Mohd Rashid Hasnon

Dato Mohd Rashid Hasnon (lahir pada 2 Januari 1960), Merupakan seorang ahli Parlimen Malaysia dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Batu Pahat. Beliau juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi kawasan Pantai Jerejak dan bekas Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang.[1]


Mohd Rashid bin Hasnon

DMPN (Pulau Pinang)
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Berkhidmat dengan
Azalina Othman Said (2020-2021)
Nga Kor Ming (2018-2020)
RajaSultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehRonald Kiandee
Ismail Mohamed Said
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batu Pahat, Johor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Mohd Idris Jusi
Digantikan olehOnn Abu Bakar
Timbalan Ketua Menteri I
Pulau Pinang
Dalam jawatan
9 Mei 2013 – 15 Julai 2018
GabenorAbdul Rahman Abbas
Ketua MenteriLim Guan Eng
Didahului olehDato' Mansor Othman
Digantikan olehDato' Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
untuk Pantai Jerejak
Dalam jawatan
2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehSim Tze Tzin
Digantikan olehSaifuddin Nasution Ismail
Butiran peribadi
Lahir (1960-01-02) 2 Januari 1960 (umur 64)
Muar Muar, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik PKR (sehingga 2020)
BERSATU (2020-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
PH (sehingga 2020)
PN (2020-kini)
PasanganDatin Hajah Nor Azizah binti Haron (k. 1982)
Anak-anak5 Orang
KediamanSemerah, Batu Pahat
Alma materUniversity of Sheffield
PekerjaanAhli Politik
AnugerahSenarai

Latar belakang dan zaman awal sunting

Nama yang diberikan oleh pasangan Hasnon dan Tek yang menyambut kehadirannya pada tahun 1960 di Johor. Beliau telah menetap di Pulau Pinang sejak 1984. Beliau mendapat pendidikan awal di Muar High School dan Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi. Beliau menamatkan peringkat A-Level di Southampton Technical College, United Kingdom (UK) dan seterusnya lulusan Bachelor of Control Engineering, University of Sheffield, UK. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian dalam bidang Master in Business Administration (MBA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (1990).

Rashid Hasnon memulakan kerjaya sebagai jurutera di PERNAS NEC pada 1984. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perancang di Motorola (1987), Pengurus ASE Electronics (1991), Pengerusi Personal Managers Group yang mengurus syarikat yang bernaung di bawah Zon Perindustrian Bebas (FTZ) Bayan Lepas pada tahun 2006. Rashid Hasnon menamatkan zaman bujang beliau dan melangsungkan perkahwinan dengan Datin Hajah Nor Azizah bt Haron pada tahun 1982 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Penglibatan dalam politik sunting

Rashid Hasnon pernah menjadi Timbalan Pengerusi GERAK Pulau Pinang pada tahun 1999. Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan di majlis tertinggi PKR. Beliau merupakan antara pengasas PKR di Pulau Pinang dan pernah berkhidmat sebagai Naib pengerusi PKR Pulau Pinang. Ketika menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), beliau banyak menguruskan projek-projek pembaikan dan naik taraf kemudahan awam seperti jalanraya, taman permainan, penghijauan taman, lampu jalan dan lain-lain, melalui kempen kesedaran CLEANER, GREENER, HEALTHIER & SAFER PENANG. Selain itu, Rashid Hasnon yang merupakan pemimpin Melayu nombor satu di Pulau Pinang pada ketika itu memberi perhatian secara khususnya kepada pembangunan kaum bumiputera dalam pelbagai sektor.

Sukarelawan sunting

Rashid Hasnon pernah menyertai pasukan sukarelawan ke Acheh & Meulaboh bagi membantu mangsa tsunami di sana (2004). Pada tahun 2009, beliau mengetuai misi bantuan Ramadhan di Kemboja dan negara Asia Tenggara , selaku Pengerusi JIM Antarabangsa peringkat Nasional ketika itu.Beliau tidak ketinggalan menyertai misi bantuan Gaza (2011) bersama NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), antara misi terawal yang membawa bantuan ke Gaza selepas insiden Mavi Marmara.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) sunting

  1. Pembangunan Industri dan Perdagangan
  2. Koperasi
  3. Pembangunan Usahawan
  4. Perhubungan Masyarakat

Pilihan Raya Umum Ke-13 sunting

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[2][3]
Tahun Kawasan Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
2013 N36 Pantai Jerejak, P52 Bayan Baru Mohd Rashid Hasnon (PKR) 11,805 64.66% Wong Mun Hoe (Gerakan) 6,451 35.34% 18,417 5,354 85.64%
Parlimen Malaysia[3]
Tahun Kawasan Undi Peratus undian Lawan Undi Peratus undian Buang undi Majoriti Keluar
2018 P150 Batu Pahat, Johor Mohd Rashid Hasnon (PKR) 45,929 55.92% Haliza Abdullah (UMNO) 28,035 34.13% 83,234 17,894 84.81%
Mahfodz Mohamed (PAS) 8,173 9.95%

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Dari PP ke Johor, Rashid akui gentar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-04. Dicapai pada 2018-11-08.
  2. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  3. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan bagi Pilihan raya umum Malaysia 2004-2018.