Perikatan Nasional
Parti Perikatan Nasional (Bahasa Inggeris: National Alliance Party; singkatan: PN) ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada empat parti komponen. Ia ditubuhkan rentetan daripada kemelut politik Malaysia dan bagi menghadapi Pilihan raya negeri Sabah yang berlaku pada tahun 2020.
Perikatan Nasional ڤريکتن ناسيونل National Alliance (Inggeris) | |
---|---|
![]() | |
Nama Inggeris | National Alliance |
Nama Cina | 国民联盟 Guómín liánméng |
Nama Tamil | தேசிய கூட்டணி |
Pengerusi | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Pengasas | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Timbalan Pengerusi | |
Setiausaha Agung | Hamzah Zainudin |
Ketua Wanita | Rina Harun |
Ketua Pemuda | Khairil Nizam Khirudin |
Ketua Whip | Mohamed Azmin Ali |
Diasaskan | 23 Februari 2020[1] |
Pecahan | Pakatan Harapan |
Ibu pejabat | B4-3-1 Urbane Tower 1 Jalan Dutamas 1 Solaris Dutamas 50480 Kuala Lumpur |
Ideologi | |
Kedudukan politik | Sayap kanan |
Warna rasmi | Biru tua |
Dewan Negara: | 21 / 70
|
Dewan Rakyat | 50 / 222
|
Dewan Undangan Negeri | 149 / 612
|
Menteri Besar dan Ketua Menteri | 4 / 13
|
Simbol pilihan raya | |
![]() | |
Bendera parti | |
![]() | |
Tapak web | |
perikatan-nasional.org.my | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
SejarahSunting
Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan pada 7 Ogos 2020. Ia didaftarkan di bawah Kategori Politik, selaras peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)[2]. Ia terdiri daripada empat buah parti komponen iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan dua parti politik tempatan di Sabah iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dan Parti Progresif Sabah (SAPP)[3].
Pada peringkat awal, Kongres India Malaysia (MIC) juga terlibat dalam pembentukan parti ini[4]. Namun pada 27 Ogos 2020, MIC mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai menuruti keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang disertai MIC[5].
Parti komponenSunting
Parti Perikatan Nasional terdiri daripada empat buah parti komponen[3] iaitu
- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
- Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah)
- Parti Progresif Sabah (SAPP).
Logo | Nama | Ideologi | Pemimpin | Kerusi | Keputusan 2018 | Kerusi semasa | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undi (%) | Kerusi | Komposisi | |||||||
Perikatan Nasional | |||||||||
BERSATU | Parti Pribumi Bersatu Malaysia | Ketuanan Melayu | Muhyiddin Yassin | 52
(di bawah PH) |
5.95% | 13 / 222
|
31 / 112
| ||
PAS | Parti Islam Se-Malaysia | Islam | Abdul Hadi Awang | 157
(di bawah GS) |
16.82% | 18 / 222
|
18 / 112
| ||
STAR | Parti Solidariti Tanah Airku | Tempatan Sabah | Jeffrey Kitingan | 5 | 0.18% | 1 / 222
|
1 / 112
| ||
SAPP | Parti Progresif Sabah | Tempatan Sabah | Yong Teck Lee | 2 | 0.05% | 0 / 222
|
0 / 112
|
Kerjasama politikSunting
Parti Perikatan Nasional menjadi salah satu parti yang membentuk dan mengetuai sebuah kerajaan campuran, iaitu Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan Malaysia bersama-sama Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Ahli Parlimen Bebas. Ia juga merupakan parti yang membentuk dan mengetuai kerajaan campuran, iaitu Kerajaan Perikatan Nasional melalui Gabungan Rakyat Sabah di negeri Sabah. Ia juga mendokong Muafakat Nasional yang disertai oleh kedua-dua parti utamanya, PAS dan BERSATU, bersama UMNO dari Barisan Nasional.
