Parti Rakyat Malaysia

parti politik di Malaysia
(Dilencongkan dari PRM)


Parti Rakyat Malaysia (singkatan: PRM) atau Malaysian People's Party merupakan sebuah parti politik bergerak bebas yang berhaluan kiri di Malaysia.

Parti Rakyat Malaysia
ڤرتي رعيت مليسيا
Malaysian People's Party
马来西亚人民党
Mǎ Lái Xī Yà Rén Mín Dǎng
மலேசிய மக்கள் கட்சி Malēciya makkaḷ kaṭci
PRM
PresidenAhmad Juflis
Timbalan PresidenMuhammad Ezam Muhammad Nor
Naib Presiden 1S. Manikavasagam
Naib Presiden 2Tan Chow Kang
Naib Presiden 3Sarah Afiqah binti Zainol Arif
PengasasAhmad Boestamam
Ditubuhkan11 November 1955
Didahului oleh
  • 1955 - Partai Ra'ayat (People's Party; PR)
  • 1970 - Parti Sosialis Rakyat Malaysia (Malaysian People's Socialist Party; PSRM)
  • 1989 - Parti Rakyat Malaysia (Malaysian People's Party; PRM)
Ibu pejabatMenara PRM,
No 8, Jalan Indah 3,
Taman Selayang Indah,
Batu Caves, Selangor
Malaysia
AkhbarSuara Rakyat
Sayap beliaAngkatan Rakyat Muda
Keanggotaan (2022)90,000
IdeologiProgressivism
Democraticsm
Left-wing nationalism
Kedudukan politikPolitik haluan kiri
Penggabungan kebangsaanBarisan Sosialis (1957–1969)
Harakah Keadilan Rakyat (1969–1990)
Gagasan Rakyat (1990-1998)
Barisan Alternatif (1998–2004)
Sekutu Politik :
Parti Sosialis Malaysia (sejak 2018)
Parti Demokratik Malaysia (sejak 2018)
ikatan Demokratik Malaysia (sejak 2023)
Penggabungan antarabangsatidak ada
Warna     Merah, hitam, putih
Lagu partiDemi Rakyat
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri:
0 / 600
Bendera parti
Laman sesawang
partirakyatmalaysia.blogspot.com
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
k, jdooe

Sejarah sunting

Penubuhan Parti Rakyat 1955 sunting

Parti Rakyat merupakan salah satu daripada parti politik tertua di indonesia yang diasaskan oleh aktivis berhaluan kiri dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain pada 11 November 1955. Parti ini diinspirasikan menerusi perjuangan kemerdekaan di Indonesia yang diketuai oleh Sukarno, parti ini sesuai untuk semangat patriotisme ke atas Se-Malaya/Indonesia. Parti ini bertentangan dengan sifat yang bercirikan kontemporari (yang kemudiannya menjadi parti pemerintah sehingga 9 Mei 2018). Parti Rakyat mendesak untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan British.

Kerjasama Barisan Sosialis sunting

Pada era 1950-an dan 1960-an, Barisan Sosialis atau Socialist Front (SF) atau nama penuhnya Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 1958, terdiri daripada Parti Rakyat Malaya, Parti Buruh Malaya dan Parti Perhimpunan Kebangsaan (PPK)[1] bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di Semenanjung Malaysia. Pengaruh puak berhaluan kiri yang semakin kuat telah menghasilkan tindakan keras dari kerajaan Perikatan pimpinan UMNO. Pada 1963, sejurus selepas kejadian Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah pemimpin Barisan Sosialis Ahmad Boestamam (presiden PRM), Ishak Haji Muhammad (presiden PBM) serta Abdul Aziz Ishak (presiden PPK), Datuk Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM), Kamarulzaman Teh, Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain.

Barisan Sosialis kemudiannya akhirnya semakin lemah kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum Peristiwa Mei 13 pada 1969, pihak pemerintah semakin menguatkan pengaruhnya dengan memansuhkan sistem pilihanraya di Majlis Tempatan dan menggantikannya dengan secara lantikan. Oleh yang demikian, Parti Rakyat telah kehilangan sokongan dan suara didalam Parlimen dan juga Majlis Tempatan.

Penukaran nama Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) 1970 sunting

Pada tahun 1970, kepimpinan Parti Rakyat telah diambil alih oleh Kassim Ahmad, seorang lepasan professional universiti, Parti Rakyat telah diterapkan lagi dengan ideologi sosialis lebih radikal. Pindaan Perlembagaan telah dibuat dan Parti Rakyat bertukar nama kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Disebabkan perkembangan ini, pihak pemerintah mengambil kesempatan dan membuat momokan bahawa parti ini mirip kepada komunis. Diatas tuduhan-tuduhan yang dikatakan palsu, ramai pemimpin dan penyokong parti terus ditahan dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Malah Presiden PSRM ketika itu, Kassim Ahmad juga telah ditahan. Sebahagian rakyat bertambah memandang serong dan takut akan PSRM yang begitu banyak dimomokan. Pada awal tahun 1980-an, Datuk Kampo Radjo, bekas Exco Selangor telah dipilih menjadi Presiden menggantikan Kassim Ahmad.

Penukaran semula dan penubuhan serpihan Parti Sosialis Malaysia (PSM) 1989 sunting

Pada 1989, PSRM bertukar nama balik semula kepada nama asalnya, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan menggugurkan perkataan sosialis dari nama parti dan perlembagaan. Ini mengakibat bantahan sesetengah ahli yang berpendapat parti itu telah mengendahkan perjuangan asal ideologi sosialisme mereka dan menyebabkan kumpulan serpihan yang diterajui Dr. Mohd Nasir Hashim dan kemudiannya menubuhkan parti baru, Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 30 April 1998 yang berjaya didaftarkan akhirnya pada 10 September 2008.

Perpecahan, pembubaran dan pergabungan dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) 2003 sunting

Semasa berlaku gerakan Reformasi yang melahirkan sebuah parti baru iaitu Parti Keadilan Nasional (KeADILan) yang dipimpin oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim (Presiden ialah isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, kerana Anwar dipenjarakan) memulakan penerokaan untuk bergabung antara dua parti. Kerjasama kedua-dua parti ini bermula daripada pembentukan Barisan Alternatif. Ketika itu Presiden PRM ialah Syed Husin Ali. Walaupun hasrat penggabungan tersebut telah ditangguhkan disebabkan keengganan pihak berkuasa. Dua parti ini secara rasmi bergabung pada 3 Ogos 2003. Hasil daripada penggabungan parti, parti ini kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Syed Husin Ali yang merupakan Presiden PRM sebelum penggabungan ini menjadi Timbalan Presiden PKR manakala Wan Azizah menjadi Presiden PKR.

Pembubaran dibatalkan sunting

Walaupun demikian, beberapa pemimpin Parti Rakyat Malaysia tidak menyetujui penggabungannya kepada sebuah entiti lain yang baru. Pada 17 April 2005, ahli Parti Rakyat Malaysia yang menentang penggabungan ini mengadakan Kongres Nasional di Johor Bahru dan dipilih menerusi kepimpinan baru bagi mengatasi pergelutan parti. Ini menyebabkan 8 orang bekas pemimpin PRM yang telah menyertai PKR, antaranya timbalan presiden PKR Dr. Syed Husin Ali (bekas presiden PRM), naib presiden PKR dan ahli pahlimen Subang Jaya R. Sivarasa (bekas naib presiden PRM) dan ahli jawatankuasa pusat PKR Dr. Sanusi Osman (bekas setiausaha agung PRM), naib ketua pemuda PKR Faizal Sanusi (bekas Ketua Angkatan Muda PRM), ketua penerangan PKR Latheefa Koya (bekas AJK Angkatan Muda PRM ), AJK pusat PKR yang dilantik Ban Ah Kam (bekas AJKP PRM yang dilantik), Lim Yong Pang (bekas AJKP PRM) dan Tai Kim Tat (bekas AJKP PRM) memohon kepada mahkahmah untuk PRM dibubarkan, namun Mahkahmah Tinggi mengisytiharkan bahawa penolakan ROS terhadap permintaan bekas pemimpin PRM tersebut untuk membubarkan PRM adalah sah kerana ianya hanya boleh dilakukan sekiranya 60% ahlinya mengundi untuk berbuat demikian di dalam kongres khas parti dan Kongres khas ini tidak diadakan oleh pemimpin tersebut.

Tambahan lagi, pemohon petisyen agar PRM dibubarkan sudah tidak mempunyai locus standi kerana mereka telah meninggalkan parti.[2] Pendaftaran PRM masih kekal sah sebagai parti politik mengikut Pendaftar Pertubuhan (ROS)[3] dan malahan PRM telah terus bertanding di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008.

