Wikipedia:Garis panduan penulisan yang lebih baik



Rencana ini mengandungi nasihat-nasihat untuk memperbaiki rencana. Bagaimanapun, ia hanya merupakan garis panduan, dan bukannya dasar yang muktamad.

Peringatan: Jika peraturan dan garis panduan ini menyebabkan takut sehingga tidak hendak menyertai wiki ini, biarkan garis panduan ini sahaja' Penyertaan anda diutamakan. Bagaimanapun, jika anda ingin terus membaca rencana ini, kami akan menunjukkan reka letak, gaya penulisan, serta bagaimana mencipta rencana yang jelas, padat dan berguna untuk pembaca. Kami juga memberikan beberapa panduan am yang berkaitan dengan pelbagai persolaan pada penghujung rencana ini.

Reka letak sunting

Reka letak rencana adalah mustahak. Rencana yang baik bermula dengan beberapa bahan pendahuluan dan menyampaikan maklumat melalui struktur yang jelas. Ini diikuti oleh lampiran-lampiran piawai seperti rujukan dan rencana berkaitan.

Struktur rencana sunting

Bahan pengenalan sunting

Rencana yang baik bermula dengan satu bahagian pimpin yang ringkas untuk memperkenalkan perkara dalam rencana. Kami akan membincangkan bahagian pimpin secara terperinci di bawah. Oleh sebab bahagian pimpin selalu ditulis sebelum tajuk bahagian yang pertama, penggunaan ==Introduction== tidak diperlukan. Satu tajuk yang biasa digunakan untuk bahagian pertama dalam rencana yang lebih panjang (selepas perenggan pendahuluan) ialah "Gambaran Keseluruhan". Bagaimanpun, tajuk bahagian yang lebih khusus adalah lebih baik.

Saiz sunting

Pastikan bahawa rencana tidak terlalu panjang. Saiz tidak melebihi 32kB disarankan (kecuali untuk senarai). Jika rencana melebihi 32kB, ia harus dibahagikan untuk memudahkan pembacaan dan penyuntingan. Subbahagian yang bertajuk harus disimpan, dan sebuah tajuk berhuruf condong dimasukkan seperti berikut untuk menunjukkan kandungan yang telah dikeluarkan: Rencana utama: Sejarah Melaka. Jika anda tidak berbuat demikian, konteks akan terhilang dan rencana anda akan terjejas.

Terdapat juga persoalan teknikal yang lain mengenai penyuntingan rencana yang melebihi 32kB. Tidak ramai penyunting akan membaca seluruh rencana yang sepanjang 50 atau 70kB yang mempunyai struktur yang buruk jika mereka cuma hendak memastikan bahawa maklumat yang mereka ingin memasukkan tidak sedia ada. Akibatnya ialah maklumat disalah letak, diganda ataupun langsung tidak dimasukkan.

Perenggan sunting

Dengan alasan yang sama, perenggan harus tidak terlalu panjang untuk mengurangkan keletihan mata, tetapi ia juga tidak boleh terlalu pendek. Kumpulkan perkara-perkara dan ayat-ayat yang serupa supaya memudahkan pembacaan. Perenggan yang panjang biasanya boleh dibahagikan menjadi dua atau lebih perenggan yang mempunyai tema yang serupa, jika perenggan kedua mempunyai ayat pendahuluan untuk memeliharakan sambungan, umpamanya: "Terdapatnya banyak lagi contoh yang lain." Sebaliknya, satu perenggan yang cuma mengandungi satu ayat seolah-olah merupakan tembakan meriam dalam sebuah persembahan: oleh sebab ia amat menarik perhatian, anda harus memastikan bahawa ayat itu adalah ayat yang amat baik. Sebuah rencana yang mengandungi perenggan yang mempunyai satu ayat sahaja biasanya boleh digabungkan mengikut tema menjadi beberapa perenggan.

Tajuk bahagian sunting

Tajuk-tajuk bahagian membantu menjernihkan rencana dan merupakan bahan untuk jadual kandung; sila lihat Wikipedia:Bahagian. Oleh sebab tajuk adalah berhierarki, dan beberapa pengguna menomborkannya melalui tatarajah mereka, anda harus bermula dengan: ==Tajuk bahagian== diikuti oleh ===Subtajuk bahagian===, ====Subsubtajuk bahagian====, dan sebagainya. Ya, ==Tajuk bahagian== adalah terlalu besar dalam beberapa pelayar, tetapi ini boleh diperbaiki pada masa hadapan dengan gaya sunting berkaskad berbanding rencana yang tidak berstruktur.

Sedangkan anda mungkin lebih suka menggunakan titik bulet dalam bahagian berbanding penggunaan subtajuk, anda harus memastikan bahawa fon tebal tidak diguna. Amalan HTML yang baik menetapkan bahawa tajuk harus ditandai sebagai tajuk. Adakah subtopik yang luas harus disimpan dalam satu halaman ataupun dialih ke halaman-halaman yang lain merupakan satu persoalan budi bicara penulis. Secara amnya, subtajuk harus disusun mengikut abjad, khususnya sewaktu menyenaraikan negara.

Pengwujudan tajuk kecil merupakan satu cara untuk mengorganisasi suatu rencana yang panjang. Rencana yang membincangkan masalah yang rumit, ataupun topik yang luas adalah digalakkan untuk dipecahkan kepada tajuk-tajuk yang kecil supaya ia mudah difahami.

Walaupun demikian, pewujudan tajuk kecil yang terlalu banyak akan merosakkan kerapian rencana. Perbuatan memecahkan rencana kepada tajuk-tajuk kecil yang banyak akan menyebabkan rencana berkenaan hilang kesatuannya. Rencana berkenaan akan nampak longlai dan tidak bertenaga.

Maka setiap kali mewujudkan tajuk kecil, sila pastikan anda mempunyai isi yang cukup banyak untuk tajuk kecil itu.

