Rujukan kehormat

(Dilencongkan dari Gelaran hormat)

Rujukan kehormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kehormat seperti Raja-raja, bangsawan dan orang-orang kenamaan. Ia digunakan secara meluas di Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Selatan Filipina.

Malaysia, Brunei, Singapura dan beberapa Provinsi di Indonesia sering menjalankan istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran kehormat kepada para penerima.

Rencana ini merujuk kepada sistem yang digunakan di Malaysia dan di Brunei sahaja.

PenggunaanSunting

Susunan yang betul untuk menulis dan membahasakan secara rasmi adalah: panggilan hormat, pangkat, gelaran turun temurun kerabat diraja, gelaran bangsawan, gelaran Persekutuan, gelaran negeri, kelayakan profesional, gelaran badan profesional, gelaran profesional, gelaran turun temurun bukan kerabat diraja, gelaran bagi mereka yang telah menunaikan Haji, iaitu Haji (gelaran) atau Hajah bagi wanita, nama.

MalaysiaSunting

Bagi penerima darjah kebesaran dari pelbagai negeri, gelaran darjah kebesaran digunakan ketika berada di negeri berkenaan. Sebagai contoh Perdana Menteri Malaysia.

Mahiaddin Yasin

  • Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Persekutuan, Johor, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Kelantan, Terengganu)
  • Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Diraja Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Kedah, Perak)
  • Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Negeri Sembilan)
  • Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Perlis)
  • Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Melaka)
  • Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Sabah)
  • Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin (Sarawak)

Ismail Sabri Yaakob

  • Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Persekutuan)
  • Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ismail Sabri bin Yaakob (Melaka)
  • Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ismail Sabri bin Yaakob (Sabah)
  • Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Ismail Sabri bin Yaakob (Sarawak)

Terdapat juga gelaran yang digunakan oleh kerabat diraja yang mengatasi gelaran orang kebanyakan. Contohnya Al-Haj digunakan oleh Raja-raja Melayu dan kerabat diraja sebagai tanda kemuliaan bagi menggantikan Haji (gelaran) bagi orang kebanyakan.

Bagi para murabbi atau muallim yang mempunyai kelayakan dalam suatu bidang, mereka akan menggunakan gelaran seperti Al-Hafiz bagi penghafaz Al-Quran, Al-Muqri bagi individu yang mengetahui dan memperolehi kebanyakan bacaan qiraat (sab'ah/'asyarah sughra/'asyarah kubra) secara talaqqi musyafahah dan kemudian mengajarkannya dan Al-Qari bagi individu yang bertalaqqi musyafahah riwayat qiraat, mengetahui ilmu tajwid, waqaf & ibtida', menekuni riwayat tersebut tetapi tidak mengajarkannya.

  • Sahibul Fadilah Dato' Sheikh Haji Mohamah Nor bin Mansor Al-Hafiz
  • Sahibul Fadilah Ustaz Haji Ahmad Mustafa bin Mohd Sidin Al-Muqri
  • Sahibul Fadilah Sheikh Muhammad bin Khalil Al-Qari

BruneiSunting

  • Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib

Panggilan hormatSunting

Panggilan hormat dikategorikan seperti berikut

  • Panggilan Hormat Diraja
  • Panggilan Hormat untuk jawatan
  • Panggilan Hormat untuk para penerima Darjah Kebesaran Persekutuan
  • Panggilan Hormat untuk para penerima Darjah Kebesaran Negeri
  • Panggilan Hormat untuk keturunan
  • Panggilan Hormat untuk ahli agama
  • Panggilan Hormat untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ahli Akademik dan Pasukan/Badan-badan Beruniform

Berikut ialah senarai rujukan kehormat berserta penggunaannya:[1][2]

Raja-raja MelayuSunting

Kebawah Duli Yang Maha MuliaSunting

Digunakan sebagai gelaran bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berdasarkan gelaran Sultan di negeri masing-masing. Gelaran ini turut digunakan bagi Pemangku Raja bagi negeri yang sultannya menjadi Yang di-Pertuan Agong

NegeriSunting

Persekutuan: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Terengganu: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu

Kelantan: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan

Kedah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman

Pahang: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Pahang

Duli Yang Maha MuliaSunting

Digunakan untuk Sultan dan Raja yang memerintah sesebuah negara dan kerajaan atau negeri serta digunakan oleh Suri Pemerintah atau Pemangku Raja di Negeri-negeri berikut: Perlis, Perak, Selangor sekiranya sultan negeri tersebut menjadi Yang di-Pertuan Agong (kebiasaannya "Duli Yang Maha Mulia");

NegeriSunting

Perlis: Duli Yang Maha Mulia Raja Negeri Perlis

Perak: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Selangor: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Negeri Sembilan: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Johor: Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Kerabat DirajaSunting

Yang Maha MuliaSunting

Untuk gelaran Raja Permaisuri Melayu di Malaysia yang telah turun takhta dari menjadi Raja Permaisuri sesuatu negeri dan baginda masih hidup. (contoh: Yang Maha Mulia Raja Permaisuri)

Duli Yang Teramat MuliaSunting

Untuk Raja Muda dan Pemangku Raja yang memerintah sesebuah negeri/kerajaan. (biasanya "Duli Yang Teramat Mulia");

Duli Yang Amat MuliaSunting

Untuk Tunku Mahkota Johor dan Raja Dihilir Perak.

Yang Teramat MuliaSunting

Untuk pewaris-pewaris takhta, Raja-raja Bergelar di Perak, kaum kerabat terdekat Sultan Kedah, dan Undang (luak di Negeri Sembilan).

Yang Amat MuliaSunting

Untuk keluarga kerabat terdekat Sultan (anak-anak kandung/anak angkat dan adik-beradik serta saudara mara)walaupun di gelar anak angkat, tetapi dikira secara sah di sisi undang-undang dan agama serta anak angkat di gelar kepada anakanda sultan bagi negeri-negeri di malaysia.anak angkat kedudukan nya adalah sama seperti anak kandung sultan, di beri peruntukan khas diraja bulanan sepanjang hayat termasuk isteri, anak-anak dan cucunya dan elaun-elaun khas setiap tahun semasa menyambut ulang tahun kerabat sultan, dan nama keturunan Yang Amat Mulia atau ringkasnya Yang Mulia boleh di turun kepada anak-anak kandung sehingga cucu kandung bagi kerabat-kerabat sultan iaitu anak kandung mahupun anak angkat. Walau pun orang awam melihat seseorang itu adalah anak angkat sultan mahupun anak kandung sultan termasuk isteri dan cucu bagi kerahat diraja, tetapi bahasa istana dan adat budaya wajib menjunjung adab-adab diraja sebagai tanda hormat keatas keluarga diraja dan raja-raja melayu. anak sultan walaupun anak angkat mengikut akta diraja adalah sah sepanjang hayat dan yang telah di benar kan untuk naik singgahsana, tinggal di istana sepanjang hayat bersama isteri dan anak-anak.

Yang MuliaSunting

Untuk kerabat diraja yang bergelar Raja, Tengku, Tunku, Ungku, Engku, Ku, Syed, Megat

Gelaran Kerabat Diraja MelayuSunting

Gelaran-gelaran berikut adalah untuk baka atau salasilah keturunan hanya diberikan kepada keluarga diraja di sembilan negeri beraja di Malaysia dan keluarga beraja Brunei.

MalaysiaSunting

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا) atau Duli Yang Maha Mulia (DYMM) (Jawi: دولي يڠ مها ملويا) digunakan untuk Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan pemerintah Negeri-negeri beraja. Yang di-Pertuan Agong juga menggunakan "Seri Paduka Baginda"(Jawi: سري ڤدوک بݢيندا). Walau bagaimanapun, penggunaan gelaran lain adalah mengikut negeri-negeri.

PersekutuanSunting

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيندا يڠدڤرتوان أݢوڠ) merupakan gelaran rasmi bagi ketua utama Malaysia yang dipilih dalam kalangan sembilan pemerintah negeri beraja.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Timbalan Yang di-Pertuan Agong (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا تيمبلن يڠدڤرتوان أݢوڠ) merupakan gelaran rasmi bagi timbalan ketua utama Malaysia yang dipilih dalam kalangan sembilan pemerintah negeri beraja.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيمدا راج ڤرمايسوري اݢوڠ) merupakan gelaran rasmi bagi isteri ketua utama Malaysia.

Negeri SembilanSunting

  • Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar (Jawi: دولي يڠ مها موليا يڠدڤرتوان بسر) merupakan gelaran rasmi bagi pemerintah Negeri Sembilan.
  • Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar (Jawi: دولي يڠ مها موليا تونکو امڤون بسر) merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Negeri Sembilan yang berketurunan raja.
  • Yang Maha Mulia Tunku Ampuan (Jawi: يڠ مها موليا تونکو امڤوان) merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian raja.
  • Yang Maha Mulia Tunku Puan Besar (Jawi: يڠ مها موليا تونکو ڤوان بسر) juga merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian raja.
  • Anak bagi pemerintah Negeri Sembilan dipanggil Yang Amat Mulia Tunku (Jawi: يڠ امت موليا تونکو).
  • Anak lelaki pertama kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kebiasaannya dilantik sebagai Tunku Besar Seri Menanti dengan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Besar (Jawi: يڠ ترامت موليا تونکو بسر)
  • Pemerintah adat di peringkat Luak pula ialah Yang Teramat Mulia Dato' Undang (Jawi: يڠ ترامت موليا داتوء اوندڠ). Pasangan mereka pula dipanggil Yang Mulia Tok Puan (Jawi: يڠ موليا توق ڤوان).
  • Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin (Jawi: يڠ ترامت موليا تونکو بسر تمڤين) pula ialah pemerintah di Luak Tampin yang dipimpin oleh keluarga berketurunan al-Qadri. Pasangan mereka pula dipanggil Yang Mulia Tunku Isteri (Jawi: يڠ موليا تونکو ايستري).

SelangorSunting

  • Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Selangor.
  • Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Selangor yang berketurunan raja.
  • Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Selangor yang bukan berketurunan raja.
  • Yang Teramat Mulia Che' Puan Besar merupakan gelaran bagi isteri kedua pemerintah Selangor yang bukan berketurunan raja.
  • Yang Maha Mulia Tengku Ampuan merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian raja,yang berketurunan raja.
  • Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja merupakan gelaran bagi bonda Sultan yang tidak ditabalkan sebagai Tengku Ampuan.
  • Yang Amat Mulia Permaisuri merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian raja yang bukan berketurunan raja.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda merupakan gelaran bagi pewaris takhta.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda merupakan gelaran bagi isteri pewaris takhta yang berketurunan raja
  • Yang Teramat Mulia Che' Puan Muda merupakan gelaran bagi isteri pewaris takhta yang bukan berketurunan raja.
  • Anak bagi pemerintah Selangor yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku.

PerlisSunting

  • Duli Yang Maha Mulia Raja dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Perlis.
  • Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Perlis.
  • Yang Maha Mulia Raja Perempuan Besar merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian raja.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda merupakan gelaran bagi pewaris takhta.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda merupakan gelaran bagi isteri pewaris takhta.
  • Anak bagi pemerintah Perlis yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Syed/Sharifah dengan nama keluarga Jamalullail di akhir nama.

TerengganuSunting

  • Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Terengganu.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berketurunan raja.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri merupakan gelaran bagi isteri pemerintah yang bukan berketurunan raja.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah merupakan gelaran bagi isteri pemerintah yang dikurniakan oleh Sultan.
  • Yang Maha Mulia Tengku Ampuan merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami.
  • Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Tua merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami, yang lebih tua.
  • Yang Teramat Mulia Tengku Besar gelaran bagi bonda Sultan yang tidak dimahkotakan dengan sebarang gelaran.
  • Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda ialah gelaran bagi pewaris takhta.
  • Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Muda ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang berketurunan raja.
  • Yang Amat Berbahagia To' Puan Seri ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang bukan berketurunan raja.
  • Anak bagi pemerintah Terengganu yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku.

KedahSunting

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Kedah.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah merupakan gelaran bagi isteri pemerintah, sama ada berketurunan raja atau tidak.
  • Yang Maha Mulia Tunku Ampuan (gelaran lama) merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami yang berketurunan raja.
  • Yang Maha Mulia Che' Puan Besar merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami yang bukan berketurunan raja.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda ialah gelaran bagi pewaris takhta.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta.
  • Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota ialah gelaran bagi pewaris takhta kedua.
  • Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta kedua.
  • Anak bagi pemerintah Kedah yang lain dipanggil Yang Teramat Mulia Tunku.

KelantanSunting

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Kelantan.
  • Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berketurunan raja.
  • Duli Yang Maha Mulia Sultanah merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang bukan berketurunan raja.
  • Yang Maha Mulia Raja Perempuan pula merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami yang berketurunan raja.
  • Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota ialah gelaran bagi pewaris takhta.
  • Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang berketurunan raja.
  • Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang bukan berketurunan raja.
  • Anak bagi pemerintah Kelantan yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku. Sekiranya seseorang itu memegang sesetengah jawatan dalam Istana, mereka dipanggil Yang Berhormat Mulia Tengku.

PahangSunting

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Pahang.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang berketurunan raja.
  • Duli Yang Maha Mulia Sultanah merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah yang bukan berketurunan raja.
  • Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami, yang berketurunan raja
  • Yang Amat Mulia Cik Puan Besar ialah gelaran bagi permaisuri yang kematian suami yang bukan berketurunan raja.
  • Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota ialah gelaran bagi pewaris takhta.
  • Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang berketurunan raja.
  • Yang Teramat Mulia Cik Puan ialah gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang bukan berketurunan raja.
  • Anak bagi pemerintah Pahang yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tengku.

JohorSunting

  • Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan merupakan gelaran pemerintah Johor.
  • Duli Yang Maha Mulia Permaisuri merupakan gelaran rasmi bagi isteri sultan yang berketurunan raja berstatus puteri langsung kepada seorang sultan di luar dari susur galur darah keturunan Kesultanan Johor.
  • Duli Yang Maha Mulia Sultanah merupakan gelaran rasmi bagi isteri sultan sama ada berketurunan raja yang bukan berstatus anak sultan atau yang bukan berketurunan raja.
  • Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan (gelaran lama) merupakan gelaran bagi pasangan Sultan jika berasal dari susur galur darah keturunan Kesultanan Johor.
  • Yang Amat Mulia Tunku Puan merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami, yang berketurunan raja.
  • Yang Amat Mulia Enche' Besar merupakan gelaran bagi bonda Sultan yang bukan berketurunan raja.
  • Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota merupakan gelaran bagi pewaris takhta.
  • Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota merupakan gelaran bagi pasangan pewaris takhta.
  • Yang Amat Mulia Che' Puan Besar merupakan gelaran bagi pasangan pewaris takhta yang bukan berketurunan raja.
  • Duli Yang Amat Mulia Raja Muda ialah anak pertama kepada pewaris takhta.
  • Anak bagi pemerintah Johor yang lain dipanggil Yang Amat Mulia Tunku.

PerakSunting

  • Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah merupakan gelaran pemerintah Perak.
  • Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Perak yang berketurunan raja.
  • Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri merupakan gelaran rasmi bagi isteri pemerintah Perak yang bukan berketurunan raja.
  • Yang Maha Mulia Raja Perempuan merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami,yang berketurunan raja
  • Yang Maha Mulia Raja Permaisuri merupakan gelaran bagi permaisuri yang kematian suami,yang bukan berketurunan raja.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda merupakan gelaran bagi pewaris takhta.
  • Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar merupakan gelaran bagi isteri pewaris takhta yang berketurunan raja.
  • Yang Teramat Mulia Che Puan Besar merupakan gelaran bagi isteri pewaris takhta yang bukan berketurunan raja.
  • Duli Yang Amat Mulia Raja di-Hilir merupakan gelaran bagi pewaris takhta kedua.
  • Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda merupakan gelaran bagi isteri pewaris takhta kedua yang berketurunan raja.
  • Yang Amat Mulia Che Puan Muda merupakan gelaran bagi isteri pewaris takhta kedua yang bukan berketurunan raja.
  • Anak bagi pemerintah Perak yang lain dipanggil Yang Teramat Mulia Raja/Engku.

BruneiSunting

Berikut merupakan gelaran rasmi yang digunakan untuk kerabat diraja Brunei.

  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا ڤدوک سري بݢيندا سلطان دان يڠدڤرتوان نݢارا بروني دارالسلام) merupakan gelaran rasmi bagi Sultan Brunei.
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri (Jawi: کباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيندا راج ايستري) merupakan gelaran rasmi bagi pasangan Sultan yang pertama.
  • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Isteri (Jawi: دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن ايستري) merupakan gelaran rasmi bagi pasangan Sultan yang lebih muda.
  • Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan (Jawi: کباوه دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري بݢاوان سلطان) merupakan gelaran bagi bekas Sultan yang masih hidup.
  • Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Suri Seri Begawan Raja (Jawi: كباوه دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سوري سري بݢاوان راج) merupakan gelaran rasmi bagi bonda Sultan.

Bagi mereka yang berketurunan raja dan telah berkahwin, mereka digelar sebagai Pengiran (Jawi: ڤڠيرن):

  • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota (Jawi: دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن مودا مهکوتا) ialah gelaran bagi pewaris takhta.
  • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda (Jawi: دولي يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن مودا) pula ialah gelaran bagi putera kepada Sultan
  • Yang Teramat Mulia Pengiran Muda (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤڠيرن مودا) ialah gelaran bagi putera kepada Pengiran Muda Mahkota
  • Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن انق ڤوتري) ialah gelaran bagi puteri kepada Sultan,
  • Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤدوک سري ڤڠيرن انق ايستري) merupakan pasangan kepada Pengiran Muda Mahkota
  • Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤڠيرن انق ايستري) merupakan pasangan kepada Pengiran Perdana Wazir
  • Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri (Jawi: يڠ امت موليا ڤيرن انق ايستري) merupakan pasangan kepada putera Sultan yang lain.
  • Pengiran Anak (Jawi: ڤڠيرن انق) ialah gelaran bagi cucu Sultan yang lain.
  • Yang Teramat Mulia Pengiran Anak (Jawi: يڠ ترامت موليا ڤڠيرن انق) ialah gelaran bagi puteri kepada Pengiran Muda Mahkota
  • Yang Amat Mulia Pengiran Anak (Jawi: يڠ امت موليا ڤڠيرن انق)ialah gelaran bagi cucu Sultan yang lain.
  • Yang Amat Mulia Pengiran Anak (Jawi: يڠ امت موليا ڤڠيرن انق) ialah gelaran bagi menantu Sultan yang dinaikkan kemuliaan.
  • Yang Amat Mulia Pengiran Anak (Jawi: يڠ امت موليا ڤڠيرن انق) bagi keluarga diraja yang lebih rendah pada peringkat Cheteria.

Gelaran bagi cucu juga diguna pakai untuk cicit dan piut Sultan. Bagi generasi terkemudian dipanggil dengan Pengiran sahaja.

Seseorang yang berkahwin dengan anggota jauh kerabat diraja akan digelar Pengiran Anak (Jawi: ڤڠيرن انق), dan gelaran akan hilang sekiranya mereka bercerai.

Perempuan yang berketurunan raja yang berkahwin dengan putera digelar Pengiran Isteri (Jawi: ڤڠيرن ايستري).

Perempuan yang bukan berketurunan raja yang berkahwin dengan putera pula digelar Pengiran Bini (Jawi: ڤڠيرن بيني).

Keturunan yang jauh dari keluarga diraja akan digelar Awangku (Jawi: اوڠکو) bagi lelaki dan Dayangku (Jawi: دايڠکو) bagi perempuan[3]

Gelaran-gelaran lain yang kecil ialah Tengku Putera (Jawi: تڠکو ڤوترا) bagi lelaki dan Tengku Puteri (Jawi: تڠکو ڤوتري) bagi perempuan.

Yang di-Pertua NegeriSunting

  • Tuan/Puan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri (Jawi: توان/ڤوان يڠ تراوتام) pula bukan gelaran diraja, tetapi merupakan nama bagi pemerintah negeri tidak beraja iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebelum ini, rujukan kehormat yang digunakan adalah Yang Terutama.

Orang kenamaanSunting

Tuan Yang TerutamaSunting

  • Yang di-Pertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. (kebiasaannya "Tuan Yang Terutama"). Ia juga digunakan keatas ketua kerajaan negara asing dan Pesuruhjaya Tinggi atau Duta Besar yang mewakili negara di Malaysia.

Paduka Yang Mulia adalah rujukan kehormat yang digunakan ke atas Pesuruhjaya Tinggi atau Duta Besar yang mewakili negara asing di Malaysia. Ia bagaimanapun dimansuhkan kerana berunsur feudal.

Puan Yang TerutamaSunting

Ia digunakan ke atas ketua kerajaan negara asing atau Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar dari kalangan wanita yang mewakili negara masing-masing ketika berada di Malaysia.

Yang Amat BerhormatSunting

(Panggilan ini tidak digunakan dalam Dewan Negara/Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri kepada Menteri Besar, Premier atau Ketua Menteri yang juga adalah Ahli Parlimen/ADUN, sebaliknya YB (nama kawasan Parlimen atau DUN yang diwakili digunakan)).

Yang Amat DihormatiSunting

Yang Amat BerbahagiaSunting

  • Mereka yang bergelar Tun dan Toh Puan
  • Pasangan Yang di-Pertua Negeri
  • Pasangan Perdana Menteri
  • Pasangan Timbalan Perdana Menteri
  • Pasangan Menteri Besar, Premier dan Ketua Menteri

Yang Amat ArifSunting

Pengunaan ketika dalam situasi formal, seperti di dalam mahkamah dan di luar mahkamah).

Yang Berhormat MuliaSunting

Untuk dari kalangan yang berketurunan Raja/Anak gahara/kerabat diraja sahaja.

Yang BerhormatSunting

Yang HormatSunting

Yang BerbahagiaSunting

  • Mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Dato' Paduka, Datin Paduka, Datuk, Dato', dan Datin atau yang berkaitan dengannya (yang bukan Ahli Parlimen dan ADUN).
  • Pasangan pegawai kanan Persekutuan termasuklah antaranya Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Kementerian dan lain-lain yang tidak bergelar.
  • Pasangan Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar
  • Pasangan Yang Berhormat, Yang Amat Arif, Yang Arif, Yang Dihormati, Yang Berbahagia, Yang Amat Setia, Sahibus Samahah, Sahibul Fadhilah dan Sahibus Saadah.

Yang ArifSunting

  • Hakim bagi Mahkamah Rayuan Sivil dan Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil dan Syariah, Mahkamah Rendah Syariah.

Ketika dalam situasi yang formal seperti di dalam mahkamah dan di luar mahkamah.

Pegawai kanan kerajaanSunting

Yang Amat SetiaSunting

Yang Amat BerusahaSunting

  • Ketua-ketua jabatan negeri Kelantan yang tidak bergelar.

Yang DiHormatiSunting

Pegawai kerajaanSunting

Yang SetiaSunting

  • Pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Pegawai kanan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Yang BerusahaSunting

  • Pegawai kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri yang tidak bergelar.
  • Pasangan Yang Amat Berusaha
  • Pasangan Yang Setia..

AgamawanSunting

Sahibus SamahahSunting

  • Mufti Kerajaan Negeri.

Sahibul FadilahSunting

  • Kadi Besar Negeri

Sahibus SaadahSunting

  • Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

Al AllamahSunting

  • Tuan Guru

Al-FadilSunting

  • Ustaz.

Gelaran MalaysiaSunting

Di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran persekutuan. Sebahagian mungkin membawa gelaran persekutuan yang berikut. Gelaran-gelaran sebegini adalah suatu kehormatan dan bukan keturunan. Gelaran persekutuan mungkin boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan mungkin boleh dikembalikan oleh seorang individu.

PersekutuanSunting

TunSunting

Gelaran Tun telah wujud dalam masyarakat Malaysia selama beratus-ratus tahun. Pada zaman dahulu, Tun adalah gelaran kehormat yang digunakan oleh orang bangsawan berketurunan raja, yang diwarisi oleh kaum lelaki. Kini, gelaran Tun telah menjadi gelaran yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada penerima berkelayakkan dan paling berjasa yang telah memberi sumbangan besar kepada negara.

Tun merupakan pangkat persekutuan paling kanan yang diberikan kepada penerima sama ada Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Seri Setia Mahkota (SSM). Gelaran untuk isteri Tun adalah Toh Puan. SMN biasanya dianugerahkan kepada Yang di-Pertua Negeri (YDPN) dan bekas Perdana Menteri Malaysia. Penerima gelaran Tun yang bukan pemerintah negeri atau wakil rakyat diberikan gelaran Yang Amat Berbahagia.

Contoh:

Tan SriSunting

Tan Sri adalah pangkat persekutuan paling kanan kedua yang diberikan kepada penerima sama ada Panglima Mangku Negara (PMN) dan Panglima Setia Mahkota (PSM). Isteri bagi Tan Sri adalah Puan Sri. Penerima gelaran Tan Sri yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.

Contoh:

DatukSunting

Datuk adalah gelaran persekutuan yang mula diperkenalkan pada 1965. Ia terhad kepada penerima Panglima Jasa Negara (PJN) dan Panglima Setia Diraja (PSD). Isteri seorang Datuk digelar Datin. Penerima gelaran Datuk yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.

Contoh:

Gelaran NegeriSunting

NegeriSunting

Pehin SriSunting

Gelaran Pehin Sri ialah gelaran yang diperkenalkan oleh Sarawak yang hanya dianugerahkan kepada individu yang pernah dilantik dan merupakan bekas Ketua Menteri Sarawak, Perdana Menteri Malaysia, Yang di-Pertua Negeri atau setaraf atau lebih tinggi. Pehin Seri merupakan gelaran bagi penerima darjah Satria Bintang Sarawak (SBS).

Contoh:

Tun Seri SetiaSunting

Gelaran Tun Seri Setia merupakan gelaran baharu yang diperkenalkan oleh negeri Melaka yang hanya dianugerahkan kepada individu yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka atau setaraf atau lebih tinggi. Seri Setia merupakan gelaran bagi penerima Darjah Seri Paduka Setia Melaka (SPSM).

Contoh:

Datuk, Dato', Datu dan DatoSunting

Di Malaysia, darjah kebesaran negeri dan Wilayah Persekutuan dikurniakan oleh ketua bagi setiap 13 negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Gelaran-gelaran adalah suatu kehormatan dan bukan pewarisan. Gelaran negeri boleh ditarik semula atau digantung oleh ketua negeri atau dipulangkan semula secara perseorangan. Dato' Sri atau Dato' Seri (sesetengah Dato’ dieja dengan Datuk bagi sesetengah negeri) ialah gelaran tertinggi yang diberikan oleh penerima yang telah menyumbang sesuatu kepada negara dan negeri. Isteri penerima gelaran digelar Datin Sri atau Datin Seri.

Dato' BergelarSunting

Senarai Dato' Bergelar Kelantan[5]

Kelantan
  1. Dato’ Sri Paduka Raja
  2. Dato’ Sri Setia Raja
  3. Dato’ Sri Amar D’Raja
  4. Dato’ Sri D’Raja
  5. Dato’ Sri Nara D’Raja
  6. Dato’ Sri Nirmala
  7. Dato’ Sri Ratna D’Raja
  8. Dato’ Sri Derma
  9. Dato’ Amar D’Raja
  10. Dato’ Aria D’Raja
  11. Dato’ Bentara Setia
  12. Dato’ Wira Jaya
  13. Dato’ Istiadat Mahkota
  14. Dato’ Bentara Kiri
  15. Dato’ Bentara Dalam
  16. Dato’ Bentara Luar
  17. Dato’ Kaya Muda
  18. Dato’ Bentara Muda
  19. Dato’ Bentara Jaya
  20. Dato’ Biji Sura
  21. Dato’ Lela D’Raja
  22. Dato’ Adika Raja
  23. Dato’ Bentara Kanan
  24. Dato’ Kaya Setia
  25. Dato’ Lela Negara
  26. Dato’ Lela Jasa
  27. Dato’ Kaya Bakti
  28. Dato’ Kaya Nara
  29. Dato’ Jaya Ratna
  30. Dato’ Kaya Pati
  31. Dato’ Kaya Perba
  32. Dato’ Perwira Raja
  33. Dato’ Kaya Derma
  34. Dato’ Kaya Budi
  35. Dato’ Megat Lela D’Raja
  36. Dato’ Bandar
  37. Dato’ Panglima Laut
  38. Dato’ Panglima Perang
  39. Dato’ Lela Muda
  40. Dato’ Bentara Guna
  41. Dato’ Penghulu Balai
  42. Dato’ Kaya Hulubalang
  43. Dato’ Kaya Perwara
  44. Dato’ Biji Wangsa
  45. Dato’ Bentara Istana
  46. Dato’ Bentara Sakti
  47. Dato’ Bentara Rakna
  48. Dato’ Megat Muda
  49. Dato’ Lela Perkasa
  50. Dato’ Panglima Dalam
  51. Dato’ Megat Mahkota
  52. Dato’ Ratna Nila

Contoh:

Perlis
  1. Dato’ Kurnia Bakti
  2. Dato’ Indera Perkasa
  3. Dato’ Indera Dewa
  4. Dato’ Indera Jaya
  5. Dato’ Indera Pahlawan
  6. Dato’ Alim Panglima
  7. Dato’ Kaya Bakti
  8. Dato’ Setia Jaya
  9. Dato’ Alim Setia
  10. Dato’ Lela Perkasa
  11. Dato’ Arif Perkasa
  12. Dato’ Murshid Diraja
  • Dato' Kaya Pahlawan
  • Dato' Kaya Bakti

Contoh:

  • Dato' Arif Perkasa Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
  • Dato' Murshid Diraja Datuk Dr. Juanda Jaya
  • Dato' Kaya Pahlawan Rashid Jasin
  • Dato' Kaya Bakti Ustaz Dahaman @ Dahlan Mohd Zain

Dato' KehormatSunting

Senarai Dato' Kehormat Perak[6]

Perak
  • Dato' Kurnia Bakti
  • Dato' Kurnia Diraja
  • Dato' Kurnia Negara
  • Dato' Kurnia Jasa
  • Dato' Kurnia Setia
  • Dato' Kurnia Jaya
  • Dato' Kurnia Indera

Contoh:

Jaksa PendamaiSunting

Tahap Jaksa Pendamai (JP) berada di bawah semua Dato' atau Datuk.

Gelaran BruneiSunting

PehinSunting

Pehin pula adalah gelaran yang diberikan pada pangkal nama seorang Manteri Berchiri. Sebagai contoh gelaran di Brunei ialah Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Ibrahim, bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei yang kini merupakan Penasihat Khas Sultan Brunei.[7][8] Gelaran ini merujuk kepada jawatan tradisional manteri di Brunei.

BibliografiSunting

RujukanSunting

Panggilan Hormat oleh Bahagian Istiadat Istana Negara

  1. ^ Protokol panggilan hormat, ms 37
  2. ^ Panggilan hormat dan kaedah penggunaannya
  3. ^ "pengiran". Malay Dictionary. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 June 2011.
  4. ^ Panggilan hormat bagi pegawai kanan Pertahanan Awam
  5. ^ Gelaran kebesaran negeri Dato’ Bergelar
  6. ^ Senarai darjah kebesaran negeri Perak
  7. ^ Rozan Yunos. "The Daily Brunei Resources: A Pehin in Brunei".
  8. ^ Bahasa Dalam Brunei