Jawatankuasa eksekutif baharu yang diumumkan pada 2005 telah diketuai oleh bekas ketua pemuda PRM Hassan Abdul Karim.

Tokoh PRM lain yang mengambil bahagian dalam membangkitkan parti itu termasuk ahli akademik Rohana Ariffin dan bekas tahanan politik Koh Swee Yong.

Bagaimanapun, Hassan kemudiannya akan kembali kepada PKR pada 2009 selepas cadangannya untuk menyertai gabungan Pakatan Rakyat ditolak oleh kongres parti.

Bekas pemimpin PRM yang akhirnya mendapat atau mengekalkan darjah kebesaran semasa dalam PKR termasuk Syed Husin Ali, yang berkhidmat dua penggal di Dewan Negara dan Hassan Abdul Karim yang dipilih sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang pada 2018 dan menang untuk kali kedua pada tahun 2022.

Seorang lagi tokoh terkenal yang berpindah daripada PRM kepada PKR ialah Sivarasa Rasiah yang merupakan ahli parlimen tiga penggal dari 2008 hingga 2022 dan berkhidmat sebagai timbalan menteri pembangunan luar bandar dari 2018 hingga 2020.

Lain-lain yang berada dalam kedua-dua parti ialah ahli kesatuan Syed Shahir Syed Mohamud yang merupakan presiden MTUC dari 2005 hingga 2010 dan kemudiannya berkhidmat di Dewan Negara dari 2012 hingga 2015, dan peguam Latheefa Koya yang dilantik sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di 2019.

Aktiviti Terkini sunting

PRM bertanding dalam pilihan raya umum 2008, 2013, 2018 dan 2022, tanpa memenangi sebarang kerusi perundangan persekutuan atau negeri. PRM tidak menyertai gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (2008-2015) atau penggantinya Pakatan Harapan (2015–sekarang).

Menjelang pilihan raya umum 2018, parti itu disertai bekas ADUN DAP Teratai, Jenice Lee Ying Ha, dan bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang sebelum ini mewakili PKR. Kedua-duanya bertanding dalam pilihan raya tetapi gagal memenangi kerusi mereka.

Menjelang pilihan raya umum 2022, parti itu mengumumkan akan bertanding di 28 kerusi parlimen, termasuk kesemua 14 kerusi di negeri Kelantan. Selepas pilihan raya, jawatankuasa pusat PRM sebulat suara mengundi untuk melantik bekas ahli politik Umno dan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor timbalan presiden parti itu.

Bekas presiden parti Rohana Ariffin menggelar berita "tragis" ini dan menegaskan: "parti itu telah beralih ke sayap kanan dan kita melihat kematian sebuah parti berhaluan kiri."

Mohamad Ezam Mohd Nor mengesahkan parti itu akan bertanding bersendirian pada pilihan raya negeri Malaysia 2023, sambil menyatakan parti itu menentang sosialisme dan kapitalisme, khususnya kapitalisme kroni.

Dengan pempimpin sebagai Ezam, Jenice dan Manickavasagam, PRM hari ini dilihat sebagai sebuah parti kecil yang telah diketuai oleh bekas pempinin politik yang tidak puas dengan parti asasnya.

Presiden PRM sunting

Presiden Tempoh
Ahmad Boestamam 1955-1966
Kassim Ahmad 1966-1980
Kampo Radjo 1980-1989
Syed Husin Ali 1989-2003
- Kosong - 2003-2005
Hassan Abdul Karim 2005-2009
Ariffin Salimon (Pemangku) 2009-2010
Dr. Rohana Ariffin 2010-2015
Ariffin Salimon 2015-2018
Ariffin Salimon 2018-2023
Dr. Rohana Ariffin 2024-Terkini

List presiden sunting

Struktur kepimpinan sunting

  • Presiden :
    • Dr Rohana binti Ariffin
  • Timbalan Presiden :
    • Mohammed Ezam bin Mohammed Noor
  • Naib Presiden :
    • Manikavasagam
    • Tan Chow Kang
    • Sarah Afiqah binti Zainol Arif (Ketua ARM)
  • Setiausaha Agung :
    • RN Rajah
  • Timbalan Setiausaha Agung :
    • W.Jeichandran
  • Bendahari ;
    • Lee Chui Wah
  • Ketua Angkatan Rakyat Muda ;
  • Ketua Penerangan:
    • Tan Kang YAp