Imej sunting

Jika rencana boleh diterangkan dengan imej, carilah tempat yang sesuai untuk meletakkannya supaya imej-imej berdekatan dengan teks yang berkaitan. Jika terdapat kekeliruan, tarikkan perhatian kepada imej dengan menggunakan teks seperti (lihat imej di kanan). Untuk maklumat lanjut, sila lihat Wikipedia:Tutorial imej.

Lampiran piawai sunting

Beberapa bahagian tidak wajib boleh dimasukkan di penghujung rencana.

Petikan sunting
Di bawah tajuk ini, senaraikan petikan yang tidak dapat dilupai, jika sesuai.
Topik berkaitan atau Lihat juga sunting

Masukkan dalam senarai berbulet, rencana lain dalam Wikipedia yang berkaitan dengan rencana ini. Umpamanya:

Atau untuk kelihatan yang tidak begitu formal, anda boleh mengguna:

Lihat juga: Halaman Utama, Perubahan terkini

Rujukan sunting

Di bawah tajuk bahagian ini, letakkan dalam gaya senarai berbulet buku-buku, rencana-rencana, dan halaman-halaman web, sumber-sumber yang anda telah menggunakan untuk mencipta rencana anda. Umpamanya:

  • Pooh, W. T. & Robin, C. (1926). "Bagaimana menangkap fatifatibombom" dalam A. A. Milne (Ed.), Karma Kanga, ms. 23–47. Hundred Acre Wood: Wol Press.

Yang paling mustahak ialah pemasukan maklumat yang sempurna, serupa dengan apa yang anda biasa berbuat untuk bibliografi lain. Format yang muktamad masih diperdebatkan dan boleh ditetapkan kemudian. Sila lihat Wikipedia:Menyebut sumber-sumber untuk maklumat lanjut.

Pautan luar (juga digelarkan "Bacaan lanjut") sunting

Letakkan di sini, dalam gaya senarai, halaman web, rencana atau buku yang anda mengesyorkan kepada pembaca rencana ini. Nota: jangan letakkan di sini sumber yang anda telah menggunakan sebagai sumber untuk rencana anda. Semua sumber harus dimasukkan dalam bahagian Rujukan. Sila lihat: Wikipedia:Menyebut sumber-sumber untuk maklumat lanjut.

Kodnya ialah: * [http://www.webstyleguide.com/ Halaman web untuk Panduan Gaya Yale]

Jika anda berpaut ke tapak web yang lain, anda harus memberikan ringkasan mengenai kandungan tapak web itu serta menghuraikan kepentingannya kepada rencana anda. Umpamanya:

Pautan tanpa huraian Pautan dengan huraian
  • Lubang Ingatan oleh Russ Kick, sebuah tapak web yang "wujud untuk memeliharakan dan menyebarkan bahan yang berada dalam keadaan bahaya kerana boleh terhilang, sukar dicari, atau tidak dikenali secara meluas" [1]. Tapak ini sentiasa dikemaskini dengan pemasukan dokumen baru yang diperoleh oleh penyunting sendiri melalui permintaan-permintaan Akta Kebebasan Maklumat. Tapak ini juga memberikan pautan ke laporan tapak luaran.

Jika anda mengendalikan persoalan-persoalan yang berkontroversi, adalah amat berguna jika anda boleh menunjukkan tapak-tapak yang membelahi mana satu pihak serta mengasingkan pautan untuk penyokong dan pembangkang.

Mencari maklumat ataupun perhubungan kekadangnya juga boleh menarik minat. Sewaktu berpaut ke tapak yang berniaga, anda mungkin hendak memberikan maklumat mengenai keperluan pendaftaran dan syarat-syarat lain, khususnya keperluan yang tidak disangkai.

Halaman web kekadangnya memerlukan masa yang agak panjang untuk memuat turun ataupun untuk menilai. Jika sebuah halaman telah diketahui memerlukan masa yang panjang untuk muat turun, atau memerlukan perisian yang khas untuk mentafsir (umpamanya, fail PDF), maklumkanlah hal tersebut.

Jangan berpaut ke halaman luaran jika kita memerlukan rencana tersebut dalam Wikipedia. Umpamanya, jika anda menulis rencana mengenai Descartes dan anda tahu akan sebuah rencana rasionalisme yang baik dalam internet, jangan berpaut ke rencana itu. Pautkan perkataan rasionalisme, dan tambahkan pautan luar untuk rencana dalam internet itu dalam bahagian "Pautan luar" (untuk kedua-dua rencana, iaitu rencana "Descartes" dan rencana "Rasionalisme", jika ada).

Reka letak untuk rencana panjang sunting

Rencana berkaitan: Wikipedia:Reka letak rencana panjang; Wikipedia:Saiz rencana

Kepanjangan sesuatu rencana Wikipedia bertambah sewaktu lebih ramai pengguna memasukkan maklumat ke dalamnya. Ini tidak boleh berterusan tanpa had: rencana yang terlalu panjang menimbulkan masalah. Oleh sebab itu, kita harus menghapuskan maklumat dari semasa ke semasa.

Maklumat yang menjejaskan tujuan penyumbangan harus tidak dihapuskan daripada Wikipedia. Dalam keadaan tersebut, ciptakanlah rencana baru untuk mengandungi maklumat yang hendak dihapus.

Rencana yang merangkumi subtopik sunting

Rencana Wikipedia cenderung bertumbuh dengan cara yang menyebabkan kelahiran rencana baru secara semula jadi. Teks rencana terdiri daripada subtopik berturut-turut yang berkaitan tetapi berasingan. Sewaktu teks untuk sebuah subtopik adalah mencukupi, sebuah rencana baru boleh diciptakan. Ini boleh dilaksanakan dengan menggantikan teks dalam rencana asal dengan pautan ke rencana baru. Beberapa sifatnya seperti berikut:

  • Rencana yang lebih panjang boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian (setiap bahagian mengandungi beberapa perenggan. Penggunaan subbahagian boleh memanjangkan bahagian lagi)
  • Dalam keadaan yang unggul, kebanyakan daripada bahagian ini akan memberikan ringkasan untuk rencana-rencana berasingan yang telah dicipta untuk subtopik yang dibentangkan dalam bahagian tersebut (pautan Rencana utama atau pautan yang serupa diletakkan di bawa tajuk bahagian - sila lihat Templat:Utama)
  • Setiap rencana mengenai subtopik akan mempunyai bahagian pimpin masing-masing
  • Sebagai peraturan, halaman jenis ini tidak akan mencetuskan amaran saiz halaman (dalam kes yang jarang terjadi, had 32kB boleh dibiarkan kerana tujuan had 32kB ialah untuk memudahkan pembacaan dan bukannya untuk menyekatkan penggunaan markap yang boleh menelan banyak bait dan meningkatkan saiz halaman supaya melebihi 32kB).

Contoh-contoh rencana sedemikian adalah seperti berikut:

  • Kriket, di mana halamannya dibahagikan kepada pelbagai subbahagian yang memberikan gambaran keseluruhan sukan tersebut, dengan setiap subbahagian menujui ke satu or lebih rencana subtopik serta mengandungi bahagian 'Lihat juga' pada penghujung rencana
  • Sejarah peni British, yang merupakan sebahagian 'Siri sejarah peni British', sebagaimana ditunjukkan dalam jadual disebelah kanan rencana ini.

Beberapa rencana telah dibahagikan menjadi satu siri halaman. Satu contoh bagi gaya ini ialah Kehidupan awal dan pencapaian Isaac Newton. Dalam keadaan tersebut, terdapatnya sebuah halaman kandungan untuk seluruh siri halaman-halaman.

Mengimbangkan bahagian halaman sunting

Jika rencana adalah panjang dan mengandungi banyak subtopik yang mempunyai rencana masing-masing, cubalah mengimbangkan bahagian-bahagian dalam halaman utama. Janganlah menitikberatkan sebahagian rencana dan menjejaskan bahagian-bahagian yang lain.

Dalam rencana yang pendek, jika terdapat satu subtopik yang mengandungi lebih banyak teks berbanding subtopik yang lain, inilah satu tanda bahawa subtopik itu harus mempunyai halaman kendiri. Hanya ringkasan untuk subtopik itu sahaja perlu ditulis dalam rencana utama.

Pemilihan gaya sunting

Dua gaya yang mempunyai kaitan yang rapat sentiasa digunakan dalam rencana Wikipedia.

Gaya berita sunting

Beberapa ahli Wikipedia menyokong penggunaan gaya berita. Gaya berita ialah gaya prosa untuk cerita pendek di halaman hadapan surat khabar dan berita ringkas yang disiarkan oleh radio dan televisyen. Ia merangkumi bukan sahaja perbendaharaan dan struktur ayat, tetapi juga susunan penyampaian maklumat dalam cerita, nada serta perhatian kepada pembaca atau minat yang ditumpukan.

Rencana ensiklopedia tidak perlu mengikut gaya berita, tetapi pemahaman kelaziman gaya berita mungkin boleh membantu dalam perancangan gaya dan reka letak rencana anda.

Gaya kesimpulan sunting

'Gaya kesimpulan' adalah gaya organisasi yang serupa dengan 'gaya berita'. Tujuannya sama sahaja dengan gaya berita tetapi ia digunakan untuk topik, bukannya rencana, dan bahagian pimpin, bukannya ayat-ayat pimpin.

Gagasannya ialah untuk menyebarkan maklumat dengan cara yang boleh melayankan pembaca Wikipedia dengan pelbagai tahap keperincian. Tertinggallah kepada pembaca untuk memilih tahap keperincian yang mereka mengehendaki. Penggunaan ringkasan yang semakin panjang mengelakkan pembaca daripada ditenggelamkan oleh terlalu banyak teks pada satu masa. Inilah gaya yang diikuti oleh rencana Kriket dan Golongan bangsawan.

Rasional sunting

Wikipedia tidak dibahagikan kepada Makropædia dan Mikropædia seperti Ensiklopedia Britannica. Kami harus melayankan kedua-dua jenis pembaca dalam ensiklopedia yang sama. Gaya ringkasan adalah berdasarkan premis bahawa kesemua maklumat harus dimasukkan dalam sebuah rencana kerana pembaca-pembaca mempunyai keperluan masing-masing:

  • beberapa pembaca cuma memerlukan ringkasan pantas (bahagian pimpin)
  • lebih banyak pembaca memerlukan maklumat yang sederhana (beberapa bahagian yang mengandungi perenggan berbilang)
  • dan yang baki memerlukan maklumat yang terperinci (puatan ke rencana sempurna yang asing).

Kita harus melayan semua kumpulan.

Untuk perincian, sila lihat: Wikipedia: Gaya ringkasan

Fikirkan pembaca sunting

Wikipedia ialah ensiklopedia antarabangsa. Pembaca-pembaca mempunyai latar belakang, pendidikan dan pandangan dunia yang berbeza dengan anda. Cubalah menciptakan rencana yang boleh difahami oleh lebih banyak pengguna, jika boleh. Pembaca mungkin membaca rencana anda untuk membelajar. Terdapat kemungkinan bahawa pembaca itu tidak tahu langsung tentang perkara mengenai rencana anda: rencana anda perlu menerangkan perkara yang terlibat kepada mereka.

Jika boleh, jangan menggunakan jargon. Tetapi pertimbangkanlah pembaca. Sebuah rencana yang bertajuk "Penggunaan skala kromatik dalam "muzik awalan Barok" mungkin dibaca oleh ahli muzik. Oleh sebab itu, perincian teknikal dan bahasa meta yang berkait kepada rencana yang menerangkan bahasa meta adalah sesuai.

