Padang Besar (Perlis)

(Dilencongkan dari Padang Besar)

Padang Besar merupakan sebuah pekan sempadan yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia bersempadan dengan Wilayah Songkhla, Thailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Padang Besar bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar (ปาดังเบซาร์), yang mana ia sering dirujuk sebagai "Pekan Siam" oleh masyarakat tempatan.

Padang Besar
ڤدڠ بسر
(Mukim Titi Tinggi, Padang Besar, Perlis)
Nama panggilan: Padang, PB, Pekan Sempadan,Syurga Beli Belah
NegaraMalaysia
NegeriPerlis
Kerajaan
 • DUNYip Soon Onn
Penduduk
 (2008)
 • JumlahSekitar 10,000 orang
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
02100
Kod kawasan04

Bandar ini menjadi destinasi popular bagi rakyat Malaysia kerana terdapat pasar terbuka yang bebas beroperasi antara dua negara.

Padang Besar terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Ahli parlimen Padang Besar (Perlis) ialah Y.B. Datuk Zahidi Zainul Abidin, dari parti UMNO.[1]

Kereta api tren ETS berakhir di Padang Besar. Pada zaman ini, perjalanan ke Kangar dan Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 5 jam bagi menghubungi bandar terakhir Malaysia ini dan ibu negara, Kuala Lumpur. Oleh itu, masa yang diambil untuk penumpang sampai ke destinasi kereta api laju Malaysia ini adalah serentak dengan masa kereta api laju di China iaitu dari Shanghai ke Beijing.[perlu rujukan]

Kereta api tren ETS ini juga telah memudahkan perjalanan Padang Besar ke Arau dan Kangar supaya tiba dengan cepat.

Rujukan sunting