdagangan borong dan runcit serta pembangunan baharu seperti Pembangunan Bercampur Padang Besar. Sektor pertanian pula didorong oleh beberapa projek tanaman yang diusahakan penduduk dan kerajaan negeri seperti projek tanaman harumanis, nanas dan beberapa projek tenusu.[18]

Kebudayaan sunting

 
Laksa Perlis

Seni persembahan sunting

Dalam seni persembahan, terdapat beberapa muzik yang berasal dari Perlis iaitu Beduan, Gendang Terinai dan Gendang Perlis. Antara muzik lain yang terkenal di Perlis termasuklah Alu Bunyi, Muzik Asli, Pergendangan Cina, Hadrah, Berendoi, Urumi Melam dan Gendang Panjang Siam.[19]

Dalam seni tarian pula, terdapat beberapa tarian yang berasal dari Perlis iaitu Canggung, Terinai, Layang Mas, Ayam Didik, Inang Kayangan, Cik Lang, Cinta Sayang, Joget Kain Batik dan Inang Tua.[19]

Dalam seni teater, terdapat beberapa seni teater yang terkenal di Perlis iaitu Selampit, Menora dan Awang Batil.[19]

Makanan sunting

Antara makanan yang terkenal di serata negeri Perlis ialah Jeruk Maman, Ketupat Palas, Kuih Dangai, Kuih Karas, Mentarang Bakar, Pekasam Puyu, Pulut Harumanis, Pulut Ikan Kering, Ringgi dan Laksa Perlis.[20]

Adat resam sunting

Adat berendoi merupakan sebuah adat resam yang terkenal di negeri Perlis yang mula berkembang sekitar tahun 60-an.[21]

Busana tradisional sunting

Baju Kebaya Perlis merupakan busana tradisional negeri Perlis yang sering dipakai dalam majlis keraian dan keramaian seperti kenduri perkahwinan.[22]

Pengangkutan sunting

Pada tahun 2018, jumlah panjang jalan di seluruh negeri Perlis dianggarkan sepanjang 2446.53 kilometer. Antara jalan persekutuan yang penting bagi pengangkutan penduduk negeri Perlis ialah Jalan Kangar–Padang Besar   yang menghubungkan Kangar dan Padang Besar. Kangar juga boleh dihubungkan ke Bandar Alor Setar, Kedah melalui Jalan Kangar–Alor Setar  .[23]

Pulau Langkawi juga boleh dihubungkan dengan Kuala Perlis melalui perkhidmatan feri yang bermula di Jeti Kuala Perlis.

Pada tahun 2015, Menteri Besar Perlis, Azlan Man berkata bahawa sebuah lapangan terbang akan dibina di Perlis iaitu di kawasan pertumbuhan baharu Chuping.[24]

Pendidikan sunting

 
Universiti Malaysia Perlis

Berikut merupakan statistik institusi pendidikan di negeri Perlis sehingga tahun 2019[25];

Sekolah*

Jenis sekolah Bilangan

sekolah

Jumlah murid Jumlah guru
Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Sekolah rendah 74 12,198 11,452 705 1,672
Jumlah 74 23,650 2,377
Sekolah menengah 30 9,706 10,035 814 1,536
Jumlah 30 19,741 2,350
Keseluruhan 104 21,904 21,487 1,519 3,208
Jumlah keseluruhan 104 43,391 4,727

*tidak termasuk sekolah swasta atau sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri

Pengajian Tinggi

Institusi Jumlah staf

akademik

Jumlah

pelajar

Universiti Malaysia Perlis 1,095 12,741
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 293 4,011
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis 69 163
Universiti Teknologi Mara (Kampus Arau) 390 7,869
Kolej Komuniti Arau 83 576
Kolej Komuniti Cawangan Kangar - 74
Jumlah 1,540 17,565

Sekolah swasta

Jenis Bilangan Jumlah

pelajar

Jumlah

guru

Sekolah menengah swasta 1 451 47

Kemudahan awam sunting

 
Klinik Kesihatan Kangar

Sektor kesihatan

Berikut merupakan statistik pusat kemudahan awam dalam sektor kesihatan mengikut jenis di Perlis;

Jenis Bilangan Ruj.
Hospital kerajaan 1 [26]
Klinik kesihatan 9 [27]
Klinik desa 32 [28]
Klinik pergigian 10 [29]
Hospital swasta 2 [30]

Penduduk ternama sunting

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Nama Perlis secara tunggal sahaja yang digunakan secara rasmi pada perlembagaan negeri tersebut ditandatangani Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 27. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2010. Dicapai pada 24 Januari 2011.
  2. ^ a b c d e f "PENEMUAN UTAMABANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2020". Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. Dicapai pada 24 Mac 2022.
  3. ^ a b "State should be called 'Perlis' only, no 'Indera Kayangan', says Raja of Perlis". The Star. 26 May 2015.
  4. ^ "Institusi Beraja". Raja Perlis.
  5. ^ "Pengenalan Negeri Perlis". Portal Rasmi Diraja Perlis.
  6. ^ Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (PDF). Kangar, Perlis: Kerajaan Negeri Perlis & Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. 2001. m/s. 18, 20. ISBN 983-99768-2-6.
  7. ^ "Sejarah: Tempat Bersemayam". Raja Perlis. Dicapai pada 18 May 2021.
  8. ^ "Sejarah Pusat Pentadbiran". Raja Perlis.
  9. ^ "Salasilah Diraja: Penghulu Mukim Arau Pertama: Syed Harun Jamalluail". Raja Perlis.
  10. ^ Stern, Duncan (14–20 Mei 2004). "Dr. John Crawfurd and the Mission to Thailand, 1822" (Column). A Slice of Thai History. Pattaya Mail. Dicapai pada 11 Ogos 2011. This in turn helped Captain Henry Burney conclude a treaty of commerce with Thailand in June 1826.
  11. ^ Suzalina Halid (18 Mac 2015). "Sultan Kubang Pasu". Berita Harian.
  12. ^ "Sejarah Kewujudan Perlis". Raja Perlis.
  13. ^ "Salasilah Diraja : Penghulu Arau Kedua/Raja Perlis Pertama : Raja Syed Hussein Jamalullail". Diraja Perlis.
  14. ^ "Taman Negeri Perlis". Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Dicapai pada 2022-03-25.
  15. ^ "Kejuruteraan Sungai dan Zon Pantai". Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2022-03-25.
  16. ^ a b c Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Perlis". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  17. ^ "Perlis punyai 25 dialek berbeza". Utusan. 20 Januari 2022. Dicapai pada 25 Mac 2022.
  18. ^ a b "Laporan Sosioekonomi Perlis 2019" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 61–62. Dicapai pada 29 Disember 2021.
  19. ^ a b c "JKKN Pemetaan Budaya | Seni Persembahan Perlis". Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dicapai pada 29 Disember 2021.
  20. ^ "JKKN Pemetaan Budaya | Makanan Tradisional Perlis". Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dicapai pada 29 Disember 2021.
  21. ^ "JKKN Pemetaan Budaya | Adat Resam Perlis". Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dicapai pada 29 Disember 2021.
  22. ^ "JKKN Pemetaan Budaya | Busana Tradisional Perlis". Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Dicapai pada 29 Disember 2021.
  23. ^ "Buku Statistik Jalan 2018" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. m/s. 17, 20. Dicapai pada 2022-03-30.
  24. ^ "Lapangan Terbang Akan Dibina Di Perlis - MB". mStar. 18 Ogos 2015.
  25. ^ "Statistik Pendidikan". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 30 Disember 2021.
  26. ^ "Perlis - Hospital Kerajaan". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 11 Januari 2022.
  27. ^ "Perlis - Klinik Kesihatan/Poliklinik Komuniti". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 11 Januari 2022.
  28. ^ "Perlis - Klinik Desa". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 11 Januari 2022.
  29. ^ "Perlis - Klinik Pergigian". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 11 Januari 2022.
  30. ^ "Perlis - Hospital Swasta". Kementerian Kesihatan Malaysia. Dicapai pada 11 Januari 2022.

Pautan luar sunting