Parti Pribumi Bersatu Malaysia

parti politik di Malaysia
(Dilencongkan dari BERSATU)

Parti Pribumi Bersatu Malaysia, juga disingkatkan sebagai BERSATU atau kadangkala ditulis sebagai PPBM, ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Parti PPBM telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 14 Januari 2017 oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan Logo PPBM telah dibenar-pakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sehari selepas kelulusan pendaftaran parti tersebut. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah salah satu komponen utama (major component) dalam Perikatan Nasional (PN). Sebelum parti politik ini diluluskan oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS), parti ini dikenali sebagai Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia atau United Indigenous Association of Malaysia.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia
ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا
Nama Bahasa InggerisMalaysian United Indigenous Party
Nama Bahasa Cina土著团结党
Nama Bahasa Tamilமலேசிய ஐக்கிய மக்கள் கட்சி
SingkatanBERSATU
PresidenTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Setiausaha agungDato' Seri Hamzah Zainudin
Timbalan PresidenDato' Seri Ahmad Faizal Azumu
Naib Pengerusi
Ketua ArmadaWan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Ketua SrikandiDatuk Seri Rina Mohd Harun
Ketua Srikandi MudaNurul Fadzilah Kamaluddin
PengasasTun Dr. Mahathir Mohamad
Diasaskan8 September 2016 (2016-09-08)[1]
Didaftarkan14 Januari 2017 (2017-01-14)[2]
Disahkan14 Januari 2017 (2017-01-14)[3]
PecahanPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Didahului olehPersatuan Pribumi Bersatu Malaysia
Ibu pejabatTingkat 8
Menara Yayasan Selangor
18A Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
AkhbarMY BERSATU[4]
Tidak rasmi:
MalaysiaNow
Badan pemikirInstitut Masa Depan Malaysia
Sayap beliaArmada Bersatu
Sayap wanitaSrikandi Bersatu
Sayap Belia WanitaSrikandi Muda Bersatu
Keanggotaan587,900 (sejak 3 September 2022)
Ideologi
Penggabungan kebangsaanPakatan Harapan
(2016-2019)[5]
Perikatan Nasional
(sejak 23 Februari 2020)
Penggabungan serantauGabungan Rakyat Sabah
(12 September 2020 - 10 Disember 2022)
Warna          Merah, Putih
SloganBersatu, Beramanah, Bermaruah[6]
Lagu partiPerjuangan Kita
Dewan Negara
2 / 70
Dewan Rakyat
31 / 222
Dewan Undangan Negeri
61 / 607
Menteri Besar dan Ketua Menteri
0 / 13
Simbol pilihan raya

Negeri selain Kelantan dan Terengganu

Di Kelantan dan Terengganu
Bendera parti
Laman sesawang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

BERSATU bersama-sama Barisan Nasional, Parti Islam Se-Malaysia, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku sambil disokong Ahli Parlimen BEBAS membentuk kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan pada Mac 2020 lalu sebelum penyertaan Gabungan Rakyat Sabah pada bulan September tahun yang sama. BERSATU juga mengetuai Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Sabah dan menjadi sebahagian daripada ahli dalam pentadbiran kerajaan bagi Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Kedah. Manakala Kerajaan Negeri Perlis, Kerajaan Negeri Kelantan, Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan.

Ketika BERSATU dalam kerajaan Pakatan Harapan, ia dipimpin oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan ketika itu (kini beliau telah menjadi Pengasas serta Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air sejak 8 Julai 2021).

BERSATU dahulu pernah menjadi salah sebuah parti dalam gabungan parti kerajaan Pakatan Harapan. Ia juga merupakan parti yang memimpin dalam gabungan parti pemerintah Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Johor dan parti dalam gabungan parti kerajaan bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Melaka dan Kerajaan Negeri Sabah. Ia juga merupakan parti pembangkang dalam Kerajaan Negeri Kelantan ketika dalam kerajaan Pakatan Harapan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 lalu.

Sejarah penubuhan sunting

Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir serta penggantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016 sebelum terubuhnya BERSATU dan Parti Warisan Sabah[7]. Ia menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Parlimen BEBAS selama 2 bulan. Beliau telah mencadangkan kepada Tun Dr Mahathir (yang ketika itu tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan) untuk menubuhkan BERSATU bersama-sama Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir yang ketika itu telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah[8] dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah namun tiada kerusi di Dewan Rakyat Malaysia. Oleh kerana itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi wakil tunggal BERSATU dalam Dewan Rakyat dari tahun 2016 hingga tahun 2018 lalu.[9] Dato' Seri Mohd Shafie Apdal kemudiannya telah menubuhkan Parti Warisan Sabah yang menumpukan kepada geopolitik di negeri Sabah.[10]

Borang pemohonan untuk mendaftarkan PPBM telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta ahli jawatankuasa penaja parti[11][12][13]. Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 08 September 2016 [14].

Jawatankuasa rasmi di peringkat pusat telah diumumkan secara rasmi pada 14 Januari 2017 yang telah menyatakan keahlian dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah dibubarkan secara sementara pada 5 April 2018[15]. Walau bagaimanapun pada 10 Mac 2018, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan berikutan ancaman berulang-kali yang dikeluarkan oleh ROS untuk membubarkan PPBM[16][17], parti itu telah pun menyediakan perancangan lain jika benar dibubarkan ROS[18].

Selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018, pembubaran BERSATU telah ditarik balik dan secara rasminya menjadi parti komponen Pakatan Harapan semula.

Pada Tahun 2020, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad telah meletak jawatan Pengerusi BERSATU serta telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7. Jawatan Pengerusi BERSATU telah dipangku oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan usul percaya Parlimen Malaysia telah berpihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ke-8 Malaysia. PPBM menjadi tulang belakang dan parti utama bagi Perikatan Nasional bersama-sama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN). Pada tahun yang sama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah terbahagi kepada dua bahagian secara rasmi iaitu BERSATU Sabah dan BERSATU Pusat (BERSATU Pusat adalah BERSATU Cawangan Semenanjung Malaysia termasuk Sarawak). BERSATU Sabah telah terpisah dengan BERSATU Pusat kerana ideologi dibawah pimpinan Hajiji Noor yang berbeza dengan pimpinan Muhyiddin Yassin dimana bawah pimpinan Hajiji Noor lebih mengutamakan rakyat-rakyat di Sabah tanpa menilai seseorang itu adalah pribumi, manakala Muhyiddin Yassin lebih kepada penjagaan hak pribumi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Pada Disember 2022, BERSATU Sabah telah dibubarkan oleh Kepemimpinan Hajiji Noor untuk mengukuhkan kedudukan Parti Buatan Tempatan di Sabah. Walaubagaimanapun, BERSATU Sabah telah dihidupkan semula pada Januari 2023 oleh Dr. Ronald Kiandee dan sekaligus menjadi pengerusi rasmi BERSATU Sabah yang kedua selepas Hajiji Noor.

Jawatankuasa Penaja Penubuhan (9 Ogos 2016) sunting

Jawatankuasa Penaja Penubuhan Parti[19]
Jawatan Nama
Presiden Penaja Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Pengerusi Penaja Tun Dr. Mahathir Mohamad
Timbalan Presiden Penaja Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir
Setiausaha Agung Penaja Kamarul Azman Habibur Rahman
Bendahari Penaja Ainina Saaduddin
Ahli Jawatankuasa Penaja Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Akhramsyah Muammar Ubaidah Tan Sri Sanusi

Takrif Pribumi sunting

Menurut perlembagaan parti, Pribumi bermaksud warganegara Malaysia berbangsa Melayu dan Bumiputera termasuk orang asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak seperti yang ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan undang-undang negara.

Cogan Perjuangan sunting

Cogan perjuangan parti ialah "'BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH". '

Bendera dan Lambang sunting

 
Lambang alternatif parti.

Bendera dan lambang parti berupa segi empat tidak sama berwarna merah dengan kadar nisbah 1:2 (lebar x panjang) dan didalamnya terdapat grafik berbentuk bunga lima kelopak berwarna putih.

Pengertian reka bentuk sunting

  • Lima kelopak bunga bererti lima (5) Rukun Islam sebagai Agama Persekutuan dan lima (5) Prinsip Rukunegara.
  • Lima kelopak bunga yang bersambung secara seimbang dan sekata melambangkan perpaduan warga Pribumi dan seluruh rakyat Malaysia yang hidup secara aman dan harmoni serta mendapat layanan yang adil dan saksama dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.

Pengertian warna sunting

  • Warna merah bererti keberanian, semangat patriotisme dan daya juang yang jitu.
  • Warna putih bererti kesucian, keikhlasan dan keluhuran dalam perjuangan serta sifat amanah, jujur dan berintegriti yang mesti dimiliki oleh ahli-ahli parti.

Tujuan Penubuhan sunting

BERSATU ditubuhkan untuk :

  1. Memberikan perhatian kepada reformasi institusi untuk mengembalikan integriti didalam pentadbiran negara.
  2. Mengembalikan semula demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang telah dinafikan dan disalahguna.
  3. Memuliakan pemisahan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.
  4. Berjuang untuk menambahbaik prestasi Kerajaan dan memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
  5. Mengembalikan penghormatan dan sanjungan dunia terhadap Malaysia dan rakyatnya.
  6. Bekerjasama dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang mempunyai aspirasi dan prinsip sehaluan dalam usaha membentuk kepimpinan Kerajaan yang lebih baik, demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia.

Matlamat Perjuangan sunting

  1. Menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
  2. Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
  3. Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
  4. Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
  5. Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
  6. Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti.
  7. Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
  8. Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
  9. Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
  10. Mendukung prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
  11. Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
  12. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.
  13. Menyertai pilihanraya umum Persekutuan dan Negeri serta pilihanraya kecil dengan tujuan untuk menghantar wakil parti ke Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pendaftaran ahli parti sunting

Sebuah laman web dan aplikasi, MY BERSATU telah dirasmikan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 September 2021 bagi memudahkan pendaftaran ahli baharu secara dalam talian.[20]

Kepimpinan sunting

Struktur pentadbiran BERSATU terdiri daripada Majlis Pimpinan Tertinggi dan Majlis Presiden di peringkat pusat, Badan Pimpinan Negeri di peringkat negeri, Jawatankuasa Pimpinan Bahagian di peringkat Parlimen dan Jawatankuasa Cawangan di peringkat daerah mengundi.

Majlis Pimpinan Tertinggi sunting

Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU adalah adalah badan eksekutif tertinggi parti yang menjalankan kuasanya di bawah perintah Perhimpunan Agung. Ia terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Presiden, seorang Timbalan Presiden, 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada, seorang Setiausaha Agung, seorang Bendahari Agung, seorang Ketua Penerangan, tidak lebih daripada 15 orang Ahli MPT yang dipilih dalam Perhimpunan Agung, tidak lebih daripada 7 orang yang dilantik oleh Presiden parti selepas berunding dengan Pengerusi parti, serta 6 orang wakil sayap-sayap parti iaitu 3 orang dari Srikandi dan 3 orang dari Armada.

Majlis Presiden pula adalah badan eksekutif yang mengelola hal ehwal pengurusan dan pentadbiran parti. Ia terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, 5 orang Naib Presiden termasuk Ketua Srikandi dan Ketua Armada, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan Ketua Penerangan.

Data sehingga 30 Oktober 2022.

