Kangar

ibu kota negeri Perlis Indera Kayangan

Kangar (sebutan dalam loghat tempatan: Kangaq; Jawi: كاڠر) merupakan ibu negeri Perlis, Malaysia. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 48,898 orang (2004). Kangar adalah bandar utama paling utara di Semenanjung Malaysia, terletak di antara Alor Setar dan Padang Besar berhampiran dengan sempadan negara Thailand dan terdapat di sepanjang Sungai Perlis. Kawasan pusat bandar di Kangar ialah Mukim Sena, yang menerima nama julukan sebagai "Uptown Sena". Ahli parlimen Kangar ialah Y.B. Zakri Hassan, daripada parti BERSATU.[1]

Kangar
Kangaq
Bandar Kangar
Transkripsi Lain
 • Jawiكاڠر
 • Tamilகங்கார்
Kangar, Perlis
Kangar, Perlis
Mohor rasmi Kangar
Negara Malaysia
Negeri Perlis
Penubuhan1653
Status perbandaran1 Januari 1980
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tiada

Hari-hari persekolahan dan pentadbiran kerajaan Kangar, Perlis mengikut negeri-negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak iaitu setiap hari Isnin hingga Jumaat dan bukan mengikut Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang beroperasi secara berlainan dan istimewa iaitu pada setiap Ahad hingga Khamis. Hospital Tuanku Fauziah (HTF) juga terletak di bandar ini.

Kereta api ETS juga melalui kawasan Kangar dan Arau dan banyak membantu masyarakat di sana. Perjalanan ke Alor Setar, Pulau Pinang dan Padang Besar ataupun Haadyai dari Arau mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui kereta api berkelajuan pantas dengan kelajuan 140-180km/j. Dengan 4 jam 30 minit juga, kereta api laju ini mampu tiba di Kuala Lumpur dan Gemas iaitu bandar-bandar terakhir perkhidmatan ETS ini.[perlu rujukan]

Radio FM yang tersiar di Kangar mengikut Alor Setar dan Pulau Pinang. IPG Kampus Perlis turut terletak dekat Kangar.

Sejarah sunting

Kangar merupakan pusat pentadbiran negeri Perlis dan berperanan sebagai pusat perdagangan utama. Kangar terletak di dalam 5 mukim iaitu Sena, Kechor, Wang Bintong, Seriab dan Utan Aji. Kangar merupakan kawasan yang paling padat dengan pembangunan di Perlis.

Kangar dibuka oleh Tok Peduka. Kewujudan Bandar Kangar semenjak 350 tahun dahulu iaitu dalam tahun 1653 adalah apabila Kota Sena yang dibina sebagai pusat pemerintahan pada awalnya diduduki oleh Sultan Kedah ke-14 iaitu Sultan Muhyiddin Mansor Shah. Kangar suatu ketika dahulu merupakan sebuah pelabuhan darat (Pangkalan) di mana perahu dan tongkang berlabuh. Hal ini adalah kerana terdapat sebatang sungai yang mengalir melalui Bandar Kangar terus ke Kuala Perlis iaitu Sungai Perlis.

Bertempat di pangkalan inilah para pedagang berjual-beli di bawah sebatang pohon tinggi yang merendang di kawasan itu. Pohon yang menjadi teduhan dan saksi kepada urus niaga inilah yang bernama “Pohon Kangar”. Setiap pedagang atau saudagar yang berulang-alik ke tempat tersebut menggelarkan kawasan tersebut sebagai “Pelabuhan Pohon Kangar” bersempena nama pokok tersebut.

Selain daripada itu, terdapat juga beberapa andaian lain yang mengatakan bahawa asal-usul nama Bandar Kangar ini diambil daripada bunyi sejenis burung iaitu burung helang “kangor”. Pada masa awal kewujudan Bandar Kangar, terdapat banyak burung helang kangor berterbangan di kawasan ini.

Namun begitu, menjelang abad ke-20 fungsi “Pelabuhan Pohon Kangar” ini kian berkurangan bilamana corak pengangkutan dan lalu-lintas kian berubah. Pengangkutan air telah berubah kepada pengangkutan darat yang mana banyak jalan raya mula dibina. Pengangkutan utama yang dahulunya merupakan perahu dan tongkang telah bertukar kepada kereta dan lori.

Seterusnya pula, “Pelabuhan Pohon Kangar” ini berubah kepada pusat perniagaan dan pentadbiran di negeri Perlis. Kini, nama pangkalan telah luput daripada sebutan penduduk dan yang tinggal hanyalah nama Kangar atau Pekan Kangar sahaja.

 
Peta Bandar Kangar

Pembangunan sunting

Kangar berubah wajah dari setahun ke setahun dengan pembangunan yang pesat dan terbinanya bangunan-bangunan baru menggantikan bangunan-bangunan lama. Di samping pembangunan yang pesat ini, bangunan-bangunan lama dan bersejarah turut dipelihara sebagai mercu tanda Bandar Kangar. Bangunan lama yang menjadi mercu tanda Bandar Kangar ialah Bangunan Jam Besar yang kini menjadi Bangunan Pejabat Menteri Besar. Selain itu, bangunan-bangunan lain seperti Balai Polis Trafik Kangar, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Masjid Alwi, Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar deretan kedai di sepanjang Persiaran Jubli Emas dan Hokkien.

Bangunan-bangunan ini berdiri dengan megahnya di tengah-tengah Bandar Kangar yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan baru yang dibina seperti Kayangan Square, Medan Kangar, dan Medan Kangar Ria. Sebelum Medan Kangar dibina, tapak tersebut merupakan tapak Sekolah Menengah (Cina) Kangar, berek polis, dan stesen bas. Pejabat Majlis Perbandaran Kangar juga terletak di tengah-tengah Bandar Kangar.

Nama-nama jalan yang terdapat di Kangar juga diberi sempena peristiwa bersejarah seperti Jalan Penjara, Jalan Barrack, Jalan Home-Guard, dan Jalan Kelab Indera Kayangan. Walaupun penjara yang terdapat telah pun dipindahkan, tetapi nama tersebut masih dikekalkan.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting