Universiti Terbuka Malaysia
Universiti Terbuka Malaysia ataupun Open University Malaysia merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Malaysia. Universiti ini menjalankan pendidikan jarak jauh, pengajian secara dalam talian atau bersemuka. Universiti ini lebih menumpukan kepada pekerja yang ingin mendapatkan pendidikan pengajian tinggi secara separa penuh.
Open University Malaysia | |
![]() Logo Open University Malaysia | |
Moto | Universiti Untuk Semua: Membuka Minda,Menjana Kehidupan |
---|---|
Moto dalam bahasa Inggeris | University for All: Opening Minds,Transforming Lives |
Jenis | Swasta |
Ditubuhkan pada | 2000 |
Canselor | Tun Jeanne Abdullah |
Naib Canselor | Professor Tan Sri Dr Anuwar Ali |
Pro-Chancellor | Tan Sri Dato' Azman Hashim |
Lokasi | Jalan Tun Ismail , Kuala Lumpur |
Kampus | Urban |
Warna | Biru, dan Perak |
Nama samaran | OUM |
Laman sesawang | http://www.oum.edu.my/ |
Latar belakangSunting
Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) merupakan sebuah Universiti Terbuka pertama ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini ditubuhkan dan dimiliki oleh Multimedia Technology Enhancement Operations (METEOR) Sdn. Bhd. iaitu gabungan atau konsortium 11 universiti Institut Pengajian Tinggi Awam Utama di Malaysia. Ia merupakan institusi pengajian tinggi yang pertama menggunakan kaedah 'ODL' (Open Distance Learning) secara interaktif.[perlu rujukan]
Kini, Universiti Terbuka Malaysia mempunyai Pusat Pembelajaran di seluruh Malaysia. Antaranya di Kolej Telekom Taiping, Pusat Matriks Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain. Selain itu, Universiti Terbuka Malaysia mempunyai pusat pembelajaran wilayah di Kelantan, Kedah, Penang, Perak, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.
Pautan luarSunting
- Laman rasmi Universiti Terbuka Malaysia
- Rencana mengenai Universiti Terbuka Malaysia
- Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn Bhd
- Universiti Terbuka Malaysia Sabah
- Virtual OUM student club
- UNESCO Asia Pacific Open and Distance Learning Knowledge Base
- Malaysian Ministry Of Higher Education
- Google Earth Software