Buka menu utama

Wikipedia β

Daerah Gombak
ڬومبق
Daerah Gombak Highlighted in the State of Selangor, Malaysia.svg
Geografi
Status Daerah
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Selangor
Daerah Daerah Gombak
Keluasan 65,008 Hektar

Gombak merupakan salah satu daerah di negeri Selangor, Malaysia yang diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan.

Daerah Gombak merangkumi kawasan- kawasan yang disusun semula seperti berikut :

  1. Sebahagian Mukim Ampang - Peralihan daripada daerah Hulu Langat
  2. Mukim Ulu Klang - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
  3. Sebahagian Mukim Setapak - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
  4. Sebahagian Mukim Batu - Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur
  5. Mukim Rawang - Peralihan daripada daerah Hulu Selangor & Kuala Selangor

Daerah ini terletak di kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan :

Keluasan Daerah Gombak merangkumi 65,008 Hektar. Keluasan ini adalah yang ketiga terkecil berbanding dengan daerah- daerah lain dalam Negeri Selangor.

Isi kandungan

MukabumiSunting

Keadaaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit- bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai- sungai utama yang mengalir daerah ini ialah Sungai Gombak, Sungai Klang, Sungai Batu dan sungai Buloh.

PentadbiranSunting

Pentadbiran Daerah Gombak berpusat di Pejabat Daerah & Tanah Gombak dan dibantu oleh dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Daerah Gombak terbahagi kepada 5 Mukim. Mukim Rawang I merupakan mukim terbesar diikuti pula oleh Mukim Rawang II, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang. Terdapat 50 buah kampung di daerah Gombak ini, ia terdiri daripada 49 buah Kampung Tradisional dan 14 buah Kampung Baru.

MukimSunting

  1. Mukim Rawang
  2. Mukim Batu
  3. Mukim Setapak
  4. Mukim Hulu Kelang

Sempadan Parlimen dan DUN di Daerah GombakSunting

ParlimenSunting

Terdapat dua Parlimen di daerah Gombak:

Dewan Undangan Negeri (DUN)Sunting

Tempat menarikSunting

  1. Batu Caves
  2. Royal Selangor Pewter
  3. Hutan Lipur Sungai Tua
  4. Kampung Orang Asli Batu 12 Gombak
  5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  6. Kem Modal Insan Kewaja Taman Seri Gombak
  7. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
  8. Sungai Rumput Batu 12 Gombak
  9. Alang Sedayu (Kawasan Perkhemahan) Batu 12 Gombak
  10. Genting Hidayat (Air Terjun) Batu 18 Gombak
  11. Hutan Lipur Templer Park
  12. Kolam air panas selayang
  13. Taman metropolitan (tempat permainan layang-layang)

Sekolah MenengahSunting

Sekolah RendahSunting

Maahad TahfizSunting

  1. Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum
  2. Maahad Tahfiz Baitul Ehsan
  3. Maahad Tahfiz Al-Wildan
  4. Maahad Tahfiz Al-Tijarah
  5. Maahad Tahfiz Al-Munawwarah
  6. Maahad Tahfiz Al-Ridhwan
  7. Maahad Tahfiz An-Nasr
  8. Maahad Tahfiz Imam As-Syafie
  9. Maahad Tahfiz Darul Muhibbin
  10. Maahad Tahfiz Al-Itqaan
  11. Akademi Darul Huffaz

Pautan luarSunting