Parti Sosialis Malaysia

parti politik di Malaysia

Parti Sosialis Malaysia (Tulisan Jawi: ڤرتي سوسياليس مليسيا) (singkatan: PSM) merupakan sebuah parti politik berideologikan sosialisme di Malaysia. PSM ditubuhkan hampir sembilan tahun setelah Parti Rakyat Malaysia (PRM) lantaran parti itu yang menggugurkan 'Sosialis' dari nama asalnya Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). PSM ini ditubuhkan pada tahun 1998, tetapi pendaftaran parti ini selalu ditolak dengan alasan "mengancam keselamatan negara". Namun demikian, parti ini masih menghantar calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum dengan tiket parti pembangkang lain. Akhirnya PSM dapat pendaftaran pada 19 Ogos 2008 setelah penyelesaian kes itu di luar mahkamah.

Parti Sosialis Malaysia
ڤرتي سوسياليس مليسيا
PSM
PemimpinMichael Jeyakumar Devaraj
Setiausaha agungSivarajan Arumugam
Ditubuhkan30 April 1998
(Didaftarkan pada 19 Ogos 2008)
Disahkan19 Ogos 2018
Ibu pejabatNo.140A, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
AkhbarSosialis
Think Left
Socialist Perspectives
Sayap beliaPemuda PSM
Keanggotaan (2024)59,990
IdeologiSosialisme
Sosialisme Demokratik
Eko-Sosialisme
Populisme Sayap Kiri
Sekularisme
Progresivisme
Kedudukan politikPolitik haluan kiri
Penggabungan kebangsaanSekutu Politik
Parti Rakyat Malaysia (sejak 2018)
Ikatan Demokratik Malaysia (sejak 2023)
WarnaMerah Marun, Putih
Lagu partiInternationale
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri:
0 / 607
Bendera parti
Laman sesawang
partisosialis.org

Parti Sosialis Malaysia di Facebook

Akhirnya pada 10 September 2008, parti ini berjaya didaftar dan wakil rakyat parti ini bermula mewakili parti ini di dewan undangan. Sebelum itu kedua-dua orang wakil rakyat yang sedia ada mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas menang dengan tiket PKR.

Pilihan raya

sunting

Disebabkan parti ini tidak dapat didaftarkan, oleh itu calon-calon yang dihantar terpaksa bertanding dengan tiket parti lain. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, mereka menggunakan tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP). Tetapi menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, DAP enggan membantu PSM dengan tuduhan "tidak pernah bertegur sapa", oleh itu calon-calon PSM beralih mendapat bantuan daripada Parti Keadilan Nasional (KeADILan).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menggantikan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) terus membenarkan calon-calon PSM bertanding dengan tiket PKR. Namun terdapat seorang calon PSM yang bertanding sebagai seorang calon bebas menggunakan lambang kunci, iaitu calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Jelapang di negeri Perak. Di kawasan ini sudah terdapat seorang calon parti pembangkang, iaitu Hee Yit Foong dari DAP. S. Arutchelvan juga bertanding bagi DUN Semenyih di Selangor. Akhirnya, PSM mempunyai dua orang calon yang menang di bawah tiket PKR, iaitu Michael Jeyakumar dari kawasan Parlimen Sungai Siput negeri Perak, dan Pengerusi parti Dr. Mohd Nasir Hashim dari kawasan DUN Kota Damansara negeri Selangor.[1]

Presiden PSM

sunting
bil Presiden Tempoh
1 Mohd Nasir Hashim 2008 - 2019
2 Michael Jeyakumar 2019 - Kini

Kepimpinan

sunting

  • Pengerusi
  • Timbalan Pengerusi
    • S. Arutchelvan
  • Setiausaha Agung
    • Sivarajan Arumugam
  • Timbalan Setiausaha Agung
    • K. S. Bawani
  • Bendahari
    • Soh Sook Hua
  • Timbalan Bendahari
    • T. Simon
  • AJK Pusat
    • Khairul Nizam @ Aduka
    • Julius Choo Chon Kai
    • Mohanarani Rasaiah
    • Letchimi Devi
    • Sivaranjani Manickam
    • Karthiges
    • Chong Yee Shan
    • Nalini Elumalai
    • Parameiswary Elumalai
    • Mahira Muliotoh
    • Kohila
    • Cheong Huei Ting
  • Ketua Pemuda PSM
    • Arveent Kathirtchelvan


Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Choo Chon Kai (November 2008). "Socialist Party of Malaysia: Building socialism while capitalism crumbles". Links.org.au. Dicapai pada 19 April 2013.

Pautan Luar

sunting