Kerajaan campuran negeri juga terdapat di Kedah, Kelantan dan Terengganu, diketuai oleh Parti Perikatan Nasional, manakala kerajaan campuran di Perlis, Perak, Melaka, Johor, Pahang pula diketuai oleh Barisan Nasional.
Kerajaan Negeri Sarawak pula diketuai oleh Gabungan Parti Sarawak. Ia merupakan kerajaan campuran antara Gabungan Parti Sarawak dan Parti Perikatan Nasional.
Parti Perikatan Nasional bersama-sama Barisan Nasional menjadi parti pembangkang di negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor dan Barisan Nasional menjadi Ketua Pembangkang, manakala di Negeri Sembilan pula, tiada wakil dari Parti Perikatan Nasional dan hanya Barisan Nasional sahaja yang mewakili parti pembangkang.
Parti-parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan MalaysiaSunting
Senarai parti-parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan Malaysia
Struktur kepimpinanSunting
Majlis TertinggiSunting
Jawatan | Nama | Parti |
---|---|---|
Pengerusi | YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin | BERSATU |
Timbalan Pengerusi | YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang | PAS |
YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan | STAR | |
YB Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee | SAPP | |
YB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu | BERSATU | |
Setiausaha Agung | YB Dato' Seri Hamzah Zainudin | BERSATU |
Bendahari Agung | YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar | PAS |
Ketua Penerangan | YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali | BERSATU |
Pengarah Pilihan Raya | YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali | BERSATU |
Ketua Wanita | YB Datuk Seri Rina Mohd Harun | BERSATU |
Ketua Pemuda | YB Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin | PAS |
Timbalan Ketua Pemuda | YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal | BERSATU |
YBrs Encik Rizal Johari | STAR | |
YBrs Encik Jamain Sarudin | SAPP | |
Ahli Majlis Tertinggi | YB Dato' Takiyuddin Hassan | PAS |
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee | BERSATU | |
YB Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi | STAR | |
YBrs Encik Edward Dagul | SAPP |
Pengerusi Badan Perhubungan NegeriSunting
Berikut merupakan senarai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional[6]:
Negeri | Nama | Parti | Catatan |
---|---|---|---|
Johor | YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin | BERSATU | Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Johor |
Kelantan | YAB Dato' Bentara Kanan, Dato' Haji Ahmad Yakob | PAS | Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan |
Terengganu | YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar | PAS | Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Terengganu |
Kedah | YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor | PAS | Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah |
Sabah | YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor | BERSATU | Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah |
Selangor | YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali | BERSATU | Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU |
Perak | YB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu | BERSATU | Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perak |
Pahang | YB Dato' Saifuddin Abdullah | BERSATU | Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Pahang |
Negeri Sembilan | YB Dato' Eddin Syazlee Shith | BERSATU | Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Negeri Sembilan |
Pulau Pinang | YB Datuk Haji Shabudin Yahaya | BERSATU | Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Pulau Pinang |
Melaka | YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen | BERSATU | Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Melaka |
Sarawak | YB Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian | BERSATU | Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sarawak |
Wilayah Persekutuan | YBhg Kapten Datuk Muhammad Suhaimi Yahya (Bersara) | BERSATU | Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Wilayah Persekutuan |
Perlis | YB Ustaz Mohd Shukri Ramli | PAS | Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis |
Wakil rakyatSunting
Dewan NegaraSunting
Wakil rakyat daripada Perikatan Nasional adalah daripada BERSATU, PAS dan STAR sahaja. SAPP tidak mempunyai wakil di Dewan Negara.