Jawatan Nama
Presiden YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan Presiden YBhg Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu
Naib Presiden YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
YB Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
YBhg Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
Ketua Srikandi (Bertaraf Naib Presiden) YBhg Datuk Seri Rina Mohd Harun
Ketua Armada (Bertaraf Naib Presiden) YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Ketua Srikandi Muda YBhg Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor
Ketua Sayap Bersekutu Chong Fat Full
Setiausaha Agung YB Dato' Seri Hamzah Zainudin
Bendahari Agung YBhg Dato’ Mohamed Salleh Bajuri
Ketua Penerangan YB Datuk Wan Saiful Wan Jan
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (Dipilih) YB Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz
Abdul Hakim Gulam Hassan
YB Dato' Zainol Fadzi Paharudin
YB Dato' Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid
YB Senator Datuk Razali Idris
YBhg Dato' Eddin Syazlee Shith
YBhg Dato' Seri Mustapa Mohamed
YB Datuk Wan Saiful Wan Jan
YBhg Datuk Hajah Azlinda Abdul Latif
Mohd Taufik Yaacob
Mohd Rafiq Mohd Abdullah
YB Dato' Indera Suhaili Abdul Rahman
YB Dato' Dr. Sahruddin Jamal
YBhg Dato' Mohamed Farid Mohamed Zawawi
Mohd Zulkifli Zakaria
YB Mohd Yazid Mohd Yunus
YB Datuk Shabudin Yahaya
YB Dato' Rosol Wahid
Shamsilah Siru
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (Dilantik) YBhg Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
YBhg Dato' Dr. Abdul Latiff Ahmad
YBhg Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
YBhg Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad
YBhg Datuk Abdul Rashid Asari
Dr. Muhammad Faiz Na’aman

Perhimpunan Agung Tahunan sunting

Jawatan Nama
Pengerusi Tetap YB Dato' Mohd Suhaimi Abdullah
Timbalan Pengerusi Tetap YBhg Datuk Hashim Suboh
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti YBhg Tan Sri Syed Hamid Tan Sri Syed Jaafar Albar
Pengerusi Lembaga Displin YBhg Tan Sri Megat Najmuddin Dato' Seri Dr. Megat Khas
Pengerusi Lembaga Rayuan YBhg Tan Sri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad
Setiausaha Kerja Kapt (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya

Badan Pimpinan Negeri sunting

 
Pejabat BERSATU Negeri Johor di Kempas ketika bersama Pakatan Harapan.

Data sehingga 11 Jun 2022.

Negeri Nama Jawatan
Perlis YB Tuan Abu Bakar Hamzah Ketua
YBhg Datuk Hashim Suboh Timbalan Ketua
Kedah YB Dato' Mohd Suhaimi Abdullah[21] Ketua
Tuan Haji Mohd Taufik Yaacob Timbalan Ketua
Pulau Pinang YBhg Datuk Shabudin Yahaya Ketua
Tuan Haji Zulkefli Bakar Timbalan Ketua
Perak YBhg Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Haji Azumu Ketua
Tuan Mohader Ahmad Mohd Ayob Timbalan Ketua
Selangor YBhg Datuk Abdul Rashid Asari Ketua
YBhg Dato' Seri Azmin Ali Timbalan Ketua
Wilayah Persekutuan YB Dato' Indera Suhaili Abdul Rahman Ketua
YB Senator Muhammad Zahid Md Arip Timbalan Ketua
Negeri Sembilan YBhg Dato' Eddin Syazlee Shith Ketua
YBhg Datuk Mohd Hanafi Mohd Zain Timbalan Ketua
Melaka YB Dr. Mohd Yadzil Yaakub Ketua
YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin Timbalan Ketua
Johor YB Dato' Dr Sahruddin Jamal Ketua
YBhg Dato' Dr. Abdul Latiff Ahmad Timbalan Ketua
Pahang YB Dato' Sri Saifuddin Abdullah Ketua
YB Encik Mohd Yazid Mohd Yunus Timbalan Ketua
Kelantan YBhg Datuk Kamarudin Md Nor Ketua
YBrs Tuan Haji Mohd Zulkifli Zakaria Timbalan Ketua
Terengganu YB Senator Datuk Razali Idris Ketua
YB Dato' Rosol Wahid Timbalan Ketua
Sarawak YB Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian Ketua
YBhg Dato' Johan Mohamad Timbalan Ketua
Sabah YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee Ketua
Tuan Aksyah Nasrah Timbalan Ketua

Biro Pusat sunting

Senarai Biro Pusat
Biro Pengerusi
Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pengurusan Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu
Pilihan Raya dan Kajian Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Latihan dan Perkaderan Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Penambahan Ahli dan Cawangan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen
Agama Datuk Shabudin Yahaya
Ekonomi Dato' Sri Mustapa Mohamed
Antarabangsa Dato' Seri Mohamed Azmin Ali

Ulangtahun penubuhan sunting

 
Muyiddin Yassin   Twitter
@MuhyiddinYassin

Saksikan siaran secara langsung amanat dari YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Presiden BERSATU pada 9 malam ini.

10 September 2021

BERSATU telah menyambut ulangtahun ke-5 pada 2021 dan telah diadakan secara hibrid bagi mematuhi amalan operasi standard dalam Pelan Pemulihan Negara.[22] Pada malam tersebut, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan laman sesawang MY BERSATU bagi memudahkan pendaftaran keahlian baharu dibuat secara dalam talian.

Wakil Rakyat sunting

Dewan Negara sunting

Senator sunting

Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. BERSATU kini mempunyai 2 orang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan melalui Dewan Undangan Negeri.[23]

Lantikan Tempoh Ahli Catatan
  Yang di-Pertuan Agong 27.08.2021 - 26.08.2024 YB Senator Datuk Razali Idris Lantikan kali kedua
27.08.2021 - 26.08.2024 YB Senator Ir. Md Nasir Hashim Lantikan kali kedua

Dewan Rakyat sunting

Ahli Dewan Rakyat Malaysia sunting

BERSATU mempunyai 31 orang Ahli Dewan Rakyat Malaysia.

Negeri No Kawasan Parlimen Ahli Catatan
  Perlis P002 Kangar Zakri Hassan, YB Tuan
  Kedah P004 Langkawi Mohd Suhaimi Abdullah, YB Dato'
P006 Kubang Pasu Ku Abdul Rahman Ku Ismail, YB Dato' Wira
P014 Merbok Mohd Nazri Abu Hassan, YB Tuan
P017 Padang Serai Azman Nasrudin, YB Dato'
P018 Kulim-Bandar Baharu Roslan Hashim, YB Tuan
  Kelantan P026 Ketereh Khlir Mohd Nor, YB Dato'
P027 Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz, YB Dato' Sri
P029 Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, YB Tuan
P030 Jeli Zahari Kechik, YB Tuan Menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri [24]
P032 Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim, YB Tuan Menyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri [25]
  Terengganu P038 Hulu Terengganu Rosol Wahid, YB Dato'
  Pulau Pinang P042 Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, YB Datuk
  Perak Darul Ridzuan P054 Gerik Fathul Huzir Ayob, YB Tuan
P056 Larut Hamzah Zainudin, YB Dato' Seri Ketua Pembangkang Dewan Rakyat (19.12.2022-kini)
P059 Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, YB Dato' Menyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri[26]
P061 Padang Rengas Azahari Hasan, YB Tuan
P067 Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, YB Tuan Menyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri [27]
Keahlian digantung[28]
P074 Lumut Nordin Ahmad, YB Tuan
  Pahang Darul Makmur P082 Indera Mahkota Saifuddin Abdullah, YB Dato' Sri
P091 Rompin Abdul Khalib Abdullah, YB Dato'
  Selangor P092 Sabak Bernam Kalam Salan, YB Tuan
P093 Sungai Besar Muslimin Yahaya, YB Datuk
P095 Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi, YB Datuk Dr. Menyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri[29]
  Putrajaya P125 Putrajaya Mohd Radzi Md Jidin, YB Datuk Dr.
  Melaka P134 Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin, YB Datuk Wira
  Johor P143 Pagoh Muhyiddin Yassin, YB Tan Sri
P154 Mersing Muhammad Islahuddin Abas, YB Tuan
  Labuan P166 Labuan Suhaili Abdul Rahman, YB Datuk Dr. Menyatakan Sokongan Terhadap Perdana Menteri[30]
Keahlian digantung[31]
  Sabah P183 Beluran Ronald Kiandee, YB Datuk Seri Dr.
  Sarawak P205 Saratok Ali Biju, YB Datuk
Jumlah Perlis (1), Kedah (5),Kelantan (5), Terengganu (1), Pulau Pinang (1), Perak (6), Pahang (2), Selangor (3), W.P. Putrajaya (1), W.P. Labuan(1),Melaka (1), Johor (2), Sabah (1), Sarawak (1)

Dewan Undangan Negeri sunting

Ahli Dewan Undangan Negeri sunting

Negeri No. Kawasan DUN Ahli Catatan
  Perlis N1 Titi Tinggi Izizam Ibrahim EXCO Perlis
N7 Sena Marzita Mansor
N9 Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah
N11 Pauh Megat Hashirat Hassan EXCO Perlis
N12 Tambun Tulang Wan Zikri Afthar Ishak EXCO Perlis
  Kedah N01 Ayer Hangat Shamsilah Siru
N02 Kuah Amar Pared Mahamud
N03 Kota Siputeh Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir
N05 Bukit Kayu Hitam Halimaton Shaadiah Saad EXCO Kedah
N11 Derga Muhamad Amri Wahab
N12 Suka Menanti Dzowahir Ab Ghani EXCO Kedah
N16 Kubang Rotan Mohd Salleh Saidin EXCO Kedah
N19 Sungai Tiang Abdul Razak Khamis Timbalan YDP DUN Kedah
N21 Guar Chempedak Abdul Ghafar Saad
N30 Bayu Mohd Taufik Yaacob
N34 Lunas Khairul Anuar Ramli
  Kelantan N25 Kok Lanas Mohamed Farid Mohamed Zawawi
N27 Gual Ipoh Bahari Mohd Noor
N36 Bukit Bunga Mohd Almidi Jaafar
N37 Ayer Lanas Kamarudin Md Nor EXCO Kelantan
N43 Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim
N44 Paloh Shaari Mat Hussain
  Terengganu N04 Hulu Besut Mohd Husaimi Hussin
N06 Permaisuri Mohd Yusop Majid
N11 Seberang Takir Khazan Che Mat Timbalan YDP DUN Terengganu
N21 Telemung Mohd Zawawi Ismail
N30 Kijal Razali Idris EXCO Terengganu
  Pulau Pinang N06 Telok Ayer Tawar Azmi Alang
N10 Seberang Jaya Izhar Shah Arif Shah
N12 Penanti Zulkefli Bakar
N40 Telok Bahang Muhamad Kasim
  Perak Darul Ridzuan N07 Batu Kurau Mohd Najmuddin Elias
N09 Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari
N10 Alor Pongsu Noor Azman Ghazali
N13 Kuala Sepetang Ahmad Man
N19 Chenderoh Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin
N34 Bukit Chandan Hashim Bujang
N49 Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin
N52 Pangkor Norhaslinda Zakaria
N56 Changkat Jong Norhaslinda Zakaria
  Pahang Darul Makmur N18 Lepar Nadziruddin Mohamed Bandi
N25 Kuala Sentul Jasri Jamaludin
  Selangor N07 Batang Kali Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani
N09 Permatang Nurul Syazwani Noh
N10 Bukit Melawati Noorazley Yahya
N12 Jeram Harrison Hassan
N13 Kuang Mohd Rafiq Mohd Abdullah
N17 Gombak Setia Muhammad Hilman Idham
N18 Hulu Kelang Mohamed Azmin Ali Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor
N33 Taman Medan Afif Bahardin
N44 Selat Klang Abdul Rashid Asari
N49 Sungai Kandis Wan Dzahanurin Ahmad
N53 Morib Rosnizan Ahmad
N55 Dengkil Jamil Salleh
  Negeri Sembilan N20 Labu Mohamad Hanifah Abu Baker
N34 Gemas Ridzuan Ahmad Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan
  Melaka N11 Sungai Udang Mohd Aleef Yusof
N24 Bemban Mohd Yadzil Yaakub Ketua Pembangkang DUN Melaka
  Johor N7 Bukit Kepong Sahruddin Jamal
N32 Endau Alwiyah Talib
Jumlah Perlis (5), Kedah (11), Kelantan (6), Terengganu (5), Pulau Pinang (5), Perak (9), Pahang (2), Selangor (12), Negeri Sembilan (2), Melaka (2), Johor (2)

Keanggotaan sunting

BERSATU terbuka kepada warganegara Malaysia berstatus pribumi yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjadi ahli. Selain itu, ia juga membuka ruang kepada warganegara Malaysia yang bukan pribumi untuk menjadi ahli bersekutu. Permohonan keahlian dibuat dengan cara memohon menerusi kepimpinan cawangan atau permohonan terus menerusi Setiausaha Agong.

Lagu Rasmi sunting

Lagu rasmi BERSATU berjudul "Perjuangan Kita" hasil ciptaan Najwa Mahiaddin telah dilancarkan pada 7 Januari 2017 dalam Majlis Pelancaran Lagu dan Laman Sesawang Rasmi PPBM yang berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor. Lagu rasmi tersebut boleh ditonton di laman Youtube[32].

Pilihan Raya sunting

Pilihan raya umum Malaysia 2018 sunting

Bagi menghadapi Pilihan raya umum Malaysia 2018, BERSATU telah membentuk Pakatan Harapan bersama-sama PKR, DAP dan Amanah. BERSATU telah bertanding sebanyak 52 kerusi Parlimen dan 111 kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri di Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak, menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat. BERSATU tidak bertanding di Sabah kerana hendak memberikan laluan kepada Parti Warisan Sabah manakala di Sarawak pula BERSATU belum melebarkan sayap di negeri itu ketika itu. Di peringkat DUN pula, BERSATU diberi peluang mengetuai kerajaan negeri Kedah, Johor dan Perak sekiranya PH berjaya memenangi negeri tersebut. Berikut merupakan pembahagian kerusi yang diperoleh BERSATU pada Pilihan raya umum Malaysia 2018.

Jumlah kerusi yang BERSATU bertanding
Parlimen Dewan Undangan Negeri
Negeri Kerusi Negeri Kerusi Negeri Kerusi Negeri Kerusi
Perlis 2 Kedah 6 Perlis 5 Kedah 15
Pulau Pinang 1 Perak 8 Pulau Pinang 4 Perak 15
Kelantan 7 Terengganu 3 Kelantan 13 Terengganu 10
Pahang 6 Wilayah Persekutuan 2 Pahang 10 Wilayah Persekutuan -
Selangor 3 Negeri Sembilan 2 Selangor 9 Negeri Sembilan 6
Melaka 2 Johor 10 Melaka 6 Johor 18
Sabah 0 Sarawak 0 Sabah 0 Sarawak 0
Jumlah 52 Jumlah 111

Keputusan pilihan raya umum yang ditandingi BERSATU (Parlimen) sunting

Berikut merupakan keputusan pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen yang ditandingi BERSATU dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.

No. Kawasan Calon Keputusan Bersaing
P001 Padang Besar Izizam Ibrahim Tewas BN-UMNO
P003 Arau Abd Rahman Daud Tewas BN-UMNO
P004 Langkawi Mahathir Mohamad Menang BN-UMNO
P005 Jerlun Mukhriz Mahathir Menang BN-UMNO
P006 Kubang Pasu Amiruddin Hamzah Menang BN-UMNO
P011 Pendang Wan Saiful Wan Jan Tewas PAS
P012 Jerai Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi Tewas PAS
P016 Baling Mohd Taufik Yaacob Tewas BN-UMNO
P019 Tumpat Nordin Salleh Tewas PAS
P025 Bachok Mohd Zulkifli Zakaria Tewas PAS
P026 Ketereh Mohd Radzi Md Jidin Tewas BN-UMNO
P028 Pasir Puteh Kamarudin Md Nor Tewas PAS
P029 Machang Sazmi Miah Tewas BN-UMNO
P030 Jeli Azran Deraman Tewas BN-UMNO
P032 Gua Musang Mohd Nor Hussin Tewas BN-UMNO
P033 Besut Wan Nazari Wan Jusoh Tewas BN-UMNO
P034 Setiu Mohd Faudzi Musa Tewas PAS
P038 Hulu Terengganu Razali Idris Tewas BN-UMNO
P042 Tasek Gelugor Marzuki Yahya Tewas BN-UMNO
P054 Gerik Ibrahim Mohd Hanafiah Tewas BN-UMNO
P055 Lenggong Amirul Fairuzzeen Jamaluddin Tewas BN-UMNO
P056 Larut Khairil Anuar Akhiruddin Tewas BN-UMNO
P058 Bagan Serai Adam Asmuni Tewas BN-UMNO
P059 Bukit Gantang Khadri Khalid Tewas BN-UMNO
P063 Tambun Ahmad Faizal Azumu Menang BN-UMNO
P072 Tapah Muhammad Azni Md Ali Tewas BN-MIC
P073 Pasir Salak Salihuddin Radin Sumadi Tewas BN-UMNO
P079 Lipis Badarudin Abd Rahaman Tewas BN-UMNO
P081 Jerantut Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil Tewas BN-UMNO
P084 Paya Besar Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir Tewas BN-UMNO
P085 Pekan Muhammad Zahid Md Arip Tewas BN-UMNO
P086 Maran Ahmad Farid Ahmad Nordin Tewas BN-UMNO
P087 Kuala Krau Mohamad Rafidee Hashim Tewas BN-UMNO
P092 Sabak Bernam Warno Dogol Tewas BN-UMNO
P093 Sungai Besar Muslimin Yahaya Menang BN-UMNO
P095 Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi Tewas BN-UMNO
P119 Titiwangsa Rina Mohd Harun Menang BN-UMNO
P125 Putrajaya Samsu Adabi Mamat Tewas BN-UMNO
P127 Jempol Kamarulzaman Kamdias Tewas BN-UMNO
P129 Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith Menang BN-UMNO
P134 Masjid Tanah Sabirin Ja'afar Tewas BN-UMNO
P135 Alor Gajah Mohd Redzuan Md Yusof Menang BN-MCA
P143 Pagoh Muhyiddin Yassin Menang BN-UMNO
P146 Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menang BN-MCA
P149 Sri Gading Shahruddin Md Salleh Menang BN-UMNO
P151 Simpang Renggam Maszlee Malik Menang BN-UMNO
P154 Mersing Md Nasir Hashim Tewas BN-UMNO
P155 Tenggara Norjepri Mohd Jelani Tewas BN-UMNO
P156 Kota Tinggi Azlinda Abdul Latif Tewas BN-UMNO
P157 Pengerang Norliza Ngadiman Tewas BN-UMNO
P164 Pontian Karmanie Sardini Tewas BN-UMNO
P165 Tanjung Piai Mohamed Farid Md Rafik Menang BN-MCA

