Pilihan raya kecil Semenyih 2019

Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih 2019 merupakan pilihan raya kecil yang keenam selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari 2019.[1] Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 2 Mac 2019. Kerusi itu menjadi kosong selepas kematian anggota Dewan Undangan Negeri, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari 2019 akibat serangan jantung.[2] Bakhtiar ialah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah gabungan Pakatan Harapan (PH).

Pilihan Raya Kecil Semenyih, 2019

← 2018 2 Mac 2019 (2019-03-02)

Kerusi Semenyih di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak.
 
Calon Zakaria Haji Hanafi Muhammad Aiman Zainali Nik Aziz Afiq Abdul
Parti BN-UMNO PH-PPBM PSM
Undian popular 19,780 17,866 847

 
Calon Kuan Chee Heng
Parti Bebas
Undian popular 725

Yang Berhormat sebelum pilihan raya

Bakhtiar bin Mohd Nor
Pakatan Harapan-PPBM

Yang Berhormat

Zakaria Haji Hanafi
Barisan Nasional-UMNO

Hari pencalonan pada 16 Februari 2019, dengan tempoh berkempen selama 2 minggu sehingga hari pilihan raya pada 2 Mac 2019 dan 26 Februari 2019 untuk pengundian awal. Pilihan raya kecil itu menggunakan senarai pemilih suku tahun 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari 2019, yang mana kawasan itu mempunyai 53,411 pengundi yang layak terdiri daripada 53,520 pengundi biasa dan 109 orang yang tidak hadir.[1][3]

Zakaria Hanafi dari Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil itu. Inilah kali pertama kerusi bertukar kepada pihak lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.[4]

Penamaan calonSunting

Pilihan Raya Kecil Semenyih menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH-PPBM, BN-UMNO, PSM dan calon Bebas. PH-PPBM mencalonkan Muhammad Aiman Zainali. BN-UMNO telah mempertaruhkan Zakaria Haji Hanafi. PSM mencalonkan Nik Aziz Afiq Abdul, manakala seorang calon bebas Kuan Chee Heng turut mencalonkan diri.

Keputusan pilihan rayaSunting

Keputusan:[5]

Pilihan raya kecil negeri Selangor 2 Mac 2019: Semenyih
Kematian penyandang terkini, Bakhtiar Mohd Nor
Parti Calon Undian % ∆%
BN Zakaria Hanafi 19,780 50.44 19.10
PH Muhammad Aiman Zainali 17,866 45.56 5.20
PSM Nik Aziz Afiq Abdul 847 2.16 0.64
Bebas Kuan Chee Heng 725 1.84 N/A
Jumlah undi yang sah 38,518 100.00
Jumlah undi yang ditolak 650
Undi yang tidak dikembalikan 50
Muncul sebagai 39,218 73.3
Pemilih berdaftar 54,503
Majoriti 1,914 4.88 ?
BN ambil alih dari PH Unjuran .


Keputusan terdahuluSunting

Pilihan raya negeri Selangor 2018: Semenyih
Parti Calon Undian % ∆%
PH Bakhtiar Mohd Nor 23,428 50.76 + 14.84
BN Johan Abd Aziz 14,464 31.34 - 17.55
PAS Mad Shahmiour Mat Kosim 6,966 15.09 + 15.09
PSM Arutchelvan Subramaniams 1,293 2.80 - 12.39
Jumlah undi yang sah 46,151 100.00
Jumlah undi yang ditolak 366
Undi yang tidak dikembalikan 55
Muncul sebagai 46,572 87.45
Registered electors 53,257
Pemilih berdaftar 8,964 19.42
PH ambil alih dari BN Unjuran .


RujukanSunting

  1. ^ a b "Semenyih by-election on March 2". Malaysiakini. 18 January 2019. Dicapai pada 18 January 2019.
  2. ^ "Semenyih assemblyman Bakhtiar Mohd Nor passes away". The Star. 11 January 2019. Dicapai pada 18 January 2019.
  3. ^ "53,411 voters eligible to vote in Semenyih by-election this Saturday". Malay Mail. 28 February 2019. Dicapai pada 28 February 2019.
  4. ^ "Official: Barisan wins in Semenyih with a 1,914 vote majority". The Star Online. 2 March 2019. Dicapai pada 2 March 2019.
  5. ^ Syed Umar Ariff (March 2, 2019). "Semenyih by-election: PH needs to get out of comfort zone". New Straits Times.