Buka menu utama
Bagi the federal constituency represented in the Dewan Rakyat, lihat Keningau (federal constituency).

Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas. Keningau kini merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu.

Keningau
Bandar
Pusat Bandar Keningau
Pusat Bandar Keningau
Lokasi bagi Keningau
Koordinat: 5°20′00″N 116°10′00″E / 5.33333°N 116.16667°E / 5.33333; 116.16667Koordinat: 5°20′00″N 116°10′00″E / 5.33333°N 116.16667°E / 5.33333; 116.16667
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Bahagian Bahagian Pedalaman
Bandar Keningau District
Penduduk (2010)
 • Jumlah 173,103
Zon waktu MST (UTC+8)
 • Musim panas (DST) Not observed (UTC)
Pos kod 89xxx0 to 89xxx9
Kod kawasan 087
Nombor plat SU
Laman web www.sabah.gov.my/md.kgu www.sabah.gov.my/pd.kgu

Bandar ini terletak di latitude dan longitud pada 5 20'0 U - 116 10'0 T. Keningau bersempadan[1] dengan Daerah Ranau dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat sabah. Keningau kini dibawah pentadbiran Majlis Daerah Keningau(Pentadbiran lama) dimana ia mempunyai pekan-pekan kecil yang berada di sekitar bandar seperti Apin-Apin, Bingkor, Sook, Nabawan dan Tambunan.

Bandar Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu melalui jalan Tambunan atau melalui jalan Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan, ke Sandakan melalui Lebuhraya Keningau-Sandakan dan ke Tawau melalui Lebuhraya Keningau-Tawau dengan menaiki sama ada perkhidmatan teksi, bas mini mahupun bas express. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun Lapangan Terbang Keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.

Batu Sumpah Keningau yang merupakan ringkasan intipati Perjanjian 20 Perkara Sabah antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Malaysia berdiri disini.

Isi kandungan

Majlis Daerah KeningauSunting

Berikut merupakan fakta-fakta yang boleh diungkapkan dengan kewujudan Bandar Keningau dan serba sedikit mengetahui tarikh-tarikh Keningau ditubuhkan.

  • 2002 - Keningau diisytiharkan sebagai Bandar tetapi ramai penduduk masih menganggap Keningau sebagai pekan atau daerah. Manakala pentadbiran mengikut format lama iaitu Majlis Daerah Keningau (MDK) walaupun telah dikenali sebagai bandar
  • 2006 - Lebuhraya Kimanis-Keningau dibuka kepada semua pengguna dan lebuhraya ini mempunyai jarak yang singkat ke Kota Kinabalu berbanding Laluan Persekutuan Malaysia 500
  • 2010 - Menaik taraf jalan raya sepanjang 7.4 km yang di kenali sebagai Laluan Persekutuan Malaysia 500 dari Hospital Keningau hingga ke Jalan Tenom (melintasi bulatan ke Papar).
  • Julai 2010 - Keningau Mall dibuka secara rasmi dan ia adalah pusat beli belah yang pertama di Keningau
  • 2011 - Menaik taraf Stadium dan Kompleks Sukan Keningau menjelang Sukan Sabah (SAGA)
  • 2012 - Kerja-kerja membina dan menaik taraf Lebuhraya Tawau-Keningau dengan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT)
  • Januari 2013 - Panggung wayang kecil telah dibuka di Keningau Mall, panggung wayang kecil itu adalah panggung wayang kedua di Keningau,setelah panggung wayang lama yang berhampiran pejabat pos ditutup.
  • 2013 - Pembinaan taman-taman perumahan di sekitar bandar Keningau
  • Julai 2014 - Keningau direkodkan sebagai bandar pertama yang mengalami kesesakan lalu lintas yang agak serius berbanding dengan Kota Kinabalu menjelang Hari Raya Puasa.
  • 21-23 Disember 2015 - Keningau sekali lagi direkodkan sebagai bandar ketiga yang mengalami kesesakan lalu lintas yang agak serius selama 3 hari berturut-turut menjelang perayaan Hari Natal 2015.
  • 31 Disember 2015 - Keningau juga mengalami kesesakan lalu lintas menjelang Tahun Baru 2016.
  • 1 Januari 2016 - Setelah mengalami kesesakan lalu lintas yang serius, sesetengah masyarakat Keningau membuat laporan kepada Majlis Daerah Keningau (MDK) agar menaik taraf jalan di sekitar Bandar Keningau agar dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas pada masa akan datang
  • Disember 2017 - Keningau dipilih sebagai tuan rumah buat kali kedua bagi Sukan Sabah (SAGA) kali ke-9 setelah memenangi Sukan Sabah (SAGA) kali ke-8 yang diadakan di Sandakan.

SejarahSunting

Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut, mereka memanggilnya sebagai kayu kondingau.[2] Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau dan daripada sebuah perkampungan seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Zaman Kesultanan BruneiSunting

Walaupun Sabah dikuasai oleh Kesultanan Brunei sebelum abad ke-6 lagi, namun pengaruh kesultanan itu tidak dirasai oleh kaum pribumi yang tinggal di daerah Keningau.[perlu rujukan]

Zaman pemerintahan BritishSunting

Tahun 1888 adalah tahun keramat Sabah menjadi negeri naungan British yang mana telah menjalani sistem pemerintahan secara hierarki. Kampung Nuntunan yang terletak di Apin-Apin merupakan dahulunya sebuah pusat pentadbiran British bagi mentadbir kawasan tersebut termasuklah mengawal ekonomi eksport kayu manis yang banyak tumbuh di kawasan ini. Berikut adalah nama Residen yang mentadbir Keningau semasa zaman pemerintahan British:

Nama Residen Tahun mentadbir
W.S Holley 1960-1961
Roderick Maclean 1961-1963
E.J.K Wickstead 1964
J.P.C Burbrock 1964-1965
Peter L. Regis 1965-1967
Albert Watson 1967-1968
Stephen D. Lee 1968-1971
Alber Watson 1071-1973
Hj. Abdul Halim Abbie 1974-1976
Hendry Mosiun 1976-1977
Thien Thau kiew 1977-1979

Sistem ini dihapuskan pada tahun 1979.

Zaman pemerintahan JepunSunting

Kebangkitan Jepun sebagai satu kuasa yang kuat pada masa itu dengan slogan "Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya" dan "Asia Untuk Asia" telah mara ke Sabah bermula dari Labuan pada 1 Januari 1942 hingga menawan Sabah tanpa ada tentangan dari pihak British, ini disebabkan Gabenor British di Sandakan tidak sempat mengirimkan bantuan disebabkan sekatan terhadap jalan darat dan laut. Jepun berminat untuk membuat Rancangan membuka pusat migrasi ke Keningau tetapi rancangan itu hanya tinggal rancangan kerana ianya tidak mendapat kelulusan dari pihak British di keningau. Kekalahan pihak British di sabah amnya dan di Keningau khususnya menyebabkan tentera Jepun telah mengambil alih sistem pemerintahan di Kg Nuntunan Apin-apin. Zaman inilah kerahan tenaga dilakukan oleh tentera jepun kepada penduduk keningau bagi melaksanakan jalan raya Apin-Apin yang terlurus dan terpanjang di Sabah. Sabah di kuasai semula oleh British setelah berjaya mengusir tentera Jepun. Kehidupan di bawah kuasa tentera Jepun tidak membawa apa-apa kemajuan dan pembangunan.

DemografiSunting

Berdasarkan laporan kiraan banci 2010 dari Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan bahawa jumah penduduk di Daerah Keningau adalah seramai 134,234 orang seperti berikut:

Etnik Jumlah Penduduk
Melayu Brunei 4,485
Kadazan-Dusun 68,627
Murut 29,070
Bajau 5,403
Cina 10,661
India 374
Bumiputera lain 12,445
Lundayeh 1100
Lain-lain 3,169

EkonomiSunting

Ekonomi yang diusahakan di keningau bergantung kepada bidang pertanian, perladangan, perusahaan kecil-kecilan, dan pelancongan yang membawa kepada serba sedikit kemajuan dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

PertanianSunting

Majoriti penduduk di Keningau melaksanakan aktiviti pertanian khususnya masyarakat kaum Kadazandusun. Mereka mengusahakan tanah yang diwariskan secara turun temurun dengan penanaman padi, sayur-sayuran untuk dipasarkan di tamu Keningau yang beroperasi dua kali seminggu iaitu tamu hari Khamis dan Ahad. Juga dijaja ke pasar malam Keningau yang beroperasi pada waktu malam setiap hari. Keningau akan dijangka menjadi antara daerah pengeluar padi terbesar di Sabah dengan adanya program yang dijalankan di Kampung Ambual yang disasarkan akan mengeluarkan 10 metrik tan sehektar melalui program penanaman padi berkelompok. Keningau juga adalah pusat penanaman halia secara individu [tradisi].

Perladangan dan penternakanSunting

Dengan sedikit bantuan kerajaan bagi mengusahakan tanah maka ramai penduduk tempatan di Keningau mengusahakan penanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah. Penternakan juga giat dijalankan dengan ternakan kambing, lembu, ayam dan itik. Kelulusan penternakan feedlot di Daerah Kecil Sook bukti bahawa bidang penternakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan penduduk tempatan.

PerusahaanSunting

Selain daripada itu, perusahaan IKS di Keningau juga semakin berkembang dengan ramai melibatkan diri khususnya para wanita. Dengan pembinaan Komples Kraftangan Keningau membolehkan perusahaan kraftangan dapat dikembangkan hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan bantuan kerajaan dari segi kewangan dan khidmat kaunseling.

PelanconganSunting

Walaupun bidang pelancongan bukanlah penyumbang kepada ekonomi penduduk di Keningau namun ianya satu bidang yang banyak diusahakan oleh penduduk sekitar. Ini dapat dibuktikan bahawa pembinaan homestay di Kampung Bayangan.

Kampung Bayangan terletak tujuh kilometer dari pekan Keningau dan mempunyai 1,423 penduduk pelbagai suku kaum dan majoritinya terdiri daripada suku kaum Dusun yang 100 peratus beragama Islam. Kampung ini pada mulanya merupakan dua buah kampung iaitu Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis tetapi digabungkan di bawah program GDW. Mengikut sejarah, Kampung Bayangan mendapat nama dari sebatang anak sungai yang jernih mengalir ke kampung tersebut. Kejernihan itu sehingga menimbulkan 'sangai' dalam bahasa Dusun yang bermaksud bayang-bayang disingkatkan menjadi 'Bayangan'. Sebilangan besar masyarakat kampung ini bekerja dangan sektor awam dan swasta dan hanya sebahagian kecil masyarakatnya menjadi usahawan (berniaga, bertani dan menternak)

Keseluruhan kampung menikmati kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan letrik, air dan telefon. Disamping itu terdapat sebuah Sekolah Agama Islam Sabah (SUIS), Tadika KEMAS dan Perpaduan, Medan Info Desa, Dewan Serbaguna, Masjid dan Balai Polis dan lain-lain. Manakala keperluan masyarakat yang lain ialah Balai Masyarakat (Bilik Muafakat), Bangunan Kesejahteraan Masyarakat (Masakan), Pusat Komuniti Rukun Tetangga, Anjung Sri Bayangan (Peranginan) Balai Latihan Kraftangan. Beberapa rumah kediaman di kampung ini juga telah diiktiraf sebagai Inap Desa (Homestay) selain dari itu beberapa kemudahan penginapan pengunjung berupa ‘celet’ dan gerai makanan.

Sebelum ini pada tahun 1986, kampung bayangan mula melakar nama apabila muncul sebagai johan Pertandingan Kebersihan Kampung Peringkat Daerah Keningau dan negeri Sabah. Pada 1998, sekali lagi kampung bayangan menyandang gelaran johan Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung (P3K) peringkat daerah dan negeri. Pada 1999, kampung tersebut dipilih pula sebagai johan kategori Pendidikan dan Latihan Kemahiran dan tahun 2000, sekali lagi johan pertandingan P3K peringkat negeri dan kebangsaan. Selain mengikuti pertandingan GDW, kampung bayangan juga berjaya muncul sebagai masjid terbaik peringkat negeri pada tahun 1990 anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan johan pameran Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P) peringkat negeri. Sehingga hari ini Kg. Bayangan adalah sebuah kampung yang mewakili Negeri Sabah dan Sarawak yang telah menerima anugerah tertinggi “Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2004” dimana Y.A. Bhg. Tun Hj. Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) sendiri hadir dalam satu majlis penganugerahan rasmi pada 12 Disember, 2004 satu-satunya tarikh keramat bagi kampung ini. Pada tahun 2008 sekali lagi kampung ini menempah nama dan mengharumkan nama Sabah dengan “Anugerah Khas Desa Gemilang Kebangsaan”. Yang juga disempurnakan oleh Y.A. Bhg. Tun Hj. Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) ketika itu di Kg. Paya Rumput, Sungai Udang Melaka. Disamping itu beberapa lagi anugerah, kejayaan dan kepercayaan lain diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah telah dicapai. Kg. Bayangan akan terus melonjak menuju destinasi mengikut arus global. Menerima anugerah bukan suatu yang pertama kali diterima oleh GDW Kampung Bayangan tetapi ia merupakan yang paling tinggi setakat ini.

Perkhidmatan Penjualan KeretaSunting

Penjualan kereta di Keningau semakin banyak, Misalnya Proton, Perodua, Nissan, Toyota, Ford, Isuzu, Mitsubishi dan Honda. Plat lesen kenderaan di Keningau bermula dengan huruf EU sebelum tahun 1980-an.Plat lesen kenderaan di Keningau selepas 1980-an dan digunakan seperti yang berikut:

Tahun Awalan dan Akhiran Nombor Plat Kenderaan
1980 - 2000 SU NNNN
2001 - May 2008 SU NNNN A
June 2009 - January 2012 SU NNNN B
February 2013 - November 2015 SU NNNN C
December 2016 - April 2018 SU NNNN D
May 2018 - sekarang SU NNNN E
SU NNNN F
SU NNNN G
SU NNNN H
SU NNNN J
SU NNNN K
SU NNNN L
SU NNNN M

Lebuhraya Atau Jalan PersekutuanSunting

 
Sebuah jalan raya di Keningau
 
Jalan raya dua hala di pusat bandar Keningau

JalanSunting

Keningau mempunyai laluan persekutuan dan lebuhraya seperti:

Kenderaan AwamSunting

Bas ekspress menyediakan khidmat perjalanan jarak jauh yang menghubungkan Keningau dengan pusat bandaraya seperti di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Di dalam bandar, pengangkutan awam disediakan dalam bas mini dan teksi.

UdaraSunting

 
The main entrance to Keningau Airport

Keningau Airport (Malay : Lapangan Terbang Keningau) (IATA: KGUICAO: WBKG) adalah yang terakhir diservis oleh penerbangan komersial pada tahun 1970-an. Ia kini berada di bawah pemilikan swasta.

RadioSunting

Keningau juga mempunyai stesen radio mereka sendiri, Keningau FM, (kekerapan 94.70 MHz atau 98.40 MHz) yang dipaparkan dalam bahasa Melayu, Murut dan KadazanDusun atau bahasa Dusun. Keningau juga boleh menyambung stesen radio lain seperti Ai FM, TraXX FM, Nasional FM, Sabah FM & Sabah V FM. Sesetengah tempat di Keningau juga boleh menyambungkan Astro Radio, Hitz FM.

Perkhidmatan awamSunting

Pengadilan undang-undang dan penguatkuasaan undang-undangSunting

Mahkamah Keningau terletak di Jalan Nyamok. Ia menempatkan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Majistret. Ibu pejabat polis terletak di Jalan OKK Sodomon. Terdapat pencabangan polis atau pondok polis di Apin-Apin, Bingkor dan Sook.

KesihatanSunting

Terdapat 8 klinik kesihatan, sebuah hospital awam, sebuah klinik kesihatan ibu dan anak, 4 klinik desa, sebuah klinik mudah alih dan satu Klinik 1Malaysia yang terletak di UTC Keningau. Hospital Keningau baru adalah hospital utama di Bahagian Pedalaman, dan dikunjungi oleh pesakit dari daerah sekitar Nabawan, Sook, Tambunan dan Tenom.

PerpustakaanSunting

Perpustakaan Wilayah Keningau adalah salah satu daripada tiga perpustakaan serantau di Sabah, yang lain berada di Sandakan dan Tawau. Perpustakaan-perpustakaan ini dikendalikan oleh Perpustakaan Negeri Sabah.

SukanSunting

Kompleks Sukan Keningau mempunyai kemudahan untuk badminton, tenis, bola tampar dan bola keranjang serta dua stadium untuk hoki dan bola sepak. Terdapat juga kolam renang 25m. Ia menganjurkan Sukan Sabah ke-5 (SAGA) pada 2011 & Sukan Sabah ke-9 (SAGA) yang akan datang pada 2019.

Stadium Bola Sepak Keningau mempunyai kapasiti sebanyak 10,000 kapasiti. Ia adalah stadium rumah untuk KDMM FC

Pusat Membeli BelahSunting

 
Keningau Mall ialah pusat membeli belah yang pertama di Bahagian Pedalaman

Walaupun tidak segah tempat-tempat lain namun di bandar Keningau mempunyai pusat membeli belah untuk keperluan dapur dan barangan lain, dan ianya cukup untuk memenuhi keperluan harian penduduk. Bagaimanapun dengan pembinaan taman-taman perumahan baru sekitar bandar Keningau kini pasti menyumbang kepada pertambahan populasi penduduk dalam masa terdekat dengan itu pembukaan pusat beli belah baru sangat digalakkan. Antara adalah pusat memebeli belah di Keningau.

  1. Milimewa (Jalan Masak)
  2. Milimewa (Jalan OKK Sodomon)
  3. Hiap Lee Supermarket
  4. Servay Jaya
  5. Rakyat Superstore
  6. Keningau Mall (G*Mart)
  7. Giant Superstore Keningau

SosialSunting

BahasaSunting

Bahasa Melayu meluas di gunakan di bandar ini yakni mengunakan loghat Melayu Sabah yang dipengaruhi oleh dialek bahasa tempatan. Persamaan bahasa yang dituturkan di Keningau ialah Tambunan, Ranau dan Kundasang yang mana mempunyai perbezaan sedikit dengan bahasa Melayu yang dituturkan di Semenanjung Malaysia. Selain itu, Bahasa Inggeris dan juga dialek-dialek suku kaum seperti Kadazandusun, Murut, Bajau dan Cina meluas digunakan di daerah tersebut. Sedikit loghat bahasa Melayu yang digunakan di Keningau seperti berikut:

Bahasa Melayu Baku Loghat Bahasa Melayu
Limpas tumpang lalu
ngam sesuai, sepadan
bangas basi
bangali merujuk kepada keturunan Pakistan
batagar berkarat
bikin buat
palui bodoh
pantat punggung
sandi teruk
siring tepi

Bahasa ini juga digunakan di daerah-daerah lain yang majoriti didiami oleh Kadazandusun seperti di Pantai Barat Sabah. Ini dibuktikan dengan pelancaran siaran Radio Keningau FM menggunakan Melayu Sabah, namun telah diperhalusi agar pendengar-pendengar dari luar boleh memahami mesej yang disampaikan yang telah beroperasi dari 7 Februari 2009 lalu.

BudayaSunting

Budaya bagi masyarakat Keningau dipengaruhi oleh penduduk kaum Kadazandusun dan Murut kerana dua kaum ini adalah majoriti di daerah ini. Walau bagaimanapun, setiap kaum di keningau mengekalkan budaya bangsa mereka dari segi perkahwinan, pakaian dan sebagainya.

PendidikanSunting

Seperti daerah-daerah lain di Sabah, Keningau juga mempunyai pusat pendidikan dari tadika hinggalah maktab. Ini memudahkan murid mendapat pelajaran dengan mudah. Dari segi pentadbiran pendidikan, Berikut adalah nama sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di daerah ini termasuk sekolah-sekolah di Daerah Kecil Sook.

Senarai Sekolah RendahSunting
  1. Sekolah Kebangsaan Ambual
  2. Sekolah Kebangsaan St.James
  3. Sekolah Kebangsaan Apin-Apin
  4. Sekolah Kebangsaan Banjar
  5. Sekolah Kebangsaan Batu Lunguyan
  6. Sekolah Kebangsaan Rancangan Biah
  7. Sekolah Kebangsaan Binaong
  8. Sekolah Kebangsaan Bingkor
  9. Sekolah Kebangsaan Bonor
  10. Sekolah Kebangsaan Bulu Silou
  11. Sekolah Kebangsaan Bundu Apin-Apin
  12. Sekolah Kebangsaan Bunsit
  13. Sekolah Kebangsaan Kawakaan
  14. Sekolah Kebangsaan Dalit
  15. Sekolah Kebangsaan Delayan Tulid
  16. Sekolah Kebangsaan Kabatang Baru
  17. Sekolah Kebangsaan Kalampun
  18. Sekolah Kebangsaan Kampong Baru
  19. Sekolah Kebangsaan Kampong Biah
  20. Sekolah Kebangsaan Kampong Keningau
  21. Sekolah Kebangsaan Karamatoi
  22. Sekolah Kebangsaan Jaya Baru
  23. Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau
  24. Sekolah Kebangsaan Inandung
  25. Sekolah Kebangsaan Bariawa Ulu
  26. Sekolah Kebangsaan Kapayan Baru
  1. Sekolah Kebangsaan Lanas
  2. Sekolah Kebangsaan Liau Apin-Apin
  3. Sekolah Kebangsaan Luagan
  4. Sekolah Kebangsaan Magatang
  5. Sekolah Kebangsaan Mansiat
  6. Sekolah Kebangsaan Membulu
  7. Sekolah Kebangsaan Menawo
  8. Sekolah Kebangsaan Merampong
  9. Sekolah Kebangsaan Mamagun
  10. Sekolah Kebangsaan Pasir Putih
  11. Sekolah Kebangsaan Pohon Batu
  12. Sekolah Kebangsaan Kuala Kahaba
  13. Sekolah Kebangsaan Senagang
  14. Sekolah Kebangsaan Sinaron Tengah
  15. Sekolah Kebangsaan Sodomon
  16. Sekolah Kebangsaan Sook
  17. Sekolah Kebangsaan Membulu
  18. Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud
  19. Sekolah Kebangsaan Tulid
  20. Sekolah Kebangsaan Ulu Liawan
  21. Sekolah Kebangsaan Ansip
  22. Sekolah Kebangsaan Malima
  23. Sekolah Kebangsaan Penagatan
  24. Sekolah Kebangsaan Sinua
  25. Sekolah Kebangsaan Meninipir
  26. Sekolah Kebangsaan Malaing
  27. Sekolah Kebangsaan Bunga Raya
  28. Sekolah Kebangsaan Sinulihan Baru
  29. Sekolah Kebangsaan Simbuan Tulid
  30. Sekolah Kebangsaan Ulu Senagang
  31. Sekolah Kebangsaan Gaulan
  32. Sekolah Kebangsaan Petikang Laut Keningau
  33. Sekolah Kebangsaan Binuwou Tengah
  34. Sekolah Kebangsaan Rancangan Belia Tuilon
  35. Sekolah Kebangsaan Binakaan
  36. Sekolah Kebangsaan Bunang Sook
  37. Sekolah Kebangsaan Lintuhun Baru
  38. Sekolah Kebangsaan Nangkawangan
  39. Sekolah Kebangsaan Nandagan
  40. Sekolah Kebangsaan Binanon
  41. Sekolah Kebangsaan Pangas
  42. Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II
  43. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Yin
  44. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Kong
  45. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Cheng Ming

Terdapat beberapa sekolah di atas terletak atau berlokasi dalam daerah Nabawan tetapi pusat pentadbiran pendidikan berpusat di Keningau disebabkan faktor jarak yang lebih dekat berurusan dalam daerah Keningau.

Senarai sekolah menengahSunting
  1. Kolej Vokasional Keningau
  2. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Ken Hwa
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Apin-Apin
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad II
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Sook
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan St. Francis Xavier
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Tulid
Senarai pengajian tinggiSunting
  1. Institut Perguruan Keningau [IPG]
  2. Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah [IPDAS]
  3. Giat MARA KENINGAU
  4. Kolej Geomatika Cawangan Keningau
  5. Open University Malaysia (Keningau Learning Centre)

Senarai Perpustakaan Awam:

A.   Perpustakaan Desa

  1. Perpustakaan Desa Kg Tulid, Sook, Keningau
  2. Perpustakaan Desa Kg Nambayan, Tambunan
  3. Perpustakaan Desa Kg Meninipir, Keningau
  4. Perpustakaan Desa Kg Beriawa Ulu, Keningau
  5. Perpustakaan Desa Kg Sinagang, Keningau
  6. Perpustakaan Desa Kg Kahaba, Keningau
  7. Perpustakaan Desa Kg Sunsuron, Tambunan
  8. Perpustakaan Desa Kg Pahu, Tambunan
  9. Perpustakaan Desa Pekan Apin-Apin, Keningau
  10. Perpustakaan Desa Kampung Kapayan Baru
  11. Perpustakaan Desa Kampung Sinulihan, Keningau
  12. Perpustakaan Desa Kampung Marasak, Keningau
  13. Perpustakaan Desa Kampung Mansiat, Sook, Keningau
  14. Perpustakaan Desa Kampung Panagatan Ulu, Keningau