Tetapi sebuah rencana yang bertajuk "Muzik rap" yang mungkin dibaca oleh orang biasa hanya mengehendaki gambaran keseluruhan yang singkat dan mudah dibaca, dengan pautan ke maklumat terperinci, jika ada. Jika jargon digunakan, penjelasan yang singkat harus diberikan dalam rencana tersebut.

Nyatakan yang nyata sunting

Nyatakanlah fakta yang nyata kepada anda, tetapi tidak semestinya nyata kepada pembaca. Biasanya, penyataan ini akan menjadi ayat-ayat pertama dalam rencana. Umpamanya, pertimbangkanlah ayat ini:

Di sini, sifat asas Ford Thunderbird tidak dinyatakan: ia sebuah automobil. Penulis telah membuat anggapan bahawa pembaca memang tahu maklumat ini — satu anggapan yang tidak harus benar, khususnya, jika pembaca tidak berkenalan dengan nama Ford atau Chevrolet. Sebagai ganti:

Bagaimanapun, anda tidak perlu terlalu ghairah. Tidak ada keperluannya untuk menerangkan perkataan biasa seperti "kereta". Pengulangan juga tidak diperlukan, umpamanya:

membawa maklumat yang mencukupi. Oleh sebab itu, ayat berikut dianggap berjela-jela.

Bahagian pimpin sunting

Bahagian pimpin ialah bahagian sebelum tajuk bahagian yang pertama. Ia dipaparkan sebelum jadual kandungan (untuk halaman yang melebihi tiga tajuk bahagian). Bahagian pimpin harus menerangkan kepentingan, implikasi dan mengapa kita harus mempedulikan.

Ayat pertama sunting

Jika tajuk rencana dapat ditakrifkan, ayat pertama harus memberikan takrif yang kukuh dan singkat supaya dapat meletakkan rencana dalam konteks. Tajuk rencana harus ditandakan dengan huruf tebal pada kali pertama ia dikemukakan dalam rencana, tetapi bukan selepasnya. Tajuk yang tertulis dalam huruf tebal harus tidak dipautkan. Umpamanya, rencana Charles Darwin harus tidak bermula dengan:

Darwin menimbulkan kontroversi sewaktu menerbitkan Keasalan Spesies...

Sebaliknya, gunakan ayat pertama yang serupa dengan ini:

Charles Darwin (18091882) ialah ahli alamiah serta ahli geologi yang mengemukakan teori moden mengenai evolusi....

Wikipedia:Manual gaya penulisan (biografi) mengandungi lebih maklumat mengenai format untuk rencana biografi.

Satu masalah konteks yang biasa dilakukan ialah sewaktu penulis mencipta rencana baru sebagai subtopik dan bermula dengan "X ialah novel yang ketiganya" tanpa menyatakan siapa mengarang novel itu.

Jika rencana berkaitan dengan watak atau tempat fiksyen, sebutkan dengan jelas. Umpamanya, pembaca mungkin tidak tahu bahawa Homer Simpson bukannya orang yang benar. Mulakanlah dengan cara yang serupa ini:

Homer Simpson ialah watak fiksyen dalam siri televisyen...

Bahagian pimpin selebihnya sunting

Kemudian, teruskan dengan pemerian. Takrif haruslah jelas kepada pembaca yang bukan pakar. Jika rencana adalah panjang (melebihi sebuah halaman), baki perenggan pembukaan harus meringkaskannya. Sentiasa ingatlah bahawa kepentingan asas sebuah topik mungkin tidak ketara bagi pembaca bukan pakar, walaupun mereka memahami takrifnya. Beritahu mereka! Umpamanya:

Ulasan sebaya (juga dikenali sebagai penyokongan dalam bidang-bidang akademik) ialah proses ilmiah yang digunakan dalam penerbitan manuskrip serta untuk memberikan wang untuk penyelidikan. Penerbit-penerbit dan agensi-agensi menggunakan ulasan sebaya untuk memilih dan menapis penyerahan. Pada waktu yang sama, proses ini membantu penulis dalam mematuhi piawai-piawai disiplin masing-masing. Terbitan dan anugerah yang tidak dikaji oleh ulasan sebaya akan diterima dengan kesangsian oleh cendekiawan dan ahli profesional.

Jika rencana cukup panjang untuk mengandungi banyak perenggan, perenggan pertama haruslah pendek dan tepat, dengan penjelasan yang terang mengenai kandungan halaman itu.

Untuk mengelakkan jadual kandungan daripaada diletakkan terlalu bawah, letakkan __TOC__ atas kedudukan yang diperlu.

Kepanjangan yang sesuai untuk bahagian pimpin tergantung kepada kepanjangan rencana. Sebagai garis panduan am, jumlah perenggan pimpin harus tidak melebihi dua atau tiga perenggan. Peraturan yang berikut telah dicadangkan:

< 15,000 askara 15,000 askara - 30,000 askara > 30,000 askara
satu atau dua perenggan dua atau tiga perenggan tiga perenggan (pertimbangkanlah memecahkan rencana)

Bagaimana menguji sunting

Di sini tersedia beberapa uji kaji untuk membantu anda menguji adakah anda memberi konteks yang mencukupi:

  • Adakah rencana ini dapat difahami jika pembaca memperolehnya melalui halaman rawak?
  • Bayangkan anda sebagai orang yang biasa. Bolehkah anda memahami rencana ini?
  • Bolehkah orang memahami rencana jika halaman pertama dicetak dan disebarkan?
  • Adakah pembaca ingin mengikuti salah beberapa daripada pautan-pautan yang diberikan?

Kurangkan penggunaan bahasa lain sunting

Tidak salahnya kalau anda memasukkan istilah asing sebagai maklumat tambahan, tetapi jangan menulis rencana yang boleh difahami sahaja oleh pembaca yang memahami istilah asing. Dalam Wikipedia Bahasa Melayu, perkataan Bahasa Melayu tidak harus selalu didahulukan. Kekadangnya, perkataan yang bukan Bahasa Melayu sebagai teks utama adalah lebih baik (bahasa Melayu dalam tanda kurung ataupun diasingkan dengan koma selepasnya), umpamanya, perestroika.

