Rawang ialah tanah lembap yang didominasi oleh tumbuhan herba berbanding spesies tumbuhan berkayu.[1] Rawang sering kali boleh dijumpai di tepi tasik dan arus sungai di mana ia membentuk peralihan di antara ekosistem akuatik dan daratan. Ia juga didominasi oleh rumput, Juncaceae dan mensiang.[2] Jika tumbuhan-tumbuhan berkayu hadir di kawasan jenis ini, ia biasanya pohon renek yang rendah. Bentuk tumbuhan ini adalah apa yang membezakan rawang daripada jenis tanah lembap yang lain seperti paya yang didominasi oleh pokok dan mire.[3]

Telopok putih merupakan tumbuhan rawang tipikal di kawasan air dalam di Eropah.

RujukanSunting

  1. ^ Keddy, P.A. (2010). Wetland Ecology: Principles and Conservation (ed. ke-2). Cambridge, UK: Cambridge University Press.
  2. ^ World Encyclopedia. "Marshes". Diarkib daripada yang asal pada 23 Mei 2013. Dicapai pada 4 Februari 2012. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  3. ^ Rafferty, J.P. (2011). Lakes and Wetlands. New York, N.Y.: Britannica Educational service publishing's.

Pautan luarSunting