B.   Perpustakaan Cawangan

  1. Perpustakaan Awam Cawangan Tambunan
  2. Perpustakaan Wilayah Keningau, KM. 1, Jalan Sekolah Menengah Ken Hwa

AgamaSunting

Penduduk di daerah Keningau majoriti beragama Kristian yang dianuti oleh kaum Kadazandusun dan Murut serta sebilangan kaum Cina dan imigran Indonesia. Antara gereja yang terdapat di Keningau ialah Gereja Saint Francis Xavier, Gereja Anglican, gereja Seven Day Advent, Gereja Yesus Benar, dan gereja Pantacosta. Agama Islam juga bertapak di daerah ini yang dianuti oleh Kadazandusun dan Murut serta keturunan Melayu dari Indonesia dan Filipina. Juga terdapat penganut Buddha oleh kaum Cina.

Senarai gunung di KeningauSunting

  1. Gunung Pisagan
  2. Gunung Paling-paling
  3. Gunung Sigapon
  4. Gunung Lingan
  5. Gunung Rinangisan
  6. Gunung Kauran
  7. Gunung Tinutudan

Senarai kampung di KeningauSunting

  1. Kampung Kepayan Baru
  2. Kampung Pantai Baru
  3. Kampung Ambual
  4. Kampung Dongiluang
  5. Kampung Bunga Raya
  6. Kampung Tonobon Baru
  7. Kampung Bayangan
  8. Kampung Baginda
  9. Kampung Toboh Laut
  10. Kampung Marapok
  11. Kampung Panui
  12. Kampung Marasak
  13. Kampung Sodomon
  14. Kampung Luanti
  15. Kampung Magatang
  16. Kampung Kosugui
  17. Kampung Penagatan
  18. Kampung Menawo
  19. Kampung Bomboy
  20. Kampung Limbawan
  21. Kampung Sigapon
  22. Kampung Kuala Punteh
  23. Kampung Kota Ayangan
  24. Kampung Linsudan
  25. Kampung Tohan Baru
  26. Kampung Nuntunan
  27. kampung Mararagang
  28. Kampung Labak Baru
  29. Kampung Awas-awas
  30. Kampung Lingawon
  31. Kampung Baru
  32. Kampung Bingkor Baru
  33. Kampung Bingkor Lama
  34. Kampung Binaong
  35. Kampung Liau Laut
  36. Kampung Liau Darat
  37. Kampung Tagai
  38. Kampung Kumawanan
  39. Kampung Bunsit
  40. Kampung Pasir Putih
  41. Kampung Tuntumulud
  42. Kampung Toboh Baru
  43. Kampung Merampong
  44. Kampung Pagansangan
  45. Kampung Mengitom
  46. Kampung Berungis
  47. Kampung Bariawa Ulu
  48. Kampung Togudon
  49. Kampung Kikiran Ulu
  50. Kampung Patikang Ulu
  51. Kampung Patikang Laut
  52. Kampung Massak
  53. Kampung Bulu Silou
  54. Kampung Bariawa Tengah
  55. Kampung Bariawa Laut
  56. kampung Jaya Baru
  57. Kampung Tanah Merah
  58. Kampung Padang Tembak
  59. Kampung Bandukan Baru
  60. Kampung Tetiku
  61. kampung Keningau
  62. kampung Tudan Baru
  63. kampung Taman Rakyat
  64. Kampung Pamalan
  65. Kampung Toboh Baru
  66. Kampung Dangulad
  67. Kampung Tuarid Tuad
  68. Kampung Lingkudau
  69. Kampung Limbawan
  70. Kampung Kedalakan
  71. Kampung Masjid
  72. Kampung Gaulan
  73. Kampung Singgah Mata
  74. Kampung Buang Sayang
  75. Kampung Sasaie
  76. Kampung Tuntumulud
  77. Kampung Bandukan Baru
  78. Kampung Bandukan Lama
  79. Kampung Minansut
  80. Kampung Antolob
  81. Kampung Biah

Penduduk Yang TerkenalSunting

Ekonomi
  • Arthur Joseph Kurup JP - Ahli ekonomi
Hiburan
Politik
Sukan

RujukanSunting

  • A. Hadi R. (2006). Asal Usul Keningau. Keningau: KB Publication Sdn. Bhd.

Pautan luarSunting