Perkataan yang bahasa Melayu dalam Wikipedia Bahasa Melayu harus ditulis menggunakan huruf condong. Perkataan yang bukan bahasa Melayu harus digunakan sebagai tajuk rencana hanya jika tiada pilihan. Sekali lagi, sila lihat perestroika.

Tajuk bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa asing boleh mengekod ejaan aslinya dalam tanda kurung. Untuk contoh, sila lihat I Ching (易經 pinyin yì jīng) atau Sophocles (Σοφοκλης).

Teks asli adalah amat berguna kepada penyelidik untuk mengesan dengan tepat ejaan yang kabur, khususnya untuk bahasa nada yang tidak dapat ditransliterasikan dalam abjad Rumi dengan tepat. Istilah asing dalam rencana tidak memerlukan teks asli jika ia dapat ditetapkan sebagai tajuk untuk rencana yang berasingan.

Sila lihat Cara pemilihan nama.

Kurangkan penggunaan warna sunting

Gunakanlah warna dengan jimat. Komputer serta pelayar amat berbeza: anda tidak akan tahu bagaimana warna akan dipaparkan dalam mesin pengguna. Wikipedia adalah portal antarabangsa: warna mempunyai maksud yang berlainan dalam kebudayaan masing-masing. Terlalu banyak warna akan mengakibatkan kelihatan yang tidak kemas ataupun tidak seakan-akan ensiklopedia. Gunakanlah warna merah hanya untuk menarik perhatian dan untuk amaran.

Sekirannya anda tahu selok-beloknya, untuk mewarnakan perkataan anda ataupun memberikan rencana anda dengan latar yang berwarna-warni, bukanlah suatu pekerajaan yang sukar. Tetapi perbuatan ini adalah tidak digalakkan.

Penampilan laman wikipedia yang berwarna-warni bukanlah sesuatu yang diingini oleh komuniti wikipedia. Keadaan ini mungkin dianggap sebagai "tidak kemas" .Perkara ini adalah betentangan dengan sifat wikipedia sebagai suatu bahan ilmiah. Tampilan berwarna-warni adalah lebih sesuai untuk laman yang ala-hiburan.

Dengan itu, anda dinasihati berjaga-jaga dalam menggunakan warna, dan hanya menggunakannya dalam keadaan betul-betul mendesak.

Penggunaan istilah yang jelas, tepat dan padat sunting

Penggunaaan ayat dan senarai pendek sunting

Menggunakan ayat pendek bermakna menggunakan kata-kata yang berguna sahaja, serta lebih menggunakan tanda titik berbanding koma. Ia tidak bermaksud gunakan sedikit perkataan. Pertimbangkanlah pandangan dalam buku 1918nya, Unsur-unsur Gaya (The Elements of Style):

Penulisan yang bersemangat adalah padat. Segaris ayat harus tidak mengandungi perkataan yang sia-sia, sebuah perenggan tanpa ayat yang tidak berguna atas alasan yang sama dengan lukisan yang harus tidak mengandungi garis yang sia-sia dan mesin tanpa bahagian yang tidak berguna. Ini tidak memerlukan penulisan semua ayat yang pendek, ataupun pengelakan perincian sehingga rencana menjadi garis kasar, tetapi ia memerlukan setiap perkataan memberi maklumat.

Tapiskan setiap ayat untuk memperoleh "pati"nya. Ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang sia-sia tiada tempat di Wikipedia ini. Bagaimanapun, kepadatan bukanlah alasan untuk menghapuskan maklumat daripada sebuah rencana.

Prinsip kejutan yang terkurang sunting

Gunakanlah prinsip kejutan yang terkurang. Anda harus merancang halaman dan pautan anda supaya semua hal kelihatan berpatutan. Jika pautan menujukan pembaca ke halaman yang tidak disangkai oleh pembaca, pastikanlah bahawa halaman itu adalah bermakna.

Contoh sunting

Seorang pengguna hendak tahu mengenai loji kuasa nuklear yang meletup di Chernobyl. Halaman "Chernobyl" mengalihnya ke "Chornobyl", iaitu ejaan alternatif untuk bandar tersebut. Bagaimanapun, pengguna itu melihat pautan ke halaman yang dikehendaki, iaitu pautan ke halaman Kemalangan Chernobyl, dipaparkan secara ketara di bahagian atas halaman Chernobyl dan mengklikkannya.

Penggunaan 'merujuk kepada' sunting

Rangkai kata merujuk kepada sering dilihat pada permulaan rencana Wikipedia. Umpamanya, rencana Seni bina komputer pada suatu masa di Wikipedia Bahasa Inggeris bermula dengan "Seni bina komputer merujuk kepada teori di belakang reka bentuk komputer." Tetapi ini tidak benar; lebih baik untuk mengatakan "Seni bina komputer ialah teori di belakang reka bentuk komputer", seperti sekarang di Wikipedia tersebut. Sila perhatikan bahawa perkataan seni bina komputer merujuk kepada sebuah teori yang tertentu, bukannya mana-mana satu teori.

Kekadangnya, sesuai untuk mengatakan bahawa "Istilah Perpecahan Agung merujuk kepada salah satu daripada dua perpecahan dalam sejarah agama Kristian", tetapi sering kalinya kata rangkum yang lebih mudah adalah lebih baik. Jika anda menyebut rangkai kata Perpecahan Agung, berbanding menggunakan rangkai kata untuk merujuk kepada salah satu daripada Perpecahan Agung, anda harus menulis rangkai kata itu dalam huruf condong untuk menunjukkannya.

Sila lihat: Pembezaan Guna-sebut

Semakkan fakta anda sunting

Tulislah perkara yang benar: semakkan fakta anda. Jangan tulis perkara yang palsu. Ini memerlukan anda menyemakkan fakta yang anda mengatakan.