Pasca-pilihan raya umum Malaysia 2018 sunting

Selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018, terdapat beberapa penambahan kerusi BERSATU selepas penyandang yang menang telah lompat parti dengan menyertai BERSATU. Berikut merupakan senarai ahli Parlimen dan ADUN yang lompat parti dan seterusnya menyertai BERSATU.

Parlimen Dewan Undangan Negeri
No. Kawasan Penyandang Dari Parti No. Kawasan Negeri Penyandang Dari Parti
P030 Jeli Mustapa Mohamed BN-UMNO N21 Guar Chempedak Kedah Ku Abdul Rahman Ku Ismail BN-UMNO
P038 Hulu Terengganu Rosol Wahid BN-UMNO N37 Air Lanas Kelantan Mustapa Mohamed BN-UMNO
P042 Tasek Gelugor Shabudin Yahaya BN-UMNO N32 Endau Johor Alwiyah Talib BN-UMNO
P056 Larut Hamzah Zainudin BN-UMNO N36 Sedili Johor Rasman Ithnain BN-UMNO
P058 Bagan Serai Noor Azmi Ghazali BN-UMNO N37 Johor Lama Johor Rosleli Jahari BN-UMNO
P092 Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh BN-UMNO N8 Usukan Sabah Japlin Akim BN-UMNO
P134 Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin BN-UMNO N10 Sulaman Sabah Hajiji Noor BN-UMNO
P154 Mersing Abdul Latiff Ahmad BN-UMNO N21 Kawang Sabah Ghulam Haidar Khan Bahadar BN-UMNO
P027 Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz BN-UMNO N24 Membakut Sabah Mohd Arifin Mohd Arif BN-UMNO
P167 Kudat Abdul Rahim Bakri BN-UMNO N25 Klias Sabah Isnin Aliasnih BN-UMNO
P178 Sipitang Yamani Hafez Musa BN-UMNO N27 Lumadan Sabah Matbali Musah BN-UMNO
P177 Beaufort Azizah Mohd Dun BN-UMNO N30 Karanaan Sabah Masidi Manjun BN-UMNO
P183 Beluran Ronald Kiandee BN-UMNO N56 Apas Sabah Nizam Abu Bakar Titingan BN-UMNO
P184 Libaran Zakaria Edris BN-UMNO N49 Sungai Manik Perak Zainol Fadzi Paharudin BN-UMNO
N38 Nabawan Sabah Bobbey Ah Fang Suan UPKO

Krisis politik Malaysia 2020 sunting

Pada pertengahan tahun 2020, telah berlakunya krisis politik Malaysia 2020 yang menyebabkan pertukaran kerajaan Malaysia. Pada Mac 2020, seramai 10 orang ahli Parlimen telah lompat parti dan menyertai BERSATU. Berikut merupakan senarai Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negeri yang telah lompat parti dan seterusnya menyertai BERSATU[33]:

Parlimen Dewan Undangan Negeri
No. Kawasan Penyandang Dari Parti No. Kawasan Negeri Penyandang Dari Parti
P047 Nibong Tebal Mansor Othman PKR N17 Gombak Setia Selangor Muhammad Hilman Idham PKR
P082 Indera Mahkota Saifuddin Abdullah PKR N19 Bukit Antarabangsa Selangor Mohamed Azmin Ali PKR
P098 Gombak Mohamed Azmin Ali PKR N9 Kuala Kurau Perak Abdul Yunus Jamhari PKR
P124 Bandar Tun Razak Kamarudin Jaffar PKR N30 Buntong Perak Sivasubramaniam Athinarayanan PGRM
P140 Segamat Edmund Santhara Kumar Ramanaidu PKR N33 Tronoh Perak Paul Yong Choo Kiong Bebas
P099 Ampang Zuraida Kamaruddin PKR N43 Tualang Sekah Perak Nolee Ashilin Mohammed Radzi Bebas
P150 Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon PKR - Lantikan Sabah Jaffari Waliam PKR
P179 Ranau Jonathan Yasin PKR N29 Sidam Kedah Robert Ling Kui Ee PKR
P198 Puncak Borneo Willie anak Mongin PKR N34 Lunas Kedah Azman Nasruddin PKR
P205 Saratok Ali anak Biju PKR N10 Seberang Jaya Pulau Pinang Afif Bahardin PKR
N21 Sungai Acheh Pulau Pinang Zulkifli Ibrahim PKR
N4 Pemanis Johor Chong Fat Full PKR

Kemelut politik Malaysia 2020 juga menyaksikan wakil rakyat BERSATU keluar dari parti sama ada dipecat, keahlian terhenti dan memohon untuk keluar.[34]

