Halimaton Shaadiah Saad
YB Dato' Halimaton Shaadiah Saad adalah EXCO Kerajaan Negeri Kedah bagi portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan Negeri Kedah[1] yang telah dilantik pada tahun 2018. Beliau juga merupakan ADUN Bukit Kayu Hitam setelah memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018[2] lalu.
Yang Berhormat Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad DSSS, SSS, BKM (Kedah) | |
---|---|
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Memegang jawatan 2018 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Bukit Kayu Hitam | |
Memegang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | Dato' Ahmad Zaini Japar |
Ketua Srikandi BERSATU Kedah | |
Memegang jawatan 2016 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | 24 November Changloon, Kedah |
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() |
Pasangan | Haji Mohamad Nasir Jamaludin |
Politik Sunting
Beliau adalah muka baharu yang bertanding untuk kerusi DUN Bukit Kayu Hitam, Kedah. Beliau telah menang dalam pertandingan 3 penjuru menentang penyandang, Dato' Ahmad Zaini Japar (BN) dan Habshah Bakar (PAS) pada PRU 14 lalu.[3]
Anugerah Sunting
Beliau telah dikurniakan Setia Sultan Sallehuddin Kedah (SSS) pada 25 Ogos 2019 lalu.[4]
Pautan luar Sunting
- Halimaton Shaadiah Saad di Facebook - Profil Facebook
Rujukan Sunting
- ^ Mukhriz umum rombakan portfolio Exco Kedah
- ^ Calon DUN Bukit Kayu Hitam, Kedah
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14: Kedah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-28. Dicapai pada 2019-08-28.
- ^ Mukhriz dahului senarai penerima darjah kebesaran Kedah 2019