Spektrum politik ialah sistem pengelasan fahaman politik yang berbeza-beza berdasarkan satu atau lebih paksi geometrik yang mewakili dimensi politik yang berasingan.[1]

Spektrum ini diukur dari "sayap kanan" di satu hujung ke "sayap kiri" d satu hujung yang lain (berdasarkan kedudukan puak politik yang bersidang dalam Parlimen Perancis ketika pembentukannya selepas berlakunya Revolusi Perancis dari tahun 1789 sehingga tahun 1799.[1] Fahaman-fahaman komunisme dan sosialisme terletak di sayap kiri manakala konservatisme dan kapitalisme terletak di sebelah kanan. Liberalisme ditakrifkan mengikut konteks yang berbeza-beza, sama ada ke kiri (misalnya liberalisme sosial) atau dalam libertarianisme (liberalisme klasik). Golongan yang berfahaman antara kedua-dua sayap ini dikelaskan dalam ruang sentrisme or moderat.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "The Traditional Political Spectrum". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-12. Dicapai pada 14 Mei 2016.

Pautan luar sunting