  • Ahli Jawatan Kuasa Pusat (AJKP) :
    • Teh Yee Cheu
    • Tuan Syed Ahmad Putra bin Syed Isa
    • Abdul Ghani Haroon
    • Goh Chuin Loon
    • Shafiq Suferi
    • P. V. Subramaniam
    • Kumaran Tamilarasan @ Aaron
    • Kamarul Aiza
    • Michael Lee
    • Umar Mohamad
    • Gopalan Shan
    • Tang Ah Ba
    • Alex Tham
    • Shafiq Najib
  • Penerusi PRM Negeri ;
  • Negeri Pahang
  • Negeri Selangor
    • Syed Ahmad Putra bin Syed Isa
  • Negeri Melaka
  • Negeri Johor
  • Negeri Perak
  • Negeri Kelantan
  • Negeri Terangganu
  • Negeri Kedah
  • Negeri Sembilan
  • Negeri Pulau Pinang
    • Teh Yee Cheu
  • Negeri Perlis
  • Negeri Sabah
  • Negeri Sarawak

Keputusan Pilian Raya Umum sunting

Election Total seats won Seats contested Total votes Voting Percentage Outcome of election Election leader
1955
0 / 52
33 ; No representation in Parliament Joseph Kurup
1959
1 / 104
45 5,880 0.08% 0 seat; Governing coalition
(Barisan Sosialis)
Joseph Kurup
1964
1 / 159
19 0 0,00% ; Governing coalition
(Barisan Sosialis)
Joseph Kurup
1969
0 / 144
51 9,467 0.09% ;
(Barisan Sosialis)
Joseph Kurup
1974
1 / 144
1 11,783 0.10% ;
(Harakah Keadilan Rakyat)
Arthur Joseph Kurup
1978
1 / 144
59 23,877 0.15% ;
(Harakah Keadilan Rakyat)
Arthur Joseph Kurup
1982
0 / 154
59 ; No representation in Parliament
(Harakah Keadilan Rakyat)
Joseph Kurup
1986
1 / 180
59 5,880 0.08% 0 seat ; Governing coalition
(Harakah Keadilan Rakyat)
Joseph Kurup
1990
0 / 187
59 0 0,00% ; Governing coalition
(Gagasan Rakyat)
Joseph Kurup
1995
0 / 192
11 9,467 0.09% ; Governing coalition
(Gagasan Rakyat)
Joseph Kurup
1999
0 / 193
11 11,783 0.10%  ;
(Barisan Alternatif)
Arthur Joseph Kurup
2004
0 / 219
9 23,877 0.15% ; Governing coalition (Barisan Alternatif) Arthur Joseph Kurup
2008
0 / 222
9  ; No representation in Parliament
(Pakatan Rakyat)
Joseph Kurup
2013
0 / 222
19  ; No representation in Parliament
(Pakatan Rakyat)
Joseph Kurup
2018
0 / 222
19 5,880 0.08% 0 seat ;
(-)
Joseph Kurup
2022
0 / 222
29 0 0,00% ;
(PRM-PSM-PDM)
Joseph Kurup
2028
0 / 222
33 9,467 0.09%  ;
(-)
Joseph Kurup
2033
0 / 222
59 11,783 0.10%  ;
(-)
Arthur Joseph Kurup
2039
1 / 281
59 23,877 0.15%  ; (-) Arthur Joseph Kurup
2044
1 / 281
59 23,877 0.15%  ;
(-)
Arthur Joseph Kurup
2049
0 / 281
59 (-) Joseph Kurup

Keputusan Pilianraya Negeri sunting

Election Total seats won Seats contested Total votes Voting Percentage Outcome of election Election leader
1995
0 / 192
1 ; No representation in Parliament(bn) Joseph Kurup
1999
0 / 193
1 ; No representation in Parliament (bn) Joseph Kurup
2004
1 / 219
1 5,880 0.08% 1 seat; Governing coalition
(Barisan Nasional)
Joseph Kurup
2008
1 / 222
1 0 0,00% ; Governing coalition
(Barisan Nasional)
Joseph Kurup
2013
1 / 222
1 9,467 0.09% ; Governing coalition
(Barisan Nasional)
Joseph Kurup
2018
1 / 222
1 11,783 0.10% ; Opposition coalition,
later Governing coalition
(Barisan Nasional)
Arthur Joseph Kurup
2022
1 / 222
2
(Pensiangan-Barisan Nasional; Ranau-PBRS)
23,877 0.15% ; Governing coalition (Barisan Nasional) Arthur Joseph Kurup

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting