Petaling Jaya

bandar di daerah Petaling, Selangor


Petaling Jaya atau PJ merupakan sebuah bandar raya dan bandar terbesar di negeri Selangor, Malaysia. PJ diwujudkan pada tahun 1952 sebagai sebuah bandar universiti dan bandar satelit bagi bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan PJ adalah kira-kira 97.2 km2. Petaling Jaya terletak di daerah Petaling yang merupakan daerah yang memiliki populasi tertinggi dan termaju di negeri Selangor.

Petaling Jaya
ڤتاليڠ جاي
Bandar
Bendera Petaling Jaya ڤتاليڠ جاي
Mohor rasmi Petaling Jaya ڤتاليڠ جاي
Nama panggilan: PJ, Bandar Raya Inai Merah
Cogan kata: Mesra, Cepat, Tepat
Map
Lokasi dalam Daerah Petaling dan negeri Selangor
Petaling Jaya is located in Bumi
Petaling Jaya
Petaling Jaya (Bumi)
Koordinat: 03°05′50″N 101°38′40″E / 3.09722°N 101.64444°E / 3.09722; 101.64444Koordinat: 03°05′50″N 101°38′40″E / 3.09722°N 101.64444°E / 3.09722; 101.64444
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Pembentukan1954
Dinaik taraf bandar raya20 Jun 2006
DaerahPetaling
Kerajaan
 • Datuk BandarDato' Mohd Azizi bin Mohd Zain, DSIS, AMS, AMN.2016
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah638,516
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak dilihat
Laman sesawangwww.mbpj.gov.my/ms

Pada 20 Jun 2006 Petaling Jaya dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya dan tidak lagi sebagai bandar satelit kepada bandaraya Kuala Lumpur. Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Ahmad Termizi Puteh kini menerajui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang baru ditubuhkan. Beliau juga ialah bekas presiden Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).

Sejarah sunting

Petaling Jaya asalnya sebuah ladang getah seluas 486 hektar yang dimiliki oleh syarikat British, Effingham Estate. Kampung Petaling merupakan sebuah petempatan pelombong bijih timah pendatang China yang bekerja di lombong-lombong sekitar Sungai Besi, Seri Kembangan, Balakong dan Kuala Lumpur itu sendiri.

  • Pada tahun 1965 Kawasan Perdagangan Bebas Sungai Way di Petaling Jaya telah dibangunkan bagi kawasan perindustrian yang semakin diperlukan di Malaysia. Zon perdagangan bebas ini telah dibangunkan agak serentak dengan zon di Bayan Lepas dan Kawasan Perindustrian Tasek di Ipoh, Perak.
  • Petaling Jaya ditadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kawasan itu yang dikhaskan untuk pembangunan bandar baru telah menunjukkan kemajuan yang mendadak pada tahun 1954.
  • Pada 1 Januari 1964, sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai autonomi kewangan sendiri ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya yang mempunyai jumlah penduduk seramai 35,100 orang.
  • Taraf baru ini memberi kesan yang besar pada kedudukan dan potensi Petaling Jaya sebagai bandar satelit dan meransang pertumbuhan pesat kawasan-kawasan sekitarnya seperti Sungai Way, Kelana Jaya, Subang Jaya dan USJ.

Sejarah pembangunan sunting

 
Sekolah Jerman Kuala Lumpur (German School Kuala Lumpur)

Tumpuan pembangunan Petaling Jaya bertempat di "Old Town Petaling" yang telah wujud sebelum 1952 lagi. Sebuah jalan utama diberi nama sempena nama Sir Gerald Templer iaitu Jalan Templer.

Pelbagai kemudahan prasarana telah dibina bagi kemudahan penduduk. Antaranya ialah bekalan elektrik, jalan raya, bekalan air, telefon, balai raya, perumahan dan sistem pengangkutan.

Anda boleh sesat di Petaling Jaya kerana ia bersambung dengan Subang Jaya, Kelana Jaya, Sunway, Shah Alam, Puchong dan Kuala Lumpur. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah amat dekat dengan Petaling Jaya.

Bolehlah dikatakan Petaling Jaya sebuah bandar yang terancang dari segi sistem jalan raya sebagaimana Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.

  • Pada tahun 1952, 800 buah rumah telah siap dibina manakala 200 lagi di dalam pembinaan. Pembangunan awal Petaling Jaya juga meliputi Seksyen Satu, Seksyen Dua dan Seksyen Tiga.
  • Terdapat beberapa deretan rumah kedai, balai raya dan stesen bas di Old Town.
  • Pada penghujung 1957, lebih 3,200 buah rumah dan 100 buah kedai serta 28 buah kilang beroperasi di Petaling Jaya.
  • Tahun 1957 juga, yang sama juga fasa pertama Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang dibuka.
  • Hospital Assunta turut dibina sebagai hospital sulung yang menawarkan perkhidmatan kepada penduduk tempatan. The Chartered Bank of India, Australia and China di Jalan Othman adalah bank pertama yang dibuka di Petaling Jaya.
  • Kesungguhan untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar baru terancang terus disemarakkan dengan sokongan Kerajaan Persekutuan yang telah memberi pinjaman bagi pertambahan kawasan sejumlah 550 hektar tanah dan 397 hektar tanah tebus guna lombong untuk dibangunkan.
  • New Town dibuka. Seksyen 52 atau PJ New Town yang lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai State telah dibangunkan. State adalah nama panggung wayang pertama dibina di Petaling Jaya dan masih beroperasi sehingga kini. Di sinilah tertumpunya pusat pentadbiran dan perdagangan di Petaling Jaya.
  • 16 Mac 1987 Menara MPPJ setinggi 27 tingkat yang bernilai RM50 juta telah dirasmikan oleh Sultan Selangor ketika itu Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah. Menara ini menjadi mercu tanda Petaling Jaya dan nadi di New Town.

Seksyen bandaraya sunting

 
seksyen Bandaraya Petaling Jaya

Petaling Jaya terbahagi kepada beberapa. Beberapa kawasan dibahagikan kepada kawasan-kawasan perumahan yang lebih kecil (kejiranan), sebagai contoh SS5D. Beberapa seksyen mempunyai namanya sebagai contoh (SS1 sebagai Kampung Tunku), manakala seksyen-seksyen lain dikumpulkan bersama-sama (SS3, SS4, SS5, SS6 dan SS7 sebagai sebahagian daripada Kelana Jaya). Selain itu, Petaling Jaya juga terdiri daripada beberapa perbandaran makmur seperti Damansara.

Zon perindustrian sunting

Kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang membuka banyak peluang pelaburan dari dalam dan luar negara.

Kawasan yang diperuntukkan tidak dapat menampung pertumbuhan kawasan perindustrian yang pesat mendorong kerajaan meneroka kawasan baru di utara Petaling Jaya seluas 120 hektar dibangunkan sebagai kawasan perindustrian.

Sambutan yang sangat baik dari pelabur-pelabur telah memberi ruang kepada penubuhan Zon Perdagangan Bebas di kawasan Sungai Way. Antara pelabur asing termasuklah dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Taiwan dan Korea.

Kebanyakan kilang terletak di Seksyen 51, 51A, 13 dan 19. Tumpuan perusahaan adalah terhadap sektor pembuatan, elektronik, pemprosesan bahan mentah, produk pengguna, industri teknologi tinggi dan industri berorientasikan perkhidmatan pelanggan.

Antara kilang yang beroperasi di Petaling Jaya adalah Panasonic, Matsushita, Omron, Motorola dan Western Digital.

Kepadatan penduduk sunting

Kewujudan awal Petaling Jaya adalah untuk mengatasi kepadatan penghuni Kuala Lumpur. Pada 1964, jumlah penduduk Petaling Jaya berjumlah 35,100 orang.

Pada pertengahan 1970-an, penduduk Petaling Jaya meningkat kepada 100,000 orang. Setelah lebih 50 tahun pembukaannya, kini pembangunan di Petaling Jaya amat pesat selari dengan arus peningkatan jumlah penduduk yang mencapai lebih 500,000.

Pada tahun 2000, Petaling Jaya mempunyai penduduk seramai 355,530 orang dengan keluasan sebanyak 51.4 km2. Penduduk sebenar pada tahun 2003 akan menjadi lebih kurang seramai 450,000 penduduk tanpa mengambil kira jumlah penduduk dari sekitar kawasan Kuala Lumpur-Petaling Jaya yang akan mengakibatkan jumlah penduduk seramai 1.5 juta orang. Penduduknya terdiri daripada 55% Cina, 30% Melayu dan 13% India.[perlu rujukan]

Petaling Jaya menjadi kawasan tumpuan penduduk termasuk kawasan Seksyen 52, kawasan Sungai Way-Subang (SS), Bandar Utama, Kota Damansara, Damansara Perdana, Bandar Sri Damansara dan Damansara Damai bagi menampung permintaan penduduk.

Jumlah pegangan harta di Petaling Jaya ialah sebanyak 151 366 manakala kutipan hasil sehingga 2005 adalah dianggarkan berjumlah RM 184.63 juta.

Mercu tanda sunting

  • Mercu tanda lain ialah gerbang Kota Darul Ehsan yang menandakan sempadan PJ dan KL secara simbolik. Gerbang ini terletak di Lebuhraya Persekutuan yang merupakan satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan PJ dan KL pada masa itu. Kota Darul Ehsan bercirikan seni bina Moor siap dibina pada 1981.

Yang Pertama dan terawal di Petaling Jaya sunting

Bandar kembar sunting

Nota kaki sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Mayor: PJ-Guangzhou ties to improve urban transformation". The Star. Dicapai pada 2013-07-10.
  2. ^ a b "A second sister city for PJ". starproperty.my. Dicapai pada 2012-08-11.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


Koordinat: 3°05′N 101°39′E / 3.083°N 101.650°E / 3.083; 101.650{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman