Joseph Kurup
Tan Sri Joseph Kurup merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Malaysia pada 2008.
Tan Sri Dato' Sri Joseph Kurup PSM, SSAP (Pah), SPDK, PGDK (Sab) | |
---|---|
![]() | |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Perpaduan dan Integrasi Nasional | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Raja | Abdul Halim Muhammad V |
Perdana Menteri | Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak |
Didahului oleh | Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi) |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Senator Tuan Waytha Moorthy Ponnusamy Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial) |
Kawasan pilihan raya | Pensiangan |
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli | |
Dalam jawatan 9 April 2008 – 5 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Maznah Mazlan |
Digantikan oleh | James Dawos Mamit |
Timbalan Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah | |
Dalam jawatan 19 Mac 2008 – 3 April 2008 | |
Didahului oleh | Zainal Abidin Osman |
Digantikan oleh | Hasan Malek |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pensiangan | |
Dalam jawatan 2008–2018 | |
Didahului oleh | Bernard S. Maraat @ Ben |
Digantikan oleh | Yang Berhormat Tuan Arthur Joseph Kurup Anak |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Sook | |
Dalam jawatan 1985–2004 | |
Didahului oleh | Suffian Koroh |
Digantikan oleh | Ellron Angin |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pensiangan, Keningau, Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia) | 15 Disember 1944
Parti politik | Parti Bersatu Sabah (1985-1994)![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() |
Pasangan | Puan Sri Melinda Soak Fong |
Anak-anak | Arthur Joseph Kurup |
Kemenangan pilihan raya 2008 dibatalkan Sunting
Joseph Kurup diisytiharkan menang tanpa bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 bagi kerusi P182 Pensiangan. Pada hari penamaan calon, Danny Anthony Andipai (PKR) yang tiba pada 9.35 pagi di Dewan Majlis Daerah Nabawan telah membayar deposit RM15,000 dan duduk menunggu giliran. Tetapi apabila beliau cuba menyerahkan kertas pencalonannya, Bubudan OT Majalu selaku pegawai SPR telah menolak pencalonan beliau dengan alasan lewat menyerahkan borang pencalonan.
Pada 8 September 2008, di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Hakim David Wong Dak Wah memutuskan kemenangan Tan Sri Joseph Kurup dalam pilihan raya 2008 bagi Palimen Pensiangan sebagai batal dan tidak sah. Keputusan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah menerima kertas pencalonan Danny Anthony Andipai (PKR) adalah muktamad dan tidak boleh ditolak oleh Pegawai Pilihan Raya, Bubudan OT Majalu, atas alasan tidak terdapat sebarang bantahan semasa tempoh bantahan. Keputusan Bubudan untuk membenarkan bantahan itu merupakan keputusan yang salah.[1]
Rujukan Sunting
- ^ Kemenangan Joseph Kurup di Parlimen Pensiangan dibatalkan Diarkibkan 2018-08-15 di Wayback Machine, Utusan