Serendah ialah sebuah bandar kecil di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Di Serendah terdapat tempat yang menarik untuk dilawati, antaranya ialah Perigi Tujuh Serendah dan Air Terjun Serendah (atau Templer Kai). Perigi Tujuh Serendah di bina pada zaman dahulu bertujuan untuk mencegah banjir yang besar dari berlaku di kawasan rendah di sini. Antara sebab mengapa serendah mendapat nama. Tempat yang rendah ini sering mengakibatkan bah atau banjir besar berlaku. Sehubungan dengan itu sebuat empangan kecil di bina oleh pihak pengusaha lombong bijih timah yang berada di bahagian rendah kawasan ini untuk mengelakkan banjir dari berlaku.

Serendah
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Selangor
DaerahDaerah Hulu Selangor
MukimSerendah
KeluasanN/A

Ada yang berpendapat empangan ini di bina untuk menjadi kunci air utama kepada limpahan air sungai yang mengalir dari bahagian hulu dan terus bertakung di bahagian tasik buatan bahagian atas empangan kecil yang dinamakan Perigi tujuh ini.

Mitos pula menyatakan di mana, ada ketikanya empangan ini akan dikunjungi oleh puteri-puteri kayangan yang akan turun bersiram (mandi) di kawasan Perigi tujuh ini. biasa nya apabila pelangi kelihatan jatuh di kawasan Perigi tujuh ini dari kejauhan, dipercayai pada waktu itulah puteri-puteri kayangan ini akan turun bersiram (mandi).

Lokasi sunting

Kira-kira 7km dari bandar Rawang dan boleh diakses dengan melalui Jalan Kuala Lumpur-Tanjung Malim  , Dari Lebuhraya Utara-Selatan     AH2 boleh dihubungi melalui Persimpangan Sungai Buaya EXIT 117 dan Bukit Beruntung EXIT 118 serta boleh diakses melalui Jalan Pintasan Rawang .

Pengangkutan sunting

Bas berhenti-henti Kuala Lumpur-Tanjung Malim melalui pekan Serendah. Mulai 21 April 2007, perkhidmatan KTM Komuter yang sebelum itu berakhir di Rawang telah dilanjutkan ke Kuala Kubu Bharu melalui Stesen Keretapi Serendah.

Tempat-tempat menarik sunting

PELANCONGAN (REKREASI)

  1. Air Terjun Serendah
  2. Perigi Tujuh Serendah
  3. Laman Kasih Desa Melor Serendah

PELANCONGAN (SEPERTI HOTEL & TARIKAN PENGUNJUNG)

  1. Tasik Kebun Serendah
  2. Sekeping Serendah
  3. GG Reatreat

Kemudahan lain sunting

  • Balai Polis Serendah
  • Pejabat Pos Serendah
  • Stesen Komuter Serendah
  • Masjid Nurul Iman Serendah
  • Dewan Komuniti & Pusat Sukan Serendah

Sekolah sunting

  • SK Serendah
  • SMK Serendah
  • SJKC Serendah
  • SRA Serendah
  • SK Antara Gapi
  • Sekolah Qira'ati & Tahfiz Al-Qur'an Serendah
  • Maahad Tahfiz Nurul Iman
  • Sekolah Islam Integrasi Temanku

Kawasan Perumahan sunting

Rujuk Google Maps