Ini merupakan bahagian yang asas dalam Menyebut sumber-sumber yang bagus... walaupun anda berpendapat bahawa anda mengetahui sesuatu, anda harus menyebut rujukan supaya dapat membuktikan kepada pembaca bahawa fakta itu benar. Dalam pencarian rujukan yang baik, anda mungkin dapat membelajari sesuatu yang baru.

Sila berhati-hati supaya tidak menghapuskan bahan yang mempunyai fakta yang benar. Seringnya, penyunting memasukkan bahan substantif tanpa memberikan rujukan. Jika anda cenderung menghapuskan bahan daripada rencana, semakkan bahan tersebut dahalu untuk memastikan kebenarannya. Jika bahan itu adalah benar dan disokong oleh rencana lain dalam internet, jangan menghapusnya. Sebuah ensiklopedia merupakan koleksi fakta. Jika seorang penyunting memberikan fakta, mungkin ada alasannya yang harus tidak dihiraukan. Namum, pertimbangkanlah sebuah fakta yang diberikan sebagai berpotensi. Adakah konteks ataupun penyampaian keseluruhannya yang menjadi persoalan? Jika fakta itu tidak sesuai untuk rencana ini, mungkin ia sesuai untuk rencana yang lain.

Periksakanlah bahan-bahan yang anda telah memasukkan ke dalam rencana selepas penyemakan oleh penyunting lain. Adakah fakta tertinggal atau dihapus? Terdapat kemungkinan bahawa anda gagal dalam pemberian pengesahan yang mencukupi untuk fakta anda, ataupun bahan yang anda memasukkan memerlukan perhubungan yang lebih jelas dengan rencana tersebut. Lindunglah fakta-fakta anda, tetapi pastikan bahawa fakta disampaikan dengan bermakna.

Sila lihat juga: Wikipedia:Penentusahan

Elakkan istilah menyeluruh sunting

Elakkan istilah menyeluruh kecuali anda telah menentusahkannya. Umpamanya, rencana Wilayah Montgomery mengatakan bahawa "daripada 18 wilayah Montgomery di Amerika Syarikat, kebanyakannya dinamakan mengikut nama Richard Montgomery". Ini merupakan penyataan menyeluruh. Mungkinnya ia memang benar, tetapi adakah ia dapat dipercayai? Dalam kes tersebut, penyunting di Wikipedia Bahasa Inggeris telah membuat penyelidikan untuk menentusahkannya. Tanpa penyelidikan, penyataan ini harus tidak dikemukakan. Adalah gagasan yang baik untuk menghuraikan penyelidikan yang telah dibuat ini dan menandatanganinya dalam halaman perbualan rencana tersebut.

Semakkan fiksyen anda sunting

Nasihat untuk rencana berdasarkan fakta juga merangkumi rencana fiksyen. Pertimbangan yang lebih lanjut harus dibuat untuk penulisan fiksyen: rencana jenis ini bukan benar. Amat penting bahawa rencana-rencana ini dapat ditentusahkan serta mempunyai sifat rencana ensiklopedia.

Jika anda memasukkan maklumat fiksyen, bezakanlah dengan jelas fakta dan fiksyen. Sebagaimana dengan rencana biasa, tentukanlah konteks supaya pembaca yang tidak biasa dengan perkara dalam rencana ini dapat gambaran tentang maksud rencana tanpa mengikuti banyak pautan. Jangan tulis:

"Trillian diambil dari Bumi oleh Zaphod sewaktu dia datang ke parti."

Tulislah:

"Trillian ialah watak fiksyen daripada siri radio, buku dan kini filem Panduan Penggembara ke Galaksi. Dia diambil dari Bumi dalam sebuah kapal angkasa lepas sewaktu Zaphod Beeblebrox datang ke parti. Serupa dengan Zaphod, Adams juga hendak Trillian menjelajah alam semesta dalam kapal angkasa lepas mereka. Dan sebagainya.

Karya fiksyen biasanya dianggap sebagai berlaku dalam waktu kini, tanpa mengira bilanya perbuatan dilakukan. Tulislah fiksyen dalam gaya bahawa perbuatan berlaku sekarang, bukannya sudah berlaku.

"Homer memberikan, Achilles naik radang, Andromache mengeluh, Priam merayu." [2]
"Darth Vader ialah watak fiksyen daripada Star Wars."
"Holden Caulfield memandang hina apa yang dia melihat sebagai 'berpura-pura'."
"Heathcliff, yang diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Earnshaw yang kaya jatuh cinta kepada Catherine, anak perempuan mereka."

Rencana mengenai topik fiksyen harus tidak merupakan laporan sahaja; sebaliknya, topik itu harus diterangkan melalui kepentingan karya itu. Pembaca harus berasa bahawa mereka memahami mengapa sesuatu watak, tempat atau peristiwa dimasukkan dalam karya fiksyen selepas membacana rencana itu. Pembaca harus memahami mengapa sesuatu watak/tempat/benda/peristiwa adalah penting untuk cerita itu.

Lazimnya, maklumat fiksyen yang tidak dapat ditentusahkan harus tidak dimasukkan dalam rencana; serupa juga dengan rencana yang menarik hanya beberapa pembaca, seperti fiksyen peminat dan permainan video berperanan internet (online role playing games). Dalam kes permainan main peranan, jika anda masih hendak menulis rencana itu, anda harus menyebut sumber-sumbernya.

Jika perkara, umpamanya watak pertunjukan TV, adalah amat terhad untuk mencipta rencana penuh, gabungkanlah maklumat watak itu dalam rencana yang lebih panjang. Lebih baik untuk anda menulis rencana yang lebih panjang mengenai pertunjukan TV atau alam semesta fiksyen daripada mencipta sebarang rencana stub mengenai watak-watak yang tidak dapat dicari oleh pembaca. Dan jika anda dapat mencari banyak rencana stub fiksyen? Gabungkannya! Ciptakanlah sebuah halaman bertajuk Watak-watak X dan potong dan tampal supaya mencapai sebuah rencana watak yang kukuh, serta meninggalkan leretan pengalihan selepas itu!

Sila lihat juga: Wikipedia:Siri Fiksyen WikiProjek

Menumpukan kepada perkara rencana sunting

Rencana yang paling mudah dibaca mengandungi maklumat sia-sia (atau maklumat yang cuma mempunyai sedikit perkaitan!) yang minimum. Sewaktu menulis rencan, anda mungkin mendapati bahawa anda telah menyimpang daripada tajuk. Jika anda mendapati demikian, pertimbangkanlah pemasukan maklumat tambahan ke rencana yang lain supaya ia lebih bersepadan dengan topik. Jika anda memberikan pautan ke rencana lain, pembaca yang minat pada topik sambilan mempunyai pilihan untuk membacanya, tetapi perhatian pembaca yang tidak minat tidak akan dialih olehnya.

Memerhatikan ejaan sunting

Perhatikan ejaan, khususnya untuk nama halaman yang baru. Rencana yang mempunyai ejaan dan tatabahasa yang baik akan menggalakkan sumbangan lanjut yang mengandungi kandungan yang baik. Ejaan nama rencana yang tepat juga memudahkan penulis lain untuk mengaitkan rencana mereka kepada rencana anda. Kecuaian dalam satu aspek penulisan boleh menyebabkan kecuaian dalam aspek yang lain. Sentiasa menulis dengan seboleh-boleh anda.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Manual gaya penulisan.

Elakkan istilah yang terlalu bergaya (dipertikaikan) sunting

Jangan menggunakan istilah merak jantan yang berlagak tanpa memberikan maklumat. Serupa juga, jangan menggunakan perkataan wesel yang mengemukakan pendapat tanpa sokongan, tetapi sebaliknya dipergunakan untuk memberi pandangan yang tidak berkecuali.

Contoh istilah merk jantan
yang penting... yang terunggul... yang terbaik...
yang paling berpengaruh... yang paling mustahak... yang teragung...
Contoh perkataan wesel
Ada orang yang mengatakan... ...dipandangkan secara meluas is ... ..dianggap secara meluas...
...telah dipanggil... Adalah dianggapi bahawa... Adalah dicadangan/diperhatikan/diputuskan...
Beberapa orang mempercayai... Telah dikatakan bahawa... Ada orang yang akan mengatakan...
Legenda mengatakan bahawa... Pengkritik mengatakan bahawa... Banyak/beberapa orang telah menuntut...

Percayakan pada perkara anda. Benarkan fakta mengatakan sendiri. Jika pemain hoki ais, kanton, atau spesies kumbang adalah bernilai, ia akan menimbul secara automatik daripada fakta-fakta ada.

Contoh pertama sunting

Kekadangnya, cara untuk mengatasi istilah tersebut ialah untuk menyokong penyataan dengan fakta.

"Yanki ialah salah satu pasukan besbol yang terbaik dalam sejarah."
"Yanki New York telah memenangi 26 kejohanan Siri Dunia — hampir-hampir tiga kali lebih daripada pasukan yang terdekat.

Dengan menggunakan maklumat yang berfakta, anda boleh mengelakkan pengemukaan sebarang pendapat.

Contoh ke-2 sunting

Pertimbangkanlah kedua-dua contoh yang berikut. Yang manakah lebih menarik untuk pembacaan?

William Peckenridge, Duke Omnium yang kelapan (1642? - 8 Mei 1691) dianggap secara meluas sebagai salah seorang yang paling mustahak untuk mendapat gelaran itu.
William Peckenridge, Duke Omnium yang kelapan (1642? - 8 Mei 1691) ialah kaunselor peribadi bagi King James I, jeneral dalam Perang-perang Roses, ahli kimia, ketua kumpulan muzik, serta pengarah kongsi gelap Liga Lelaki-lelaki Luar Biasa. Beliau memperluaskan gelaran Omnium melalui perlindungan Guiana serta hak pembatalan perlantikan-perlantikan perkhidmatan awam di India.

Contoh yang pertama cuma memberitahu pembaca bahawa William Peckenridge orang yang penting. Contoh yang kedua menunjukkan kepada pembaca bahawa beliau orang yang penting.

Contoh ke-3 sunting

Jika anda ingin merujuk kepada pendapat, pastikan dahulu bahawa pendapat itu diberikan oleh orang yang mempunyai kedudukan dalam perkara tersebut. Pandangan mengenai bekas Presiden Amerika Syarikat Gerald Ford oleh Henry Kissinger adalah lebih menarik bagi pembaca berbanding pendapat guru sekolah anda. Kemudian, namakanlah orang yang berpendapat itu, seelok-eloknya dengan pemberian sumber petikan. Bandingkanlah yang berikut:

Beberapa pengkritik George W. Bush telah mengatakan bahawa beliau mempunyai kecerdasan yang rendah.
Pengarang Michael Moore dalam bukunya Orang Putih Bodoh telah menulis sepucuk surat terbuka kepada George Bush. Dalam surat itu, dia bertanya, "George, adakah anda boleh membaca dan menulis pada tahap orang dewasa?".

Pengecualian sunting

Apa yang tertulis diatas bukanlah peraturan yang muktamad. Sewaktu mengulangi pandangan yang sudah mantap, mungkinnya lebih mudah untuk mengatakan "Sebelum Nicholas Copernicus, kebanyakan orang berfikir bahawa Matahari beredar mengelilingi Bumi" berbanding pemberian perincian dan sumbernya; khasnya jika penyataan ini merupakan sebahagian kecil daripada rencana anda. Bagaimanapun, jangan terkejut jika pengguna lain kemudian menyoal sumber anda ataupun menukarkan rangkai kata anda.

Nyatakan ketinggalan sunting

Nyatakanlah ketinggalan dengan eksplisit sewaktu mencipta ataupun menyunting rencana. Sewaktu menulis rencana, sentiasa mencuba mencapai kesempurnaan. Jika anda tidak dapat menulis mengenai satu perkara yang harus ditulis, nyatakanlah ketinggalan itu secara eksplisit. Anda boleh berbuat demikian melalui ketinggalan nota dalam halaman perbualan ataupun melalui komen HTML dalam teks serta memasukkan pemberitahuan di bawah rencana mengenai ketinggalan tersebut. Perbuatan ini mempunyai dua tujuan: ia menarik pengguna lain untuk memberi sumbangan, serta menarik perhatian pengguna yang bukan pakar bahawa rencana itu tidak memberikan gambaran yang seluruh.

Wikipedia ialah sebuah ensiklopedia usaha sama — kita bekerja sama untuk mencapai apa yang kita tidak dapat mencapai pada diri sendiri. Setiap aspek yang anda telah melaksanakan bermakna anda mengurangkan kerja orang lain; tambahan pula, anda mungkin melaksanakan sesuatu yang orang lain tidak pernah berfikir, tetapi adalah mustahak untuk rencana tersebut. Masukkan {{untuk dilakukan}} pada bahagian atas dalam halaman perbualan untuk rencana yang anda telah menentukan matlamat, keutamaan atau perkara untuk dilakukan.

Isu lain sunting

Gelaran hormat
Jangan menggunakan gelaran hormat atau gelaran seperti Encik, Cik, Doktor, dan sebagainya.
Perkara yang tidak sesuai
Jika anda mencuba mengubahkan bentuk sesuatu perkara yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam Wikipedia — kumpulan muzik anda, tapak Web anda, produk syarikat anda — sila fikirkan dua kali. Wikipedia bukan perantara untuk pengiklanan atau perkhidmatan untuk laman web yang lain. Jika rencana anda merupakan iklan ataupun hanya untuk pemuasan peribadi, ia tidak akan kekal di sini. Masyarakat Wikipedia bukan terdiri daripada orang yang bodoh.
Pengelasan
Oleh sebab rencana-rencana Wikipedia tidak dikategorikan dengan teliti seperti yang terdapat di ensiklopedia bercetak, setiap rencana harus mengandungi pautan-pautan ke rencana-rencana yang berkaitan supaya bertindak sebagai kategori.
Jangan mencipta rencana yatim
Jangan mencipta rencana yatim. Paut dan paut. Sewkatu anda menulis halaman untuk rencana baru, pastikan bahawa sekurang-kurang satu halaman dikaitkan kepadanya (jika boleh, lebih banyak lebih baik supaya rencana anda tidak menjadi yatim sekiranya mana-mana satu pengguna mengubahkan rencana tunggal yang berkait kepada halaman anda). Talian pautan dari Halaman Utama ke setiap rencana dalam Wikipedia harus dipeliharakan supaya tidak terputus. Laluan yang anda menggunakan untuk mencari rencana anda mungkin boleh memberikan anda isyarat untuk memutuskan rencana yang mana harus berpaut ke rencana anda.
Pautan
Sewaktu anda mencipta pautan, cuma ciptakan satu pautan untuk satu istilah (atau beberapa pautan, jika rencana terlalu panjang); jangan mempaut semua perkataan untuk istilah yang sama. Sila lihat: Wikipedia:Pautan
Menggabungkan perubahan
Sewaktu anda membuat perubahan kepada teks, jangan sahaja memasukkan teks baru pada penghujung halaman. Sila masukkan teks anda supaya ia mengalir dengan lancar dalam rencana. Rencana Wikipedia harus merupakan karya yang bersepadu dan sering berkembang, bukannya satu siri komen yang terputus-putus mengenai satu perkara.
Perkara yang tidak mustahak juga mustahak
Ingati keseronokannya membaca perkara yang tidak mustahak: naib presiden, ahli sains yang kehilangan kepercayaan, pelakon watak jahat, bandar raya backwater, spesies yang pupus, perincian yang tidak penting. Bukan kesemua perkara mesti merupakan yang terbaik, terpenting, atau terpengaruh. Jika anda boleh mencipta pautan yang menarik ke perkara pinggir, ciptalah sahaja.
Elakkan kesilapan yang biasa berlaku
Adalah amat senang untuk membuat kesilapan dalam Wikipedia. Tidak ada salahnya — semua orang membuat kesilapan! Bagaimanapun, di sini ada beberapa kesilapan yang anda mungkin hendak mengelakkan.
Membuat salinan peribadi
Andaikan anda termasuk perang penyuntingan. Atau lebih teruk, perang pengembalian ke asal. Namun cuba tenangkan diri. Ini bagus. Syabas! Bagaimanapun, bukankah bagusnya jika anda dapat lagi meneruskan rencana anda, walaupun terdapat perang penyuntingan, dan walaupun versi terkini adalah versi buruk yang disokong oleh pihak pembangkang dalam perselisihan?
Namum ciptakanlah salinan peribadi sebagai subhalaman untuk halaman pengguna anda. Cuma mulakan halaman baru di Pengguna:NAMA ANDA/NAMA RENCANA, dan salin-dan-tampal sumber-wiki anda ke sana. Kemudian, anda boleh memperbaiki rencana anda tanpa perselisihan! Jika anda suka, anda boleh mencatatkan nota dalam halaman perbualan supaya pengguna lain dapat mengetahui apa yang anda telah membuat.
Pada bila-bila masa sahaja selepas perselisihan sudah tamat, gabungkanlah perbaikan anda dengan rencana sasaran. Pengguna yang bertentangan mungkin telah meninggalkan Wikipedia kerana tidak suka akan portal ini. Atau mereka mungkin telah mengunjungi projek lain. Atau mereka mungkin telah berubah pendapat mereka. Kemungkinan juga pengguna lain telah membuat penyuntingan yang seakan-akan serupa dengan anda (tetapi memang tidak serupa mutunya dengan perbaikan anda kerana anda mempunyai lebih masa untuk mempertimbangkan perkara ini). Cubalah! Mungkin anda suka cara ini.

Pautan luar sunting