No. | Lantikan | Nama | Parti | Penggal | Penggal mula | Penggal tamat | Jawatan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |||||||
1 | Yang di-Pertuan Agong | John Ambrose, YB Senator Datuk[7] | BERSATU | Pertama | 16 Januari 2018 | 15 Januari 2021 | Wakil Wilayah |
2 | Yang di-Pertuan Agong | Mohd Radzi Md Jidin, YB Senator Dr.[8] | BERSATU | Pertama | 17 Julai 2018 | 16 Julai 2021 | Menteri Kanan
Menteri Pendidikan |
3 | Yang di-Pertuan Agong | Md Nasir Hashim, YB Senator Ir.[9] | BERSATU | Pertama | 27 Ogos 2018 | 26 Ogos 2021 | Wakil Wilayah |
4 | Yang di-Pertuan Agong | Razali Idris, YB Senator Datuk[9] | BERSATU | Pertama | 27 Ogos 2018 | 26 Ogos 2021 | Wakil Wilayah
Pengerusi KETENGAH |
5 | Yang di-Pertuan Agong | Isa Ab Hamid, YB Senator Dato'[Nota 1][10] | BERSATU | Kedua | 22 April 2019 | 21 April 2022 | Wakil Masyarakat Orang Asal |
6 | Yang di-Pertuan Agong | Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, YB Senator[11] | BERSATU | Pertama | 10 Mac 2020 | 09 Mac 2023 | Timbalan Menteri Belia dan Sukan |
7 | Yang di-Pertuan Agong | Muhammad Zahid Md Arip, YB Senator[12] | BERSATU | Pertama | 16 Jun 2020 | 15 Jun 2023 | Wakil Kuala Lumpur |
8 | Yang di-Pertuan Agong | Idris Ahmad, YB Senator Ustaz Haji[12] | PAS | Pertama | 16 Jun 2020 | 15 Jun 2023 | Wakil Wilayah |
9 | Yang di-Pertuan Agong | Mohd Radzi Sheikh Ahmad, YB Senator Tan Sri[12] | BERSATU | Pertama | 16 Jun 2020 | 15 Jun 2023 | Wakil Wilayah |
10 | Yang di-Pertuan Agong | Balasubramaniam Nachiappan, YB Senator[12] | PAS | Pertama | 16 Jun 2020 | 15 Jun 2023 | Wakil Wilayah |
11 | Yang di-Pertuan Agong | Rais Yatim, YB Senator Tan Sri Dr[12] | BERSATU | Pertama | 16 Jun 2020 | 15 Jun 2023 | Yang di-Pertua |
12 | Yang di-Pertuan Agong | Aknan a/l Ehtook, YB Senator[13] | BERSATU | Kedua | 01 Disember 2020 | 30 November 2023 | Wakil Masyarakat Orang Siam |
13 | Yang di-Pertuan Agong | Guan Dee Koh Hoi, YB Senator[14] | STAR | Pertama | 16 Disember 2020 | 15 Disember 2023 | Wakil Wilayah |
14 | Yang di-Pertuan Agong | Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, YB Senator[15] | BERSATU | Pertama | 21 Disember 2020 | 20 Disember 2023 | Wakil Wilayah |
15 | Yang di-Pertuan Agong | Khairil Nizam Khirudin, YB Senator Ir. Ts. Haji | PAS | Pertama | 28 Disember 2020 | 27 Disember 2023 | Wakil Wilayah |
Lantikan Dewan Undangan Negeri | |||||||
16 | Kedah | Ahmad bin Yahya, YB Senator Tuan Haji[16] | PAS | Pertama | 25 Ogos 2020 | 24 Ogos 2023 | |
17 | Kelantan | Asmak Binti Husin, YB Senator Puan[8] | PAS | Pertama | 1 Julai 2018 | 30 Jun 2021 | |
18 | Kelantan | Mohd Apandi Bin Mohamad, YB Senator Sr[16] | PAS | Pertama | 8 Julai 2020 | 7 Julai 2023 | |
19 | Sabah | Bobbey Ah Fang Suan, YB Senator Datuk[17] | BERSATU | Pertama | 5 Januari 2021 | 4 Januari 2024 | |
20 | Terengganu | Nuridah binti Mohd Salleh, YB Senator Hajah[18] | PAS | Pertama | 29 November 2018 | 28 November 2021 | |
21 | Terengganu | Husain Bin Awang, YB Senator Dato'[8] | PAS | Pertama | 17 Julai 2018 | 16 Julai 2021 |
- ^ Senator Isa juga merupakan wakil Masyarakat Orang Asli
Dewan RakyatSunting
Wakil rakyat daripada Perikatan Nasional adalah daripada BERSATU, PAS dan STAR sahaja. SAPP tidak mempunyai wakil di Dewan Rakyat.
Negeri | No. | Parlimen | Nama | Parti | Jawatan | |
---|---|---|---|---|---|---|
Kedah | P011 | Pendang | Awang Solahudin Hashim, YB Haji | PAS | Timbalan Menteri Sumber Manusia | |
P012 | Jerai | Sabri Azit, YB Ustaz | PAS | Pengerusi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) | ||
P013 | Sik | Ahmad Tarmizi Sulaiman, YB | PAS | Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
Ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) | ||
Kelantan | P019 | Tumpat | Che Abdullah Mat Nawi, YB Dato' Haji | PAS | Timbalan II Menteri Pertanian dan Industri Makanan | |
P020 | Pengkalan Chepa | Ahmad Marzuk Shaary, YB Ustaz | PAS | Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | ||
P021 | Kota Bharu | Takiyuddin Hassan, YB Dato' | PAS | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) | ||
P022 | Pasir Mas | Ahmad Fadhli Shaari, YB | PAS | Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) | ||
P023 | Rantau Panjang | Siti Zailah Mohd Yusoff, YB Dato' Hajah | PAS | Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | ||
P024 | Kubang Kerian | Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Dato' Sri | PAS | Menteri Alam Sekitar dan Air | ||
P025 | Bachok | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, YB | PAS | Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) | ||
P027 | Tanah Merah | Ikmal Hisham Abdul Aziz, YB Dato' Sri | BERSATU | Timbalan Menteri Pertahanan | ||
P028 | Pasir Puteh | Nik Muhammad Zawawi Salleh, YB Dr. | PAS | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang
Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional | ||
P030 | Jeli | Mustapa Mohamed, YB Dato' Sri | BERSATU | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) | ||
P031 | Kuala Krai | Abdul Latiff Abdul Rahman, YB Ustaz | PAS | |||
Terengganu | P034 | Setiu | Shaharizukirnain Abdul Kadir, YB | PAS | Pengerusi TEKUN Nasional | |
P035 | Kuala Nerus | Mohd Khairuddin Aman Razali, YB Dato' Dr. | PAS | Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi | ||
P036 | Kuala Terengganu | Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, YB | PAS | Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | ||
P037 | Marang | Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji | PAS | Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah (Bertaraf Menteri) | ||
P038 | Hulu Terengganu | Rosol Wahid, YB Dato' | BERSATU | Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | ||
P039 | Dungun | Wan Hassan Mohd Ramli, YB | PAS | Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) | ||
P040 | Kemaman | Che Alias Hamid, YB | PAS | Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kemaman | ||
Pulau Pinang | P042 | Tasek Gelugor | Shabudin Yahaya, YB Datuk Haji | BERSATU | Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Setiausaha Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional | |
P047 | Nibong Tebal | Mansor Othman, YB Dato' | BERSATU | Timbalan Menteri Pengajian Tinggi | ||
Perak | P056 | Larut | Hamzah Zainudin, YB Dato' Seri | BERSATU | Menteri Dalam Negeri | |
P058 | Bagan Serai | Noor Azmi Ghazali, YB Dato' Dr | BERSATU | Timbalan Menteri Kesihatan | ||
P059 | Bukit Gantang | Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, YB Dato' | BERSATU | Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) | ||
P063 | Tambun | Ahmad Faizal Azumu, YB Dato' Seri | BERSATU | |||
Pahang | P082 | Indera Mahkota | Saifuddin Abdullah, YB Dato' | BERSATU | Menteri Komunikasi dan Multimedia | |
Selangor | P092 | Sabak Bernam | Mohd Fasiah Mohd Fakeh, YB Dato' Haji | BERSATU | Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) | |
P093 | Sungai Besar | Muslimin Yahaya, YB | BERSATU | Timbalan II Menteri Pendidikan Malaysia | ||
P098 | Gombak | Mohamed Azmin Ali, YB Dato' Seri | BERSATU | Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri | ||
P099 | Ampang | Zuraida Kamaruddin, YB | BERSATU | Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | ||
Kuala Lumpur | P119 | Titiwangsa | Rina Mohd Harun, YB Datuk Seri | BERSATU | Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | |
P124 | Bandar Tun Razak | Kamarudin Jaffar, YB Dato' Haji | BERSATU | Timbalan Menteri Luar Negara | ||
Negeri Sembilan | P129 | Kuala Pilah | Eddin Syazlee Shith, YB Dato' | BERSATU | Timbalan Menteri Kerja Raya | |
Melaka | P134 | Masjid Tanah | Mas Ermieyati Samsudin, YB Datuk Wira Hajah | BERSATU | Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi | |
P135 | Alor Gajah | Mohd Redzuan Md Yusof, YB Datuk Seri | BERSATU | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) | ||
Johor | P140 | Segamat | Edmund Santhara Kumar Ramanaidu, YB Dato' Sri Dr | BERSATU | Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan | |
P143 | Pagoh | Muhyiddin Yassin, YAB Tan Sri | BERSATU | Perdana Menteri Pengerusi Khazanah Nasional | ||
P150 | Batu Pahat | Mohd Rashid Hasnon, YB Dato' | BERSATU | Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat | ||
P154 | Mersing | Abdul Latiff Ahmad, YB Datuk Dr. | BERSATU | Menteri Pembangunan Luar Bandar | ||
Sabah | P167 | Kudat | Abd Rahim Bakri, YB Datuk | BERSATU | Timbalan I Menteri Kewangan | |
P177 | Beaufort | Azizah Mohd Dun, YB Dato' Hajah | BERSATU | Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) | ||
P178 | Sipitang | Yamani Hafez Musa, YB | BERSATU | Pengerusi FELCRA
Ahli Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) | ||
P179 | Ranau | Jonathan Yasin, YB | BERSATU | Timbalan II Menteri Dalam Negeri | ||
P180 | Keningau | Jeffrey Kitingan, YB Datuk Dr | STAR | Bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan | ||
P183 | Beluran | Ronald Kiandee, YB Datuk Seri Dr. | BERSATU | Menteri Pertanian dan Industri Makanan | ||
P184 | Libaran | Zakaria Edris, YB Datuk | BERSATU | Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) | ||
Sarawak | P198 | Puncak Borneo | Willie Mongin, YB | BERSATU | Timbalan II Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi | |
P205 | Saratok | Ali Biju, YB | BERSATU | Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli | ||
Jumlah | Perlis (0), Kedah (3), Kelantan (11), Terengganu (7), Pulau Pinang (2), Perak (4), Pahang (1), Selangor (4), WP Kuala Lumpur (2), WP Putrajaya (0), Negeri Sembilan (1), Melaka (2), Johor (4), WP Labuan (0), Sabah (7), Sarawak (2) |
Ahli Dewan Negeri dan Dewan Undangan NegeriSunting
Ketua kerajaan negeriSunting
Negeri | Gelaran ketua | Ahli | Parti | Kawasan DUN | |
---|---|---|---|---|---|
Terengganu | Menteri Besar | Ahmad Samsuri Mokhtar | PAS | Ru Rendang | |
Kelantan | Menteri Besar | Ahmad Yakob | PAS | Pasir Pekan | |
Kedah | Menteri Besar | Muhammad Sanusi Md Nor | PAS | Jeneri | |
Sabah | Ketua Menteri | Hajiji Mohd Noor | BERSATU | Sulaman |
RujukanSunting
- ^ HARIAN, WARTAWAN SINAR (2020-02-23). "Najib sahkan tandatangan SD sokong gabungan baharu". Sinarharian. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Muhammad Yusri Muzamir (14 September 2020). "Pendaftaran Perikatan Nasional sudah lulus 7 Ogos". Bharian. Dicapai pada 20 Disember 2020.
- ^ a b SAPP diterima menjadi ahli PN, Astro Awani, Dicapai pada 28 Ogos 2020
- ^ Zahid Sahkan MIC, PPBM, PAS dan STAR sertai PN, Dicapai pada 23 Ogos 2020
- ^ PN: MIC tarik diri ikut keputusan Dewan Tertinggi BN, Berita Harian, Dicapai pada 27 Ogos 2020
- ^ Media Mulia (5 Januari 2021). "PN lantik Pengerusi Badan Perhubungan Negeri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Januari 2021.
- ^ Daily Express (17 Januari 2018). "Ambrose sworn in as Senator". Daily Express. Dicapai pada 28 Disember 2020.
- ^ a b c Bernama (17 Julai 2018). "New Senate picks from vastly different backgrounds". Malaysiakini. Dicapai pada 28 Disember 2020.
- ^ a b Harits Asyraf Hasnan (27 Ogos 2018). "12 Senator angkat sumpah, Pakatan Harapan masih minoriti di Dewan Negara". Astro Awani. Dicapai pada 28 Disember 2020.
- ^ Bernama (22 April 2019). "Isa Ab Hamid sworn in as senator for second term". NST. Dicapai pada 28 Disember 2020.
- ^ Bernama (11 Mac 2020). "Enam angkat sumpah sebagai senator". Utusan Borneo. Dicapai pada 28 Disember 2020.
- ^ a b c d e Bernama (16 Jun 2020). "Rais antara lima angkat sumpah sebagai senator hari ini". Utusan Borneo. Dicapai pada 28 Disember 2020.
- ^ Umavathi Ramayah (1 Disember 2020). "T. Mohan, Aknan dilantik semula sebagai Senator". Astro Awani. Dicapai pada 28 Disember 2020.
- ^ Bernama (16 Disember 2020). "Senator Mohamad Ali appointed Dewan Negara deputy president". The Edge Markets. Dicapai pada 28 Disember 2020.
- ^ Bernama (21 Disember 2020). "Two sworn in as Senators". Astro Awani. Dicapai pada 28 Disember 2020.
- ^ a b The Star (30 Ogos 2020). "Vell Paari, three others to be sworn in as senators next week". The Star. Dicapai pada 28 Disember 2020.
- ^ Utusan Borneo Online (23 Disember 2020). Utusan Bornee https://www.utusanborneo.com.my/2020/12/23/dun-lulus-pemilihan-bobbey-sebagai-ahli-dewan-negara. Dicapai pada 1 Januari 2021. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ ADLAN, MOHD AZLI. "DUN Terengganu lantik ADUN lantikan dalam kalangan wanita". Kosmo Online.
- ^ "Hilman Idham expelled from PKR, others from Azmin's faction may suffer similar fate". The Star Online. 1 March 2020. Dicapai pada 16 March 2020.
- ^ "PKR sacks Azmin and Zuraida". Malay Mail Online. 24 February 2020. Dicapai pada 24 February 2020.
- ^ "Muhyiddin confirms Azmin has joined Bersatu". The Star Online. 11 March 2020. Dicapai pada 13 March 2020.
- ^ Alwiyah Talib contested the general election as a Barisan Nasional (UMNO) candidate, officially switch allegiance to Pakatan Harapan (BERSATU) on 25 November 2018 with other two assemblyman.
- ^ "Johor's last 2 independent reps join PPBM". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-26. Dicapai pada 2018-11-26.
- ^ Rasman Ithnain contested the general election as a Barisan Nasional (UMNO) candidate, officially switch allegiance to Pakatan Harapan (BERSATU) on 19 November 2018.
- ^ Rosleli Jahari contested the general election as a Barisan Nasional (UMNO) candidate, officially switch allegiance to Pakatan Harapan (BERSATU) on 19 November 2018.