Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Jawi: يڠ دڤرتوا ديوان رعيت) ialah pengerusi majlis (speaker) setiap kali persidangan Dewan Rakyat diadakan di Parlimen. Penjawat jawatan ini boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang Dipertua. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua mestilah juga seorang Ahli Parlimen.


Dewan Rakyat
يڠ دڤرتوا ديوان رعيت
Penyandang
Tan Sri Dato’ Johari Abdul
sejak 19 Disember 2022
Dewan Rakyat
GelaranTuan Yang di-Pertua (rasmi)
Tuan Speaker (tidak rasmi dan di dalam dewan)
Lapor kepadaDewan Rakyat
Bidang kuasaDewan Rakyat Sunting nilai ini di Wikidata
Dilantik olehDipilih oleh ahli-ahli Dewan Rakyat
Tempoh jawatanDipilih pada permulaan setiap Parlimen atau jika terdapat kekosongan
Surat cara pembentukanPerlembagaan Persekutuan Malaysia
Penjawat sulungMohamad Noah Omar
Dibentuk11 September 1959; 65 tahun yang lalu (1959-09-11)
GajiMYR 372,000 setahun[1]
Tapak webParliament of Malaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sebagai Yang di-Pertua, beliau bertanggungjawab:

  • mengawasi persidangan supaya berjalan dengan lancar
  • megatur debat seupaya tidak menyimpang dari isu-isu yang dibahaskan
  • membuat keputusan mengenai Aturan Urusan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
  • memeriksa sama ada petisyen, rang dan pindaan undang-undang boleh diterima.

Beliau juga menentukan bila sidang bermula dan berakhir, dan boleh menangguhnya sementara jika perlu. Yang di-Pertua juga bertanggungjawab memastikan Perlembagaan dihormati, mendisiplinkan ahli-ahli dewan, menetukan siapa yang berhak bersuara, memanggil undi dan memeriksa korum setiap kali bersidang. Beliau cuma mengundi sekiranya ada undi yang berakhir dengan seri.

Apabila Yang di-Pertua tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat, tugas dan fungsinya dipikul oleh salah seorang daripada dua timbalannya.

Senarai Yang di-Pertua dan Timbalan Dewan Rakyat Malaysia

sunting
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Bil Nama Parti Mula Tamat Tempoh Penggal Timbalan YDP
1 Tan Sri Dato' Haji Mohamed Noah Omar Perikatan 1 September 1959 29 Februari 1964 4 tahun 5 bulan 28 hari Pertama
2 Dato' Syed Esa Alwee Al-Syahab Perikatan 18 Mei 1964 24 November 1964 6 bulan 6 hari Ke-2 Kosong
3 Dato' Bendahara Perak Tan Sri Dato' Seri Haji Chik Mohamad Yusuf Sheikh Abdul Rahman Perikatan 25 November 1964 19 Mac 1969 9 tahun 11 bulan 8 hari Syed Esa Alwee
4 Julai 1970 3 November 1974 Ke-3 Nik Ahmad Kamil Nik Mahmood
4 Tan Sri Dato' Sri Setia Raja Dato' Haji Nik Ahmad Kamil Nik Mahmud BN 4 November 1974 20 Disember 1977 3 tahun 1 bulan 15 hari Ke-4 Syed Nasir Ismail
5 Tun Dato' Syed Nasir Syed Ismail BN 21 Disember 1977 16 Mac 1982 4 tahun 2 bulan 7 hari Ke-5
  1. Azahari Md Taib
  2. Mansor Othman
6 Tun Dato' Seri Mohamed Zahir Ismail (Bukan Ahli Parlimen) BN 14 Jun 1982 14 Oktober 2004 22 tahun 4 bulan Ke-6
  1. Hee Tien Lai
  2. Abdul Hamid Pawanteh
Ke-7
  1. Mohamed Amin Daud
  2. D.P. Vijandran
Ke-8
  1. Ong Tee Keat
  2. Juhar Mahiruddin
Ke-9
Ke-10
  1. Muhammad bin Abdullah
  2. Lim Si Cheng
7 Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja Tan Sri Dato' Seri DiRaja Dr. Haji Ramli Ngah Talib BN 22 November 2004 27 April 2008 3 tahun 7 bulan 5 hari Ke-11
  1. Yusof Yacob
  2. Lim Si Cheng
8 Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia
(Bukan Ahli Parlimen)
UMNO-BN 28 April 2008 9 Mei 2018 10 tahun 1 bulan

6 hari

Ke-12
  1. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (BN)
  2. Ronald Kiandee (BN)
Ke-13
  1. Ronald Kiandee (BN)
  2. Ismail Mohamed Said (BN)
9 Tan Sri Dato' Mohamad Ariff Md Yusof[2]
(Bukan Ahli Dewan Rakyat)
AMANAH-PH 16 Julai 2018 13 Julai 2020 1 tahun, 11 bulan dan 27 hari Ke-14
  1. Mohd Rashid Hasnon (PKR-PH)
  2. Nga Kor Ming (DAP-PH)
10. Tan Sri Azhar Azizan Harun
(Bukan Ahli Dewan Rakyat)
Bebas 13 Julai 2020 19 Disember 2022 2 tahun, 5 bulan dan 6 hari
  1. Mohd Rashid Hasnon (PN-BERSATU)
  2. Azalina Othman Said (BN-UMNO)
11 Tan Sri Dato' Johari Abdul

(Bukan Ahli Dewan Rakyat)

PKR-PH 19 Disember 2022 kini 2 tahun, 140 hari Ke-15
  1. Ramli Mohd Nor (BN-UMNO)
  2. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)

* menjawat jawatan sebelum Hari Malaysia
*** mula menjawat jawatan sebagai wakil rakyat Parti Perikatan kemudiannya BN
** meninggal dunia dalam jawatan

Baca lagi

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Gaji dan elaun Ahli Parlimen naik sehingga 40 peratus | MetroPost Malaysia". 2015-04-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 2018-07-18.
  2. ^ Biodata Speaker Dewan Rakyat ke-9