Hulu Selangor
Hulu Selangor[4] ialah salah sebuah daerah yang terletak di utara negeri Selangor. Luasnya adalah 1,756 kilometer persegi dengan penduduk berjumlah lebih 243 ribu orang pada 2020. Daerah Hulu Selangor merupakan salah satu daerah di negeri Selangor. Hulu Selangor merupakan kawasan Hub Automotif Negara.
Daerah Hulu Selangor دايره هولو سلاڠور | |
---|---|
![]() | |
Lokasi Daerah Hulu Selangor di Malaysia | |
Koordinat: 3°35′N 101°35′E / 3.583°N 101.583°EKoordinat: 3°35′N 101°35′E / 3.583°N 101.583°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Diberikan status Majlis Perbandaran | 21 Oktober 2021 |
Kerusi | Kuala Kubu Bharu |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Hulu Selangor |
Kerajaan | |
• Yang di-Pertua | Shukri Mohamad Hamin [1] |
• Pegawai daerah | Hj Musa Ranli [2] |
Luas | |
• Jumlah | 1,756.30 km2 (678.11 batu persegi) |
Penduduk (2020) | |
• Jumlah | 243,029 |
• Kepadatan | 140/km2 (360/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak dilihat) |
Poskod | 44xxx, 482xx |
Kod kawasan | +6-03 |
Pendaftaran kenderaan | B |
Daerah ini bersempadan dengan daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor di barat, Gombak di selatan, negeri Pahang di timur dan negeri Perak di utara.
Pentadbiran sunting
Hulu Selangor mempunyai 14 mukim iaitu:
- Bandar Sungai Chik
- Batang Kali
- Rasa
- Hulu Yam
- Ampang Pechah
- Serendah
- Hulu Bernam
- Sungai Tinggi
- Sungai Gumut
- Peretak
- Kalumpang
- Kuala Kalumpang
- Buloh Telor
- Kerling
Berikut merupakan senarai bandar dan pekan yang terdapat di Hulu Selangor:
Demografi sunting
Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Hulu Selangor ialah seramai 243,029 orang dengan kepadatan penduduk 139 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk 74.9 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum India diikuti Cina. Sebanyak 4.4 peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[5]
Jumlah penduduk lelaki 6.4 peratus lebih daripada penduduk wanita dengan nisbah jantina sebanyak 114. Terdapat 89,865 tempat kediaman dengan sebanyak 60,666 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 162 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 70 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 9 ribu orang merupakan warga tua.
Kewarganegaraan | Kaum | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara Malaysia | Bumiputera | 174,029 |
India | 30,889 | |
Cina | 26,336 | |
Lain-lain | 1,162 | |
Bukan warganegara | N/A | 10,613 |
Agama sunting
Majoriti penduduk daerah ini beragama Islam iaitu sekitar 74.1 peratus dari keseluruhan penduduk. Penduduk bukan beragama Islam terdapat sekitar 26peratus, yang terbesar merupakan penganut Hindu sekitar 12.1 peratus diikuti Buddha sebanyak 10.2 peratus, Kristian sebanyak 1.9 peratus dan selebihnya (0.5 peratus) menganut agama yang lain. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 1.1 peratus dari keseluruhan penduduk.[5]
Infrastruktur sunting
Sekitar tahun 2020, terdapat banyak infrastruktur awam yang dibina di sekitar daerah ini terdiri daripada 69 industri pendidikan, sebuah hospital kerajaan, 20 balai polis dan sebuah balai bomba. Dalam sektor perniagaan, terdapat sebanyak lapan hotel yang beroperasi, 255 buah restoran dan 117 kedai runcit di sekitar daerah.[5]
Pilihan raya sunting
Daerah Hulu Selangor berada dalam kawasan parlimen Hulu Selangor. Terdapat juga tiga kawasan undangan negeri dalam parlimen ini iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali.
Rujukan sunting
- ^ https://www.mdhs.gov.my/ms/mdhs/pengurusan/profil-ydp. Dicapai pada 17 June 2019. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ https://www.selangor.gov.my/huluselangor.php/pages/view/578?mid=325. Dicapai pada 17 June 2019. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "Portal Rasmi PDT Hulu Selangor Guna Tanah". www2.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-22. Dicapai pada 2019-10-25.
- ^ 9 Pejabat Daerah/Tanah Negeri Selangor Diarkibkan 2007-06-16 di Wayback Machine Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. Dicapai 20 November 2012.
- ^ a b c https://www.dosm.gov.my/mycendash/
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hulu Selangor |