No. Kawasan Penyandang Jawatan pernah disandang dalam Kerajaan Catatan
P004 Langkawi Mahathir Mohamad Perdana Menteri (10.05.2018 – 24.02.2020)

Perdana Menteri Interim (24.02.2020 - 29.02.2020)

Keahlian terhenti pada Mei 2020
P005 Jerlun Mukhriz Mahathir Menteri Besar Kedah (11.05.2018 – 17.05.2020) Keahlian terhenti pada Mei 2020
P006 Kubang Pasu Amiruddin Hamzah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (22.05.2018 - 02.07.2018)

Timbalan Menteri Kewangan (02.07.2018 – 24.02.2020)

Keahlian terhenti pada Mei 2020
P146 Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan (02.07.2018 – 24.02.2020) Keahlian terhenti pada Mei 2020
P151 Simpang Renggam Maszlee Malik Menteri Pendidikan (21.05.2018 – 03.01.2020) Keahlian terhenti pada Mei 2020
P149 Sri Gading Shahruddin Md Salleh, Datuk Dr. Timbalan Menteri Wilayah (2018–2020)

Timbalan Menteri Kerja Raya (Mac–Jun 2020)

Keahlian terhenti pada Julai 2020
N7 DUN Batang Kali, Selangor Harumaini Omar Keluar parti pada Ogos 2020
N12 DUN Jeram, Selangor Mohd Shaid Rosli Keluar parti pada Ogos 2020
N13 DUN Kuang, Selangor Sallehudin Amiruddin Keluar parti pada Ogos 2020
N8 DUN Titi Serong, Perak Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim Dipecat dari AMANAH (09.03.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (19.05.2018 - 06.03.2020)

Menyertai PPBM (29.07.2020)

Keahlian terhenti pada Disember 2020 kerana menyokong usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu
N30 Dun Buntong, Perak Sivasubramaniam Athinarayanan Melompat parti daripada DAP ke GERAKAN kamudian PPBM selepas BN menjadi MB Keluar parti pada Januari 2022
N33 Dun Tronoh, Perak Paul Yong Choo Kiong Dipecat dari DAP dan menyertai PPBM Keluar parti pada Januari 2022
N20 Dun Lembah Jaya, Selangor Haniza Mohamed Talha Dipecat dari PKR (14.04.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (14.05.2018 - 14.04.2020)

Menyertai PPBM (22.08.2020)

Keluar parti pada Januari 2022
N43 Dun Sementa, Selangor Daroyah Alwi Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (14.05.2018 - 13.06.2020)

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (14.05.2018 - 13.06.2020)

Menyertai PPBM (22.08.2020)

Keluar parti pada Januari 2022

Pilihan raya kecil DUN Semenyih sunting

Pada 2 Mac 2019, telah berlaku pilihan raya kecil di DUN Semenyih, Selangor yang kosong disebabkan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor. Dalam pilihan raya tersebut, BERSATU telah bertanding mewakili PH. Bersatu menghantar calonnya Muhammad Aiman Zainali, namun tewas kepada Barisan Nasional dengan calonnya Zakaria Hanafi dari UMNO.

Pilihan raya kecil Selangor: DUN Semenyih 2019
Tahun Kawasan Calon Undi Lawan Undi Majoriti
2019 DUN Semenyih, Selangor Muhammad Aiman Zainali (PH-Bersatu) 17,866 Zakaria Hanafi (BN-UMNO) 19,780 1,914
Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) 847
Kuan Chee Heng (Bebas) 725

Pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai sunting

Pada 16 November 2019, telah berlaku pilihan raya kecil di Parlimen Tanjung Piai, Johor yang kosong disebabkan kematian penyandangnya, Mohamed Farid Md Rafik. Dalam pilihan raya tersebut, BERSATU telah bertanding mewakili PH. Bersatu menghantar calonnya Karmaine Sardini, namun tewas kepada Barisan Nasional dengan calonnya Wee Jeck Seng dari MCA.

Pilihan raya kecil Johor: Parlimen Tanjung Piai 2019
Tahun Kawasan Calon Undi Lawan Undi Majoriti
2019 Parlimen Tanjung Piai Karmaine Sardini (PH-Bersatu) 10,380 Wee Jeck Seng (BN-MCA) 25,466 15,086
Wendy Subramaniam (Gerakan) 1,707
Badhrulhisham Abdul Aziz (BERJASA) 850
Ang Chuan Lock (Bebas) 380
Faridah Aryani Abd Ghaffar (Bebas) 32

Pilihan Raya Negeri Melaka sunting

PN bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka, 20 November ini dengan parti komponennya BERSATU bertanding di 15 kerusi manakala PAS, lapan dan Gerakan, lima.

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ahli Parlimen Masjid Tanah yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka mengenepikan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang merupakan Pengerusi Bersatu dan juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka. Mas Ermieyati yang juga Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di pejabat PN, November 2021. Muhyiddin berkata, pemilihan Mas Ermieyati itu diputuskan sebulat suara pada mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN. Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara, seorang wanita yang berkelayakan tinggi dalam kalangan professional muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon Ketua Menteri. Pencalonan Mas Ermieyati itu melakar sejarah baharu menjadikan Melaka negeri pertama yang akan nanti mempunyai satu-satunya Ketua Menteri wanita

Seperti yang berlaku dalam mana-mana pertandingan, terdapat pihak yang menang dan kalah pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, dengan pemenang paling jelas adalah BN. Perikatan Nasional (PN) pula, seperti yang dijangkakan ramai pemerhati, tewas di hampir semua kerusi. Calon Ketua Menteri Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; bekas Ketua Menteri, serta Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PN-Telok Mas) gagal memperoleh mandat pengundi Melaka. Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Berdasarkan keputusan, Mas Ermieyati -PN memperoleh 3,195 undi berbanding 3,558 diraih Ab Rauf-BN. Mohd Rafiq yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka hanya meraih 3,979 undi di DUN Telok Mas, tewas dengan majoriti 2,076 undi kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang memperoleh 6,052 undi. Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Seri Michael Gan Peng Nam bertanding di DUN Ayer Keroh hanya meraih 2,479 undi berbanding dua lagi saingannya iaitu calon DAP, Kerk Chee Yee (9,459) dan calon BN Yong Fun Juan (3,835). Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Kamarudin Sidek tewas di DUN Duyong dengan mendapat 2874 undi berbanding saingannya dari DAP Damian Yeo (4484) dan BN Mohd Noor Helmy Abu Halen yang menang dengan 4684 undi.

Sementara itu PN menang dengan menewaskan Pengerusi DAP Negeri Melaka Datuk Tey Kok Kiew yang sebelum ini selesa di kerusi DUN Bandar Hilir dengan majoriti 11,313 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu juga tewas selepas berpindah ke kerusi DUN Bemban kali ini. Beliau yang memperoleh 3,095 undi kalah dengan majoriti tipis 328 undi di tangan calon muka baharu PN, Dr Yadzil Yaakub yang meraih 4,211 undi. Perikatan Nasional (PN) juga menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang. PN-PPBM menang melalui calonnya, Dr. Mohd. Aleef Yusof dengan mendapat undian 6,789 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Ali Mohamad yang merupakan Ketua UMNO Tangga Batu, Timbalan Pengerusi UMNO Melaka merangkap Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara yang hanya memperoleh 6,259 undi; Hasmorni Tamby (PH), 2,035 undi dan Mohd. Zahar Hashim (Bebas), 471 undi.

Susulan itu pemimpin utama Bersatu Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen melepaskan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Melaka dan juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, berkuat kuasa serta-merta. Peletakan jawatannya itu diumumkan dalam satu pernyataan dan beliau telah menyerahkan surat rasmi berhubung pengundurannya itu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketua Bersatu Bahagian Jasin yang merupakan ADUN Bemban, Dr Yadzil Yaakub dilantik sebagai Pengerusi PPBM Melaka yang baharu.

Lihat Juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Tun, Mahathir Mohammad (2016-09-08). "PPBM secara rasminya ditubuhkan". chedet official. Dicapai pada 2020-09-08.
  2. ^ ASTRO AWANI, Hilal Azmi (2017-01-14). "Parti Pribumi Bersatu Malaysia didaftarkan". Astro Awani. Dicapai pada 2017-01-14.
  3. ^ ASTRO AWANI, Hilal Azmi (2017-01-14). "PPBM diluluskan secara prinsip oleh ROS". Astro Awani. Dicapai pada 2017-01-14.
  4. ^ "This apps information is from the official website of BERSATU (please see the bottom of the official website of BERSATU)" (dalam bahasa English). BERSATU.org. Dicapai pada 21 August 2021. Muhyiddin: Sila muat turun aplikasi rasmi MyBERSATU seperti yang tertera di bahagian paling bawah laman web rasmi Parti BERSATU MalaysiaCS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Malaysiakini (2020-02-24). "Muhyiddin: Bersatu quits Harapan". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-02-27.
  6. ^ Tan Sri, Muhyiddin (2020-03-10). "Slogan PPBM, "BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH"". PPBM Official Website. Dicapai pada 2020-03-10.
  7. ^ Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung jawatan
  8. ^ Mukhriz Mahathir letak jawatan MB Kedah
  9. ^ Penyata rasmi Dewan Rakyat 05 April 2018
  10. ^ Shafie Apdal umum parti baharu Parti Warisan Sabah
  11. ^ Tan Sri Muhyiddin daftar Parti Bersatu
  12. ^ Tan Sri Muhyiddin umum parti baharu, serah borang pendaftaran
  13. ^ Bersatu Diterajui Tujuh Bekas Pemimpin Umno MStar
  14. ^ Sijil Kelulusan Penubuhan
  15. ^ "PPBM Dibubarkan Sementara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-05. Dicapai pada 2018-04-05.
  16. ^ ROS bubar PPBM jika gagal adakan AGM
  17. ^ ROS akan keluar notis pembubaran PPBM
  18. ^ Tun M: PPBM ada pelan lain jika dibubarkan RoS
  19. ^ Saifullah Ahmad [1] Sinar Harian
  20. ^ Laman MY BERSATU
  21. ^ Penyandang jawatan, Mukhriz Mahathir telah dipecat daripada Bersatu pada 28 Mei 2020. Rujuk: Astro Awani (28 Mei 2020). "Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga yang lain dipecat dari Bersatu". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-08. Dicapai pada 28 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  22. ^ Bersatu rai ulang tahun kelima secara dalam talian malam ini
  23. ^ "Senarai Ahli Dewan Negara". Parlimen Malaysia. Dicapai pada 22 November 2014.
  24. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/ahli-parlimen-jeli-pula-nyatakan-sokongan-kepada-kepimpinan-pm-anwar-445208
  25. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1174468/ahli-parlimen-gua-musang-isytihar-sokong-perdana-menteri
  26. ^ https://www.malaysiakini.com/news/688150
  27. ^ https://berita.rtm.gov.my/semasa/senarai-berita-semasa/senarai-artikel/ahli-parlimen-kuala-kangsar-sokong-pm#:~:text=KUALA%20KANGSAR%2C%2012%20Oktober%2D%20Ahli,Anwar%20Ibrahim%2C%20bermula%20hari%20ini.
  28. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1173215/keahlian-iskandar-dzulkarnain-dalam-bersatu-digantung-4-tahun
  29. ^ https://www.malaysiakini.com/news/694187
  30. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/ahli-parlimen-labuan-isytihar-sokong-kepimpinan-pm-anwar-443893
  31. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1174426/suhaili-digantung-6-tahun-dari-bersatu
  32. ^ https://www.youtube.com/watch?v=y27C10cztCc
  33. ^ BERNAMA (11 Mac 2020). "Azmin sah sertai Bersatu". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  34. ^ Raiham Mohd Sanusi (28 Mei 2020). "Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)